Saya tidak akan mengarah Bond 25 Christopher Nolan



BOND 25 antara filem yang paling dinanti-nantikan. Bukan hanya kerana ia mungkin jadi filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond tetapi persoalan siapa akan menduduki kerusi sutradara masih belum terjawab.

Antara yang diharapkan bakal beri sentuhan bagi filem agen 007 ini adalah Christopher Nolan.

Bagaimanapun pengarah kreatif yang berjaya memberi sisi berbeza bagi watak Batman dalam trilogi The Dark Knight itu mengesahkan tidak berminat untuk mengarah filem Bond buat masa ini.

“Saya suka pada watak dan filem ini namun anda seharusnya hanya akan menerima tugas mengarah filem francais sebegini jika hasilkan sesuatu yang sepenuhnya baharu.

“Saya rasa buat masa ini mereka berjaya melakukan sesuatu yang amat mengagumkan tanpa saya,” jelas pengarah berusia 47 tahun itu dalam wawancara bersama BBC Radio 4.

Beliau pada masa sama memuji hasil kerja Sam Mendes yang cemerlang dalam dua naskhah filem Bond sebelum ini.

Nama Nolan dikaitkan dengan Bond 25 selepas dia mengakui menjadi pengikut setia watak ciptaan Ian Fleming itu.

Pihak produksi menyasarkan Bond 25 untuk ditayangkan pada November 2019 bermakna penggambarannya perlu bermula sebelum hujung tahun ini.

Baca: Wanita ganti James Bond? Tak payahlah – Rachel Weisz

Baca: Anggota One Direction mungkin dipilih pegang watak James Bond



Source link

read more

‘Saya sudah pulangkan cincin tunang’ – bapa Elfira Loy


PULANGcicncin_cropped.transformedMO, 19/2/2018, KUALA LUMPUR: Umpama penamat kepada kontroversi putus tunang antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, bapa aktres itu mengesahkan beliau sudah memulangkan cincin mengikut adat di kediaman keluarga penyanyi itu di Muar, Johor, petang semalam.

Bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin berkata, beliau yang ditemani lapan ahli keluarga dan sanak-saudara bertemu bapa dan bapa saudara Sufian di rumah keluarga Sufian, kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, Sufian tidak berada di rumah ketika majlis pemulangan cincin tunang itu berlangsung.

“Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian.

“Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain.

“Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu,” katanya.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu. Jika mengikut perancangan awal, mereka bakal disatukan, awal bulan depan.

Ahmad Sabri mengaku proses pemulangan cinta mengambil masa disebabkan urusan kedua-dua keluarga selain faktor kesesuaian masa.

“Saya pun sibuk dengan urusan kerja. Jika diikutkan, kita mahu serah cincin ini sebelum Elfira mengerjakan umrah pada awal bulan ini. Tapi ada saja halangan. Akhirnya, alhamdulillah segala urusan dipermudahkan semalam,” katanya.

Memperincikan pertemuan semalam, Ahmad Sabri berkata, semuanya dilakukan mengikut adat Melayu.

“Proses penyerahan cincin berlangsung dengan adat Melayu tanpa ada syarat tambahan seperti majlis tunang Oktober lalu.

“Baik keluarga saya dan keluarga Sufian menerima keputusan itu dengan terbuka. Kami masing-masing reda dengan apa yang sudah tertulis dan sepakat meneruskan hubungan baik tanpa perlu bermusuh,” katanya.

Ahmad Sabri juga mengaku selepas segala dirancang tidak menjadi, keluarga kedua-dua pihak terluka dan menanggung malu.

“Saya tak anggap hanya satu keluarga saja yang menanggung malu dan sedih. Sebaliknya, kedua-dua keluarga.

“Sebagai orang Islam dan Melayu kita menerima ketentuan qada dan qadar ini… Kita merancang, Tuhan tentukan.

“Malah, lebih baik dan afdal selepas ini kita tutup saja hal ini tanpa perlu ada lagi kenyataan daripada pihak Elfira dan Sufian termasuk sidang media yang boleh menyinggung perasaan,” katanya.

Tambah Ahmad Sabri, dia turut berkomunikasi dengan Elfira dan Sufian selepas apa terjadi.

“Saya ada menghantar mesej kepada Elfira sekembalinya dia dari New York, Amerika Syarikat (AS), malam tadi. Saya harap dia kuat dengan dugaan ini.

“Saya harus puji Sufian kerana mesej yang dihantarnya, semalam cukup bagus. Dia beritahu keluarganya sudah maklumkan hal penyerahan cincin. Dia juga minta maaf atas khilaf diri selain meminta halalkan makan dan minum,” katanya.



Source link

read more

Walaupun cacat disimbah asid saya masih kuat – mangsa



“SAYA tidak akan boleh lupa bagaimana perasaan ketika asid disimbah ke muka dan kulit mulai melecur.

“Waktu itu umur saya baru 14 tahun dan sukar untuk gambarkan kesakitannya,” itu luahan Dolly Singh, 18 tahun yang dari Agra, India.

Menceritakan lebih lanjut, Dolly berkata, sebelum serangan, dia merupakan seorang gadis periang yang suka menonton wayang di rumah rakannya, pelajar pintar selain bercita-cita untuk menjadi doktor.

Namun, 5 Julai 2013 segalanya berubah buat Dolly.

BACA: Gara-gara bawa lari isteri majikan, mata lelaki disuntik asid sehingga buta

“Pada waktu itu ibu saya keluar bekerja dan saya berada di rumah sedang bermain apabila pintu rumah diketuk.

“Sebaik sahaja saya membuka pintu dan ada seorang tukang kayu, berusia 27 tahun berdiri di hadapan saya.

“Lelaki yang dikenali sebagai Pradeep itu merangkul saya hingga saya berjaya menolaknya sebelum menyedari ada cecair memercik di muka hingga berasa hangus lalu rebah ke lantai akibat kesakitan,” katanya.

Dolly menjelaskan, sebelum ini, dia sering diganggu oleh Pradeep yang cuba meraba dan menciumnya selain mengajaknya berkahwin.

Selepas insiden itu, Dolly tidak tahu yang cecair tersebut adalah asid dan Pradeep didapati segera melarikan diri.

Gadis itu kemudian menangis hingga jiran tetangga membawa saya ke hospital lalu menghubungi ibu bapa saya.

“Doktor mengesahkan muka saya melecur hampir 60 peratus  dan merosakkan mata kiri serta lubang hidung hingga menyebabkan sukar bernafas,” katanya.

Beberapa minggu Dolly dibenarkan keluar hospital dan ibu bapanya memutuskan untuk menanggalkan semua cermin yang ada di rumah mereka.

Namun, sebulan selepas serangan itu, Dolly terpanggil-panggil untuk melihat wajahnya dan menemui cermin kecil di bilik tidur ibunya lalu menjerit apabila mendapati wajahnya amat ‘menakutkan’.

“Namun, ibu bapa saya cuba memujuk dengan menyatakan saya masih gadis cantik. Malah mereka juga telah berhabis hampir 6,000 pound sterling (RM33,000) untuk merawat wajah saya” katanya.

Kini, jiwanya kembali pulih apabila bertemu dengan rakan yang senasib dengannya dan meneruskan hidup dengan gembira.

Manakala, lelaki yang ditolaknya bernama Pradeep itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.



Source link

read more

Saya tetap pertahankan Ayer Hitam – Ka Siong


KUALA LUMPUR – Saya akan tetap mempertahankan Parlimen Ayer Hitam jika diberi mandat, kata Datuk Seri Wee Ka Siong.

Timbalan Presiden MCA itu juga bersedia menghadapi sesiapa sahaja calon dari pembangkang pada PRU-14 nanti.

Baginya, kerja kerasnya yang berterusan sejak PRU-13 memberi keyakinan kepadanya yang Barisan Nasional (BN) akan tetap memenanginya lagi.

“Saya sudah buat keputusan untuk bertanding di kawasan saya dan bersedia berentap dengan sesiapa sahaja,” ujarnya ketika ditemui di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan San Choon, Wisma MCA hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berharap pengundi akan tahu menilai mana satu wakil rakyat yang mampu berkhidmat dan bukan mereka yang datang setiap lima tahun sekali sahaja.

Pada PRU-13 lalu, Ka Siong memenangi kerusi P148 Parlimen Ayer Hitam, Johor menewaskan pencabarnya, Hu Pang Chaw selaku calon ‘bidang terjun’ mewakili Pas dengan majoriti 7,310 undi.-theRakyat



Source link

read more

Agenda kebajikan tentera dekat di hati saya – Hishammuddin


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, agenda membela kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka serta askar veteran sentiasa menjadi keutamaannya.

Keprihatinan Menteri Pertahanan itu mengambil kira moral anggota-anggota tentera banyak bergantung kepada kedudukan peribadi mereka dan keluarga.

“Kita boleh arah mereka ke medan, kita boleh arah mereka buat segala-gala, mengorbankan keringat airmata dan darah untuk negara tetapi sebagai manusia biasa mereka juga memikirkan kedudukan anak-anak mereka, isteri, suami yang berada di rumah.

“Sebab itu, selain memastikan kesiapsiagaan aset di tahap optimum, kita perlu memastikan kebajikan mereka,” katanya dala Program Bicara 4 Mata.

Di bawah pimpinan Hishammuddin, sejumlah 76,771 orang anggota tentera telah menikmati kenaikan elaun dan gaji.

Anak tentera pula tidak lagi menaiki trak 3 tan untuk ke sekolah tetapi bas sekolah berhawa dingin demi keselamatan dan keselesaan serta dilengkapi dengan skim insurans.

Untuk agenda perumahan pula, kerajaan akan bina lebih 40,000 buah menjelang tahun 2030.

“Benda-benda sekecil itu kita lihat, bukan setakat pesawat pejuang, kapal selam dan sebagainya. Tetapi benda-benda ini mampu menyentuh dan mencuit hati anggota-anggota dan keluarga mereka. Selepas saya pun agenda ini tidak berhenti di sini,” tambah beliau. – theRakyat



Source link

read more

Berlakon dengan Aliff Aziz Saya tak takut tapi berjaga-jaga – Farah Nabilah



PELAKON Farah Nabilah kini bergandingan dengan penyanyi Aliff Aziz dalam drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” yang sedang giat menjalani penggambaran.

Tidak takut bergandingan dengan Aliff yang pernah terpalit dengan kontroversi, Farah mahu menjadi diri sendiri.

“Sejujurnya, saya tak takut bergandingan dengan Aliff. Saya hanya menjadi diri sendiri dan bersikap profesional. Isteri Aliff juga ada di set penggambaran,” kata Farah.

Tambah gadis jelita itu, dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga serta berfikiran positif.

“Saya tak takut berlakon bersama Aliff, tetapi sudah pasti saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya mahu jadi profesional dan berfikiran positif sahaja untuk melunaskan kerja. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja.

“Mungkin dahulu dia ada buat silap tetapi sekarang mungkin dia sudah berubah? Siapa tahu? Berikan peluang untuk kami menyerlahkan bakat lakonan,” kata Farah lagi.

Drama bersiri “Halalkan Hati Yang Ku Curi” bakal menemui penonton sempena kedatangan Ramadan tahun ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff & Farah



Source link

read more

Saya imam bukan pelakon | Astro Awani



PASIR PUTEH: Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menjadi pelakon kerana dunia lakonan itu dianggap terlalu asing, apatah lagi menjadi popular seperti yang dialaminya sekarang.

Walaupun watak Eah Chu yang dipegang hanya watak sampingan, Mazlan Sulaiman, 43, dari Kampung Tanjung Che Mah, Tumpat, mengakui mengalami kejutan apabila telefilem Pok Ya Cong Codei yang dibintanginya bersama Sabri Yunus mencetuskan fenomena.

Mazlan berkata, di mana-mana pun di dalam negara dan Selatan Thailand sekarang, orang menyapanya dengan panggilan Eah Chu dan lebih melucukan apabila ada yang menyangka dia betul-betul orang Siam.

“Saya kenal dengan Sabri Yunus ni melalui kawan ketika Sabri mahu membuat dokumentari mengenai kemasukan Islam di Patani, saya membantunya kerana saya sudah biasa dengan suasana di Thailand.

“Seminggu bersama dengannya, saya sudah menjadi rakan baiknya. Saya ceritakan kepadanya mengenai usaha saya mencari dana untuk menyiapkan Masjid Nurul Bahri di Kampung Pulau Panjang, Takbai,” katanya.

Mazlan yang juga imam masjid berkenaan berkata, Sabri turut meyumbang kepada masjid berkenaan hasil kutipan yan dibuat bersama rakan-rakan artisnya.

“Baru-baru ini, Sabri meminta saya ke Kuala Lumpur dan saya memenuhinya kerana anggap Sabri mungkin perlu berbincang sesuatu dengan saya.

“Sampai di sana, tiba-tiba saya diminta berlakon, saya terkejut besar kerana ini bukan bidang saya, saya hanya tok imam dan tak pernah berlakon,” katanya ketika diraikan rakan media sosialnya di Restoran Dapur Ibu di sini, semalam.

Katanya, walaupun ada skrip sebagai asasnya, Sabri banyak menambah skrip spontan ketika pengambaran yang menyebabkan cerita itu menjadi hebat.

Tambah Mazlan, apabila Pok Ya Cong Codei mencetuskan fenomena, baju T eksklusif berdasarkan telefilem itu yang dikeluarkan satu syarikat dengan izin syarikat produksi Balang Rimbun, laris dijual.

“Sabri terus menolong saya apabila RM1 daripada setiap helai baju T yang dijual disumbangkan ke masjid saya.

“Saya berusaha mencari dana untuk masjid ini sudah bertahun-tahun, rezeki ALLAH SWT ini datang dalam pelbagai saluran dan saya tak terfikir pun ia datang dengan cara ini,” katanya.

Katanya, sudah RM400,000 dibelanjakan untuk membina Masjid Nurul Bahri itu dan sebanyak itu lagi diperlukan bagi menyiapkannya.

“Saya berulang alik dari kampung saya di Tumpat ke Takbai sudah empat tahun, tambang perahu sahaja sudah RM600 sebulan tapi saya tetap menggalas tanggungjawab yang diberikan demi membina tunas Islam di kampung nelayan itu,” katanya yang juga bapa kepada tiga anak.



Source link

read more

Saya mahu Shaheizy Sam lakonkan watak The Pocket Rocketman – Azizulhasni Awang


KUALA LUMPUR : Siapa yang tak kenal Azizulhasni Awang. Beliau merupakan jaguh keirin yang menempa nama dalam sukan lumba basikal trek hingga ke persada dunia.

Pahit getir perjalanan atlet yang diberi gelaran The Pocket Rocketman ini bakal diadaptasikan dalam bentuk filem bercorak biografi atau biopik tidak lama lagi.

Menurut Azizul, filem ini diangkat berdasarkan kisah sebenar dan pengalamannya sejak kecil sehingga beliau berjaya meraih gelaran juara dunia.

“Akan ada cerita yang mana saya hampir dilanggar lori semasa mengayuh basikal di kampung, ada juga cerita pada waktu saya tiada duit untuk bertanding dalam acara lumba basikal, ada juga cerita yang mana saya perlu berkorban demi keluarga.

“Memang banyak kisah suka duka yang akan disampaikan. Cerita sebegini kalau diceritakan semula memang boleh buat saya sebak. Tetapi mesej utama filem ini adalah untuk menceritakan saat suka dan duka saya sehingga saya mampu berdiri teguh menjadi juara dunia pada waktu ini.

“Bukan itu sahaja, filem ini juga akan menerapkan tema perpaduan, semangat kesukanan dan ketabahan. Terlalu banyak nilai yang bakal ditayangkan dalam filem ini yang saya harap akan memberi inspirasi buat anak muda,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada sidang media Filem Biopik Azizulhasni Awang di ibu negara, hari ini.

Tambah Azizul, beliau ingin pelakon terkenal Shaheizy Sam untuk menjayakan watak The Pocket Rockeman dalam filem biopik itu.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah pengarah filem, Raja Mukhriz dan Naib Canselor UUM, Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak. Sumber: Astro AWANI/Siti Nursyazwani

Filem ini merupakan hasil kerjasama dengan ThreeSixty Management yang merupakan syarikat pengurusan Azizul, UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia.

Filem biopik yang dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2019 ini akan diarahkan oleh yang telah merangkul pelbagai anugerah iaitu Raja Mukhriz dan kos pembikinan filem ini dijangka sebanyak RM 6juta.

Kata Raja Mukhriz, tema yang diangkat adalah semangat nasiolisme Malaysia bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini.

Bagi merancakkan pembikinan filem ini, satu program ‘Misi mencari Azizuihasni Awang’ akan diadakan dan ia merupakan satu usaha produksi dalam mencari bakat bagi membawa watak Azizul. 



Source link

read more

Saya sedia bawa watak The Pocket Rocketman – Shaheizy Sam



KUALA LUMPUR: “Saya teruja ingin melakonkan watak jaguh keirin dunia itu.”

Itu merupakan respon Shaheizy Sam susulan hasrat Azizulhasni Awang yang menginginkan beliau untuk membawa watak The Pocket Rocketman dalam filem biopiknya.

Jelas pelakon Polis Evo itu lagi, beliau sememangnya meminati dan gemar melakonkan watak yang mempunyai kisah perjuangan.

“Saya memang teringin untuk melakonkan watak bagi filem bercorak biografi dan setakat ini saya belum pernah lakukannya.

“Jika diberi peluang, saya akan cuba menjiwai watak dan mahu mengenali secara rapat Azizul terlebih dahulu agar berjaya melakonkan watak dengan baik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI melalui khidmat pesanan ringkas.

Shaheizy yang juga berlakon dalam filem Songlap itu berkata, beliau baru sahaja selesai pengambaran Polis Evo 2 dan buat masa ini, beliau tidak terikat dengan mana-mana pengambaran filem.

Terdahulu, suka duka perjalanan atlet yang diberi gelaran The Pocket Rocketman ini bakal diadaptasikan dalam bentuk filem bercorak biografi atau biopik tidak lama lagi.



Source link

read more

Saya tidak tahu bagaimana hidup tanpa dia sekarang – Ekaterina



MOSCOW: Orang ramai berkumpul di luar Christ the Cathedral di Moscow pada malam Isnin dengan membawa lilin bagi memberi penghormatan kepada 71 orang yang terbunuh dalam nahas pesawat pada Ahad.

Pesawat An-148 yang sedang menuju ke Orsk di Urals selatan, terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang Domodedovo Moscow.

Kesemua 65 penumpang dan enam anak kapal terbunuh dalam tragedi tersebut.

Tragedi itu telah menimbulkan persoalan mengenai pesawat yang mempunyai enjin berkembar itu yang dibangunkan bersama oleh Rusia dan Ukraine.

Ia berikutan pengeluaran pesawat berkenaan dihentikan selepas kedua-dua negara mengalami krisis politik.

Sebelum ini model pesawat tersebut turut mempunyai isu keselamatan selepas satu kes direkodkan di mana seorang juruterbang pernah dilaporkan melalui detik cemas selepas mengalami kesukaran untuk mendaratkannya.

BACA: Tragedi Rusia: Mayat mangsa mula dijumpai

BACA: Pesawat Rusia terhempas, 71 maut

Sementara itu anak kepada seorang mangsa yang turut disenaraikan sebagai penumpang pesawat malang itu meluahkan rasa tidak percayanya dengan apa yang berlaku.

Menurut Ekaterina,beliau hanya mempunyai kesempatan beberapa kali sahaja dalam setahun untuk bertemu ibunya Nataliya kerana bekerja di Moscow.

“Saya tidak tahu bagaimana hidup tanpa dia sekarang,” jelas Ekaterina.

Sebahagian keluarga mangsa mula membanjiri hospital bagi urusan pengumpulan DNA dalam proses pengecaman mayat kesemua mangsa.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons