Lelaki maut disambar petir ketika sambut Songkran



BANGKOK: Seorang lelaki maut disambar petir ketika sedang meraikan Songkran di wilayah Buri Ram, Thailand pada Ahad, lapor portal berita Bangkok Post.

Menurut kenyataan polis, sambaran petir telah terkena pada lima orang ketika perayaan Tahun Baru Thai tersebut sedang meriah disambut di daerah Dindaeng.

Mereka yang cedera telah digegaskan ke Hospital Non Dindaeng namun salah seorang daripada mereka, Worawut Boon kong, 24 tahun, disahkan mati seketika kemudian.

Golongan saksi di lokasi kejadian berkata, kelima-lima mangsa sedang berseronok menyimbah air dari sebuah kenderaan yang diletakkan di bawah sebuah pokok besar. Ketika itu, cuaca dalam keadaan ribut petir.

Buri Ram merupakan salah satu wilayah yang terkesan dengan cuaca ribut semasa berlangsungnya festival Songkran.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana pada Ahad melaporkan sejumlah 892 buah rumah di 19 wilayah di utara, timur laut, dan timur Thailand musnah akibat bencana ribut sejak Jumaat lalu.

Hujan air batu yang berukuran diameter 1 inci turut dilaporkan berlaku di daerah Ban Phue di Udon Thani pada Ahad, hingga memusnahkan 10 buah rumah.

Jabatan Meteorologi negara itu pada Ahad berkata, ribut petir diramal berterusan di kawasan-kawasan terlibat sehingga Rabu. Penduduk di Bangkok dan kawasan sekitarnya juga dinasihatkan berjaga-jaga dengan keadaan cuaca tersebut.



Source link

read more

Sambut hari lahir dengan dipukul, pelajar berhadapan tindakan tegas – Pendidikan


KUALA LUMPUR 16 April – Mana-mana pelajar yang bertindak atau berkelakuan melampaui batas sehingga mendatangkan kecederaan dalam kawasan sekolah boleh dikenakan tindakan tegas.



CHONG SIN WOON

CHONG SIN WOON

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon susulan daripada video sekumpulan pelajar yang menyambut hari lahir salah seorang rakan mereka dengan memukul pelajar itu dan tular dalam laman media sosial, Facebook.

“Perbuatan pelajar yang tular baru-baru ini bukanlah budaya kita. Tetapi, mereka ini mudah terpengaruh sehingga melampaui batas dan melakukan perkara yang boleh menyebabkan kecederaan.

“Kita akan ambil tindakan kepada semua pelajar yang berkelakuan melampaui batas dan dilihat menyalahi peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas ditemu bual dalam program Sembang-Sembang Je.. Utusan Online di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Dalam video selama 30 saat itu, seorang pelajar sekolah menengah merelakan dirinya dipukul oleh kira-kira lapan rakannya sebagai tanda menyambut hari lahirnya di dalam sebuah bilik darjah.

Pelajar tersebut yang akhirnya mengerang kesakitan itu ditendang dan turut dipukul dengan batang penyapu.

Mengulas lanjut, Sin Woon turut menyeru para pelajar agar tidak terpengaruh dengan perkara atau perbuatan negatif yang tular dalam laman media sosial mahupun YouTube.

“Saya juga menyeru kepada guru-guru di sekolah agar memberikan penelitian terhadap perlakuan murid-murid. Mereka juga disarankan untuk menekankan unsur-unsur budaya kita semasa perhimpunan.

“Tanggungjawab mereka bukan hanya mengajar, tetapi perlu juga lihat cara pelajar bergaul di sekolah. Disebabkan itu kita ada program rakan sebaya di mana pelajar itu sendiri menjadi mata dan telinga kepada guru-guru dalam menangani perkara sebegini,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

SPR sambut baik kerajaan isytihar 9 Mei cuti umum


indexMO, 12/4/2018, PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyambut baik pengumuman kerajaan yang menetapkan 9 Mei depan sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, sejajar dengan itu SPR ingin menarik perhatian para majikan yang masih meneruskan operasi mereka pada hari mengundi supaya memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengan mereka untuk keluar mengundi.

Katanya, subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan seperti yang berikut:

“25. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu”,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegas beliau, mjikan yang tidak membenarkan pekerjanya yang menjadi pemilih untuk keluar mengundi boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit (RM5000) atau satu tahun penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam hal ini juga, katanya, SPR juga turut menyeru serta menggalakkan pihak majikan untuk menggunakan budi bicara bagi memberikan cuti khas atau pelepasan sewajarnya kepada pekerja-pekerja mereka yang dilantik sebagai Petugas Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

“Berhubung pelaksanaan pilihan raya pada 9 Mei itu juga, SPR menegaskan bahawa ketetapan itu bukanlah suatu perkara yang baharu kerana rekod PRU sebelum ini menunjukkan bahawa ia telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU-1 (1959), PRU Ke-6 (1982), PRU Ke-9 (1995) dan PRU Ke-10 (1999).

“Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu. Malah, pemakluman awal berkenaan tarikh PRU-14 ini juga membolehkan para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan dan sebagainya,” jelas beliau.



Source link

read more

SPR sambut baik kerajaan isytihar 9 Mei cuti umum – Politik


PUTRAJAYA 12 April – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyambut baik pengumuman kerajaan yang menetapkan 9 Mei depan sebagai hari kelepasan am tambahan seluruh negara bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, sejajar dengan itu SPR ingin menarik perhatian para majikan yang masih meneruskan operasi mereka pada hari mengundi supaya memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengan mereka untuk keluar mengundi.

Katanya, subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan seperti yang berikut:

“25. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu”,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegas beliau, mjikan yang tidak membenarkan pekerjanya yang menjadi pemilih untuk keluar mengundi boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit (RM5000) atau satu tahun penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam hal ini juga, katanya, SPR juga turut menyeru serta menggalakkan pihak majikan untuk menggunakan budi bicara bagi memberikan cuti khas atau pelepasan sewajarnya kepada pekerja-pekerja mereka yang dilantik sebagai Petugas Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

“Berhubung pelaksanaan pilihan raya pada 9 Mei itu juga, SPR menegaskan bahawa ketetapan itu bukanlah suatu perkara yang baharu kerana rekod PRU sebelum ini menunjukkan bahawa ia telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU-1 (1959), PRU Ke-6 (1982), PRU Ke-9 (1995) dan PRU Ke-10 (1999).

“Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu. Malah, pemakluman awal berkenaan tarikh PRU-14 ini juga membolehkan para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan dan sebagainya,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lebih 3,000 sambut TPM dan isteri di Pulai – Nasional


JOHOR BAHRU 29 Mac – Lebih 3,000 orang menyambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini sebentar tadi.

Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin disambut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sejurus tiba, Ahmad Zahid melancarkan Briged Gempur Bermotor Pulai sebelum merasmikan Himpunan Sukarelawan AADK & [email protected] Johor. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab



PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Perkara berkenaan disahkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak menerusi satu kenyataan rasmi di akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk.

Menurut Rozi, bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

“Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat sahaja untuk melawat.

“Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.”

Jelas Rozi, buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada hari-hari awal bergelar ibu.

Pasangan itu juga memohon diberikan sedikit masa sebelum mendedahkan wajah dan nama puteri mereka.

Sementara itu, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran anak pertama mereka lancar dan selamat.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat serta pihak media di atas sokongan sedari awal kehamilan.

Siti Nurhaliza dan Khalid mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006.

Siti Nurhaliza secara terbuka berkongsi perjalanan untuk mendapatkan zuriat, termasuk pernah keguguran sebelum ini.



Source link

read more

Kanada nyaris dapat malu sambut pasangan diraja Belgium dengan bendera Jerman



OTTAWA: Isu bendera jangan dibuat main, kerana itu adalah lambang kedaulatan sesebuah negara dan juga bangsa.

Kanada nyaris berdepan dengan ‘keaiban bertaraf antarabangsa’ pada Isnin apabila bendera dalam persiapan menyambut ketibaan pasangan diraja Belgium tertukar dengan bendera Jerman.

Hal itu disedari sewaktu persediaan upacara menanam pokok di Rideau Hall yang menjadi salah satu acara simbolik sempena lawatan negara oleh Raja dan Ratu Belgium.

Seorang wartawan Belgium, Wim Dehandschutter, telah mengenal pasti bendera yang salah terpasang pada pokok yang ditanam oleh Ratu Fabiola dari Belgium di lokasi berkenaan, sempena kunjungannya pada tahun 1977.

Hal tersebut sempat dimuat naik Dehandschutter ke akaun Twitter miliknya.

Bendera Belgium mempunyai tiga jalur menegak dengan susunan warna hitam, kuning dan merah, dari kiri ke kanan.

Namun, bendera yang dipasang pada pokok itu adalah bendera Jerman yang mempunyai tiga jalur melintang dengan susunan warna hitam, merah dan kuning, dari atas ke bawah.

“Ketika kami membuat persiapan di Rideau Hall, kami diberitahu tentang kesilapan tersebut,” ujar seorang jurucakap, yang mengesahkan bahawa kekeliruan tersebut sudah diperbetulkan sebelum ketibaan pasangan diraja tersebut.

Akhbar Belgium telah menjadikan hal tersebut sebagai tajuk utama laporan mereka.

Kunjungan negara ke Kanada itu merupakan yang pertama oleh keluarga diraja Belgium dalam tempoh 40 tahun.



Source link

read more

Sambut setiap tahun ini fakta menarik Hari Wanita yang perlu anda tahu



KUALA LUMPUR: MEMPERKASA wanita bukan untuk menyaingi lelaki tetapi untuk turut sama membangunkan generasi.

Itu antara mesej utama sambutan Hari Wanita Sedunia yang diraikan pada setiap 8 Mac setiap tahun khusus buat para wanita seluruh dunia.

Di sini Astro AWANI ingin berkongsi enam fakta menarik di sebalik tercetusnya Hari Wanita Sedunia.

1. Hari Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa  mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.

2.  Merujuk kepada sejarah, kemunculan idea hari wanita ini bermula dengan dua peristiwa penting pergerakan wanita di Amerika Utara dan rantau Eropah.

3. Pada Februari 1909, berlaku satu bantahan dan protes dalam kalangan wanita di Amerika Utara mengenai hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut. Bantahan itu diketuai oleh para wanita dari Parti Sosialis Amerika  Syarikat dan kemudiannya ia bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

4. Kemudian pada Ogos 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis kali kedua di Eropah mencadangkan agar Hari Wanita itu turut dijadikan hari rasmi bagi wanita di seluruh dunia sebelum dipersetujui 27 delegasi yang hadir ketika itu. Saat itu, Hari Wanita Sedunia menjadi milik semua para wanita.

5. Selain warna ungu, hijau dan putih pernah dijadikan warna tema Hari Wanita Sedunia di mana hijau melambangkan sebuah harapan manakala putih pula tanda kesucian.

6. Selain itu, Hari Wanita mula di sambut pada 19 Mac 1911 di Jerman, Austria, Denmark dan Switzerland yang melibatkan himpunan besar-besaran dalam kalangan wanita.



Source link

read more

Kementerian Pendidikan sambut baik rancangan tubuh sekolah tahfiz khas – Pendidikan


PADANG TERAP 18 Feb. – Kementerian Pendidikan menyambut baik rancangan kerajaan untuk menubuhkan sebuah sekolah khusus bagi membantu pelajar tahfiz yang tercicir dalam akademik mendapatkan sijil.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kebanyakan pelajar tahfiz sukar mendapat pekerjaan selepas tamat persekolahan kerana tidak memiliki sebarang sijil akademik.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi berkaitan sekolah tahfiz (persendirian dan swasta) bersetuju membina sebuah sekolah khas berkenaan di Bagan Datuk, Perak.

“Langkah membina sekolah yang membolehkan pelajar tahfiz mendapat sijil akademik dan kemahiran adalah bukti kerajaan sedaya-upaya berusaha membantu kelompok tersebut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima yang terdiri daripada pesara guru dan kakitangan sekolah serta guru yang sakit sempena Program Ziarah Kasih anjuran Bikers Guru 1Malaysia.

Kira-kira 200 orang Bikers Guru 1Malaysia yang menyertai konvoi ke utara Malaysia – Thailand turut memberi sumbangan kepada 50 anak yatim serta murid miskin di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, di sini.

Dalam perkembangan sama, Mahdzir memberitahu, pihaknya bersedia membantu kerajaan bagi membolehkan pelajar tahfiz yang tercicir akademik untuk mendapatkan sijil.

“Di bawah Kementerian Pendidikan, kita mempunyai sekolah kebangsaan agama yang membolehkan pelajar mepelajari akademi dan agama.

“Selain itu, kita mempunyai 14 buah sekolah yang Ulul Albab yang membolehkan pelajar menghafaz dan mempelajari sains tulen. Kita mempunyai bekalan guru yang cukup untuk membantu kerajaan menubuhkan sekolah berkenaan,” ujarnya.



Source link

read more

Ayah sudah tahu hayatnya tidak lama – David Teo bersedih sambut Tahun Baru Cina



PRODUSER filem popular David Teo akui bersedih kerana bapanya Teo Tuan Ching, 89, meninggal dunia semalam sebelum mereka sekeluarga menyambut Tahun Baru Cina.

David berkata, mendiang seperti sudah tahu hayatnya tidak lama kerana minta pulang ke rumah sendiri.

“Sebelum ini bapa tinggal di rumah saya di sini tetapi dua minggu lalu, dia mahu balik ke kampung halaman di Kampung Buluh Kasap, Segamat,” katanya.

Bapanya meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Mendiang meninggalkan lapan orang anak termasuk David yang merupakan anak ketujuh.

David yang juga Mejar Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan pernah bekerjasama dengan beberapa pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Intan Ladyana

Sumber: Harian Metro



Source link

read more