Syerif di Florida sedia latih guru bawa senjata ke sekolah



WINTER HEAVEN: Syerif tempatan di Florida sedia mengawasi satu program yang diperkenalkan bagi melatih guru-guru yang akan dibenarkan membawa dan mengendalikan senjata api di sekolah. 

Program Sentinel itu dijalankan bagi membolehkan guru-guru yang telah melalui latihan ketat, bahkan lebih daripada yang diperlukan untuk menjadi syerif, membawa senjata ke sekolah ketika waktu bekerja.

Syerif Polk County Grady Judd mengumumkan pada Khamis, beliau akan melantik “timbalan khas” yang akan dibekalkan senjata, walaupun undang-undang Florida tidak membenarkan selain pegawai penguatkuasa undang-undang membawa senjata ke sekolah.

“Saya memberi mereka kuasa untuk membawa ke kampus senjata api yang disembunyikan semata-mata bagi memastikan pelajar selamat dan dilindungi daripada penyerang yang datang ke kampus, dengan tujuan membunuh pelajar atau kakitangan,” kata Judd. 

Judd juga mengatakan program ini adalah jalan terakhir selepas semua usaha lain dilakukan bagi mencegah penembakan massa.

Susulan serangan di Florida 14 Feb lalu yang membunuh 17 pelajar dan kakitangan Marjory Stoneman Douglas High School, di Parkland, Presiden Donald Trump pada Khamis (22 Feb) mengadakan perbincangan mengenai keselamatan di sekolah bersama pegawai peringkat negeri dan tempatan.

Dalam mesyuarat itu, Trump mencadangkan guru sekolah dilengkapi senjata bagi menghalang kes tembakan besar-besaran.



Source link

read more

Serangan berdarah Florida Trump sedia bincang isu keselamatan di sekolah



WASHINGTON: Hampir seminggu selepas serangan berdarah yang meragut 17 nyawa di sebuah sekolah di Florida, Donald Trump akhirnya membuka mulut.

Menurut kenyataan rasmi White House Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sedia untuk bertemu pelajar, guru dan pihak berkuasa bagi membincangkan kaedah bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah.

Baca: Cukuplah Trump, siapa lagi nak mati selepas ini?

Trump juga bersedia membincangkan lebih lanjut mengenai keganasan melibatkan senjata api selepas usaha untuk membincangkannya di Kongres sebelum ini gagal.

Dalam perkembangan berkaitan Trump memaklumkan telah menandatangani memo bagi mengarahkan Jabatan Keadilan AS untuk mencadangkan peraturan bagi mengharamkan semua bentuk peranti termasuk yang digunakan dalam pembunuhan besar-besaran di Las Vegas tahun lalu.

“Proses bermula pada Disember tahun lalu dan saya juga telah menandatangani memorandum mengarahkan Peguam Negara untuk mencadangkan peraturan untuk mengharamkan semua jenis peranti yang boleh dijadikan sebagai mesingan.

“Saya jangka ia dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.” jelas Trump.

Pengumuman Trump itu dibuat dalam majlis penghargaan buat wira-wira negara di Washington.



Source link

read more

Proses damai Asia Barat AS sedia berunding Abbas gesa sidang antarabangsa



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Palestin pada Selasa menggesa agar satu sidang kemuncak antarabangsa diadakan menjelang pertengahan tahun ini bagi membuka jalan kepada pengiktirafan negara itu.

Persidangan yang dicadangkan itu perlu membawa kepada keanggotaan penuh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Palestin, pengiktirafan Israel dan Palestin, serta pembentukan mekanisme baru untuk mencapai perjanjian akhir, kata Presiden Mahmoud Abbas.

“Kami tidak pernah menolak sebarang jemputan untuk berunding. Tolong jangan kata kami menolak rundingan.

“Kami percaya rundingan adalah satu-satunya jalan ke arah keamanan. Jadi, bagaimana kami boleh menolak rundingan? Percayalah, ini tidak benar,” katanya ketika berucap di Majlis Keselamatan PBB.  

“Kami sedia memulakan perundingan dengan serta-merta bagi mencapai kebebasan dan kemerdekaan rakyat kami, sama seperti semua bangsa lain, dan bagi memastikan keamanan dan keselamatan untuk semua di rantau ini dan di dunia, supaya generasi akan datang dapat menikmati manfaat dari keamanan ini.”

Bagaimanapun, Abbas menyampaikan ucapannya sebelum Duta Amerika Syarikat (AS) ke PBB Nikki Haley berucap, dan meninggalkan majlis sejurus selepas itu.

Abbas sebelum ini menolak proses damai Asia Barat yang diterajui AS, menyifatkannya ‘mustahil’, susulan pengiktirafan Presiden Donald Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang dibuat Disember lalu.

Keputusan AS itu mencetuskan kemarahan Palestin yang mengisytiharkan Washington tidak lagi berperanan sebagai orang tengah utama dalam proses damai itu.

Sementara itu, Haley menegaskan, negaranya tidak akan mengubah keputusan untuk memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis.

“AS sedar kepimpinan Palestin sangat tidak senang dengan keputusan memindahkan kedutaan kami ke Jerusalem.

“Anda tidak perlu suka dengan keputusan itu. Anda tidak perlu memujinya. Malah, anda tidak perlu menerimanya. Tetapi, ketahuilah, keputusan itu tidak akan berubah,” katanya.

“AS sedia untuk bekerjasama dengan kepimpinan Palestin. Para perunding kami ada di sini, sedia untuk berbincang. Tetapi, kami tidak akan mengejar anda. Pilihan di tangan anda (Abbas),” tambah Haley.

Beliau merujuk kepada menantu Trump yang juga penasihatnya, Jared Kushner, dan pembantu kanan Trump, Jason Greenblatt, yang turut hadir dalam majlis itu. 



Source link

read more

Liam Payne Cheryl Cole sedia putuskan hubungan


BEKAS anggota kumpulan One Direction, Liam Payne dan seorang personaliti TV, Cheryl Cole telah bersedia memutuskan hubungan mereka yang terjalin sejak 2016 itu.

Selepas gagal menyelamatkan hubungan itu, Liam telah mendapatkan nasihat undang-undang bagi urusan aset bersama mereka dan hak penjagaan anak.

Pasangan itu mempunyai aset bersama bernilai 74 juta pound Sterling (£) dimana Liam, 24, mempunyai kekayaan bernilai £54 juta dan Cheryl, 34, mempunyai £20 juta.

Liam dan Cheryl belum berkahwin tetapi mempunyai seorang anak lelaki, Bear yang berusia 11 bulan, dan tinggal bersama di sebuah rumah di Surrey, United Kingdom.

Menurut Dailystar.co.uk, pasangan itu ingin mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak berupaya menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

Namun belakangan ini, Liam banyak menghabiskan masa bersama penyanyi rap wanita terkenal, Rita Ora untuk kolaborasi lagu terbaru mereka, For You yang juga merupakan lagu tema filem Fifty Shades Freed.

Peminat juga mula berspekulasi bahawa persahabatan Liam dan Rita menjadi punca keretakan hubungan pasangan yang mempunyai jarak umur 10 tahun itu.

Peminat keliru hubungan antara Liam, Cheryl dan Rita.

Kedua-dua penyanyi itu dilihat kali terakhir muncul bersama di satu acara kebajikan pada 29 November lalu.

Selain itu, peminat juga meluahkan rasa tidak suka dengan hubungan rapat Liam dan Rita.



Source link

read more

Saya sedia bawa watak The Pocket Rocketman – Shaheizy Sam



KUALA LUMPUR: “Saya teruja ingin melakonkan watak jaguh keirin dunia itu.”

Itu merupakan respon Shaheizy Sam susulan hasrat Azizulhasni Awang yang menginginkan beliau untuk membawa watak The Pocket Rocketman dalam filem biopiknya.

Jelas pelakon Polis Evo itu lagi, beliau sememangnya meminati dan gemar melakonkan watak yang mempunyai kisah perjuangan.

“Saya memang teringin untuk melakonkan watak bagi filem bercorak biografi dan setakat ini saya belum pernah lakukannya.

“Jika diberi peluang, saya akan cuba menjiwai watak dan mahu mengenali secara rapat Azizul terlebih dahulu agar berjaya melakonkan watak dengan baik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI melalui khidmat pesanan ringkas.

Shaheizy yang juga berlakon dalam filem Songlap itu berkata, beliau baru sahaja selesai pengambaran Polis Evo 2 dan buat masa ini, beliau tidak terikat dengan mana-mana pengambaran filem.

Terdahulu, suka duka perjalanan atlet yang diberi gelaran The Pocket Rocketman ini bakal diadaptasikan dalam bentuk filem bercorak biografi atau biopik tidak lama lagi.



Source link

read more

Presiden Afrika Selatan sedia berundur



JOHANNESBURG: Proses peralihan kuasa di Afrika Selatan hampir pasti akan berlaku dengan pengunduran Presiden Jacob Zuma.

Naib Presiden Cyril Ramaphosa mengesahkan dalam proses rundingan langsung dengan Zuma berhubung peralihan berkenaan.

Kenyataan ini adalah yang pertama mengesahkan Zuma bakal berundur, sejak tuntutan supaya beliau meletak jawatan sebelum ini.

Ramaphosa yang kini mengetuai parti pemerintah ANC memaklumkan beliau dan Zuma sudah mencapai persetujuan mengenai kaedah terbaik menyelesaikan krisis politik di negara itu.

Zuma, berusia 75 tahun berdepan dakwaan rasuah selepas sembilan tahun memegang tampuk kuasa.

Beliau berdepan tekanan supaya meletak jawatan sejak Disember lalu, selepas berlaku proses peralihan kepimpinan dalam parti ANC yang menyaksikan Ramaphosa menggantikan kedudukan beliau.

Ramaphosa dalam pada itu menyifatkan rundingan langsung dengan Zuma sebagai satu peluang untuk mencapai persetujuan tanpa menggugat kestabilan politik.

BACA: ANC tangguh mesyuarat, Presiden Jacob Zuma masih selamat

ANC sebelum ini memaklumkan pertemuan dengan Zuma membuahkan hasil dan rundingan berakhir dengan keputusan konstruktif.

Parti itu menunda mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti, yang mempunyai kuasa menentukan kedudukan Zuma ke 17 Februari depan.

Parti pembangkang bagaimanapun menuntut supaya parlimen mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Zuma.

Parlimen pada Selasa menangguhkan ucapan tahunan presiden, atas alasan wujud gangguan tertentu.



Source link

read more

Malaysia-Singapura Akan Tubuh Koridor Pasaran Sedia Akses Lancar Kepada Pelabur


DVUVEU3VAAIDXecMO, 6/2/2018, KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mewujudkan koridor pasaran bagi menghubungkan kedua-dua negara, di samping pautan dagangan antara bursa saham masing-masing untuk meningkatkan lagi faedah yang diraih bersama dan memanfaatkan potensi ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ‘Hubungan Malaysia-Singapura’ ini akan menyediakan akses yang mudah dan lancar kepada kedua-dua pelabur dari kedua-dua negara ke pasaran antara satu sama lain dengan gabungan permodalan lebih daripada AS$1.2 trilion (AS$1=RM3.88) dan 1,600 syarikat senaraian awam.

Penubuhan koridor pasaran itu adalah susulan daripada perbincangan beliau dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loon, kata Najib dalam ucap tamanya pada Simposium Pasaran Modal Dunia 2018, di sini, hari ini.

Beliau berkata Malaysia dan Singapura bersetuju yang kedua-dua pasaran telah mencapai paras kecanggihan dan tahap kematangan yang mencukupi bagi menubuhkan koridor pasaran itu.

Susulan keputusan itu, satu pelan kawal selia akan dirangka oleh pihak berkuasa relevan kedua-dua negara, untuk membuka jalan bagi mewujudkan pautan dagangan.

— BERNAMA



Source link

read more

UPKO sedia tawan semula kerusi parlimen, negeri di Penampang


PENAMPANG – Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) bersedia untuk memenangi semula kerusi Parlimen Penampang dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu untuk Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata BN Penampang kini serik menjadi pembangkang di kawasan Parlimen itu selama hampir lima tahun sejak gagal mempertahankan kerusi Parlimen dan kerusi DUN Moyog dan Kepayan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

“Kita (BN) menjadi ‘pembangkang´ di Penampang, tetapi kitalah yang sentiasa memberi khidmat kepada rakyat di kawasan ini. Betapa rindunya kita menjadi wakil rakyat di sini. Kita mesti yakin untuk menang dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menang.”

“Jangan sesekali percaya pembangkang akan menang pada PRU14,” katanya ketika melancarkan Jentera PRU14 UPKO Penampang di sini hari ini.

Pada PRU13, Presiden Kehormat UPKO Tan Sri Bernard Dompok tewas kepada calon PKR, Darell Leiking dalam merebut kerusi Parlimen Penampang.

Kerusi DUN Moyog pula gagal dipertahankan oleh calon UPKO Datuk Philip Lasimbang yang kalah kepada Terrence Siambun atas tiket PKR, manakala Datuk Edward Khoo dari MCA tewas kepada calon DAP Dr Edwin Bosi dalam merebut kerusi DUN Kepayan.

Leiking kini Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Siambun turut beralih kepada Warisan, manakala Bosi beralih kepada Parti Anak Negeri.

Tangau, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, turut berkata Bosi pernah berjumpa dengannya dan memuji kerja UPKO dan menyatakan minat untuk menyertai parti komponen BN itu namun memberi syarat untuk menganggotai UPKO serta dicalonkan semula untuk kerusi DUN Kepayan.

“Tetapi saya memberitahu yang kerusi Kepayan adalah milik MCA dan UPKO tidak berhak untuk merampasnya,” katanya sambil menasihati anggota parti supaya tidak keliru dengan hasutan dan isu yang dimainkan oleh pembangkang.

Katanya, pembangkang sentiasa menghadapi konflik, termasuk dalam menentukan calon ketua menteri jika diberi mandat untuk menerajui kerajaan negeri.

“Undi sahaja BN kerana sudah pasti ketua menteri adalah anggota BN iaitu Tan Sri Musa Aman.”

“Untuk calon perdana menteri pula, sudah tentu Datuk Seri Najib Tun Razak. Pembangkang pula mahu seorang pemimpin yang telah berusia 93 tahun,” katanya.- BERNAMA



Source link

read more

Sistem sedia ada meletakkan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun – Politik


KANGAR 1 Feb. – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempersoalkan sistem pilihan raya sedia ada dianggap pelik memandangkan apa yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dahulu sehingga kini telah membolehkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, Dr. Mahathir perlu menjawab persoalan, mengapa sistem yang beliau sendiri gunakan dahulu dianggap sebagai tidak telus sedangkan pilihan raya yang diadakan pada zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat jauh lebih baik dan adil.

Dalam masa sama, Azlan juga mempersoal Dr. Mahathir yang tidak mengamalkan kebebasan pada zaman pemerintahannya sehingga sanggup menahan ramai pemimpin menerusi Op Lalang dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekali gus menutup ruang untuk bersuara pada masa itu.

“Kenapa beliau (Dr. Mahathir) hendak pertikai (sistem pilihan raya) yang telah meletakkan dia sebagai Perdana Menteri cukup lama. Di mana kelemahan sistem yang ada sekarang, beliau perlu jawab itu.

“Kita masih mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan saya rasa sistem sedia ada itu telah ditambah baik di zaman Perdana Menteri sekarang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis makan malam bersama pemimpin-pemimpin masyarakat Cina negeri ini di kediaman rasmi Menteri Besar di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu telah mengadakan perjumpaan dengan 16 duta dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) bagi menggesa mereka supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara bersih dan adil.

Dalam perkembangan lain, Azlan yang juga Menteri Besar yakin pengundi Cina akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang berdasarkan pencapaian cemerlang kerajaan yang ada sekarang.

Katanya, seluruh rakyat pastinya ingin melihat Malaysia terus maju dan bergerak ke hadapan dan Perdana Menteri telah membuktikannya melalui pelbagai tranformasi yang dibawa.

“Saya yakin masyarakat Cina tidak akan mempercayai lagi pembohongan pembangkang yang dilihat tidak pernah konsisten. Perjuangan gabungan ini hanya hendak jatuhkan Perdana Menteri dan BN sahaja,” katanya.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jentera UMNO siap sedia tunggu PRU-14


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan persediaan jentera UMNO di semua peringkat menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 seperti dibentangkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini.

Menurutnya, laporan kesiapsiagaan jentera parti itu dibentangkan oleh Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO.

Najib yang juga Presiden UMNO memaklumkan arahan sudah dikeluarkan kepada semua jentera untuk meningkatkan kesiapsiagaan menerima respon positif dan kerja-kerja peringkat akar umbi berjalan dengan lancar.

“Parti sudah keluarkan arahan supaya tingkatkan kesiapsiagaan untuk hadapi PRU-14, arahan itu mendapat sambutan yang positif dan kerja-kerja parti disemua peringkat termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri berjalan lancar dan saya berpuas hati berdasarkan laporan jawatan kuasa pengurusan yang dipengerusikan Zahid,” kata beliau semasa sidang media.

Beliau dalam masa yang sama berharap agar kesungguhan itu diteruskan sehingga hari Parlimen dibubar.

Ditanya bila tarikh PRU-14, Najib yang juga Perdana Menteri berkata, Parlimen akan terbubar secara automatik pada Jun ini namun beliau bagaimanapun  membayangkan akan membubar Parlimen lebih awal.

“Saya masih masih tunggu, saya tidak tahu. Saya menunggu ilham atau menunggu masa yang sesuai. Pada Jun, Parlimen akan terbubar secara automatik… kami akan (adakan) sebelum Jun,” katanya.

Jentera UMNO siap sedia tunggu PRU-14

Sementara itu, Perdana Menteri turut menjelaskan dasar yang dilaksanakan kerajaan selama ini menunjukkan prestasi yang baik, ia terbukti apabila ekonomi negara berada pada tahap memuaskan.

“Majlis Tertinggi (UMNO) mengambil maklum ekonomi negara dan pengukuhan ringgit, kadar pertumbuhan yang tinggi, bursa saham tinggi untuk selama tiga tahun, kadar inflasi yang rendah dan kadar pengangguran yang menurun sekitar empat peratus.

“Ia menunjukkan dasar-dasar yang dijalankan kerajaan membuahkan hasil yang menggalakkan dan ini akan mewujudkan suasana bisnes dan keyakinan pengguna yang tinggi berdasarkan laporan yang disiarkan dalam akhbar hari ni,” ujarnya.

Tambah beliau, kejayaan UMNO hari ini tidak sama dengan pembangkang yang semakin kucar kacir sekaligus tidak mendatangkan keyakinan pada rakyat bagi menjamin kestabilan politik negara.-theRakyat



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons