Struktur bangunan Bursa Saham Indonesia runtuh puluhan dipindahkan


JAKARTA: Puluhan dilaporkan terpaksa dipindahkan dari bangunan Bursa Saham Indonesia di Jakarta pada Isnin selepas sebahagian struktur bangunan terbabit dilaporkan runtuh.

Menurut laporan awal oleh Metro TV, susulan insiden itu orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Pengarah bursa saham terbabit, Alpino Kianjaya ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen.

Menurut laporan agensi berita Reuters, seorang pekerja bursa memaklumkan tingkat kedua bangunan itu runtuh dan mencederakan puluhan yang lain.

Ramai daripada mereka yang cedera telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans.- Foto Reuters

Ramai daripada mereka yang cedera telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

“Tingkat dua bangunan telah runtuh,” maklum Vindy, seorang pembantu peribadi kepada Pengarah Presiden bursa saham, Tito Sulistio yang berada di dalam bangunan ketika kejadian.

Ketika kejadian, bursa sedang berhenti rehat dan dibuka semula sekitar 1.30 petang.

seorang pekerja bursa memaklumkan tingkat kedua bangunan itu runtuh dan mencederakan puluhan yang lain. - Foto Reuters

Beberapa gambar yang disebarkan di media sosial memaparkan imej struktur logam bangunan terbabit yang terletak berhampiran kedai kopi Starbuck, runtuh.

Polis Jakarta berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

Sementara wakil Bernama di Jakarta melaporkan lantai tingkat satu menara II Gedung Bursa Efek Indonesia (BEI) itu runtuh menyebabkan puluhan orang ramai dan pekerja yang berada di lobi gedung itu cedera dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari.

Kejadian lantai runtuh di BEI yang terletak di Jalan Jenderal Sudirman, Senayan, Jakarta Pusat, itu menyebabkan beberapa mangsa terjatuh ke ruang lobi gedung berkenaan.

Ketua Perhubungan Umum Polis Metro Jaya, Raden Prabowo Argo Yuwono berkata punca kejadian itu masih disiasat, dan menolak kemungkinan disebabkan perbuatan pengganas atau letupan bom.

“Lantai itu runtuh dan menimpa orang ramai di lobi gedung, semua mangsa telah dibawa ke hospital dan klinik berdekatan,” katanya.

Raden Prabowo Argo Yuwono berkata jumlah dan mangsa yang cedera juga sedang dikenal pasti.



Source link

read more

Saham RHB tinggi susulan kemungkinan jualan pegangan oleh Mubadala


KUALA LUMPUR: Saham RHB Bank Bhd diniagakan tinggi hari ini susulan berita mengenai potensi penjualan oleh pemegang saham kedua terbesarnya, dana negara Abu Dhabi, Mubadala Investment Co.

Pada 3 petang hari ini, harga saham RHB Bank berada pada RM5.16, naik dua sen, dengan 1.23 juta saham bertukar tangan.

Menurut portal web yang dikendalikan oleh akhbar harian, Mubadala sedang meninjau pilihan bagi pegangannya dalam RHB Bank Bhd termasuk kemungkinan penjualan.

Katanya Mubadala telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan penasihat berpotensi untuk mendapatkan cadangan mengenai pegangannya sebanyak 17.8 peratus dalam RHB Bank selepas melihat pegangannya dalam pemberi pinjaman keempat terbesar di Malaysia itu sebagai bukan teras.

Ia sedang mempertimbangkan pilihan bagi pegangan tersebut sebagai sebahagian daripada kajian semula portfolionya yang luas.

Pegangan Mubadala bernilai RM3.66 bilion berdasarkan harga penutup pada Khamis dan mengikuti di belakang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana pencen terbesar Malaysia, yang memiliki 40.7 peratus.

Mubadala, yang portfolionya bernilai kira-kira US$127 bilion (US$1=RM3.97), memperoleh pelaburan RHB melalui penggabungan dengan dana negara, International Petroleum Investment Co, yang dimuktamadkan pada tahun lepas.

— BERNAMA



Source link

read more

Saham AirAsia, AirAsia X Meningkat Susulan Kemungkinan Penyusunan Semula Laluan


indexMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Saham syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia dan sekutu jarak jauhnya, AirAsia X, meningkat pada sesi pagi hari ini.

Ini susulan siri tweet oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, yang membayangkan penyusunan semula laluan kedua-dua syarikat penerbangan itu.

Pada 11.03 pagi, saham AirAsia melonjak tujuh sen kepada RM3.84 dengan 3.82 juta saham bertukar tangan, manakala saham AirAsia X meningkat setengah sen kepada 38.5 sen dengan 7.47 juta saham didagangkan.

Fernandes dalam tweetnya berkata AirAsia akan memindahkan laluan yang membabitkan penerbangan lebih empat jam kepada AirAsia X memandangkan AirAsia sudah matang dan boleh menggunakan kapasiti untuk menawarkan laluan jarak pendek yang lebih menguntungkan.

“Imbangan pembayaran AirAsia X bagi permulaan suku keempat 2018, nampak bagus,” katanya.

Beliau juga berkata AirAsia X tidak berminat dalam pasaran jarak jauh seperti Berlin dan London, antara lain, memandangkan syarikat penerbangan itu berpendapat pasaran itu belum bersedia, dan akan terus kekal memberi tumpuan kepada laluan jarak sederhana.
— BERNAMA



Source link

read more

Kanye West beli saham 5 syarikat gergasi untuk Kim Kardashian


KUALA LUMPUR: Kanye West menghadiahkan isterinya, Kim Kardashian hadiah Krismas yang tidak disangka dan boleh digandakan nilainya pada masa akan datang.

Menerusi video ‘Instagram Story’ laman Instagram Kim K, beliau menunjukkan hadiah yang diberikan Kanye dengan cara yang menarik.

Kotak hadiah pertama mengandungi patung Mickey Mouse, stokin Adidas, kad hadiah Netflix, kad hadiah Amazon dan fon kepala berjenama Apple.

Tetapi itu hanya petunjuk kepada hadiah utama.

Kanye beli saham 5 syarikat gergasi untuk Kim Kardashian

Kotak hadiah pertama oleh Kanye West

Seterusnya, Kim menunjukkan kotak hadiah kedua yang mengandungi saham dari syarikat-syarikat itu.

Sijil saham syarikat Walt Disney, jelas menunjukkan nilai saham yang dibeli iaitu AS$100,000 dan Kanye dipercayai membeli setiap saham pada nilai yang sama.

Sijil saham 5 syarikat gergasi.



Source link

read more

TISB serah dividen RM5 juta kepada pemegang saham – Nasional


KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Terengganu Incorporated Sdn. Bhd (TISB), sayap pelaburan kerajaan negeri hari ini menyerahkan dividen berjumlah RM5 juta kepada para pemegang sahamnya dalamkalangan jabatan dan agensi.

Jumlah dividen bagi tahun kewangan berakhir 2016 yang dibayar itu dianggap memberangsangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersandarkan dalam keadaan ketidaktentuan iklim ekonomi.

“Pemberian dividen ini dapat memperluaskan lagi manfaat  kepada rakyat secara langsung dan tidak langsung melalui jabatan dan agensi-agensi selain pembiayaan di bawah tanggungjawab sosial korporat TISB,”katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian itu yang diadakan di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Pemegang sahamnya terdiri daripadat Menteri Besar (Terengganu) Incorporated, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu (YT), Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Sejak mula ditubuhkan pada 2006 sehingga tahun lepas, TISB telah membuat pembayaran dividen sebanyak RM59.89 juta kepada para pemegang sahamnya itu.

Terengganu Inc sedang melaksanakan beberapa pelan strategik bagi memastikan prestasi kewangan dan pelaburan lumpulan kekal kukuh bagi mendepani cabaran  ekonomi semasa agar dapat memberikan pulang lebih besar kepada negeri rakyat.

“Ini termasuklah penyelasaran semula aktiviti-aktiviti di bawah agensi kerajaan negeri yang dapat dilihat melalui Head Of Agreements yang telah ditandatangani oleh TISB dan semua agensi  yang terlibat pada 11 Oktober lalu.

 “Juga penstrukturan semula TISB di mana setiap portfolio pelaburan akan dikaji dan diklasifikasikan semula mengikut kluster bagi membari pulangan pelaburan yang lebih lumayan,” ujarnya.

Di samping itu katanya, ia turut melibatkan pelaksanaan Pelan Strategik Perniagaan 2018-2020 secara menyeluruh bagi  TISB  meningkatkan prestasi kewangan dan pelaburan di peringkat kumpulan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons