PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI SAMBUTAN PONGGAL 2018



13 January, 2018


‘Thai piranthal vazhi pirakkum’, begitulah harapan ramai di kalangan komuniti India setiap kali tibanya bulan ‘Thai’ dalam kalendar India. Di saat kita melihat ke arah satu permulaan yang baru dalam kehidupan kita, marilah kita melihat semula perjalanan kita sebagai sebuah negara bangsa yang telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk membina Malaysia yang aman, harmoni serta semakin moden pada hari ini.

Pendekatan Kerajaan yang inklusif dan mengutamakan kerjasama bersama masyarakat telah membolehkan lebih setengah juta masyarakat India mendapat manfaat secara langsung melalui program dan projek-projek Kerajaan sejak tahun 2009. Kesinambungan ini akan diteruskan untuk memastikan masa depan masyarakat India di Malaysia sentiasa terjamin.

Bersempena sambutan perayaan Ponggal tahun ini, marilah kita sama-sama sebagai rakyat Malaysia mengeratkan perpaduan dan persefahaman di kalangan kita dengan harapan bahawa sambutan ini membawa satu permulaan yang baru bagi Malaysia yang lebih maju dan berjaya. 

Percayalah, masa depan adalah milik kita bersama, ‘Naalai Namathey!’. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Ponggal, atau ‘Ponggal Vaalthukal’ kepada seluruh masyarakat India di Malaysia.



Source link

read more

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus dapat sambutan biarpun pernah dilanda musibah



KUALA LUMPUR: Biarpun pernah dilanda musibah yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden, namun ia tidak menghalang untuk Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terus mendapat sambutan.

Malah untuk sesi pengajian yang dijangka akan bermula minggu hadapan, pusat tahfiz tersebut menerima 160 permohonan daripada ibu bapa untuk menghantar anak mereka menimba ilmu di institusi itu.

Pengetua pusat tahfiz itu, Mohd Zahid Mahmood memberitahu jumlah yang mendaftar itu diluar jangkaan dan melebihi dari permohonan tahun-tahun sebelum ini.

“Pada awalnya kita tidak ada buat iklan di mana-mana, baik media sosial atau sebagainya, jadi jangkaan kita mungkin berkuranglah sebab orang takut melihat bila tahfiz kita ini ada pelajar dibakar. 

“Tetapi yang memeranjatkan kami, biarpun tidak ada iklan, mereka datang tanya bila nak buka pendaftaran untuk belajar di tahfiz ini.

“Dalam sejarah selama 16 tahun kami, ini pertama kali paling ramai yang minta, hampir 160 orang yang sudah mengisi borang.

“Kami cuma nak ambil 50 orang jadi terpaksalah kami ketepikan 110 orang yang memohon,” katanya kepada Astro AWANI.

Bercerita lanjut, Mohd Zahid berkata semangat pelajar dan tenaga pengajar pusat tahfiz itu pulih dengan cepat kerana mendapat bantuan secara rohani dari Yang Maha Esa.

Selain itu, sokongan moral daripada masyarakat juga membuatkan pelajar dan tenaga pengajar bersemangat untuk menaikkan kembali nama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

“Kalau tidak ada bantuan daripada Allah secara spiritual mungkin kami tidak dapat bangkit, kami diberi kekuatan yang luar biasa untuk kami  meneruskan usaha kami membangunkan institusi tahfiz.

“Malah, dengan apa yang berlaku itu, saya melihat ia sebagai bantuan yang Allah berikan kepada bukan hanya kami tetapi juga pusat-pusat tahfiz yang lain,” katanya lagi.

Mengulas mengenai sumbangan daripada orang ramai, Mohd Zahid menjelaskan, semua sumbangan yang diterima sedang diaudit oleh juru audit bertauliah dan selepas itu ia akan diserahkan kepada keluarga mangsa kebakaran.

September tahun lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menjadi tumpuan seluruh masyarakat selepas asrama pelajarnya dilanda kebakaran. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 September tahun lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut.

Hari ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang disabitkan kesalahan membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untu dibicarakan.

BACA: Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

BACA: Kes bunuh pusat tahfiz: Sebutan semula kes 3 Januari

BACA: Kes bakar tahfiz: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah



Source link

read more

RM3.5 juta taja sambutan ulang tahun MBJB – Johor


JOHOR BAHRU 2 Jan. – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama-sama Coronade Properties Sdn. Bhd, hari ini.

Menerusi MoU berkenaan, pihak Coronade bersetuju untuk menaja RM3.5 juta untuk sambutan ulang tahun MBJB selama 10 tahun bermula tahun lalu.

Datuk Bandar MBJB, Amran Abdul Rahman berkata, setiap tahun pihak Coronade menaja RM350,000 dan tajaan sudah pun bermula untuk sambutan MBJB ke-24 yang bermula hujung Disember lalu hingga Mac ini.

“Ini merupakan kerjasama, perkongsian pintar dan bertepatan bagi mengukuhkan sektor swasta dan MBJB. Saya harap ini akan menjadi contoh terutama kepada pihak swasta lain.

“Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dan kepada warga Bandaraya Johor Bahru khususnya,” katanya ketika berucap sebelum MoU tersebut.

MoU tersebut berlangsung di Hotel Puteri Pacific di sini sebentar tadi dengan MBJB diwakili Amran manakala Coronade diwakili Datin Alinah Ahmad. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Insiden tikam cemar sambutan Tahun Baharu di London – Luar Negara


LONDON 1 Jan. – Seramai empat lelaki ditikam hingga mati dalam beberapa insiden berasingan di ibu kota negara itu sewaktu sambutan Tahun Baharu.

Menurut polis tempatan, mangsa kelima dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Berikutan kejadian itu, polis menjalankan empat siasatan berasingan terhadap serangan semalam.

Lima lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan. – REUTERS



Source link

read more

[VIDEO] Kemeriahan sambutan tahun baharu 2018 Putrajaya – Nasional


PUTRAJAYA 1 Jan. – Sambutan Ambang Tahun Baharu 2018 di Dataran Putrajaya, di sini malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 500,000 masyarakat pelbagai kaum.



Video oleh RASHID MAHFOF

Sambutan tersebut dimulakan dengan persembahan cahaya berwarna-warni sempena Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) 2017.

Persembahan itu menampilkan kelainan dengan penggunaan teknik, teknologi visual dan audio terkini serta pencahayaan beresolusi tinggi di dalam pemetaan bercahaya tiga dimensi (3D) di fasad bangunan Istana Kehakiman.

Kiraan detik tahun baharu seterusnya dimulakan sebelum pengunjung diserikan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan pertunjukan bunga api digital.

Yang turut hadir, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail.

Terdahulu, pada program sama, PPj turut menyampaikan hadiah Pertandingan Lampu Kreativiti 3R kepada organisasi yang berjaya menghasilkan rekaan arca berunsurkan kitar semula sempena penganjuran Lampu 2017 sepanjang tiga hari lalu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hijrah atau Masihi Sambutan tahun baru tak Islamik



KUALA LUMPUR: Sempena sambutan tahun baru 2018, kewujudan pelampau agama yang terlalu mengagungkan perspektif ekstrem dilihat sebagai antara ancaman utama kepada keharmonian hidup di Malaysia.

Mana tidaknya, kumpulan ini selalunya cuba mengukur tahap Islam individu lain dengan hanya melihat gaya sambutan tahun baru.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Ramzah Dambul, perbuatan merendahkan sesama sendiri dalam hal remeh seperti sambutan tahun Masihi hanya mendatangkan persengketaan yang tidak perlu.

“Sebenarnya, kalau ada yang lebih suka guna kalendar Hijrah sebagai titik sambutan tahun baru, itu tiada masalah.

“Yang salahnya, bila secara terbuka mengindoktrinasi anutan peribadi itu sebagai paling Islamik. Kemudian mencerca pilihan orang lain.

“Faham tidak isunya di sini? Bukan soal apa pilihannya: Hijrah atau Masihi. Mana-mana pun okey.

“Tapi tentang sikap suka menghakimi kecenderungan orang lain, dalam keadaan dia sendiri tidak faham apa yang dihakiminya,” katanya menerusi posting Facebook pada Ahad.

Katanya lagi, secara rohaninya, tahun Masihi menggunakan kelahiran Nabi Isa sebagai mercu rujukan.

“Tahun Hijrah pula berpasak pada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah. Jadi, tiada kurang atau lebih Islam antara kedua-dua sistem kalendar memandangkan kedua-dua nabi ini dimuliakan dalam Al Quran,” katanya.

Jelasnya, bukan itu sahaja, ia mengundang ketidakfahaman golongan pelampau agama mencerap kelebihan kedua-dua kalendar daripada konteks sains.

“Baik kalendar Hijrah (al-qamariah: berasaskan bulan) mahupun Masihi (as-syamsiah: berasaskan matahari), kedua-duanya ada manfaat praktikal yang tersendiri dari segi sains.

“Kalendar Hijrah berasaskan pusingan bulan mengelilingi bumi. Jadi kalendar ini memberi kita kedudukan relatif bulan setiap hari.

“Amat berguna untuk memahami jadual pasang-surut air laut. Dalam konteks aktiviti tani tradisional (komuniti Dusun misalnya), ia juga membantu mengenal hari paling sesuai menyemai benih.

“Kalendar Masihi pula berasaskan pusingan bumi mengorbit matahari. Jadi pentarikhan mengikut sistem as-syamsiah ini memberi kita jarak relatif bumi dari matahari.

“Ia penting untuk mengenal pertukaran empat musim di kedua-dua hemisfera utara dan selatan bumi; serta memahami transisi monsun di kawasan khatulistiwa dan tropika. Pengetahuan ini sangat berguna untuk pelayaran,” jelasnya yang mempunyai kepakaran dalam bidang meteorologi dan geografi di Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS.

Baginya, pemahaman ini penting terutamanya dalam konteks kepelbagaian kaum di Malaysia untuk memahami rahmat Tuhan yang telah digali sebagai ilmu oleh manusia.

Justeru itu, mengambil semangat tahun baru, beliau menggesa rakyat Malaysia untuk bebaskan diri daripada ketaksuban yang sia-sia.

“Ilmu wajib dipelajari dan dipraktik dalam hidup. Tidak kira siapa yang mengolahnya, asalkan ia membawa kebaikan dan tidak menyanggah akidah.

“Empayar Islam yang pernah megah suatu ketika dulu pun telah membina kegemilangan tamadun ilmunya dengan menggali warisan yang ditinggalkan oleh Greek dan Yunani (dalam pelbagai bidang termasuk astronomi, matematik, dan lain-lain).

“Meminjam kata-kata seorang pemimpin muda negara: ‘Tak payah bajet suci sangat. Perkara yang mudah jangan disusah-susahkan.’

“Masih ada banyak kebejatan dan cabaran yang lebih penting untuk kita tangani di dunia ini.

“Betulkan keutamaan yang penting, barulah kita minda yang terbilang,” katanya lagi.



Source link

read more

TPM rasmi Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Krismas 2017 – Terkini


MELAKA 27 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Krismas 2017 yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir di sini malam ini.

Ketibaan Ahmad Zahid pada pukul 9 malam menaiki beca dari Hotel Equatorial di sini disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup merangkap wakil masyarakat Kristian.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO negeri, Datuk MS Mahadevan Sanacy yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Pada tahun 2015, Melaka pernah menjadi lokasi sambutan Majlis Rumah Terbuka sempena Krismas peringkat kebangsaan yang turut dihadiri oleh Ahmad Zahid dan sambutan malam ini meriah dengan kehadiran kira-kira 8,000 pengunjung di hadapan bangunan bersejarah A Famosa bagi menghayati sambutan hari Krismas yang diraikan penganut Kristian di seluruh negara, kelmarin. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Meghan Markle jadi tarikan sambutan Krismas keluarga diraja Britain


SANDRINGHAM: Ratu Elizabeth II dan keluarga diraja Britain menghadiri sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House di Norfolk.

Turut hadir dan tentunya mendapat perhatian penduduk tempatan adalah tunang Putera Harry, Meghan Markle.

Markle turut mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan penduduk tempatan selepas selesai sambutan tersebut.

Sandringham House adalah kediaman yang selalu menjadi tumpuan keluarga diraja Britain untuk menyambut Krismas.

Keluarga diraja UK termasuk tunang Putera Harry, Meghan Markle turut hadir ke sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House (foto: AP Photo/Alastair Grant)
Ratu Elizabeth II ditemani Putera Philip dan keluarga diraja lain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine, yang hamil dengan anak ketiga.

Agensi berita The Associated Press melaporkan lebih ramai penduduk tempatan keluar untuk menyambut keluarga diraja Britain itu pada tahun ini.

Ratu Elizabeth II dan Putera Philip tidak hadir ke sambutan di gereja itu pada tahun lepas susulan demam.

Keluarga diraja UK termasuk tunang Putera Harry, Meghan Markle turut hadir ke sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House (foto: AP Photo/Alastair Grant)
Dalam ucapan hari Krismas tahun ini, Ratu Elizabeth II memuji semangat yang ditunjukkan mangsa yang terselamat dalam serangan pengganas di Manchester, bangunan parlimen UK di London dan London Bridge.



Source link

read more

Ribut Tropika Tembin Sambutan Krismas di pusat pemindahan



SAMBUTAN Krismas di Selatan Filipina disambut sederhana susulan ribut Tropika Tembin yang melanda negara itu.

Ribuan penduduk di Wilayah Lanao Del Norte terpaksa berteduh di pusat pemindahan sementara yang disediakan pihak berkuasa.

Wilayah Lanao Del Norte, Lanao Del Sur dan Zamboanga alami kemusnahan paling teruk.

Sebanyak 120 kematian dicatat akibat tanah runtuh dan dihanyutkan arus deras manakala 160 orang masih hilang.

Tembin muncul kurang dari seminggu selepas ribut Tropika Kai-Tak melanda bahagian tengah Filipina.



Source link

read more

Sambutan Krismas di Kampung Portugis Melaka meriah


MELAKA: Kemeriahan sambutan perayaan Krismas pasti dirasai di seluruh negara dengan kilauan lampu-lampu yang dihias indah pelbagai bentuk selain pokok-pokok Krismas.

Tidak terkecuali yang sering mendapat perhatian pada sambutan ‘Christmas Eve’ adalah Bandaraya Bersejarah Melaka yang begitu sinonim dengan elemen Portugis yang pernah menjajah negeri itu pada suatu ketika dahulu.

Siapa yang tidak kenal dengan Alfonso de Albuguerque yang tiba di Melaka pada 1511 hingga memaksa budaya kemeriahan suasana Krismas tersebut kekal terutama di Kampung Portugis, di sini saban tahun.

Malah, kemeriahan cahaya lampu dan dekorasi menarik di setiap rumah serta jalan di Kampung Portugis sempena Krismas bukan hanya diketahui oleh masyarakat tempatan turut mengundang kehadiran kira-kira 50,000 pelancong dalam dan luar negara.

Para pelancong mengambil kesempatan melawat kampung tersebut untuk sama-sama merasai kemeriahan Krismas.

Tidak keterlaluan dikatakan kampung tersebut malam tadi seolah-olah seperti bandar Hamburg, Jerman apabila suasana meriah dengan kilauan lampu dan dekorasi

Tradisi memasang lampu pelbagai bentuk di kediaman penduduk di kampung itu yang telah mula diamalkan sejak 30 tahun lalu masih dikekalkan dan berjaya menjadi tarikan utama serta memeriahkan suasana sambutan.

Para pelancong mengambil kesempatan melawat kampung tersebut untuk sama-sama merasai kemeriahan Krismas.

Menurut penduduk asal kampung itu, Sarafriderica Santa Maria, 46 tahun, dia yang membesar di kampung penuh bersejarah itu berkata, suasana seperti ini sememangnya ditunggu-tunggu, bukan sahaja ahli keluarga, malahan masyarakat luar yang menantikan kelainan saban tahun.

Sarafriderica berkata kemeriahan di kampung tersebut perlu dikekalkan  dan berharap pihak Kerajaan Negeri Melaka dapat mengekalkan kawasan ini dengan adat dan kebudayaan bangsa Portugis supaya dapat menarik ramai pelancong dari dalam negeri dan luar negara.

“Kami semua akan pulang ke rumah untuk makan malam kerana ada antara ahli keluarga datang dari jauh. Mereka akan balik berkumpul.

“Saya berharap kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan boleh mengekalkan kampung kami, budaya kami sekali gus kemeriahan sambutan Krismas yang terkenal di sini,” katanya.

Sementara itu, rata-rata pelancong yang kebanyakannya baharu pertama kali menyambut sambutan Krismas di Kampung Portugis itu terkesima dengan kemeriahan yang ditunjukkan penduduk kampung.

Bagi Nurul Kiqriah Mohd Fahmy, ini merupakan pengalaman pertamanya melihat kemeriahan sambutan Krismas di Melaka. “Ini merupakan kali pertama membawa keluarga melihat kemeriahan sambutan Krismas.

“Kita dapat lihat penduduk kampung menghias rumah masing-masing. Ia sangat cantik,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons