Tetap bekerja walaupun sakit peminat doakan Fasha Sandha cepat sembuh



AKTRES Fasha Sandha sememangnya dikenali dengan komitmen dan disiplin tinggi dalam bidang lakonan.

Terbaru, menerusi laman Instagram Fasha, @fashasandha, pelakon utama drama rantaian “Syurga Yang Kedua” ini berkongsi mengenai keadaan kesihatan dirinya.

Biarpun sedang sakit, Fasha tetap meneruskan tugasnya sebagai penerbit dan pelakon untuk sitkom terbaru, “Mamu Mami Gosip” terbitan FS Creatives Sdn Bhd.

Production sendiri ke, production orang ke, komitmen tetap kena bagi yang terbaik. Itu adalah tanggungjawab,” tulis Fasha.

Kapsyen tersebut turut disertakan dengan hashtag #MamuMamiGosip #FSCreativesSdnBhd #NoMakeUp #MukaSakit.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 segera sembuh.

Peminat turut memuji Fasha yang sanggup menahan rasa sakit yang dihadapi olehnya demi komitmen kerja.

“@pird4: Take a good care of your health sis. Risau kita. Get well soon.”

“@hafiz_4606: Mungkin pergi kerja dapat hilangkan rasa sakit buat seketika.”

“@puteri_zandra: Hope sis dapat jaga waktu makan. Sesibuk mana pun jangan sampai lupa waktu makan.”

“@diyana.beautygeek: Itulah yang orang suka.”

“@lovepotion.lilly: Kesiannya. Tapi tetap cantik.”

Sebelum ini, di ruangan Insta Stories, Fasha turut berkongsi dirinya telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Fasha turut diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari namun pelakon itu mahu meneruskan komitmen kerjanya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fasha

 



Source link

read more

Dituduh berpesta sewaktu anak sakit Saya tiada masa layan haters jawab Kim K



“SAYA tiada masa untuk melayan ‘haters’”.

Bintang TV realiti, Kim Kardashian berang apabila dituduh mengabaikan anaknya, Saint yang diserang pneumonia.

Dalam tweetnya, Kim, 37 tahun menegaskan bahawa dia tidak pernah  meninggalkan anaknya itu walaupun seminit.

Tegas bintang itu, dia dan suami, Kanye West berada di hospital dari Rabu malam hingga Sabtu.

“Malam tahun baharu adalah pada malam Ahad. Orang ramai datang ketika dia (Saint) sudah pun tidur.

“Jangan cuba mempersendakan saya terutamanya membabitkan anak-anak saya,” tegasnya dalam tweet tersebut.

BACA: Saint West diserang pneumonia, Kim dan Kanye bertukar syif jaga anak

Netizen menuduh Kim berpesta malam tahun baharu diketika anaknya yang berusia dua tahun sedang sakit.

Kim menjelaskan, Saint diserang pneumonia pada penghujung tahun 2017.

Bagaimanapun, Saint telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

Dalam pada itu, Kim turut berterima kasih kepada senua doktor dan jururawat yang menjaga merawat anaknya sehingga sembuh.

Dia turut menyifatkan ia satu pengalaman yang cukup membimbangkan.



Source link

read more

Nora berkerusi roda sebab sakit pinggul bukan mengada-ngada



PELAKON Nora Danish mengakui kehamilan kali keduanya pada usia 36 tahun berbeza berbanding pengalamannya sembilan tahun lalu.

Dek kerana saiz kandungan dan faktor usia, Nora mengakui dia mengalami masalah sakit tulang pinggul hingga memaksanya berkerusi roda selama beberapa minggu.

“Kali ini pengalaman hamil sangat berbeza. Dulu mungkin sebab usia lebih muda, jadi lebih mudah.

“Apabila usia sudah 30-an tentunya ada perbezaan.

“Lagipun, bayi saya agak besar dan akibatnya saya memang langsung tidak boleh berjalan sampai terpaksa berkerusi roda selama tiga minggu,” katanya.

Jelas Nora, dia enggan mengambil pusing komen negatif yang dilemparkan netizen gara-gara berkerusi roda ketika hamil.

“Saya sentiasa berfikiran positif. Jadi, saya tidak membaca komen negatif yang mereka tulis di media sosial. 

“Saya tak mahu jiwa jadi kacau kerana kritikan itu,” tambahnya yang dijangka bersalin pada awal Mac depan.

Nora dan Nedim Nazri Aziz telah berkahwin pada 30 Mac 2017 selepas tiga tahun bercinta.

Ini merupakan perkahwinan kedua pasangan ini dan masing-masing memiliki seorang anak hasil perkahwinan pertama.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @noradanish, @kakifoto_



Source link

read more

Tiada lagi sakit yang perlu kau tanggung Faiz



KUALA KANGSAR: Setelah berjuang dengan sepenuh kudratnya melawan kesakitan di usia mentah, Mohd Faiz Mohd Abd Shukor, 2 tahun, akhirnya pergi buat selamanya pada petang Jumaat.

Mohd Faiz, kanak-kanak yang menanggung derita berikutan kanser mata tahap kronik telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di sini.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibu bapa dan disaksikan seisi keluarganya sekitar pukul 4.08 petang setelah lelah bertarung dengan barah yang merosakkan penglihatannya itu.

Sebelum ini, Astro AWANI pernah melaporkan mengenai keadaan Mohd Faiz yang hilang nikmat melihat dunia setelah sel kanser semakin merebak ke mata kanannya menyebabkannya buta kedua-dua mata.

Ketika dihubungi, ibu kepada anak syurga itu, Nor Salwati Abu Bakar berkata beliau redha dengan pemergian satu-satunya anak lelakinya tersebut.

“Perginya sayang Mama menghadap Illahi… Mama redha dan ikhlas melepaskanmu sayang, Mama dah cuba tapi Allah lebih sayangkanmu, nak.

“Tiada lagi gurau dan senyum darimu sayang, untuk Mama hanya kenangan, tiada lagi tangan yang membelai lembut pipi Mama ini.

“Selepas ini, tiada lagi kesakitan yang Faiz tanggung, tenanglan sayang di syurga dan bermainlah di taman indah di sana,” luah ibunya dalam Facebook pada awal pagi Sabtu.

Jenazah Mohd Faiz telah selamat dikebumikan pada malam Jumaat dan ratusan netizen memberikan kata sokongan buat anak kecil berkenaan di Facebook.

Berikut adalah video daripada laporan Astro AWANI sebelum ini:



Source link

read more

Kanak-kanak bekas penghidap sakit jantung tawan Gunung Santubong



KUCHING: Tiga tahun lalu kanak-kanak ini menjalani pembedahan untuk merawat penyakit jantung berlubang yang dihidapinya dan bulan lepas Siti Nur Intan Hidayah Azhar, 9, membuktikan bergelar bekas pesakit jantung bukan halangan untuknya melakukan aktiviti lasak.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sungai Gau, Temerloh, Pahang itu boleh berbangga kerana menjadi antara pendaki yang menawan Gunung Santubong di sini yang terkenal dalam kalangan peminat sukan tersebut sebagai antara gunung yang mencabar.

Ditemani ibu bapanya Azhar Ahmad, 49, dan Siti Hawa Abdul Latiff, 45, anak bongsu daripada lima beradik itu menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menguasai gunung berketinggian 810 meter dari aras laut tersebut.

“Ayah dan ibu membawa saya mengikuti misi pendakian ini setelah doktor yang merawat saya di Institut Jantung Negara mengesahkan saya boleh melakukan aktiviti lasak,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya pendakian itu adalah yang pertama baginya dan dilakukan tanpa persediaan rapi.

Siti Nur Intan Hidayah adalah antara 28 peserta dari Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang yang mengikuti misi pendakian ke gunung legenda itu baru-baru ini serta merupakan satu-satunya pendaki kanak-kanak dalam kumpulan berkenaan.

Menceritakan pengalamannya semasa sampai ke puncak, Siti Nur Intan Hidayah berkata ia satu pengalaman yang sukar dilupakan terutama apabila terpaksa memanjat tangga tali pada dinding batu menegak.

“Saya menangis apabila berjaya sampai di puncak kerana tidak menyangka mampu berbuat demikian. Saya hampir berputus asa kerana terasa sangat penat, namun atas sokongan dan bantuan peserta lain, saya kuatkan semangat untuk terus mendaki,” katanya yang berhasrat meneruskan kegiatan itu.

Terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Kuching, Gunung Santubong merupakan antara destinasi popular dan wajib bagi pendaki.

Ini kerana walaupun ketinggiannya hanya 810 meter, pendaki perlu berdepan dengan trek yang mencabar termasuk memanjat tangga tali dalam keadaan menegak serta mampu menimbulkan rasa gayat bagi yang lemah semangat.

“Gunung Santubong ini memang lebih rendah berbanding gunung-gunung lain di Semenanjung Malaysia namun keadaan pendakian yang mencabar menuntut kekuatan mental dan fizikal yang tinggi,” kata ketua misi pendakian itu Mohd Faizal Muda.

Ini kerana katanya selain mendaki dalam keadaan menegak, kedudukan satu anak tangga dengan anak tangga lain yang berjarak dua hingga tiga kaki menuntut kekuatan fizikal pendaki.

Bagaimanapun katanya pemandangan indah di puncak gunung itu merupakan ganjaran yang sukar diperoleh di tempat lain menjadikan Gunung Santubong tumpuan peminat aktiviti lasak tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Tiada cadangan jadikan ketum ubat tahan sakit rawat penagihan dadah – Dr Hilmi



BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menjadikan ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ini kerana ketum mempunyai kesan yang sama seperti morfin.

“Ketum dan morfin adalah sama, kesannya juga sama. Ia untuk energetik, tahan sakit boleh, nak bagi tidur boleh, banyak kegunaannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh Balik Pulau di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai hasil kajian dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang menemui ketum berpotensi untuk dijadikan sebagai penahan sakit dan rawatan penagihan dadah..

Pada Khamis lepas Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor mendedahkan ketum dilihat mempunyai potensi untuk penghasilan ubat baharu sebagai penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Beliau dilaporkan berkata ketum berpotensi menggantikan methadone yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Bagaimanapun, menurut profesor berkenaan kajian berhubung potensi itu masih dijalankan dan tiada lagi kajian klinikal yang berjaya membuktikan perkara itu.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata apa yang menjadi permasalahan kini adalah ketum telah disalahguna oleh golongan muda hari ini dan pengambilan yang berlebihan boleh membuat sistem badan terjejas serta rosak.

“Bila ia telah disalahguna dan minum air ketum terlalu banyak, ia akan merosakkan badan, semua sistem akan rosak dan terjejas. Kalau kita lihat mereka yang kuat minum air ketum ini mukanya kuning, pucat sebab hati dia rosak,” katanya.

Dr Hilmi berkata kerajaan juga bercadang menggubal Akta Racun 1951 yang diguna untuk menyelia aktiviti berkaitan ketum dengan menambah elemen dan menitikberatkan soal larangan penanaman tumbuhan ini secara komersil tahun hadapan.

“Ia sudah di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Dua lelaki didakwa miliki sijil cuti sakit palsu – Melaka


MELAKA 14 Dis. – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 15 keping sijil cuti sakit palsu, awal bulan ini.

Muhammad Yusran Jusoh, 19, dan Muhammad Raman Omar, 21, yang didakwa secara berasingan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norma Ismail.

Muhammad Yusran, pelajar politeknik di Melaka, menghadapi lima pertuduhan memiliki sijil cuti sakit yang digunakan sebagai tulen di hadapan Stesen Minyak Petron Peringgit, LT 1678 Jalan Tun Abdul Razak Peringgit, di sini pada pukul 9.10 malam, 4 Disember lalu.

Muhammad Raman, penjaga stor, pula menghadapi 10 pertuduhan memiliki sijil cuti sakit yang digunakan sebagai tulen di sebuah rumah di No. 229-1 Jalan Melati 3, Taman Peringgit Jaya, di sini pada pukul 10.10 malam, 4 Disember lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Norma membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, manakala Muhammad Yusran diwakili peguam Fahmy Sulaiman dan Muhammad Raman oleh peguam Sulaiman Harmain Shah. – BERNAMA



Source link

read more

Jemaah umrah meninggal selepas 19 hari sakit di Mekah



KUALA NERANG: Seorang jemaah umrah, Mangsor Shaari, 64, meninggal dunia di Tanah Suci selepas 19 hari terlantar sakit dan dirawat di Hospital King Faisal, Mekah.

Allahyarham dikhabarkan meninggal dunia pada petang Khamis ketika sedang mendapatkan rawatan akibat sakit kencing manis di hospital itu.

Malam tadi, suasana pilu menyelubungi kediaman Allahyarham di Kampung Bukit Larek di sini.

Berita mengenai ketiadaan Allahyarham disampaikan oleh salah seorang jururawat yang bertugas di hospital itu sebelum disahkan oleh pihak kedutaan.

Anak keenam Allahyarham, Nor Nazirah Mangsor, 28, berkata mereka sekeluarga redha dengan ketentuan Allah.

Namun katanya, jika direnungkan semula, terpalit rasa sebak dan terkilan kerana tiada di sana ketika Allahyarham sedang nazak.

“Nak harapkan kami, kami jauh, macam mana kami nak tolong ayah. Kalau kami boleh ke sana, kami sudah pergi dah,” katanya kepada Astro AWANI.

Menurut Nor Nazirah, abang sulungnya, Khairul Azhar, 43, dijadual akan berlepas ke Mekah pada 17 Dis ini bagi mengambil barang peribadi milik Allahyarham selepas kos keseluruhan ditanggung sepenuhnya oleh sebuah agensi pengelola umrah.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Bukit Larek, Jalan Kuala Nerang, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama isterinya, Che Mah Kushi Mohamed, 60, pada 17 Nov lalu.

Allahyarham dikhabarkan mula mengalami demam dan muntah pada hari ketiga di sana.

Pada 25 Nov, Allahyarham dikejarkan ke hospital kerana badannya terlalu lemah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jenazah dijangka akan dikebumikan kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan.



Source link

read more

Ketum berpotensi sebagai rawatan dadah tahan sakit – USM



GEORGE TOWN: Para penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) masih lagi menjalankan kajian ke atas tumbuhan ketum yang dikatakan berpotensi sebagai ubat tahan sakit yang baharu.

Malah, menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor, ketum juga berpotensi bagi menggantikan methadon yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Bagaimanapun, katanya tiada lagi kajian klinikal yang berjaya membuktikan perkara itu.

“Kajian masih dijalankan, belum selesai lagi. Tapi kita ada potensi, kena buat kajian lagi. Kita belum buat kajian klinikal terhadap manusia dan hanya dilakukan pada haiwan.

“Kita memerlukan data-data dalam haiwan itu untuk dapat kelulusan terhadap etika manusia. Sekarang tidak boleh lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum pelantikan profesor bertajuk Ketum: Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini di sini pada Khamis.

Menurut Sharif Mahsufi sebelum ini ketum sangat terkenal di dalam perubatan khususnya bagi merawat gejala penagihan dadah seperti mengawal gejala tarikan dan terapi gantian.

“Untuk merawat gejala penagihan dadah ada dua perkara yang perlu diambil kira. Pertama untuk mengawal gejala tarikan dan kedua, terapi gantian methadon,” katanya.

Mengulas lanjut, Sharif Mahsufi berkata, pihaknya turut menjalankan penyelidikan bagi membangunkan ubat baharu terhadap jangkitan kulat sistemik yang kemungkinan berlaku kepada penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Katanya, kajian yang dijalankan sejak 2007 itu berjaya menemui ubat antikulat baru (CDR2) yang difailkan oleh USM pada 2016 bagi rawatan jangkitan kulat sistemik seperti aspergilosis dan pihaknya kini sedang menanti kelulusan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO).

Jelas beliau, kajian yang dijalankan terhadap ketum sejak 1960 sehingga kini sudah mengenal pasti sebanyak 57 sebatian daripada pelbagai spesis Mitragyna malah daripada jumlah itu, terdapat 37 jenis alkaloid unik bagi ketum dan alkaloid utama bagi daun ketum ialah mitraginina.

Sementara itu, Sharif Mahsufi berharap, USM dapat bekerjasama dengan agensi penyelidikan lain seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada masa akan datang bagi mencari baka ketum yang terbaik di Malaysia untuk melengkapkan hasil kajian tersebut.



Source link

read more

Dua sahabat ditahan palsukan sijil cuti sakit



MELAKA: Dua sahabat ditahan polis selepas disyaki terlibat sindiket pemalsuan sijil cuti sakit klinik kesihatan dalam dua serbuan berasingan di Melaka pada Isnin.

Suspek masing-masing berusia 19 dan 21 tahun dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak Jun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia, suspek pertama berusia 19 tahun yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka ditahan ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah stesen minyak di Peringgit sekitar jam 9.10 malam.

Sementara suspek kedua yang merupakan dalang kegiatan tersebut ditahan ketika sedang mencetak sijil sakit palsu di rumahnya di Taman Peringgit Jaya.

Susulan itu polis merampas 15 salinan sijil cuti sakit yang tertera cop rasmi ‘Klinik Kesihatan Peringgit’ serta cop nama ‘Rohaiza Binti Roslan MBB (Malaya) Pegawai Perubatan U-D 54’.

“JSJK Melaka telah pun berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan sijil cuti sakit yang menyerupai sijil cuti sakit Klinik Kesihatan Peringgit selepas menahan dua lelaki dalam serbuan sekita Melaka.

“Digunakan mencetak dan menjual sijil tersebut dan menyerupai sijil asal serta mnyerupai cop nama doktor dan pembeli hanya perlu mengisi nama sendiri dan tarikh cuti yang diperlukan,” katanya.

Turut dirampas satu set komputer, tujuh helai kertas A4 berwarna kuning serta pelbagai cop nama yang dipalsukan.

Berdasarkan siasatan awal, 300 sijil cuti sakit palsu telah dijual kedua-dua suspek untuk pasaran sekitar Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai dijual melalui orang tengah dengan harga berbeza iaitu RM10 kepada orang tengah yang akan menjualnya sekitar RM35 sekeping.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons