Pac-Man akan jalani latihan di Johor selama sebulan



Ikon tinju dunia, Manny Pacquiao bakal membuat penampilan dalam acara berprestij yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur.

Acara sukan tinju pertama di Malaysia itu adalah hasil cetusan idea Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan dijangka bakal mencetuskan fenomena sekali gus mengangkat profil sukan itu di rantau ini.



Source link

read more

Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7000 sebulan tanpa enjin elektrik. Kenapa


MUDAH dah murah!

Dua faktor ini mendorong ribuan penduduk di semua bandar utama di seluruh dunia untuk memilih perkhidmatan e-hailing.

Saya harus akui, saya adalah pengguna tegar perkhidmatan e-hailing Grab dan Uber dan keadaan ini didorong beberapa faktor. Mungkin juga kehidupan di kota serta kebergantungan terhadap perkhidmatan awam mendorong saya lebih cenderung mengunakan e-hailing.

Tetapi kenapa bukan teksi?

Enggan mengikut meter, meminta tambang lebih daripada sepatutnya, pemanduan yang tidak selamat dan usia kenderaan yang sudah lanjut mungkin jadi sebab ramai yang pilih untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan teksi, sebaik sahaja ada alternatif lain, terutama sekali apabila itu adalah alternatif yang lebih baik.

Uber kini mempunyai 40 juta pengguna aktif setiap bulan. Sementara aplikasi Grab pula merekodkan 77 juta muat turun. 

Kenapa e-hailing jadi alternatif lebih baik?

Teknologi satelit dan mudah alih membolehkan pengguna menempah kenderaan e-hailing di hujung jari dari mana-mana sahaja. Aplikasi e-hailing juga memberikan indikasi jika ada kenderaan yang menerima tempahan atau tidak. Pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai transaksi pembayaran tambang kerana semuanya boleh dibuat menggunakan kad kredit yang sudah didaftarkan menerusi akaun e-hailing terbabit.

Pemandu juga diminta untuk mengikuti laluan perjalanan yang telah ditetapkan. Bagi sesetengah perkhidmatan e-hailing, tambang ke sesuatu lokasi juga sudah ditetapkan. Jadi tiada isu pemandu minta bayaran lebih atau pemandu sengaja memandu menggunakan laluan yang lebih jauh. Ia juga lebih murah berbanding teksi biasa.

Tambang ini juga mengambil kira kos petrol dan penyelenggaraan kereta.

Ini antara kelebihan yang mendorong ribuan pengguna beralih kepada perkhidmatan e-hailing. Tetapi kenapa teksi tempatan tidak boleh menggunakan perkhidmatan sama?

Sehingga pertengahan tahun lepas, 14,000 pemandu teksi sudah mendaftar sebagai pemandu e-hailing.

Malah kerajaan menggalakkan penyertaan mereka dalam platform e-hailing sebagai usaha mendorong pemandu teksi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Begitupun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masih ramai pemandu teksi yang enggan menerima teknologi berkenaan.

“Antara cabaran menggalakkan pemandu teksi menggunakan teknologi e-hailing ialah faktor pemandu yang tidak celik IT kerana faktor usia dan menganggap pemandu teksi yang menggunakan platfrom berkenaan sebagai saingan,” jelas Nancy ketika persidangan Dewan Rakyat Ogos lalu.

Malah Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang lantang mengkritik kerajaan mengenai isu Uber dan Grab mengakui pemandu teksi sukar berubah!

Petang tadi beliau juga meminta Kerajaan untuk memperuntukkan dana bagi membantu pemandu teksi untuk menukar enjin teksi mereka kepada enjin elektrik.

Adakah ini penyelesaiannya?

BACA: Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik – Shamsubahrin

Pada November lalu, tiga syarikat teksi mega di Philadelphia, Amerika Syarikat mengumumkan kerjasama bagi membolehkan mereka kekal kompetitif dalam persaingan dengan Uber dan Lyft, lapor portal Philly Voice.

Kerjasama itu antara lain bakal menyaksikan lebih 1,100 pemandu teksi di bandar berkenaan bernaung di bawah satu aplikasi e-hailing yang tersendiri.

Pemandu teksi juga akan menggantikan meter dengan tablet, yang akan digunakan untuk melaksanakan sistem pembayaran elektronik dan menyemak tambang semasa.

Pelbagai lagi ciri-ciri baharu yang sebelum ini hanya wujud di platform e-hailing seperti Uber, turut akan diperkenalkan seperti pembayaran tanpa tunai dan perkongsian tambang.

Sementara itu, Harvard Business Review menerusi artikel yang ditulis oleh Rafi Mohammed, seorang konsultan strategi dalam penetapan harga, pada 2015 pula menggariskan empat langkah untuk memastikan industri perkhidmatan teksi sentiasa relevan.

1. Jangan minta kerajaan ketatkan syarat! Sebaliknya bersikap lebih inovatif untuk mendapatkan penumpang.
2. Tiru fleksibiliti tambang yang ditawarkan Uber yang mengenakan tambang lebih tinggi semasa waktu puncak dan rendah semasa waktu lengang. 
3. Tukar model penetapan tambang. Penulis berpendapat pemandu tidak boleh fokus kepada tambang setiap kilometer, tetapi harus fokus kepada jarak perjalanan yang boleh memberikan pulangan yang lebih kepada pemandu. 
4. Bangunkan aplikasi mudah alih tersendiri. 

Pagi tadi, saya ke pejabat menaiki kereta yang ditempah menerusi salah satu perkhidmatan e-hailing yang berpangkalan di Singapura.

Semasa dalam perjalanan, pemandu tersebut memaklumkan kepada saya dia memandu dari jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari.

“Penat memang penat, tetapi usaha lebih kalau nak dapat lebih,” katanya.

Bila ditanya, beliau mendedahkan beliau boleh membawa pulang pendapatan bersih antara RM6,000 hingga RM7,000 setiap bulan. Semua ini tanpa enjin elektrik.


* Shafizan Johari merupakan wartawan di Astro AWANI.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

 



Source link

read more

3,000 permohonan sebulan bukti TEKUN semakin ‘visible’ – Nor Azita


KUALA LUMPUR – 9 November 1998, tarikh keramat yang membawa kepada penubuhan TEKUN Nasional. Bermula dengan nama Yayasan TEKUN Nasional, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ketika itu mula menggerakkan agenda membantu peniaga-peniaga mikro memajukan perniagaan mereka menerusi kemudahan pembiayaan kewangan.

Diilhamkan semasa Konvensyen Ekonomi Bumiputera 19 tahun lalu, TEKUN kini diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

“Semangat penubuhan TEKUN ketika itu adalah untuk membantu bumiputera yang berminat dalam dunia perniagaan tetapi tidak mempunyai pembiayaan,” kata Pengerusi TEKUN, Datuk Nor Azita Abd Rahman ketika ditemui theRakyat.

Sasaran TEKUN adalah peniaga mikro lantaran mereka adalah golongan yang paling susah untuk berurusan di bank bagi mendapatkan pinjaman.

Mereka kebiasaannya terdiri daripada peniaga pasar malam dan suri rumah yang berniaga kecil-kecilan di rumah.

Temubual bersama Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Nor Azita Abdul Rahman di Bangunan Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto theRakyat.

“Mereka ini mempunyai kemahiran tetapi mengalami masalah pembiayaan. Dalam erti kata lain tidak mempunyai duit untuk berniaga,” katanya lagi.

Menurut Nor Azita, bagi merealisasikan fungsi TEKUN, kerajaan menyalurkan pinjaman kepada  agensi itu bagi membolehkan kemudahan pembiayaan disalurkan kepada mereka yang layak dan selepas 10 tahun iaitu pada 2009, TEKUN mula membayar semula pinjaman kepada kerajaan tanpa faedah.

Sejak dilantik pengerusi TEKUN pada 2014, fokus beliau adalah memastikan TEKUN ‘visible’ dalam kalangan rakyat Malaysia supaya lebih ramai peniaga mikro mendapat manfaat daripada penubuhan agensi itu selain mempelbagaikan kaedah pembayaran balik.

Inisiatif itu pastinya menjadikan TEKUN antara pilihan utama para peniaga untuk membuat pinjaman dan tiada alasan untuk mereka tidak membuat pembayaran balik.

Temubual bersama Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Nor Azita Abdul Rahman di Bangunan Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto theRakyat.

Ditanya kejayaan TEKUN, Nor Azita, secara mudahnya agensi itu berjaya jika objektif asalnya iaitu memberi pinjaman dapat dilaksanakan secara berkesan dan para peniaga membayar balik pinjaman tersebut.

“Memang ada yang bertanya bagaimana TEKUN menilai kejayaan, penilaian kita ketika itu adalah ‘kita bagi pinjam dan orang bayar semula’. Kalau ikut itu memang kita berjaya,” katanya.

Menurut beliau lagi, setiap bulan TEKUN menerima hampir 3,000 permohonan untuk membuat pinjaman. Sambutan menggalakkan itu disebabkan proses untuk mendapatkan pinjaman TEKUN agak mudah iaitu tiada cagaran, tiada jaminan selain tempoh menunggu sekitar 45 hari sahaja.

Pemohon, katanya, hanya perlu mengisi borang, menyediakan penyata bank tiga bulan, alamat premis perniagaan (walaupun berniaga di rumah) sebagai bukti urusniaga bisnes.

Di pihak TEKUN sebaik permohonan diterima mereka akan melihat prestasi perniagaan sama ada mampu menjana pendapatan supaya tidak timbul masalah untuk peminjam membuat pembayaran balik.

Temubual bersama Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Nor Azita Abdul Rahman di Bangunan Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto theRakyat.

Nor Azita memberitahu, ada peniaga yang telah membuat pinjaman berkali-kali termasuk pinjaman maksimum RM100,000 untuk mengembangkan pernigaan mereka.

“Orang yang dah pinjam dengan TEKUN dan berjaya, mereka selesa dan tak mahu buat pinjaman di bank. Mereka kata buat apa nak pening kepala pergi bank, paper work tebal, kena buat proposal perniagaan sedangkan mereka perlu duit dengan cepat untuk mengembangkan perniagaan.

“Sehingga kini ada yang ada kilang, ada yang tujuh kali pinjam dengan TEKUN dalam masa 18 tahun dan kini mampu memiliki rumah kedai dua tingkat sendiri,” katanya berkongsi kejayaan seorang penjual kosmetik di Kelantan yang berjaya meluaskan perniagaan hanya dengan pinjaman TEKUN.

Nor Azita percaya, ramai peminjam TEKUN kini berjaya dalam pernigaan mereka, bagaimanapun ada juga yang gagal membayar balik pinjaman kerana beberapa faktor sehingga adakalanya menjejaskan imej TEKUN.

Ditanya mengenai kaedah pembayaran balik, katanya, bermula dengan pungutan secara manual di mana kakitangan TEKUN pergi mengutip dari rumah ke rumah, kini kaedah dipelbagaikan termasuk membuat pembayaran menerusi dalam talian.

“Kita start zero, dulu dia orang kena pergi kutip bayaran balik, pergi sekali belum tentu dpat, ketuk pintu belum tentu orang nak bayar, sistem kita itu belum betul lagi, kadang-kadang kutipan sudah dibuat tetapi resit pula tak diberi.

“Jadin kita buat perubahan dari semasa ke semasa. Sekarang bayar dalam talian, guna debit card, bayaran menggunakan kad debit dan banyak lagi kaedah,” katanya.

Kakitangan TEKUN, Nur Syafiqah Azli (kanan) menerangkan mengenai kaedah pinjaman yang disediakan TEKUN kepada pemohon, Nur Taskin Mohamed di Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur. foto theRakyat.

Nor Azita berkata, oleh kerana pinjaman TEKUN tidak rigid, maka sehingga kini tidak ada seorang pun peminjam TEKUN diisytiharkan bankrap.

Mengenai pinjaman yang dilupuskan, beliau berkata, sebenarnya istilah melupuskan pinjaman hanyalah di atas kertas semata-mata kerana peminjam dalam keadaan apa sekali pun mesti membayar semula pinjaman yang telah dibuat.

Beliau mengakui ada antara program yang diperkenalkan oleh TEKUN tidak berjaya dilaksanakan dengan baik kerana ketiadaan kepakaran selain tidak cukup sumber manusia misalnya portal TEKUN dan kad komuniti.

Seorang pemohon pinjaman kelihatan tekun membaca Mercu Tekun yang terdapat di Ibu Pejabat TEKUN Nasional, Kuala Lumpur. foto theRakyat.

Katanya, setiap kegagalan itu dijadikan teladan supaya TEKUN tidak mengulangi kesilapan yang sama, dan kini agensi itu benar-benar focus untuk memastikan objektif penubuhannya sentiasa dimartabatkan.

Ditanya tentang harapannya, Nor Azita berkata, beliau mahu semangat TEKUN sebagai agensi kerajaan untuk membantu usahawan mikro kekal walaupun pendekatannya mungkin berubah dari semasa ke semasa. – theRakyat

 

 

 

 

 

 



Source link

read more

Hilang pekerjaan layak dapat bantuan RM600 sebulan


indexMO, 3/1/2018, KUALA LUMPUR – Mereka yang kehilangan pekerjaan tahun ini layak mendapat bantuan interim sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah Akta Sistem Insurans 2017.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata langkah itu bertujuan memperkasa perlindungan keselamatan sosial melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

“Melalui SIP, pekerja yang terjejas akan dibantu secara khusus bagi mendapatkan pekerjaan baharu melalui perkhidmatan pekerjaan yang diberikan oleh pegawai perkhidmatan pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang layak memohon bantuan interim itu  pada masa yang sama perlu menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula yang akan dikawal selia oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk meningkatkan kebolehkerjaan mereka.

Permohonan bagi bayaran interim boleh dilaksanakan melalui portal dalam talian laman sesawang www.perkeso.gov.my/sip atau  hadir sendiri di kaunter  Perkeso di seluruh negara.

Selain itu, bermula Februari ini, majikan boleh mendaftar dan membuat bayaran caruman  melalui  portal “Assist Perkeso” manakala pembayaran faedah SIP akan bermula pada Januari 2019.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SIP boleh menghubungi Perkeso di talian 1300 22 8000 atau melayari laman sesawang rasmi Perkeso. –Bernama



Source link

read more

Semua pasport lama diganti dalam sebulan setengah



PETALING JAYA: Kira-kira 81,000 pemegang pasport Malaysia masih menggunakan dokumen itu yang mempunyai ciri-ciri lama dan ia akan diganti sepenuhnya dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh satu setengah bulan lagi, kesemua pemegang pasport negara akan menggunakan dokumen perjalanan baharu yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.

“Kita mempunyai kapasiti pengeluaran pasport sebanyak lima juta setahun dan kita masih mempunyai tidak lebih 90,000 stok pasport lama yang masih boleh digunakan… tetapi pada masa sama, kita mula mengeluarkan pasport dengan ciri baharu.

“Stok untuk pasport lama terlalu sedikit iaitu 81,000 sahaja dan dalam sebulan setengah, jumlah itu boleh habis apatah lagi dengan musim cuti sekolah sekarang,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan merasmikan kilang baharu Datasonic Group Bhd di sini, pada Khamis.

Beliau berkata antara ciri keselamatan baharu yang dipertingkatkan dalam pasport Malaysia ialah penggunaan biometrik dan pengenalan wajah selain semua ciri yang mematuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ciri-ciri baharu itu akan memastikan dokumen perjalanan rasmi itu tidak boleh dipalsukan walaupun dengan sistem teknologi terkini.

Beliau berkata ciri-ciri itu juga berjaya meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Bagi permohonan untuk memperbaharui pasport, Jabatan Imigresen hanya mengambil masa 15 minit sahaja selepas pembayaran dibuat untuk mengeluarkan pasport baharu, manakala permohonan pasport baharu pula hanya satu jam selepas pembayaran dibuat,” katanya.

Sementara itu, Datasonic berkata kilang itu memulakan operasi membekalkan pasport baharu itu pada Oktober lepas dengan mengeluarkan hampir 650,000 dokumen itu, yang digunakan rakyat Malaysia mulai 15 Nov lepas.

Pasport Malaysia yang baharu itu mengandungi ciri-ciri dipertingkatkan dengan mematuhi piawaian ICAO termasuk cip terbenam, tiga alur keselamatan berwarna serta penggunaan cahaya ultraungu untuk mengesahkan ketulenannya.

“Konsep reka bentuknya yang dipertingkatkan itu menampilkan budaya Malaysia seperti bunga raya, bunga anggerik, halia merah, burung rimba telinga perak dan Rukunegara,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Tahun lepas, syarikat itu dianugerahkan kontrak bernilai RM233.38 juta untuk membekalkan pasport selama lima tahun dari 1 Dis 2016 hingga 30 Nov 2021. — Bernama



Source link

read more

Riyadh beri tempoh sebulan untuk salurkan bantuan kemanusiaan di Yaman



JEDDAH: Arab Saudi dan pakatannya memberikan tempoh sebulan sebagai kebenaran kapal-kapal bantuan kemanusiaan berlabuh di pelabuhan Hodeida, Yaman.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pakatan terbabit pada Rabu menyatakan kebenaran itu bagi memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan masuk ke Yaman.

Ia juga dilakukan selepas desakan komuniti antarabangsa serta mengambil kira sekatan jalan darat yang dilakukan pemberontak Houthi.

Menurut penganalisis, langkah pembukaan pelabuhan selama sebulan terbabit adalah langkah bijak Riyadh disebalik serangan berangkai yang dilancar Houthi.

Pemberontak Houthi yang disokong Iran pada Selasa didakwa melancarkan serangan udara ke Arab saudi namun berjaya dipintas Riyadh.

Serangan mensasarkan Istana Al Yamamah dan telah mencetuskan reaksi spontan negara dunia.

Dalam pada itu, Presiden Yaman Abed Rabbo Mansour Hadi berkata pentadbirannya tidak mempunyai sebarang pakatan denan mana-mana pihak dan hanya mahu runidngan damai segera dibuat.

“Kami tidak punya rakan strategik untuk merealisasikan pelan damai dan itu sebabnya kami cuba berunding dengan Arab Saudi.” jelasnya yang kini berada di Riyadh bagi tujuan tersebut.

Tambahnya jika pelan damai itu boleh dilakukan ia pasti berdepan jalan sukar kerana tindak tanduk pemberontak Houthi kebelakangan ini tidak menampakkan langkah bekerjasama.

“Mereka telah membuktikan kedegilan dengan melakukan serangan ke atas konvoi yang disertai bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

“Jika usaha diteruskan juga, saya fikir ia hanya membuang masa,” jelasnya.

Berhubung serangan terbaharu ke atas Riyadh, Amerika Syarikat mendesak tindakan keras dikenakan ke atas Iran.

Jelas duta khas Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley, krisis yang berlaku di yaman adalah tanggungjawab Iran.

“Iran perlu dihukum kerana sokongan yang diberikannya terhadap pemberontak Houthi,” jelasnya.



Source link

read more

6700 etnik Rohingya terbunuh dalam sebulan



RAKHINE : Sekurang-kurangnya 6,700 etnik Rohingya terbunuh dalam tempoh sebulan pertama operasi ketenteraan di Rakhine, Myanmar sejak 25 Ogos lalu.

Angka itu diperoleh berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pertubuhan kemanusiaan antarabangsa ‘Doctors Without Borders’ (MSF) yang mendedahkan sekurang-kurangnya 6,700 orang termasuk 730 kanak-kanak menjadi korban mangsa konflik keganasan di wilayah bergolak itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan MSF itu juga, sekurang-kurangnya 2,700 yang lain meninggal dunia akibat penyakit dan masalah malnutrisi dalam tempoh berkenaan.

Ia menjadikan jumlah mangsa korban keseluruhannya mencecah lebih 9,000 orang dalam tempoh kajian tersebut dilakukan dari 25 Ogos hingga 25 September.



Source link

read more

AmBank sasar 7,500 permohonan sebulan – Korporat


KUALA LUMPUR 27 Nov. – AmBank (M) Bhd., menyasarkan sebanyak 7,500 permohonan pembiayaan automotif setiap bulan akan dibuat menerusi Terminal Permohonan Mudah Alih (MAT).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, buat masa ini kira-kira 15,000 permohonan pembiayaan automotif diterima setiap bulan menggunakan platform tradisional.

Katanya, MAT merupakan perkhidmatan kelulusan pembiayaan automotif segera digital yang pertama di Malaysia yang telah digunakan sejak 1 Julai lalu dalam kalangan 138 penasihat jualan AmBank.

“Terminal ini akan membantu pelanggan mengemukakan permohonan pembiayaan kereta secara digital seterusnya membolehkan pemohon yang layak mendapat kelulusan dengan segera.

“Portfolio pinjaman automotif ketika ini berada pada kadar 10 peratus dan kami merancang untuk meningkatkan sebanyak 30 peratus,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran MAT di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Jade Lee.

MAT membolehkan pengguna mengemukakan permohonan pinjaman, merakam imej dokumen serta mendapatkan kelulusan segera dalam tempoh 30 minit jika semua syarat yang diperlukan dipenuhi.

Sementara itu, Jade berkata, pihaknya akan memperluaskan penggunaan MAT dengan memberi keutamaan kepada 2,500 pengedar utamanya di seluruh negara.

“MAT dilengkapi ciri-ciri seperti pembaca cap jari untuk pengesahan biometrik dan e-borang dengan tanda tangan digital.

“Ini seterusnya akan mempertingkatkan penggunaan perbankan digital bagi Kumpulan AmBank sekali gus memperkukuhkan kehadiran jenama AmBank dalam pasaran industri automotif di negara,” tambahnya lagi. –  UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bapa wajar diberi cuti bersalin sebulan – Nasional


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus memperjuangkan pelaksanaan cuti bersalin sebulan untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, meskipun ia memakan masa namun kementeriannya tidak akan berganjak daripada perjuangannya itu.

“Pelaksanaan cuti bersalin satu bulan kepada warga bapa bukan sesuatu yang baharu malah telah dilaksanakan di banyak negara serta terbukti keberkesanannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Foto Swedish Dad and Malaysian Dad di sini hari ini.

Azizah menambah,  cuti bersalin untuk bapa bagi sektor kerajaan adalah satu minggu manakala sektor swasta adalah bergantung kepada sesebuah syarikat itu sendiri.

Beliau menyifatkan cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja adalah tidak mencukupi. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Uqasha Senrose perjelas isu berat naik 13kg dalam sebulan



PELAKON Uqasha Senrose mengakui berat badannya naik sebanyak 13 kilogram kerana selera makan yang tinggi.
 
Uqasha Senrose, 25, juga tidak menafikan dirinya yang sedang bahagia juga antara faktor berat badannya bertambah.

“Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya.
 
“Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula yang mengkritik di media sosial.
 
“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan.
 
“Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, pada Ahad.
 
Sebelum ini penampilan Uqasha di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017), Jumaat, menarik perhatian netizen.
 
Selain penampilan yang agak seksi, perubahan bentuk badan pelakon cantik itu turut menjadi bualan hangat di media sosial.
 
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen tidak kira negatif atau positif menerusi ruangan komen foto terbaru yang dimuat naik oleh Uqasha di akaun Instagram (IG)nya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons