Arab Saudi benarkan wanita tonton perlawanan bola sepak



JEDDAH: Arab Saudi buat pertama kalinya membenarkan golongan wanita menonton perlawanan bola sepak, sebahagian langkah mengurangkan pemisahan gender oleh pemerintah konservatif Islam di negara itu.

Peminat bola sepak wanita menyerbu stadium di Jeddah pada Jumaat, menerusi pintu masuk yang dikhususkan untuk keluarga.

Biarpun  tempat duduk mereka dipisahkan mengikut jantina, kehadiran peminat wanita menandakan detik signifikan buat negara itu.

Petugas wanita mengucapkan selamat datang kepada penonton wanita dan keluarga mereka, yang bersorak menyokong pasukan mereka.

Petugas dan penonton wanita memakai jubah hitam tradisi.

Kebenaran ini adalah susulan beberapa siri reformasi undang-undang bagi memodenkan Arab Saudi.

Terdahulu pada Jumaat, sebelum perlawanan bola sepak berlangsung, satu lagi tanda perubahan berlaku, melibatkan pembukaan galeri kereta pameran pertama yang dikhususkan untuk wanita.

Buat pertama kalinya, wanita kini dibenarkan memandu, selepas larangan itu dibatalkan September lalu.

Bermula Jun depan, pemandu wanita bakal memenuhi jalan raya di Arab Saudi.



Source link

read more

Pertama kali bilik pameran kereta diserbu wanita Arab Saudi



JEDDAH: BILIK pameran kereta khusus untuk kaum hawa di Arab Saudi akhirnya dibuka!

Bilik pameran yang dibuka buat julung-julung kalinya di sebuah pusat beli-belah di Jeddah itu pantas menjadi tumpuan kaum wanita.

Belon berwarna merah jambu, oren dan kuning menghiasi bilik pameran dan pada masa yang sama, ada pengunjung yang sempat berswafoto di depan kenderaan.

“Saya memang tertarik dengan kereta, tetapi kami tidak boleh memandu. Kini, saya amat berminat untuk membeli kenderaan dan berharap harga kereta tidak terlalu tinggi,” kata seorang pengunjung, Ghada al-Ali.

September lalu, Raja Salman AbdulAziz Al-Saud mengeluarkan perintah membenarkan wanita negara itu memandu kereta juga bermula Jun 2018.

Nenurut Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi, undang-undang baharu itu digubal bagi memberi ‘kesaksamaan’ terhadap golongan lelaki dan wanita.

Bagaimanapun tidak ada sebarang nombor pendaftaran khas diwujudkan bagi membezakan kedua-dua pemandu berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu wanita yang terbabit kemalangan jalan raya atau salah laku akan dikendalikan oleh pusat khas yang ditubuhkan dan diselia oleh wanita.

Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang mengenakan larangan kepada wanita untuk memandu.

BACA: Arab Saudi benar wanita memandu

VIDEO: Selepas memandu, wanita Arab dibenar ke stadium



Source link

read more

Lawatan Kerja ke Arab Saudi



11 January, 2018


Saya kini dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Arab Saudi. Alhamdulillah, lawatan kali ini telah mencapai matlamatnya, dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi.

Bercakap tentang hubungan kedua-dua negara ini, persaudaraan antara Malaysia dengan Arab Saudi telah terjalin lama, tetapi bertambah akrab lagi dengan kunjungan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia tahun lalu, negara pertama dikunjungi Baginda di Asia.

Hasil kunjungan tersebut juga, kita telah menerima banyak manfaat sama ada dalam pendidikan, perniagaan, pelaburan, dan juga keagamaan. Pada masa sama, saya juga telah dijemput oleh Baginda Raja Salman untuk berkunjung ke Arab Saudi.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT jua, minggu ini saya berpeluang memenuhi jemputan tersebut selain berkesempatan mengerjakan umrah bersama bonda Tun Rahah serta keluarga tercinta.

Dalam pertemuan dua hala saya bersama Baginda Raja Salman, kami telah membincangkan perkara seperti yang dipersetujui dalam kunjungan terdahulu Baginda ke Malaysia, antaranya kerjasama ekonomi, keselamatan, perkara berkaitan ibadah Haji selain penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada Baginda Raja Salman atas layanan cukup istimewa dan memberikan taraf Tetamu Negara kepada saya dan rombongan. Kami diberi penghormatan berkunjung ke makam Rasulullah SAW, dan saya juga berpeluang memasuki Kaabah. Syukur Alhamdulillah.

Semoga hubungan persaudaraan ini akan terus terjalin erat dan bertambah kukuh lagi di masa hadapan, Insya-Allah.



Source link

read more

Nicol gagal teruskan kemaraan di Masters Wanita Saudi


KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David hanya mampu mara setakat suku akhir Masters Wanita Saudi di Riyadh, Arab Saudi selepas tewas kepada, Nour El Tayeb , pada Rabu.

Bekas pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan kelima kejohanan itu, ditundukkan 7-11, 12-14, 9-11 dalam pertarungan selama 35 minit oleh pemain pilihan ke-11 dari Mesir itu.

Ini adalah kekalahan pertama beliau dengan pemain berusia 24 tahun itu, yang ditewaskannya dalam sembilan perlawanan sebelum ini.

Pemain berusia 34 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu mara ke suku akhir selepas mengalahkan pemain India Joshna Chinappan 6-11, 11-5, 11-7, 11-7 pada pusingan kedua Selasa lepas, menurut laman sesawang rasmi kejohanan, https://squashinsaudi.com.

Dengan tersingkirnya Nicol, menyaksikan kejohanan profesional skuasy di Arab Saudi disapu bersih oleh pemain Mesir, apabila pemain nombor satu dunia dan pemain pilihan pertama Nour El Sherbini menewaskan pemain India, Dipika Pallikal Karthik, 11-5, 11-8, 11-4, sementara Raneem El Welily menundukkan pemain England Sarah-Jane Perry 13-11, 11-9, 7-11, 9-11, 11-4.

Ia dituruti oleh kemenangan Nouran Gohar ke atas pemain New Zealand, Joelle King 11-8, 11-6, 11-8, untuk menyaksikan penguasaan pemain Mesir di separuh akhir kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$165,000 (RM660,742).

Nour El Tayeb akan berhadapan pemain pilihan ketiga Raneem, sementara Nour El Sherbini akan bertemu Nouran pada separuh akhir, Khamis.

— BERNAMA



Source link

read more

Lawatan Najib ke Arab Saudi atas jemputan Raja Salman


KUALA LUMPUR – Adik beradik dan kenalan Perdana Menteri yang mengikuti rombongan ke Arab Saudi menggunakan perbelanjaan sendiri untuk menunaikan ibadat umrah.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, adalah menjadi hasrat Datuk Seri Najib Razak untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja itu.

“Perdana Menteri telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersamanya dalam mengerjakan ibadah umrah.

“Adik-adik Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci,” katanya.

Hanya ibunya, Tun Rahah Mohamad Noah turut bersama Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

“Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah,” katanya kenyataan yang sama.

Makluman PMO itu ada kaitan dengan berita tular senarai nama termasuk keluarga, adik beradik dan kenalan Najib yang menyertainya dalam rombongan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Malah ada pihak tertentu yang membuat serkap jarang dengan mendakwa kos keluarga dan kenalan Najib ke negara itu ditanggung oleh kerajaan.

Dalam kenyataan PMO, Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi dan kos pengangkutan dan penginapan ditanggung oleh kerajaan negara berkenaan.

Terdahulu, dalam kenyataan itu memaklumkan lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.

Rombongan Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir, isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor, ibunya, Tun Rahah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawainya. – theRakyat



Source link

read more

Lawatan PM atas jemputan Raja Arab Saudi


DTKKKqIVMAEZ-DfMO, 10/1/2018, KUALA LUMPUR – Lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Arab Saudi adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan Perdana Menteri itu bagi membincangkan isu dua hala yang dipersetujui kedua-dua negara ketika kunjungan Raja Salman ke Malaysia, tahun lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya hari ini berkata, rombongan Perdana Menteri turut disertai isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; ibu, Tun Rahah Mohammad Noah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; ahli keluarga dan kenalan.

Perdana Menteri bersama keluarga dan beberapa kenalan turut mengerjakan umrah.

Kenyataan itu berkata, perbelanjaan ahli keluarga dan kenalan Najib ke Tanah Suci ditanggung sendiri manakala hanya Tun Rahah menaiki kapal terbang bersama Perdana Menteri ke Arab Saudi.

Katanya, nama keseluruhan delegasi dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran bagi menunaikan umrah.

Perdana Menteri dan rombongan turut diberi taraf tetamu negara oleh Kerajaan Arab Saudi.



Source link

read more

Masters Arab Saudi Permulaan baik buat Nicol


KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Masters Arab Saudi 2018 di Riyadh, Arab Saudi.

Menurut laman web rasmi https://squashinsaudi.com, pemain pilihan kelima itu hanya mengambil masa 17 minit untuk menewaskan pemain Mesir, Mayar Hany 11-4, 11-3 dan 11-3.

“Alangkah bagus jika bendera Malaysia berkibar pada acara berprestij di Arab Saudi dan mempunyai penyokong di sini. Mayar adalah antara pemain muda dari Mesir.

“Saya hanya tumpukan pada permainan dan menghalangnya daripada melakukan aksi terbaiknya. Ini adalah peristiwa penting bagi Arab Saudi dan sukan wanita secara umum,” memetik katanya dalam laman web kejohanan itu.

Pemain berusia 35 tahun dari Pulau Pinang itu akan bertemu pilihan ke-10, Joshna Chinappa dari India pada pusingan kedua yang akan diadakan pada Rabu.

— BERNAMA



Source link

read more

11 putera Arab Saudi ditahan mengadakan bantahan



RIYADH: Seramai 11 putera Arab Saudi telah ditahan pihak berkuasa kerana berkumpul di istana raja di sini kerana membantah beberapa langkah kerajaan termasuk menghentikan pembayaran bil utiliti mereka, lapor media tempatan pada Sabtu.

Bagaimanpun, pegawai Arab Saudi tidak memberikan sebarang komen berhubung laporan tersebut.

Memetik laporan Reuters, Arab Saudi telah memperkenalkan pembaharuan termasuk pemotongan subsidi, memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT) dan memotong faedah kepada ahli keluarga diraja untuk cuba mengatasi penurunan harga minyak mentah yang menyebabkan anggaran defisit dianggar ke 195 bilion riyal pada 2018.

Menurut portal berita Sabq.org, putera-putera berkenaan telah berkumpul di Qasr al-Hokm sebuah istana kerajaan yang bersejarah dan menuntut pembatalan keputusan kerajaan yang menghentikan pembayaran bil air dan elektrik untuk anggota keluarga diraja.

Mereka juga menuntut ganti rugi untuk hukuman mati yang dikeluarkan terhadap seorang saudara.

“Mereka dimaklumkan mengenai kesilapan tuntutan mereka, tetapi mereka enggan meninggalkan Qasr al-Hokm,” lapor portal tersebut, memetik sumber yang tidak dikenali.

“Perintah diraja dikeluarkan kepada pengawal kerajaan .. untuk campur tangan dan mereka ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara al-Hayer sebagai persediaan untuk membicarakannya.”

Tahun lalu, kerajaan Arab Saudi menahan puluhan anggota keluarga diraja, bekas pegawai kanan dan pegawai semasa dalam tindakan keras untuk membanteras rasuah sekaligus mengukuhkan kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman.



Source link

read more

Arab Saudi umum kenaikan harga petrol sehingga 126 peratus – Luar Negara


RIYADH 1 Jan. – Arab Saudi mengumumkan kenaikan harga petrol di antara 80 hingga 126 peratus hari ini.

Agensi berita tempatan, SPA melaporkan, susulan pengumuman tersebut, minyak RON91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini

Selain itu, RON95 pula dijual pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.

Tambah agensi berkenaan, langkah terbabit diambil bagi merangsang sumber pendapatan negara itu daripada hanya bergantung kepada hasil minyak sahaja. – AFP



Source link

read more

Arab Saudi naikkan harga minyak



RIYADH: Arab Saudi telah mengumumkan kenaikan harga bahan api tempatan bermula Isnin.

Agensi berita SPA melaporkan inisiatif itu  adalah bagi menjadikan penggunaan tenaga lebih efisyen serta selari dengan pelan reformasi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap minyak sebagai sumber utama pendapatan negara.

RON 91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini, sementara RON 95 dijual pada 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.

Harga diesel dilaporkan tidak berubah.

Kerajaan negara itu juga akan memperlahankan rancangan untuk menghapuskan subsidi terhadap mempelbagaikan produk tenaga berdasarkan pelan fiskal jangka panjang baharu dalam bajet negara 2018 yang diumumkan pada bulan lalu.

Sebelum ini, Raja Salman secara rasminya telah mengumumkan sasaran menghapuskan defisit kerajaan dilanjutkan sehingga 2023, berbanding sasaran terdahulu pada tahun 2020, bagi mengurangkan tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi.

Arab Saudi mengumumkan inisiatif reformasi meluas pada 2016, yang bertujuan meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan dan mencapai masa depan lagi kaya dengan pembangunan berdaya tahan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons