Saya takut kenapa jadi begini – Siti Sarah cuak Shuib undur diri dari Sinar.fm



MALAM ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya pula, Shuib mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar.fm serentak hari sama.

Sedih atas kejadian yang berlaku, kata Sarah dia juga terkejut apabila suaminya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang paling disukainya.

“Saya pernah tanya Shuib, apa yang dia paling suka lakukan? Jawabnya menjadi deejay!

“Namun, tiba-tiba dia memaklumkan mahu berhenti daripada Sinar.fm. Sejujurnya ketika itu saya takut, kenapa jadi begini?

“Mesti ada something wrong somewhere…,” cerita Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BACA: Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar.fm

Namun, Shuib menjelaskan kepada Sarah tindakan yang dilakukan demi memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang sedang giat diceburinya.

“Keputusan yang dilakukan Shuib benar-benar mengubah dirinya. Saya lihat dia lebih bersemangat dalam Sepahtu Reunion setiap minggu kualiti kerjaya sangat memberangsangkan.

“Jadi, saya sebagai seorang isteri menyokong sahaja keputusan yang Shuib pilih dan percayakan dia sepenuhnya,” katanya.

Shuib berada di Sinar.fm untuk segmen Sepahtu Sinar bersama Jep dan Rahim sejak 30 Nov 2015 hingga 29 Nov 2017.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Aku dah nak mati ke – Siti Sarah kongsi detik cemas dikejarkan ke hospital



PENYANYI Siti Sarah mendedahkan dia panik apabila tiba-tiba hampir pitam di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital minggu lepas.

Kata Sarah, dia berulang kali memohon maaf kepada suaminya, Shuib, sepanjang perjalanan ke hospital.

“Aku ni dah nak mati ke? Itu yang bermain-main dalam kepala saya sepanjang perjalanan ke hospital dan ditahan dalam wad sehari.

“Tapi waktu itu saya nampak muka Shuib cool sahaja. Sampailah saya sudah kembali sihat dia ceritakan semula kepada saya dan barulah saya tahu dia memang betul-betul panik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.

BACA: Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke hospital

BACA: Siti Sarah berang dituduh potong usus untuk kurus

BACA: Siti Sarah dedah kenapa baru kenal Shuib dia dah sanggup nikah

Sarah dalam pada itu menjelaskan punca dia dimasukkan ke hospital bukan kerana diet melampau sebaliknya keletihan dan tekanan darah rendah.

“Pernah saya tidak sempat pulang ke rumah selama lima hari kerana terlalu sibuk dengan persembahan nyanyian.

“Saya tidak pernah tidak makan sebab saya seorang yang akan sentiasa membawa bekal apabila keluar.

“Tetapi mungkin ketika itu saya terlalu sibuk sampailah hampir pengsan.

“Memang saya sudah rasa sakit-sakit badan sejak beberapa hari namun saya kuatkan semangat untuk bekerja dan kuatkan semangat,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Sarah dilantik sebagai duta kepada produk penjagaan rambut Sugardoll by NN yang merangkumi syampu, perapi, tonik dan vitamin.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Seperti dijemput malaikat maut – Siti Sarah – Hiburan


KUALA LUMPUR 5 Dis. – Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin, 32, menjelaskan, tindakannya meminta maaf kepada semua orang termasuk suami tercinta, Shuib Sepahtu, 32, ketika sakit tempoh hari ialah kerana merasakan dirinya seperti hendak mati.

“Jujurnya ketika itu saya rasa tak sedap hati. Tak pernah ada pengalaman pitam dan pengsan. Apabila jadi macam itu, tipulah kalau kata saya tak panik atau menggelabah. Bagaimanapun, saya cuba kawal perasaan, tenangkan diri.

“Apabila sampai hospital, doktor dapati tekanan darah saya rendah. Lepas beberapa jam rawatan diberikan, keadaan tubuh badan saya kembali normal dan stabil,” katanya kepada Utusan Online.

Katanya lagi, sakitnya berpunca daripada keletihan yang melampau lantaran jadual kerja seninya yang padat.

Dalam masa sama, pelantun lagu Kesetiaan itu menafikan rejim dietnya menyumbang kepada kemerosotan tahap kesihatannya.

“Saya makan seperti biasa, bukannya tak makan langsung. Itu bunuh diri namanya. Cuma saya memilih makanan yang lebih sihat memandangkan usia semakin meningkat.

“Tambahan pula, saya fobia untuk kelihatan gemuk seperti sebelum ini. Selepas melahirkan bayi sulung dan kedua, berat badan mencecah hingga 70 kilogram. Sedangkan sebelum itu tidak pernah pun cecah 50 kilogram.

“Jadi, saya amalkan pemakanan sihat supaya dapat menurunkan berat badan dengan kaedah yang betul,” jelasnya ketika ditemui usai majlis pelantikannya sebagai duta produk kesihatan rambut jenama tempatan, Sugardoll di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke hospital



PENYANYI Siti Sarah dimasukkan ke hospital akibat mengalami tekanan darah rendah.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, shuibsepahtu sebentar tadi.

“Doakan isteri saya sihat. Ibu kena kuat. Didi ade ni teman ibu walau apapun jadi. Love You Sayang,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya Siti Sarah kembali pulih selepas menerima rawatan.

MENARIK: Sambut hari lahir Siti Sarah, Shuib tak sediakan sebarang hadiah

MENARIK: Siti Sarah berang dituduh potong usus untuk kurus

MENARIK: Siti Sarah dedah kenapa baru kenal Shuib dia dah sanggup nikah

@zambri7854: ‘Semoga cepat sembuh isteri shuib.. Aamiin.

@nana84_ou74: ‘Bertabahlah melalui ujian ini dan semoga Sarah cepat sembuh dan dapat rehat yang cukup.

@fe_beauti.bestseller: ‘Semoga isteri kembali sehat disamping suami dan keluarga. Ameen.

@alestinfakhrurazi: Allah nak bagi ujian kepada hambanya untuk menghapuskan dosanya. Semoga Sihat semula.

BACA JUGA: Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar FM



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons