Lelaki berbogel sebelum tembak mati 4 pelanggan restoran



TENNESSEE: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata menembak secara rambang di sebuah restoran di Nashville, di sini, pada awal pagi Ahad.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Travis Reinking, 29 tahun, dilapor masuk ke dalam restoran Waffle House pada jam 3.25 pagi dan melepaskan tembakan ke arah pelanggan sebelum melarikan diri.

Menurut polis, Travis dikatakan menanggalkan kotnya dan berada dalam keadaan bogel sebelum melepaskan tembakan menggunakan senjata dipercayai raifal jenis AR-15.

Seorang pelanggan di restoran itu cuba merampas senjata suspek namun gagal.

Polis kini sedang mengesan Travis dan meminta bantuan orang ramai jika terlihat suspek.

Sementara itu, jurucakap Hospital Vanderbilt Jennifer Wetzel berkata pihaknya menerima tiga daripada mangsa yang cedera, kesemuanya berada dalam keadaan kritikal, lapor ABC News.



Source link

read more

Siti Sarah tolak 50 lagu sebelum rakam single ciptaan suami



PENYANYI Siti Sarah Raissuddin menolak hampir 50 buah lagu sebelum merakamkan single terbaharunya yang berjudul Semakin.

Diciptakan sepenuhnya oleh suaminya, Shuib Sepahtu, Sarah mengakui dirinya cerewet dalam memilih single ‘comeback’.

“Saya akui masa sudah begitu suntuk kerana Gegar Vaganza 3 yang saya sertai dahulu pun sudah lebih dua tahun berlalu.

“Namun begitu, saya memang seorang yang cerewet. Saya memilih karya yang benar-benar kena dengan jiwa saya. Sudah hampir 50 lagu yang saya terima tidak menepati citarasa saya.

“Akhirnya, lagu ciptaan suami sendiri yang menjadi pilihan saya. Rupanya tak perlu mencari jauh-jauh. Tetapi, proses penghasilan lagu Semakin juga mengambil masa lima bulan untuk disiapkan,” kata Sarah kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Sarah turut menunda mini showcase yang bakal berlangsung pada 4 Mei 2018.

“Sepatutnya showcase tersebut berlangsung pada tarikh terbabit, tetapi ia ditunda kerana terlalu dekat dengan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

“Insya-Allah, showcase tersebut bakal ditunda pada 6 Julai nanti dan akan diadakan di Matic Kuala Lumpur. Saya bakal mempersembahkan rangkaian 12 sehingga 15 lagu dalam masa lebih satu jam dan menggunakan khidmat Faizal Uzir selaku pengarah muzik” katanya lagi.

Tiket berharga RM98 dan RM138 (VIP) sudah boleh ditempah menerusi talian 018-3564291.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sarah



Source link

read more

Menyamar pegawai JKM sebelum larikan emas RM8,000 – Jenayah


BAGAN SERAI 19 April – Sepasang suami isteri warga emas berputih mata apabila seutas rantai emas bernilai RM8,000 dilarikan seorang lelaki yang menyamar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah mereka di Parit Haji Kassim, Alor Pongsu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian menimpa pasangan berusia 83 dan 75 tahun itu berlaku pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa sedang membelah buah pinang di rumah sebelum didatangi seorang lelaki menunggang motosikal yang memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM.

Katanya, suspek memberitahu mahu mengambil gambar mangsa sebagai syarat untuk mendapatkan bantuan bulanan sebelum pasangan warga emas itu mempelawanya naik ke rumah.

“Sebelum sesi bergambar, lelaki itu telah meminta wanita terbabit menanggalkan barang kemas yang dipakainya dan menyimpannya di dalam bilik.

“Tindakan itu dilakukan agar dapat menunjukkan mereka terdiri daripada golongan yang layak menerima bantuan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini

hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

AS Sah Pindah Kedutaan Sebelum 1 Ramadan – MYNEWSHUB


BIADAB… Setelah sekian lama berteka-teki, Amerika Syarikat (AS) tanpa hirau protes komuniti dunia, secara rasmi bakal membuka kedutaan baharunya di Baitulmaqdis pada 14 Mei depan.

Berita dianggap amat gempar itu meskipun sudah dijangka namun ternyata amat guris hati umat Islam seluruh dunia apabila ia secara teknikal bermaksud AS iktiraf bandar suci Palestin tersebut sebagai ibu kota baharu Israel.

Lebih sedih, upacara pemotongan reben sebagai tanda perasmian bangunan canseri diplomatik kuasa besar dunia itu jatuh sehari sebelum ulang tahun ke-70 rakyat Palestin diusir keluar dari tanah airnya sendiri oleh rejim Zionis.

Menurut laporan akhbar Times of Israel, majlis penuh bersejarah itu berlangsung pada hari kononnya diisytihar kemerdekaan negara haram Yahudi tersebut atau disebut juga sebagai Yom Ha’atzmaut pada 14 Mei 1948 lalu.

Harian berpengaruh itu melaporkan, tarikh berkenaan turut dipersetujui Presiden AS, Donald Trump selepas ambil kira tarikh takwim Hebrew pada 5 Iyar 5708 jatuh 19 April ini, namun disambut lewat hampir sebulan kemudian.

Ironinya, tarikh itu berlangsung sehari sebelum Yawm an-Nakba atau Hari Bencana bagi rakyat Palestin kerana pada 15 Mei 1948, lebih 700,000 penduduk dihalau malahan kampung mereka dimusnahkan daripada peta dunia.

Paling kurang ajar, tarikh perasmian kedutaan AS itu memang sengaja dipilih pihak rejim Israel kerana jatuh sehari sebelum umat Islam di seluruh dunia akan mula menunaikan puasa fardu bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Pengumuman pemindahan canseri AS itu ke Baitulmaqdis pada tarikh itu turut dibantah keras oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulmalik Al Saud ketika hadir pada sidang kemuncak Liga Arab di negaranya, kelmarin.

Baginda dalam titah ucapannya sekali lagi mengulangi penolakan semua negara Islam terhadap keputusan AS memindahkan bangunan diplomatiknya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis atau disebut juga Jerusalem oleh Israel.

“Kami umat Islam sekali lagi menolak keras langkah pemindahan kedutaan AS pada tarikh ditetapkan itu. Bahagian Baitulmaqdis Timur masih lagi kekal sebahagian daripada wilayah berdaulat Palestin,” titah tegas Raja Salman.

Baginda turut mengumumkan sumbangan AS$150 juta (kira-kira RM583 juta) untuk geran usaha pemuliharaan warisan hartanah Islam di Baitulmaqdis Timur yang turut menempatkan kompleks bersejarah Masjid Al-Aqsa.

Untuk rekod, Trump pada 6 Disember tahun lalu dengan angkuh mengisytiharkan pemindahan kedutaan AS sekali gus mengiktiraf kota suci Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel meskipun dibantah keras komuniti dunia.

Ini terbukti apabila 128 negara termasuk Malaysia menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada 22 Disember tahun lalu tidak iktiraf ia sebagai ibu kota baru Israel. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Source link

read more

Budak perempuan dirogol dirodok objek tumpul sebelum dibunuh kejam



SURAT, India: Belum pun reda dengan kes rogol berkumpulan dan bunuh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Kathua, India sekali lagi digemparkan dengan kes hampir sama, namun kali ini mangsa bukan sahaja dirogol malah turut diseksa oleh penculiknya sebelum dibunuh.

Polis berkata, mayat budak perempuan berusia 11 tahun itu ditemui di sebuah kawasan sunyi berhampiran stadium kriket di pinggir Pandesara berhampiran Surat.

Mangsa dipercayai dirogol sebelum dijerut sehingga mati.

Tubuh mangsa juga dipenuhi 86 kesan kecederaan.

Laporan bedah siasat pula mendapati kemaluan mangsa turut dirodok menggunakan objek tumpul.

BACA: Rogol, bunuh Asifa: Bintang Bollywood luah kemarahan

BACA: Diberi ubat pelali, dirogol berkali-kali, sebelum kepala dihentak batu

Tambah polis, pihaknya masih menyiasat identiti mangsa dan pelaku jenayah sadis terbabit.

“Mangsa mungkin dibunuh ditempat lain dan mayatnya dibuang di Surat.

“Apa pun, kami akan meneliti semua aspek termasuk CCTV dalam usaha memburu suspek,” kata Komisioner Polis Surat, Satish Sharma semalam.

Aktivis dan orang ramai bagaimanapun menuduh polis tidak cekap dan lambat bertindak memandangkan mayat mangsa ditemui pada 6 April lalu.

“Sudah 10 hari berlalu, namun polis masih buntu. Mereka juga masih gagal mengenalpasti identiti mangsa.

“Suspek masih bebas dan mempunyai banyak masa untuk melarikan diri dan bersembunyi,” kata seorang aktivis.

Sepanjang minggu lalu, India dikejutkan dengan beberapa kes rogol di seluruh negara.

Di Yamuna,  seorang wanita dirogol bergilir-gilir oleh dua remaja ketika sedang menunggu bas ke tempat kerja.

Sabtu lalu, polis menahan dua suspek yang terlibat dengan kes rogol gadis berusia 17 tahun di Patna.

Sementara itu, satu kes rogol mencetuskan kemarahan orang ramai di Odisha selepas seorang kanak-kanak empat tahun dirogol jirannya.

Kes rogol di Kathua pula lebih kejam, apabila mangsa diberikan ubat pelali dan dirogol berulang kali oleh enam lelaki termasuk dua anggota polis khas sebelum kepala anak kecil itu dihentak dengan batu.

Mayat Asifa Bano hanya ditemui lima hari selepas kehilangannya dilaporkan kepada pihak polis.

Dan kes terbaru pula membabitkan ahli politik parti pemerintah hingga mencetuskan bantahan seluruh negara.

Difahamkan, keluarga mangsa yang berjuang hampir setahun untuk meminta polis agar mendaftarkan kes mereka.

Ahli parlimen terbabit turut dikaitkan dengan kes rogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, hingga mencetuskan bantahan besar-besaran yang tidak pernah dilihat sejak kejadian rogol dan bunuh seorang pelajar di Delhi pada 2012. – Times of India



Source link

read more

BN umum calon seminggu sebelum hari penamaan


WhatsApp_Image_2018-04-15_at_11.32.58_AM.jpeg.transformedMO, 15/4/2018, PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam tempoh seminggu hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, 28 April ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tarikh pengumuman itu masih belum lagi ditetapkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, Tengku Adnan turut menafikan dakwaan bahawa senarai calon yang akan mewakili BN sentiasa berubah-ubah.

“Ini persepsi orang yang tidak faham apa yang kita lakukan. Ia tidak berubah-ubah.

“Kita nak cari calon yang rakyat hendak dan suka, bukan parti atau saya yang suka. Kita membuat saringan demi saringan untuk memastikan calon yang kita utarakan adalah yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Anugerah Kualiti Pendidikan Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO menegaskan parti itu akan mengambil tindakan tata tertib terhadap ahlinya yang dipercayai menurunkan bendera parti di Wangsa Maju.



Source link

read more

Diberi ubat pelali dirogol berkali-kali sebelum kepala dihentak batu



NEW DELHI: Dalam tempoh seminggu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, diberi ubat pelali, dirogol berkali-kali oleh enam lelaki, sebelum nyawanya berakhir akibat dihentak dengan batu di kepala.

Dalam kes yang berlaku di dalam sebuah kuil di Jammu dan Kashmir, India Utara, pada Januari lepas, mahkamah diberitahu kanak-kanak malang itu dicekik dan dihentak dengan batu semata-mata untuk memastikan dia tidak bernyawa lagi.

Plot jenayah terancang

Lapor media negara itu, kertas pendakwaan setebal 15 muka surat itu turut mendedahkan bahawa penculikan, rogol dan pembunuhan kanak-kanak dari komuniti Bakherwal di kawasan Rassana itu, merupakan plot jenayah terancang bagi menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat komuniti itu dan memaksa mereka keluar dan pergi ke daerah lain.

Sanji Ram, penjaga kuil tempat kejadian mengerikan itu berlaku, didakwa bersama-sama melakukan jenayah itu dengan dua anggota polis khas Deepak Khajuria dan Surender Verma, rakannya Parvesh Kumar atau Mannu, anak saudaranya yang masih di bawah umur, dan anaknya sendiri Vishal Jangotra atau Shamma.

Mengikut kertas pendakwaan itu, pada 11 Januari lepas, anak Sanji Ram iaitu Shamma telah dihubungi saudaranya yang masih di bawah umur, yang memintanya kembali dari tempat pengajiannya di Meerut, dan pulang ke Jammu dan Kashmir untuk “melampiaskan nafsu”.

Dibunuh di dalam hutan

Sebelum kanak-kanak perempuan itu dibunuh dalam hutan, anggota polis khas Deepak memberitahu Sanji Ram untuk menunggu dahulu kerana dia ingin merogol sekali lagi.

“Juvana (anak saudara Sanji Ram) kemudiannya menghentak kepala kanak-kanak perempuan itu dua kali dan kemudian membuang mayatnya di dalam hutan berhampiran,” menurut kertas pendakwaan itu lagi.

Kertas pendakwaan itu turut menamakan dua lagi anggota polis iaitu Konstable Tilak Raj dan Sub-Inspektor Anand Dutta sebagai suspek kerana menerima rasuah berjumlah R.s.4 lakh (MYR23,704) untuk memusnahkan segala bukti.

Sanji Ram menyerahkan diri kepada pihak berkuasa pada 20 March lepas selepas anaknya di tahan di Meerut.



Source link

read more

Adakah Rafidah seorang cybertrooper sebelum ini, soal Eric


KUALA LUMPUR – Tan Sri Rafidah Aziz hari ini ditanya sama ada posting surat terbuka kepada perdana menteri di laman Facebook baru-baru ini benar-benar hasil tulisannya atau pun sekadar meletakkan namanya sendiri untuk menunjukkan kononnya dakwaan ke atas Kementerian Pertahanan itu adalah sahih.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Eric See-To berkata, terdapat keraguan ketulenan posting Rafidah kerana isi kandungan yang serupa telah berlegar di Whatsapp dan dikongsi oleh beberapa pihak sejak lebih sebulan lalu.

“Adakah Rafidah menulis dakwaan tersebut di Whatsapp sebelum ini sebagai seorang cybertrooper atau beliau meletakkan namanya sekarang ini untuk menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah sahih? ” soal Eric.

Mengulas lanjut, katanya, sebaik sahaja membaca tuduhan-tuduhan Rafidah mengenai MINDEF di Facebook, beliau teringat pernah menerima dakwaan yang serupa dikongsi oleh seseorang menerusi Whatsapp pada 10 Mac lalu dan bersedia berjumpa dengan Rafidah untuk menunjukkan bukti penerimaan.

Tuduhan-tuduhan tersebut, katanya, adalah tidak masuk akal, tidak benar dan melampau.

Eric berkata,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal masih di dalam Kabinet sehingga tahun 2015 justeru kedua-dua pemimpin itu sepatutnya berkongsi perkara tersebut dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tiga tahun sebelum Rafidah membuat pendedahan.

“Tambahan pula perkara-perkara spesifik seperti nama syarikat atau siapa tiga individu yang MINDEF telah memindahkan tanah tidak dinyatakan. Seperkara lagi, jika perkara ini sahih tentunya ada kalangan kakitangan MINDEF telah lama membuat pendedahan.

“Adakah kerana pilihan raya semakin hampir maka anda (Rafidah) melemparkan tuduhan-tuduhan ini (sama seperti kes 40,000 warga Bangladesh) kerana masa yang singkat untuk kerajaan respon?” soalnya lagi.

 

Menurut Eric, MINDEF telah menafikan segala tuduhan yang tidak masuk akal itu, justeru mungkin Rafidah sepatutnya tampil dengan bukti dan bukannya sekadar melemparkan tuduhan palsu. – theRakyat

Dakwaan Rafidah pembohongan yang nyata – Hishammuddin

MINDEF jawab Rafidah

Lebih baik Rafidah tawar dir bertanding daripada kelirukan rakyat



Source link

read more

Perisian Tebusan Baru Memerlukan Anda Bermain PUBG Sebelum Dapat Mengakses Fail Anda – Amanz


Perisian tebusan atau ransomware bukan sesuatu yang baru. Kebiasaannya, pengguna akan diminta untuk membuat bayaran sebelum dapat mengakses sesuatu fail atau dokumen yang telah terkesan dengan sesuatu perisian tebusan, tetapi ia sedikit berbeza untuk PUBG Ransomware.

PUBG Ransomware

PUBG Ransomware akan membuatkan pelbagai fail dan dokumen pada komputer anda melalui penyulitan dan tidak boleh dibuka. Namun, pengodam berkenaan meminta anda untuk memainkan permainan PUBG untuk suatu tempoh masa sebelum proses nyah-sulitan dilakukan.

Perkara ini mungkin dianggap kelakar oleh sesetengah pengguna, tetapi hal berkaitan ransomware ini tidak boleh dipandang enteng. Bagi anda yang menggunakan komputer, sentiasa berhati-hati dengan program yang dimuat-turun dan dipasang pada komputer anda untuk mengelak sebarang perisian hasad terpasang pada komputer anda.



Source link

read more

Empat garis panduan rakyat sebelum mengundi – Politik


TAWAU 8 April – Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh setiap rakyat sebelum menunaikan tanggungjawab mereka memilih kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri berkata, perkara pertama ialah rakyat perlu menilai siapakah yang selama ini telah terbukti mampu menjaga keharmonian negara sejak merdeka meskipun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.

Beliau berkata, hubungan serasi antara setiap kaum di negara ini tercapai kerana kerja keras kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui dasar yang berkesan sehingga mewujudkan satu ikatan toleransi antara rakyat yang mempunyai budaya berbeza.

“Kedua, siapa yang akan menentukan kestabilan negara kerana kestabilan ini adalah punca kita boleh buat apa sahaja untuk rakyat, tanpa kestabilan politik mana mungkin ada hubungan baik ini serta tidak mungkin ada kerjasama baik antara Kerajaan Pusat dan negeri selama ini.

“Bila kita berdepan pilihan raya, fikirlah siapa yang dapat memberi faedah kepada kita untuk mencapai impian, cita-cita dan kehendak kita,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau di dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini malam ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan isteri, Puan Sri Faridah Tussin; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali dan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Perdana Menteri berkata, perkara ketiga ialah rakyat mesti menilai siapa yang mampu menjaga keamanan negara terutama di pantai timur Sabah daripada ancaman asing dan jenayah rentas sempadan.

“Saya sebagai pemimpin sentiasa memberikan komitmen untuk terus menjaga keamanan di pantai timur Sabah, saya akan terus pertahankan rakyat Sabah dan setiap inci bumi Sabah,” katanya.

Menurut Najib, kemajuan ekonomi dan keupayaan serta kesungguhan kerajaan untuk berkongsi kek kekayaan ekonomi kepada rakyat adalah perkara keempat yang perlu dipertimbangkan demi memastikan rakyat dapat hidup aman dan selesa sepanjang masa.

Jelas beliau, bagi mencapai perkara itu, kerajaan BN pimpinannya telah membuat dasar bahawa setiap hasil negara tidak perlu disimpan sebaliknya diagihkan kepada rakyat yang memerlukan iaitu melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan ditambah serta pelbagai lagi bantuan lain.

“Falsafah saya sebagai ketua kerajaan ialah kalau hasil bertambah kita mesti agih kepada rakyat, mesti bantu rakyat sebab itu bila punca pendapatan bertambah dengan pengurusan kewangan cekap hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST), cukai individu dan syarikat, saya cakap jangan simpan tetapi beri pada rakyat.

“Mudah-mudahan ini akan beri keceriaan kepada rakyat kerana sebagai pemimpin saya selalu sebut, kita mesti rasa denyut nadi rakyat, kita mesti bantu rakyat dan inilah komitmen BN iaitu tunaikan janji untuk rakyat,” tambahnya.



Source link

read more