Hanya salah faham tak ada niat buruk – Fathia Latiff mohon maaf dengan Iqram Dinzly


PELAKON Fathia Lafiff memohon maaf kepada Iqram Dinzly terhadap perbuatannya yang meninggalkan komen kontroversi ketika aktor itu sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.
 
Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan oleh Fathia menerusi satu kenyataan di IGnya semalam.
 
Menurut Fathia, dia tidak mempunyai niat buruk terhadap Iqram dan perkara yang berlaku itu hanyalah salah faham.

BACA: “Bunuh diri tu haram, akal kat mana?” – Hafiz Hamidun sindir Fathia Latiff? BACA: “Tak ada scene bunuh diri ke?” – Fathia Latiff suruh Iqram Dinzly bunuh diri?


 
Permohonan maaf Fathia itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut IGnya tidak kira sama ada positif mahu pun negatif.
 
Antara komen yang diterima adalah:
 
“Sekarang ni mintak maaf pun boleh dibuat-buat cakap senang je .Hmm sampai satu hari minta maaf tu dah jadi tak relevant sebab cakap je minta maaf tapi sikap tak ubah. Asyik buat salah minta maaf ntah betul-betul menyesal atau tak. Cukup la tu Fatiya orang takkan percaya dah mohon maaf awak tu,” [email protected]_agent
 
“Itu urusan diaorang, manusia mana je yang tak buat salah. Yang kita ni jangan nak keruhkan keadaan,” [email protected]

 
Terdahulu, Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.

Komen yang ditinggalkan oleh Fathia itu sedang tular di laman sosial dan menjadi bualan hangat netizen.
 
Nama Fathia dan Iqram menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu. Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.

Foto: Instagram @fatiyalatiff



Source link

read more

NHK salah hantar mesej amaran serangan nuklear



BERMULA dengan Hawaii, kini merebak ke Jepun.

Insiden tersalah hantar mesej amaran berhubung serangan nuklear umpama jadi satu trend.

Syarikat penyiaran Jepun, NHK menghantar mesej amaran berhubung serangan peluru berpandu Korea Utara, dan minta penduduk mencari perlindungan segera.

Amaran itu dikeluarkan menerusi platform media sosial termasuk Twitter, aplikasi perkhidmatan berita.

Mesej amaran itu menyebut, Pyongyang melepaskan peluru berpandu ke arah Jepun, dan ia juga  minta penduduk berlindung.

Mesej ini bagaimanapun ditarik semula beberapa minit kemudian.

Kesilapan menghantar mesej amaran ini berlaku dua hari selepas insiden sama di Hawaii.

BACA: Penduduk Hawaii panik, terima mesej amaran serangan nuklear

NHK memadam muat naik status amaran itu selepas beberapa minit.

Ia juga mengeluarkan permohonan maaf secara langsung di televisyen.

NHK mendakwa kesilapan teknikal dalam menggunakan sistem amaran itu menyebabkan kesalahan itu berlaku.



Source link

read more

Salah ke tunggang motor pakai tanjak- Wings lancar kelab motor identiti Melayu


UNIK dan tersendiri! Itulah yang boleh digambarkan kepada Wings Motor Gang Society (WMGS) yang menjadikan tanjak sebagai simbolik memartabatkan budaya Melayu dalam kelab permotoran tersebut. Presiden WMGS, Datuk Awie atau Ahmad Azhar Othman berkata, tanjak dan baju Melayu cekak musang merupakan identiti kelab tersebut seiring dengan misi mereka, yang mahu mengukuhkan dan menguatkan jati diri serta identiti bikers Melayu dalam aktiviti permotoran.

Ditanya samada beliau risau jika identiti WMGS dilabel pelik, Awie menegaskan perkara tersebut tidak pernah menjadi kegusarannya.
 

“Salah ke pakai tanjak dengan baju Melayu naik motor? Lagipun kami tidak menyalahi undang-undang jalan raya.

“Setiap konvoi yang kami lakukan, ada polis trafik bersama dan kami menanggalkan helmet serta bertanjak mengikut jarak yang ditetapkan dengan kebenaran pihak berkuasa.

“Lagi pula, kami mengikut spek yang telah ditetapkan undang-undang jalan raya serta tidak mengabaikan faktor keselamatan,” katanya yang menekankan tiga prinsip utama kelabnya iaitu silaturrahim, ekonomi dan kebajikan.

Menarik mengenai WMGS, kelab ini hanya dianggotai oleh penunggang Bumiputera, tiada perbezaan pangkat, jauh sekali elemen politik.

“Buang jauh-jauh rasa negatif atau rasisme kerana tujuan kita hanya mahu memartabatkan budaya dan semangat Melayu, itu sahaja,” ujarnya.

Awie ditemui ketika Majlis Pelancaran Ulang Tahun 465 Hari Wings Motor Gang Society yang berlangsung meriah dalam suasana penuh adat tradisional Melayu di Tadom Hill, Resort, Banting, pada Sabtu lalu.

Seramai 600 tetamu memeriahkan majlis bersama 100 ahli kelab WMGS dari Brunei, Thailand, Singapura dan seluruh negara.

Anggota Wings iaitu Awie, Black dan Eddie turut lengkap lengkap berbaju Melayu cekak musang, berjaket hitam dan bertengkolok songket bagi menunjukkan identiti Melayu kelab permotoran tersebut.

Kepada yang berminat untuk menyertai WMGS dan mempunyai motosikal berkuasa tinggi 700cc ke atas, yuran pendaftaran adalah sebanyak RM550 merangkumi yuran tahunan pertama  termasuk ‘Colors’ dan ‘Vest’.

Yuran tahunan untuk ahli ialah RM180 dan pelbgai keistimewaan bakal diperolehi ahli WMGS dengan kad keahlian yang menyediakan pelbagai kelebihan seperti diskaun alat ganti motosikal, bantuan kerosakan motosikal, diskaun di kedai makan terpilih dan banyak lagi.

Maklumat lanjut mengenai keahlian boleh lawati laman sosial rasmi Facebook dan Instagram Wings Motor Gang Society.



Source link

read more

Azmin salah guna Selangorkini untuk tujuan politik – Noh Omar


TANJONG KARANG: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memantau dan mengambil tindakan tegas, seperti menghentikan pengedaran akhbar rasmi kerajaan negeri ‘Selangorkini’, di masjid-masjid Selangor yang dilihat lebih banyak melaporkan berita politik khususnya membabitkan aktiviti Pakatan Harapan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata akhbar percuma kerajaan negeri itu yang diterbitkan menggunakan duit rakyat sepatutnya melaporkan lebih banyak berita mengenai pembangunan di Selangor.

“Kalau berterusan diedarkan di masjid seolah-olah JAIS abai titah Sultan Selangor sebab ini jelas menunjukkan akhbar itu telah menjadi akhbar politik.

“Ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, saya lihat Selangorkini tidak cerita politik sangat tetapi lebih kepada program menteri besar dan kerajaan negeri. Akhbar ini perlu kembali semula kepada tujuan asal ia diterbitkan,” katanya dalam sidang media bersempena program turun padang ke Kampung Sri Tiram Jaya di sini hari ini.

Beliau mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyalahgunakan ‘Selangorkini’ untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Apa yang ‘dihidangkan’ sekarang (oleh Selangorkini) adalah mengenai program yang tiada kaitan dengan pembangunan di Selangor seperti program politik Mohamed Azmin di negeri lain, berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan calon Perdana Menteri.

“Kita tidak halang penerbitan akhbar ini kerana kita amalkan kebebasan akhbar tetapi kena ingat jangan guna duit rakyat untuk kempen politik,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tindakan Mohamed Azmin itu juga secara tidak langsung mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat untuk berpolitik.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM775,000 untuk pembangunan di kampung itu seperti membaiki rumah dan menaik taraf bumbung gelanggang futsal.

— BERNAMA



Source link

read more

Dakwaan salah laku seksual NYT batal temu bual bersama James Franco



NEW YORK: Akhbar ternama Amerika Syarikat, The New York Times (NYT), membatalkan satu temu bual bersama pemenang anugerah Golden Globes, James Franco, selang beberapa hari selepas pelakon dan pengarah itu dilemparkan dengan dakwaan seksual.

Temu bual itu adalah sempena acara TimesTalk yang sepatutnya berlangsung pada Rabu.

Antara lain acara bertujuan membantu mempromosikan filem terbaru Franco, “The Disaster Artist” yang turut menampilkan adiknya, Dave Franco.

Dalam satu kenyataan, NYT memaklumkan ia membuat keputusan sedemikian selepas memperhalusi kontroversi yang melanda penggiat seni itu baru-baru ini.

Pelakon Violet Paley dan penggiat filem, Sarah Tither-Kaplan masing-masing pernah mendakwa Franco berkelakuan tidak senonoh secara seksual terhadap mereka menerusi penulisan di akaun Twitter.

Franco pada masa ini berada di New York untuk menghadiri Majlis Rebiu Kebangsaan sambil  berkongsi mengenai filemnya. Franco tidak memberi sebarang komen kepada wartawan di lokasi yang cuba mendapatkan reaksinya mengenai dakwaan seksual tersebut.

Malah, Franco dan pasukan publisitinya juga tidak menjawab sebarang pertanyaan yang dihantar menerusi emel kepadanya.

Pada hari yang sama ketika membuat kemunculan di “The Late Show” bersama Stephen Colbert, Franco turut ditanya mengenai dakwaan itu. 

Namun Franco cuma berkata, dia terdengar mengenainya semasa menjadi kecoh di Twitter sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya boleh tegaskan bahawa tuduhan tidak benar. Pada masa sama, saya juga menyokong mana-mana wanita yang berani bersuara untuk menegakkan keadilan,” kata Franco dalam program itu.

Sementara itu, pemenang Oscar, Michael Douglas, menafikan penglibatannya dalam satu kes gangguan seksual yang didakwa berlaku 30 tahun lalu.

Namun, dakwaan gangguan seksual itu belum tersebar luas memandangkan ia tidak diterbitkan di mana-mana akhbar, televisyen atau platform media sosial.

Dalam satu temubual bersama Deadline, Douglas berkata, dia menunggu jika ada penerbitan sebuah laporan yang bakal mendedahkan dakwaan kononnya dia berlakukan tidak senonoh ke atas seorang bekas pekerjanya, 32 tahun lalu.

Kata Douglas, dia mengambil keputusan untuk tampil menafikan dakwaan tersebut sebelum ia tersebar dan menjadi parah.

Malah, pelakon “Basic Instinct” yang juga suami kepada pelakon Catherine Zeta Jone itu turut menyifatkan semua dakwaan gangguan seksual itu satu penipuan.

Tahun lepas, pentas Hollywood diselubungi siri kontroversi dakwaan gangguan seksual oleh penggiat seni dimulai dengan Harvey Weinstein dan Kevin Spacey selain Slyvester Stallone.

Kontroversi itu turut membayangi Anugerah Golden Globe ke-75, yang berlangsung baru-baru ini di Beverly Hills apabila ramai pelakon lelaki dan wanita bersatu memakai pakaian berwarna hitam sebagai tanda protes.       



Source link

read more

Awas Jangan salah pilih alat solek kanak-kanak


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif menyebabkan kulit mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman.

Atas alasan ini juga, ibu bapa diminta berhati-hati ketika mengenakan produk kosmetik kepada anak-anak mereka, kata doktor perubatan estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar.

Beliau menegaskan produk kosmetik untuk orang dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak kerana ia boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan.

“Apabila kulit itu terlalu sensitif dan terdedah dengan bahan-bahan kimia seperti logam berat, ia memberikan risiko tinggi dan komplikasi seperti radang kulit, kulit membengkak mahupun jangkitan berbanding oprang dewasa.

“Tambahan pula, daya imunisasi tubuh orang dewasa lebih tinggi berbanding kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambahnya, ibu bapa perlu mengambil tahu kandungan yang terdapat di dalam produk kosmetik bagi mengelak kesan sampingan terhadap anak mereka.

“Alat solek perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat atau setaraf dengannya.

“Kalau ada sijil kelulusan badan-badan ini, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko terhadap kanak-kanak,” ujarnya.



Source link

read more

Mohamed Salah dinamakan Pemain Terbaik Afrika 2017


ACCRA: Pemain penyerang Liverpool Mohamed Salah dinamakan pemain terbaik Persekutuan Bola sepak Afrika 2017.

Salah menewaskan rakan sepasukannya dalam Liverpool dan pemain sayap dari Senegal, Sadio Mane, manakala penyerang Borrusia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang di tempat ketiga.

Acara penganugerahan berlangsung di ibu negara Ghana, Accra, pada Khamis.

“Ini satu mimpi yang menjadi nyata bagi saya. 2017 ialah tahun yang sukar dipercayai untuk saya, sama ada untuk aksi peringkat kebangsaan bersama Mesir, mahu pun aksi di kelab-kelab.

“Layak ke Piala Dunia selepas 28 tahun dan mengalami musim yang hebat di Roma dan Liverpool merupakan momen istimewa dalam karier saya,” kata Salah pada majlis itu.

Salah merupakan warga Mesir kedua memenangi anugerah itu selepas Mahmoud Al Khatib pada 1983.

Sebelum ini, penyerang Mesir itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik 2017 menerusi satu undian yang dijalankan saluran sukan, ESPN. 

Pemain berusia 25 tahun itu, yang menjaringkan 17 gol dalam Liga Perdana musim ini, membantu Mesir layak ke pusingan akhir Piala Dunia dan Piala Negara Afrika 2017. 

Disember lalu, Salah turut diundi sebagai pemain bola sepak terbaik Afrika, oleh Badan Penyiaran British (BBC).

Beliau menjaringkan 10 gol untuk kelab Roma antara Januari dan Mei 2017 sebelum memeterai kontrak dengan Liveroool ketika musim panas.

Beraksi dengan The Reds, Salah menyumbangkan 24 gol.

Salah turut menjaringkan dua gol untuk Mesir menang 2-1 ketika menentang Republik Congo dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, yang menyaksikan negara itu ke pusingan akhir buat pertama kali sejak 1990.



Source link

read more

Rafizi salah tuduh, Noor Raslan bukan abang saya – Rahman Dahlan


61500891839_DatukSeriAbdulRahMO, 12/12/2017, KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017, diberikan kepada abangnya, Noor Raslan Md Dahlan.

Abdul Rahman berkata malah, Noor Raslan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd itu juga tidak mempunyai pertalian saudara dengannya seperti yang didakwa Anggota Parlimen Pandan itu.

“Menerusi sidang media di laman sosial ‘Facebook Live’ pada 1.30 petang ini, Rafizi sebanyak sembilan kali mengulangi dakwaan bahawa pemberian tender diberikan kepada abang saya iaitu Raslan Dahlan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan Rafizi Ramli dan saya tegaskan, saya tidak mempunyai apa-apa hubungan persaudaraan dengan saudara Raslan Dahlan… beliau bukan abang saya walaupun kami berkongsi nama bapa yang sama,” katanya dalam satu sidang media khas yang turut dihadiri Noor Raslan Md Dahlan, pada Isnin.

Justeru, Abdul Rahman berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya dalam masa terdekat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

Abdul Rahman berkata, bagaimanapun sejurus 10 minit selepas sidang media berakhir, Rafizi bertindak memadamkan pautan rakaman sidang media itu.

“Walaupun beliau (Rafizi) memadamkan bukti tuduhan itu, pegawai-pegawai saya sempat merakam dan ‘screenshot’ segala rakaman sidang media itu… mungkin bila tahu saudara Raslan bukan abang saya, cepat-cepat dia padamkan bukti,” katanya.

Abdul Rahman berkata beliau turut berharap kepimpinan Pakatan Harapan mengarahkan Rafizi untuk segera menutup mulut kerana pembohongannya ini mengaibkan mereka.

“Saya harap Rafizi berhenti daripada terus menjadi pembohong bersiri tegar dan takutlah kepada Allah,” katanya.

Mengulas mengenai perbelanjaan penganjuran pameran infrastruktur berskala besar itu, Rahman berkata tidak ada sebarang perbelanjaan projek kerajaan yang disembunyikan.

“Saya akan jawab hal ini. Tak ada perbelanjaan kerajaan yang boleh disembunyikan. Dalam parlimen, dalam audit… kita boleh jawab,” katanya.

Ekspo Negaraku yang berlangsung di Dataran Merdeka selama sebulan bermula 15 Nov lepas merupakan ekspo interaktif julung kali dianjurkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai perancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Kalau setakat nak cari salah baik tak payah – Mourinho selar Scholes



JOSE Mourinho memang pantang kena kritik. Apatah lagi jika kritikan itu lebih kepada kecaman dan bukannya membina.

Terbaharu pengendali Manchester United itu melancarkan perang mulut dengan Paul Scholes.

Puncanya kerana tidak puas hati gara-gara tindakan bekas pemain tengah The Red Devils itu mengkritik prestasi Paul Pogba yang dianggapnya  tidak berbaloi berbanding nilainya.

“Dia tidak seperti pemain yang akan bawa kemenangan kepada pasukan. Itukah pemain yang bernilai 90 juta pound?” sindir Scholes sejurus perlawanan United menentang Southampton yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Namun Mourinho yang terkenal dengan sikap panas barannya itu tidak mahu tunggu lama untuk balas kritikan Scholes itu.

Selepas the Red Devils melakar kemenangan 2-0 ke atas Everton awal pagi tadi Mourinho tanpa berlengah melancarkan ‘serangan balas’ terhadap legenda United berusia 43 tahun itu.

“Saya rasa satu-satunya yang Paul Scholes lakukan adalah mengkritik. Saya tidak rasa dia mengulas sebaliknya mengkritik dan ia dua perkara yang berbeza,” sindir pengendali berbangsa Portugis itu.

“Bukan salah Pogba jika dia buat lebih banyak duit berbanding Paul Scholes. Bukan salah Paul Pogba tapi inilah hakikat dalam bola sepak,” hujah Mourinho mempertahankan pemain termahal dalam sejarah United itu.

Tidak cukup dengan itu pengurus berusia 54 tahun ini juga melontarkan cabaran berikut kepada Scholes.

“Jika Scholes satu hari nanti memutuskan untuk jadi pengurus, saya harap dia mampu meraih 25 peratus daripada kejayaan saya, kerana 50 peratus adalah 12 setengah daripada koleksi piala saya dan 25 peratus adalah sekitar enam,” ujar Mourinho.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons