Facebook Meraikan Hari Sahabat Dengan Fungsi Menghasilkan Grafik Untuk Memuji Rakan – Amanz


Facebook diasaskan pada 4 Februari 2004. Selepas 14 tahun, ia kini menjadi platform media sosial dengan jumlah pengguna terbesar dan keuntungan mencecah ratusan bilion sepanjang 2017. Setiap tahun pada 4 Februari, Hari Sahabat disambut oleh Facebook. Tahun ini pengguna boleh menghasilkan grafik khas bagi memuji rakan-rakan anda.

Antara pilihan grafik yang diberikan ialah rakan yang paling boleh diandalkan, yang paling rapat, paling optimistik dan banyak lagi. Ia kemudian boleh dikongsi pada susur masa ataupun Messenger. Selain grafik statik, penuras khas untuk mengambil gambar juga diberikan sempena Hari Sahabat. Selamat menyambut hari sahabat bagi mereka yang masih menggunakan Facebook.



Source link

read more

SPRM terima lebih 100 keahlian sahabat Gerah dari UMNO Bahagian Shah Alam – Nasional


SHAH ALAM 28 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berjaya mendaftarkan lebih 100 keahlian sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) menerusi kempen galakan masyarakat membanteras gelaja itu bersama UMNO Bahagian Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim berkata, sambutan positif kempen keahlian gerakan itu merupakan petunjuk positif sekaligus memperlihatkan peningkatan kesedaran orang ramai menolak gejala rasuah yang dianggap antara musuh utama negara.

Sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu sehingga kini katanya, kira-kira 10,000 keahlian Gerah berjaya didaftarkan oleh SPRM Selangor melalui kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah badan-badan bukan kerajan (NGO).

“Hari ini, kita bekerjasama dengan UMNO Bahagian Shah Alam melaksanakan pendaftaran keahlian sahabat Gerah. Sambutan kita lihat amat menggalakkan dan kita harap usaha seumpama ini dapat diperhebatkan pada masa depan membabitkan semua parti-parti politik di Selangor,” katanya.

Terdahulu, Alias menerima borang keahlian Gerah daripada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari sempena Program Wanita Sihat dan Lawatan Komuniti Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Seksyen 16, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Keluarga sahabat dan peminat beri penghormatan terakhir kepada vokalis The Cranberries



LIMERICK: Selepas diumumkan meninggal dunia secara mengejut pada minggu lalu, keluarga, sahabat dan peminat berkumpul di bandar Limerick di Ireland pada Ahad untuk memberi penghormatan terakhir buat mendiang Dolores O’Riordan.

Para peminat vokalis The Cranberries itu berkumpul di luar gereja Saint Joseph untuk tujuan itu dan difahamkan O’Riordan akan dikebumikan pada minggu ini.

Pada Isnin minggu lalu, O’Riordan ditemui mati di sebuah hotel di London dan kematian dikatakan sebagai mati mengejut dan punca di sebalik kematian masih tidak dpaat dijelaskan.

Penyanyi Irish itu berada di London untuk merakam semula lagu hitnya “Zombie.”

Pihak polis yang menyiasat kematian O’Riordan tidak mengklasifikasikan kematian itu sebagai sesuatu yang mencurigakan.



Source link

read more

Dua sahabat mengaku tidak bersalah miliki MC palsu



AYER KEROH: Dua sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Ayer Keroh, di sini atas pertuduhan memiliki sijil cuti sakit klinik kesihatan palsu.

Tertuduh masing-masing Muhammad Yusran Jusoh, 19 dan Muhammad Raman Omar, 21 membuat pengakuan itu sebaik sahaja kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut lima pertuduhan ke atas Muhammad Yusran, tertuduh yang merupakan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka didakwa memiliki lima keping sijil cuti sakit palsu dengan niat untuk menggunakan sijil cuti sakit berkenaan sebagai tulen di hadapan Stesen Minyak Petron Peringgit sekitar 9.10 malam, 4 Disember lalu.

Manakala Muhammad Raman yang bekerja sebagai penjaga stor syarikat swasta didakwa atas 10 pertuduhan memiliki 10 keping sijil cuti sakit palsu dengan niat untuk menggunakan sijil cuti sakit berkenaan sebagai tulen sekitar 10.10 malam, pada 4 Disember lalu di sebuah rumah beralamat di Jalan Melati 3, Taman Peringgit Jaya, Melaka.

Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Kedua-dua prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukan mereka adalah serius.

Bagaimanapun, Muhammad Yusran yang diwakili Peguam Fahmy Sulaiman merayu mahkamah untuk mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya masih ditanggung penuh oleh ayahnya yang merupakan pesara kerajaan serta ibu yang tidak bekerja.

Manakala Peguam Belasulaiman Harmain Shah yang mewakili Muhammad Raman turut memohon jaminan yang rendah dengan mengambil kira ini merupakan kesalahan pertama dilakukan tertuduh.

Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Norma pada penghakimannya kemudian menetapkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh untuk kesemua pertuduhan dan menetapkan 15 Januari depan sebagai sebutan semula kes selain turut memerintahkan kes berkenaan disebut secara bersama.



Source link

read more

Dua sahabat ditahan palsukan sijil cuti sakit



MELAKA: Dua sahabat ditahan polis selepas disyaki terlibat sindiket pemalsuan sijil cuti sakit klinik kesihatan dalam dua serbuan berasingan di Melaka pada Isnin.

Suspek masing-masing berusia 19 dan 21 tahun dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak Jun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia, suspek pertama berusia 19 tahun yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka ditahan ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah stesen minyak di Peringgit sekitar jam 9.10 malam.

Sementara suspek kedua yang merupakan dalang kegiatan tersebut ditahan ketika sedang mencetak sijil sakit palsu di rumahnya di Taman Peringgit Jaya.

Susulan itu polis merampas 15 salinan sijil cuti sakit yang tertera cop rasmi ‘Klinik Kesihatan Peringgit’ serta cop nama ‘Rohaiza Binti Roslan MBB (Malaya) Pegawai Perubatan U-D 54’.

“JSJK Melaka telah pun berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan sijil cuti sakit yang menyerupai sijil cuti sakit Klinik Kesihatan Peringgit selepas menahan dua lelaki dalam serbuan sekita Melaka.

“Digunakan mencetak dan menjual sijil tersebut dan menyerupai sijil asal serta mnyerupai cop nama doktor dan pembeli hanya perlu mengisi nama sendiri dan tarikh cuti yang diperlukan,” katanya.

Turut dirampas satu set komputer, tujuh helai kertas A4 berwarna kuning serta pelbagai cop nama yang dipalsukan.

Berdasarkan siasatan awal, 300 sijil cuti sakit palsu telah dijual kedua-dua suspek untuk pasaran sekitar Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai dijual melalui orang tengah dengan harga berbeza iaitu RM10 kepada orang tengah yang akan menjualnya sekitar RM35 sekeping.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Kumpulan Mpay Jalin Kerjasama Bersama Kelab Sahabat Persaudaraan – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 1 Dis.- Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) telah meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital bagi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

Program itu menerima sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan untuk itu Kumpulan Mpay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan Negaraku merujuk kepada saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Pengasas KSP, Dr. Mohd. Zamri Noordin, melalui kerjasama secara eksklusif ini, pihak kelab merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan,rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital.

“Visi kami adalah untuk memanfaatkan teknologi baharu dalam mendidik dan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kumpulan NGO dan Koperasi.

“Kerjasama dengan Kumpulan Mpay seiring dengan visi kelab kami dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Tambah Dr. Zamri, ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan kerajaan, masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus.

“Ini juga membolehkan usaha bagi mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah dapat dijayakan dengan berkesan.

Sementara itu, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Datuk Chew Chee Seng berkata, program MPay NegaraKu, rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, membayar bil dan tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah.

“Ciri baharu ini juga akan membolehkan pengguna untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Penghantaran siaran pesanan (broadcast messaging) juga boleh digunakan untuk berkongsi berita penting antara satu sama lain.

“Ini bermakna pengerahan bantuan perkongsian akan lebih cepat ketika kecemasan. Kad prabayar MasterCard yang bertemakan NegaraKu melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam era digital baharu ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program MPay NegaraKu, sila layari laman web www.kadnegaraku.com.my – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua sahabat ke tali gantung kerana membunuh – Mahkamah


KANGAR 16 Nov. – Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, setelah didapati bersalah membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Jazree Jaafar, 25, dan Mohd Naim Man, 28, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Mereka dituduh secara bersama membunuh Bincharong a/l Amnot, 23, di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis dekat sini, antara 8 malam 10 Sept 2015 hingga 9 pagi 11 Sept 2015.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja kampung itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pada 12 Sept 2015, akhbar melaporkan mayat Bincharong ditemui terapung dengan kedua-dua tangan diikat dengan tali jala di perairan Kuala Perlis berhampiran Sungai Kampung Tanah Baru.

Pendakwaan dikendalikan Badius Zaman Ahmad, manakala Mohamad Jazree diwakili peguam Zamri Ibrahim dan Mohd Naim diwakili Zuhair Ahmad Zakuan. – BERNAMA

 





Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons