Mangsa banjir Segamat berkurangan | Merdeka Online


SEGAMAT 12 JANUARI 2018. Anggota APM meninjau kejadian banjir yang berlaku di sekitar Segamat. NSTP/IHSAN APM JOHOR

MO, 17/1/2018, JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat menurun, dengan hanya 33 orang daripada lapan keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

“Sehingga kini, mangsa yang dipindahkan di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak itu membabitkan 12 lelaki dan 12 wanita, selain empat kanak-kanak serta satu bayi.

“Sementara itu, empat mangsa membabitkan masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak ditempatkan di Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ayub berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan oleh agensi berkaitan dan pejabat daerah.



Source link

read more

Mangsa banjir di Mersing Segamat meningkat


JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada 527 orang pagi ini berbanding 160 malam tadi dengan pembukaan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 7 pagi tadi, seramai 430 mangsa daripada 106 keluarga di Mersing berada lima PPS manakala 97 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di empat PPS di Segamat.

Beliau berkata PPS Sekolah Agama Mersing Kanan dibuka pada 12 malam tadi dan menempatkan 123 mangsa dan PPS Sekolah Kebangsaan Labong pula dibuka 2 pagi tadi dengan menempatkan 109 mangsa.

“Kawasan terjejas di Mersing juga bertambah apabila sebelum ini hanya Kampung Tenglu Besar dan Kampung Air Papan, namun kini turut berlaku di Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, dan Kampung Orang Asli Labong,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di Segamat pula, kawasan terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Beliau berkata Jalan Telok Arong di Mersing ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan.

Orang ramai yang ingin ke Mersing-Endau boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Segamat Buka Dua PPS Tempatkan 17 Mangsa


DS-8WAFUQAAt3AnMO, 8/1/2018, JOHOR BAHRU – Seramai 17 mangsa daripada enam keluarga di Mukim Buloh Kasap, Segamat dicatatkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir pagi ini ekoran pembukaan sebuah lagi PPS di Kampung Kuala Paya, pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata PPS di Sekolah Agama Kuala Paya itu dibuka pada 8.30 pagi ini dan menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga penduduk Kampung Kuala Paya.

“Kesemua mereka dipindahkan berikutan paras air Sungai Muar di Buloh Kasap meningkat kepada 8.9 meter melebihi paras amaran 8.53 meter,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya seramai 10 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Balai Badang pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Balai Badang, yang dibuka sejak 5 Jan lepas.

Beliau berkata cuaca di daerah itu ketika ini dilaporkan mendung dan pemantauan berterusan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan.

— BERNAMA



Source link

read more

Mangsa banjir di Segamat meningkat 38 orang – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 5 Jan. – Mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit kepada seramai 38 orang daripada 11 keluarga pukul 8 pagi ini, berbanding 34 orang daripada sembilan keluarga pukul 6 petang semalam.




AYUB RAHMAT

AYUB RAHMAT

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, iaitu Balairaya Kampung Mensudut Lama menempatkan seramai 28 orang daripada tujuh keluarga.


Katanya, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Balai Badang yang dibuka 4 petang semalam pula menempatkan 10 orang daripada empat buah keluarga.


Menurutnya, pemantauan di kawasan tersebut dilakukan secara berterusan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Nahas Segamat Nur Ghaziyah patah tulang pinggul kaki selain parah di kepala



JOHOR BAHRU: Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, 3, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan mengorbankan lima ahli keluarganya di Segamat mengalami kecederaan parah di kepala selain patah tulang pinggul dan kaki.

Bapa saudaranya, Muhammad Taqiyuddin Dzulkarnain berkata, seluruh ahli keluarga berdoa agar Nur Ghaziyah kembali sembuh serta doktor bertugas berusaha memberi rawatan terbaik kepada kanak-kanak itu.

“Keadaannya masih lagi kritikal dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

“Para doktor berusaha memberikan rawatan terbaik agar Nur Ghaziyah kembali sembuh,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.

BACA: Kemalangan maut lima sekeluarga: Kereta hilang kawalan bertembung bas ekspres – polis

BACA: Jenazah lima mangsa kemalangan dituntut keluarga selesai bedah siasat

Dalam kejadian jam 6.11 petang itu, Nur Ghaziyah bersama lima anggota keluarganya yang lain dalam perjalanan pulang ke Kluang dari Muadzam Shah, Pahang sebelum kereta yang dipandu bapanya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, Segamat.

Ia menyebabkan ayahnya, Muhamad Abu Dujanah Dzulkarnain, 30; Zinnirah Abdul Hamid (ibu), 28; Nur Maghfirah (kakak), 6;  dan Muhammad Abu Ajwad (abang), 4 meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Nur Alia Humairah Muhamad Abu Dujanah yang baru berusia tiga bulan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Segamat.

BACA: Nahas Segamat: Tunggu cucu balik, yang sampai jenazah mereka

BACA: Jenazah lima sekeluarga dikebumi satu liang lahad

Jenazah kelima-lima anggota keluarga Nur Ghaziyah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan dekat Kluang pada jam 2.35 petang semalam.



Source link

read more

Nahas Segamat Keadaan Nur Ghaziyah masih kritikal



JOHOR BAHRU: Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, 3, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan lima ahli keluarganya di Segamat dua hari lepas, dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.

Menurut Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Aman Rabu pemantauan akan terus dilakukan oleh doktor pakar bagi memberi rawatan rapi kepada mangsa.

“Setakat ini, pesakit masih dalam keadaan kritikal yang memerlukan rawatan rapi. Tetapi demi kerahsiaan pesakit, kami tidak mendedahkan secara terperinci keadaan mangsa,” katanya di sini, hari ini.

BACA: Kemalangan maut lima sekeluarga: Kereta hilang kawalan bertembung bas ekspres – polis

BACA: Jenazah lima mangsa kemalangan dituntut keluarga selesai bedah siasat

Semalam, datuk Nur Ghaziyah, Dzulkarnain Yusoh menjelaskan bahawa cucunya itu telah dipindahkan dari Hospital Segamat ke HSA untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian jam 6.11 petang itu, Nur Ghaziyah bersama lima anggota keluarganya yang lain dalam perjalanan pulang ke Kluang dari Muadzam Shah, Pahang sebelum kereta yang dipandu bapanya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 176, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya, Segamat.

Ia menyebabkan ayahnya, Muhamad Abu Dujanah Dzulkarnain, 30; Zinnirah Abdul Hamid (ibu), 28; Nur Maghfirah (kakak), 6;  dan Muhammad Abu Ajwad (abang), 4 meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Nur Alia Humairah Muhamad Abu Dujanah yang baru berusia tiga bulan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Segamat.

BACA: Nahas Segamat: Tunggu cucu balik, yang sampai jenazah mereka

BACA: Jenazah lima sekeluarga dikebumi satu liang lahad

Jenazah kelima-lima anggota keluarga Nur Ghaziyah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan dekat Kluang pada jam 2.35 petang semalam.

— BERNAMA



Source link

read more

Bas bawa pelajar UiTM kolej vokasional terbabas ke dalam gaung di Segamat



SEGAMAT: Sebuah bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Segamat ke Johor Bahru terbabas ke dalam gaung selepas berlanggar dengan treler di kilometer 8, Jalan Genuang berhampiran Kampung Melayu Raya, di sijni, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat, Suprintendan Raub Selamat berkata, sekurang-kurangnya 20 penumpang termasuk pemandu cedera ringan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar 4.20 petang itu.

Beliau berkata, bas yang membawa 44 penumpang termasuk 40 pelajar kolej vokasional dan Universiti Teknologi Mara, UiTM Segamat itu baharu 30 minit memulakan perjalanan dari terminal bas Segamat.

Katanya, kejadian yang berlaku ketika hujan itu dipercayai berpunca daripada sebuah treler yang berada di lorong bertentangan yang cuba untuk memotong kenderaan di hadapannya, sehingga mengakibatkan bas ekspres itu hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Kesemua penumpang yang cedera ringan dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan lanjut.



Source link

read more

Chin Tong jangan pertikai kem tentera di Segamat – Bastien



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong diberi amaran tidak mempertikai hampir 1,079 anggota tentera yang bakal menduduki kem tentera baharu yang bakal siap hujung tahun ini di Segamat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, Chin Tong kini seolah-olah sengaja menimbulkan persepsi kem itu membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Berkenaan dengan soal kem askar di Segamat seperti dibangkitkan, saya minta Chin Tong berhenti berkhayal dengan tuduhan berkaitan pembinaan kem tersebut.

“Saya cukup tidak faham kaitan kem tentera dan pilihan raya. Dia cuba menimbulkan persepsi bahawa kewujudan kem itu akan membantu BN pada pilihan raya nanti.

“Adakah dia tidak tahu bahawa tugas tentera adalah untuk mempertahan negara dari ancaman musuh?” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Chin Tong semasa membahas Ucapan Parlimen mengenai Bajet 2018 (Bahagian II) meminta Kementerian Pertahanan memberi penjelasan sama ada pembinaan Kem Tentera Segamat di negeri Johor dibuat atas pertimbangan strategi pertahanan negara atau semata-mata untuk mempertahankan kepentingan politik dan pilihanraya bagi parti kerajaan.

Empat kem tentera baharu bakal dibina dan siap pada hujung tahun ini.

Selain Segamat, ia juga akan dibina di Hutan Melintang, Perak, Bera di Pahang dan Pagoh di Johor.

Pembinaan kem tentera baharu ini juga sebagai salah satu langkah kerajaan bagi menambah kedudukan strategik aset pertahanan.

Ia juga berkait rapat dengan faktor kedudukan kem di lokasi-lokasi sedia ada didapati tidak lagi sesuai kerana berada di tengah-tengah kawasan pembangunan selain melibatkan kos penyelenggaraan tinggi.

Dalam pada itu Bastien meminta Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu untuk berhenti memperlekehkan perajurit-perajurit negara selain tidak melibatkan mereka dalam politik dan tuduhan seumpama itu.

“Kalau hendak menang di Segamat dia perlu kerja kuat, kami tunggu. Ini belum lawan sudah mencari alasan kalah.

“Dia akan terus dalam dunianya daan bila tewas nanti akan menggunakan alasan kewujudan kem tentera berkenaan.

“Kalau kamu tidak suka perwira negara tidak apa tetapi jangan babitkan mereka dalam permainan politik terdesak begini.

“Kami di Segamat menyambut baik dan amat gembira dengan pembinaan kem tentera ini. Sesungguhnya kami akan berasa selamat dengan kehadiran perajurit ini di sini,” ujarnya.

Bastien turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di atas pembinaan kem berkenaan.

Dalam pada itu, Bastien juga mahu tahu perasaan Chin Tong terhadap kewujudan kem tentera di Kluang.

“Di kawasan dia juga ada kem tentera, apakah perasaan Chin Tong? Tentera ini merupakan perajurit yang melindungi kamu, adakah kewujudan mereka tidak diundang d Kluang?

“Bagaimana pula mereka yang di Pagoh? Jangan lupa perajurit-perajurit sekalian, kita ada wakil pembangkang yang tidak selesa dengan kehadiran kamu rasanya,” tegasnya.

Bastien juga mahu Chin Tong berhenti memberi alasan awal dan menyebar persepsi kekalahan wakil mereka di Segamat kepada Datuk Seri Dr. S. Subramaniam kerana kehadiran tentera ini.

“Adakah nasib pembangkang sudah tertilik? Chin Tong sendiri harus sedar pengundi-pengundinya di Kluang amat merindukan kehadiran dan khidmatnya selaku wakil rakyat.

“Apabila saya berbual dengan belia-belia dari kawasannya, mereka kerap bertanya tentang kehadirannya yang langsung tiada bayang,” jelasnya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons