Tua tak sedar diri rindu berjudi


KUALA LANGAT: Sudah berusia tetapi masih tidak sedarkan diri.

Itu mungkin kata-kata yang sesuai ditujukan kepada golongan yang menghampiri usia warga emas ini, tetapi masih tegar dengan tabiat berjudinya.

Lebih malang lagi, penggemar judi yang berusia lebih 50 tahun itu ditahan dalam satu operasi ketika melayan judi atas talian di sebuah premis kedai makan, dalam keadaan dikawal ketat beberapa lelaki, dipercayai pengawal keselamatan.

Operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal pagi ini.

Difahamkan, penganjur aktiviti ini akan memuat turun aplikasi judi di telefon bimbit pelanggan dan membeli ‘top up’ sebagai pertaruhan.

Aktiviti berjudi secara atas talian menggunakan aplikasi yang dimuat turun penganjur. Foto Astro AWANI

Lapan kaki judi bersama penganjur ditahan pasukan D7 IPK Selangor kira-kira 50 meter dari premis terbuka itu.

Turut dirampas, tablet, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

Tangkapan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.



Source link

read more

Zidane sedar jawatannya tidak selamat


JURULATIH Real Madrid, Zinedine Zidane, berasakan pencapaiannya sebagai pemain tidak akan menawarkan perlindungan kepadanya bersama gergasi LaLiga itu kerana percaya dia tidak akan berada di kelab itu dalam tempoh 10 tahun.

Zidane — membimbing Madrid untuk meraih dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan satu gelaran LaLiga — kini berada di bawah tekanan di Santiago Bernabeu selepas Madrid tercicir 16 mata di belakang pendahulu, Barcelona, berikutan hanya memenangi sembilan daripada 17 perlawanan liga.

Zidane, yang telah bertanggungjawab sejak Januari 2016, faham dia memiliki tempoh yang terhad untuk menerajui Madrid.

“Zinedine Zidane bukan lagi pemain di Real Madrid, Zidane tidak lagi wujud,” katanya kepada France Football.

“Kini, Zinedine Zidane menjadi jurulatih untuk mengukuhkan kerjaya. Saya tidak dilindungi oleh apa yang saya lakukan sebagai pemain di kelab ini.

“Saya tahu bahawa suatu hari nanti, tempoh saya (sebagai jurulatih) akan berakhir di Real Madrid, jadi saya mahu memanfaatkannya dan melakukan segala yang terdaya untuk berjaya.

“Saya berkata kepada diri sendiri, ‘jika saya mempunyai 10 hari lagi di sini, maka saya akan menjalani 10 hari ini secara maksimum, jika enam bulan, saya akan menempuhi enam bulan ini secara maksimum’. Saya tidak fikir melangkaui tempoh itu.

“Saya tahu saya tidak akan kekal selama 10 tahun,” katanya.

Madrid masih belum menemui rentak terbaik musim ini apabila gagal memenangi tiga daripada empat perlawanan terakhir liga untuk menduduki tangga keempat LaLiga.

Begitupun, Zidane — memenangi LaLiga dan UCL sebagai pemain Los Blancos — berkata keupayaannya untuk mengabaikan tekanan luar adalah penting.

“Tekanan luar tidak menjejaskan saya, saya telah memasang perisai di sekeliling saya, tiada apa yang boleh mengganggu saya,” katanya.

“Saya mempunyai banyak tanggungjawab (sebagai jurulatih Real Madrid), namun sebaik saya pulang ke rumah, saya tidak pasti berapa ramai jurulatih yang dapat mengetepikan fikiran mereka daripada tugasan, namun saya memiliki keupayaan itu.

“Saya pulang dan saya menikmati waktu bersama isteri atau anak-anak dan saya akan keluar menonton pertunjukan atau makan malam. Saya mengelak daripada kerja kerana itu penting,” katanya lagi.



Source link

read more

ZAID AL ARAKI NI JENIS MANUSIA TAK SEDAR DIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Jika selama hari ini, bila DAPigs dilabelkan sebagai sebuah parti chauvanist yang Anti Islam dan Anti Ketuanan Melayu, ramai dikalangan puak Pakatan Haprak tu cuba untuk menafikannya.

Sedangkan buktinya sudah cukup jelas. Memang DAPigs parti yang tidak menerima sistem ketuanan Melayu dan mereka tidak menghormati institusi Raja – Raja Melayu secara terbuka.

Sehari selepas protes ahli UMNO yang mengutuk Zaid Ibrahim sebagai biadab, ahli DAPigs itu hari ini menjadi sasaran Sultan Selangor, yang mendakwa kenyataannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor.

“Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” tambahnya merujuk komen Zaid di Twitter,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam ucapan di perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Oktober lalu dilihat menyindir keturunan Bugis.

Dr Mahathir dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli dengan kenyataan Sultan Selangor yang menggesa agar bekas Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi PPBM itu disiasat di bawah Undang-Undang Akta Hasutan 1948.

Dalam wawancara baru-baru ini, Sultan Selangor sekali lagi mengkritik Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Dalam wawancara hari ini, Sultan Sharafuddin berkata Zaid tidak perlu mengajarnya dan teguran ke atas Dr Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” katanya.

Terdahulu, ahli DAPigs itu juga tampil memberikan kritikan secara terbuka terhadap cadangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berkaitan dengan isu solat zohor secara berjemaah.

Antara lain, ahli DAPigs itu mendakwa cadangan tersebut sebagai satu langkah yang bodoh dan menganggap solat secara berjemaah ini hanya sekadar Ritual Keagamaan yang tidak mendatangkan faedah.




Source link

read more

Sedar atau tidak lepasan UPSR kini rasai kesan psikologi – Mahdzir



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui wujud kesan psikologi terhadap murid-murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang gagal mencapai semua ‘A’.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesan negatif itu berlaku lantaran murid yang berjaya meraih semua ‘A’ dalam UPSR diraikan di semua peringkat termasuk di peringkat sekolah.

“KPM menyedari salah satu daripada kesan yang akan timbul di kalangan anak-anak sekolah di peringkat rendah ini adalah kesan psikologi di mana selama ini kita anggap bahawa kejayaan melalui UPSR itu secara keseluruhan diraikan di semua peringkat.

“Ini sudah tentu sedikit sebanyak beri kesan psikologi kepada mereka-mereka yang tidak mencapai apa yang diharapkan dalam peperiksaan.

“Kesan-kesan ini sudah berlaku sama ada sedar atau tidak sedar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Datuk Dr Noor Azmi Bin Ghazali (BN-Bagan Serai) yang meminta KPM menyatakan kesan psikologi yang diterima oleh pelajar yang mendapat keputusan semua A kecuali satu subjek yang tidak diraikan bersama pelajar yang memperoleh “straight A’s” yang sering dilakukan di sekolah-sekolah seluruh negara sebelum ini.

Mengulas langkah yang diambil kementerian berdasarkan kesan psikologi tersebut, Mahdzir berkata UPSR kini bukan hanya dinilai menerusi pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya pelajar turut dinilai daripada sahsiah diri, kokurikulum, penglibatan dalam sukan dan juga kecenderungan pelajar dalam psikometrik.

“Kerajaan sememangnya mengkaji bagaimana untuk masa hadapan sistem (peperiksaan UPSR) yang lebih baik secara holistik.

“Tetapi pada masa ini kita masih memakai UPSR dan pelaporan pentaksiran sekolah rendah.

“Tidak semua keputusan UPSR itu adalah sebagai keputusan yang akademik semata-mata (sebaliknya) tengok juga pada sahsiah diri pelajar, kokurikulum, tengok juga pelajar dari segi sukan dan juga kecenderungan pelajar dalam psikometrik untuk melihat masa depan mereka apabila naik ke sekolah menengah,” katanya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons