Trump buka mulut lagi kali ini cadang guru sekolah diberi senjata



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencadangkan guru sekolah dilengkapi senjata bagi menghalang kes tembakan besar-besaran.

Keputusan itu dicapai Trump selepas bertemu pelajar yang terselamat serta ibu bapa pelajar yang terkorban dalam kejadian tembakan di sekolah Marjory Stoneman Douglas Florida minggu lepas, lapor Reuters.

“Jika kita lengkapkan guru ini dengan senjata, mereka boleh mematahkan serangan dengan pantas,” kata Trump selepas pertemuan di White House.

BACA: Hapuskan NRA! Pelajar laung bantahan di depan Capitol Hill

BACA: ‘Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?’

Dalam pertemuan itu Trump menghabiskan masa mendengar rayuan pelajar yang mahu sesuatu dilakukan dan Trump berikrar akan menambahbaik pemeriksaan latar  belakang pembeli senjata.

Minggu lepas sekolah Marjory Stoneman Douglas dikejutkan dengan tembakan rambang seorang pelajar yang mengorbankan 17 orang pelajar serta guru sekaligus menjadikan ia kes tembakan rambang kedua terbesar di sekolah awam AS.

BACA: Suspek Florida setuju mengaku bersalah jika boleh elak hukuman mati

Selain itu Trump berkata pentadbirannya akan turut memberi penekanan kepada pemeriksaan latar belakang tahap kesihatan mental pelajar bagi menjadikan sekolah lebih selamat.



Source link

read more

Serangan berdarah Florida Trump sedia bincang isu keselamatan di sekolah



WASHINGTON: Hampir seminggu selepas serangan berdarah yang meragut 17 nyawa di sebuah sekolah di Florida, Donald Trump akhirnya membuka mulut.

Menurut kenyataan rasmi White House Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sedia untuk bertemu pelajar, guru dan pihak berkuasa bagi membincangkan kaedah bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah.

Baca: Cukuplah Trump, siapa lagi nak mati selepas ini?

Trump juga bersedia membincangkan lebih lanjut mengenai keganasan melibatkan senjata api selepas usaha untuk membincangkannya di Kongres sebelum ini gagal.

Dalam perkembangan berkaitan Trump memaklumkan telah menandatangani memo bagi mengarahkan Jabatan Keadilan AS untuk mencadangkan peraturan bagi mengharamkan semua bentuk peranti termasuk yang digunakan dalam pembunuhan besar-besaran di Las Vegas tahun lalu.

“Proses bermula pada Disember tahun lalu dan saya juga telah menandatangani memorandum mengarahkan Peguam Negara untuk mencadangkan peraturan untuk mengharamkan semua jenis peranti yang boleh dijadikan sebagai mesingan.

“Saya jangka ia dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.” jelas Trump.

Pengumuman Trump itu dibuat dalam majlis penghargaan buat wira-wira negara di Washington.



Source link

read more

Kecewa dengan golongan dewasa pelajar sekolah AS rancang demonstrasi



FLORIDA: Susulan kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat (AS), pelajar sekolah di seluruh negara itu berkumpul pada Ahad untuk mendesak undang-undang senjata api diketatkan.

Seorang pelajar sekolah di Marjory Stoneman Douglas High School, Parkland, Emma Gonzalez, memberitahu, para pelajar merancang untuk mengadakan demonstrasi di Washington bulan depan kerana “golongan dewasa telah mengecewakan mereka”.

Gonzalez merupakan antara pelajar sekolah Marjory Stoneman Douglas High School yang terselamat daripada insiden Feb 14 itu.

“Sepatutnya mereka (pemimpin) yang dipilih harus berkhidmat untuk kami, tetapi sekarang kami pula yang perlu berkhidmat untuk mereka. Dan perkara ini sangat menyedihkan,” jelasnya.

Menggunakan kuasa media sosial, pelajar sekolah itu termasuk pelajar lain di seluruh AS, kini merancang mengadakan perarakan di Washington.

Perhimpunan itu bagi membuka mata golongan dewasa yang gagal melindungi keselamatan golongan kanak-kanak.

Kejadian tembakan rambang di Marjory Stoneman Douglas High School minggu lepas telah membangkitkan sekali lagi isu kawalan dan pemilikan senjata di AS.



Source link

read more

Pelajar sekolah di AS naik hantu apabila Trump beri alasan isu Rusia



WASHINGTON: Reaksi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam menjawab isu kelemahan kawalan keselamatan hingga sebuah sekolah di Florida menjadi medan pertumpahan darah akibat insiden tembakan rambang, mencetuskan kemarahan ramai.

Apabila mengulas tentang isu itu, Trump dengan pantas menuding jari kepada pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan penggubal undang-undang yang sibuk dengan hal siasatan penglibatan Rusia dalam pilihan raya presiden.

Menurutnya, kesibukan tersebut membuatkan pihak pentadbiran AS ‘terlepas pandang’ tentang ancaman keselamatan di sekolah tersebut.

Hal itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat AS khususnya kumpulan pelajar sekolah yang marah dengan kegagalan pihak berkuasa membendung kes tembakan rambang yang kerap menyasarkan institusi pembelajaran.

Dalam tweet bersiri yang dihantar dari estet Mar-a-Lago di Florida, Trump berkata siasatan menunjukkan Rusia berjaya menyebabkan kacau ganggu di AS.

Trump juga menuduh bekas presiden, Barack Obama, gagal mengekang campur tangan Rusia sewaktu kempen pilihan raya presiden.

Kemudian dalam tweet pada Sabtu malam, Trump mengkritik FBI kerana terlepas pandang kes seorang remaja, Nikolas Cruz, 19, yang didakwa membunuh 17 orang di Sekolah Marjory Stoneman Douglas di Parkland, di pingggir bandar Fort Lauderdale.

“Sangat meenyedihkan apabila FBI terlepas pandang sebarang petanda mengenai penembak di Florida tersebut.

“Mereka (FBI) banyak habiskan masa cuba membuktikan campur tangan Rusia  dalam kempen pilihan raya,” ujarnya.

Trump bagaimanapun gagal menunjukkan kaitan antara ketidakcepakan FBI menangani kes tembakan Florida dengan ‘kesibukan’ menyiasat penglibatan Rusia dalam mempengaruhi politik AS.
Pelajar mengamuk

BACA: Ini AR-15, raifal dalam serangan kejam ragut 17 nyawa di Florida

BACA: Kes tembakan Florida: ‘Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?’

BACA: Penduduk Florida berang isu keselamatan di sekolah

Rakyat setempat dan para pelajar Sekolah Marjory Stoneman Douglas, lebih-lebih lagi yang rapat dengan mangsa korban tembakan, berang dengan kenyataan Trump yang disifatkan tidak berhati perut

“Oh Tuhan.. 17 rakan sekolah saya sudah mati, dan anda tergamak mengaitkannya dengan Rusia? Kamu tak berhati perut!” luah Morgan Williams, 16, menerusi akaun Twitter.

Beberapa penggubal undang-undang, termasuk yang berada dalam barisan Republikan, juga tidak dapat menerima tindakan Trump yang cuba mengalihkan perhatian kepada isu Rusia.

“Betapa ramai petugas FBI yang melakukan segalanya demi meastikan kita semua selamat. Realitinya ialah, apa yang dikatakan Trump itu dua isu berbeza,” ujar Senator Republikan, Tim Scott dalam sebuah program televisyen.

Bekas Timbalan Peguam Negara Sally Yates juga mengulas tentang perkara itumenerusi Twitternya: “Presiden kita menggunakan tragedi ini untuk mengkritik siasatan tentang campur tangan pihak luar dalam sistem demokrasi kita. Memalukan!”

BACA: 18 insiden tembakan di pusat pendidikan Amerika Syarikat pada 2018

BACA: ‘Kecewa dengan golongan dewasa’, pelajar sekolah AS rancang demonstrasi



Source link

read more

Kementerian Pendidikan sambut baik rancangan tubuh sekolah tahfiz khas – Pendidikan


PADANG TERAP 18 Feb. – Kementerian Pendidikan menyambut baik rancangan kerajaan untuk menubuhkan sebuah sekolah khusus bagi membantu pelajar tahfiz yang tercicir dalam akademik mendapatkan sijil.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kebanyakan pelajar tahfiz sukar mendapat pekerjaan selepas tamat persekolahan kerana tidak memiliki sebarang sijil akademik.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan satu mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi berkaitan sekolah tahfiz (persendirian dan swasta) bersetuju membina sebuah sekolah khas berkenaan di Bagan Datuk, Perak.

“Langkah membina sekolah yang membolehkan pelajar tahfiz mendapat sijil akademik dan kemahiran adalah bukti kerajaan sedaya-upaya berusaha membantu kelompok tersebut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima yang terdiri daripada pesara guru dan kakitangan sekolah serta guru yang sakit sempena Program Ziarah Kasih anjuran Bikers Guru 1Malaysia.

Kira-kira 200 orang Bikers Guru 1Malaysia yang menyertai konvoi ke utara Malaysia – Thailand turut memberi sumbangan kepada 50 anak yatim serta murid miskin di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, di sini.

Dalam perkembangan sama, Mahdzir memberitahu, pihaknya bersedia membantu kerajaan bagi membolehkan pelajar tahfiz yang tercicir akademik untuk mendapatkan sijil.

“Di bawah Kementerian Pendidikan, kita mempunyai sekolah kebangsaan agama yang membolehkan pelajar mepelajari akademi dan agama.

“Selain itu, kita mempunyai 14 buah sekolah yang Ulul Albab yang membolehkan pelajar menghafaz dan mempelajari sains tulen. Kita mempunyai bekalan guru yang cukup untuk membantu kerajaan menubuhkan sekolah berkenaan,” ujarnya.



Source link

read more

Penduduk Florida berang isu keselamatan di sekolah



FLORIDA: Ratusan penduduk berkumpul mengadakan perhimpunan di Florida bagi menyatakan kebimbangan dan rasa tidak puas hati mereka dengan tahap keselamatan di sekolah di negara itu.

Ia susulan kejadian tembakan minggu lalu yang telah membunuh lebih 17 orang.

Perhimpunan juga mengutuk dan mahukan perubahan terhadap undang-undang senjata api agar ia tidak sewenang-sewenangnya diperolehi.

Kebanyakan mereka mahukan tahap keselamatan di sekolah ditingkatkan dengan kehadiran pihak keselamatan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Bagi mereka kejadian seperti insiden minggu lepas adalah bukan perkara baharu dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa pentadbiran Donald Trump memandang isu keselamatan di sekolah kini telah menjadi agenda utama dan mereka sedang bekerja keras untuk menyelesaikannya.



Source link

read more

Aspek keselamatan sekolah mesti dipertingkatkan


BANGI 14 JULY 2017. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye. NSTP/Surianie Mohd Hanif

MO, 14/2/2018, KUALA LUMPUR: Insiden terbaru membabitkan seorang pelajar tingkatan dua maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput, di Gemas, Negeri Sembilan, semalam, menunjukkan aspek keselamatan di sekolah mesti dipertingkatkan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kejadian berkenaan boleh dicegah sekiranya pihak terbabit mengutamakan keselamatan pelajar.

“Sepatutnya ketika kerja selenggaraan dijalankan, pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan berkenaan, dan sebaliknya. Sekiranya pelajar berada di padang, kerja selenggara tidak boleh dijalankan.

“Kejadian ini memberi pengajaran bahawa keselamatan pelajar perlu diberi perhatian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, semua tempat kerja mempunyai bahaya dan risiko yang perlu ditangani dan menjadi tanggungjawab guru termasuk murid untuk mengenal pasti dan mencegah kemalangan daripada berlaku.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat laporan kemalangan di sekolah yang membabitkan guru, kakitangan dan pelajar. Sebahagian daripada mereka maut,” katanya.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam itu, Nur Afini Roslan, 14 yang juga cucu saudara kepada bekas jaguh Raja Pecut negara, Datuk Rabuan Pit meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kepalanya terpotong dua, dipercayai selepas terkena bilah yang melayang.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak, dilaporkan berkata , dua pelajar turut cedera iaitu Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.



Source link

read more

Mangsa digantung sekolah selepas dirogol tiga pelajar lelaki



KELUARGA seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Amerika Syarikat mendakwa anak mereka digantung sekolah selepas mengaku dirogol tiga pelajar lelaki, termasuk salah seorang daripadanya positif HIV.

Pelajar berkenaan membuat aduan tentang kejadian yang berlaku Oktober tahun lalu di tandas Sekolah Tinggi Miami Carol City Senior, Florida, kepada seorang guru.

Namun pengakuan yang dibuat pelajar itu menyebabkan dia digantung persekolahan, menurut laporan saluran berita tempatan, Miami 7 News.

Ibu pelajar yang identitinya dirahsiakan itu memberitahu media, tindakan itu diambil pihak sekolah berdasarkan alasan pelajar perempuan itu tidak menjerit untuk menyelamatkan diri, dan sekolah menganggap ia satu kejadian ‘atas kerelaan bersama’.

“Saya tidak faham dengan situasi ini. Anak saya terpaksa menghadiri sesi terapi dan tidak boleh tidur. Lebih teruk, pegawai penyiasat memberitahu salah seorang pelajar lelaki itu positif HIV.

“Bagaimana anda mahu menenangkan dan menjelaskan kepada seorang gadis remaja yang dia mungkin akan menghidap penyakit yang tiada penawar?” kata ibu pelajar itu sambil mendakwa, pihak jabatan pendidikan juga menyukarkan proses pertukaran anaknya ke sekolah lain.

Pelajar itu telah pun diberi ubat untuk HIV, namun sama ada dia akan dijangkiti penyakit itu hanya akan diketahui dalam tempoh setahun lagi, lapor portal berita tersebut.

Pentadbir sekolah bersama pasukan polis kini menyiasat kes berkenaan dengan teliti, dan maklumat berkenaan kes telah diberikan kepada Pejabat Peguam Negeri serta Jabatan Kanak-Kanak dan Keluarga (DCF), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan sekolah itu kepada media.



Source link

read more

Banjir: Mangsa meningkat, 55 sekolah tutup


tambah81.transformedMO, 8/2/2018, KUCHING: Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk dengan sejumlah 5,562 mangsa daripada 1,682 keluarga ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Kota Samarahan mencatat bilangan tertinggi dengan 1,483 mangsa daripada 448 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Bahagian Serian mempunyai 1,227 mangsa (389 keluarga) di lapan PPS, manakala Sibu pula 978 mangsa (287 keluarga) di empat PPS.

Bahagian Bintulu pula mencatat peningkatan mendadak dengan 1,321 mangsa (379 keluarga) di lima PPS; Bahagian Mukah 92 mangsa (40 keluarga) di tiga PPS; dan Bahagian Limbang 45 mangsa (135 keluarga) di empat PPS.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Sarawak mengarahkan 55 sekolah ditutup hari ini berikutan bangunan sekolah dan laluan ditenggelami air.

Daripada jumlah itu, Selangau mencatat jumlah tertinggi membabitkan 13 sekolah, Mukah (lapan), Dalat (tujuh), Limbang (enam), Lawas (enam), Baram (lima), Samarahan (tiga), Bintulu (dua), Serian (dua) dan masing-masing satu di Sibu, Julau serta Sebauh.

Berikutan itu, seramai 6,637 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran hari ini.



Source link

read more

3,103 mangsa banjir dipindah, 23 sekolah tutup


LAWAS 06 FEBRUARI 2018. Anggota Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan penduduk Kampung Segaman Long Tuma yang terjejas banjir di Lawas. NSTP/IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT.

MO, 6/2/2018, KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak kembali meningkat pagi ini selepas menunjukkan penurunan petang semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehingga jam 8 pagi tadi, seramai 3,103 mangsa daripada 830 keluarga ditempatkan di 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga bahagian negeri ini.

Daripada jumlah itu, Kota Samarahan mencatat jumlah tertinggi dengan 1,840 mangsa membabitkan 481 keluarga yang berpindah di sembilan PPS.

Bahagian Serian pula mencatat 1,038 mangsa daripada 281 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, manakala di Bahagian Mukah pula tiga PPS masih aktif dan menempatkan seramai 225 mangsa daripada 68 keluarga.

Sembilan PPS di Kota Samarahan ialah Dewan Pembangunan Sebuyau yang menempatkan 64 mangsa, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin (578), Masjid Kampung Seruyuk (328), SK Haji Kelali Semera (184), Dewan Suarah Kota Samarahan (47), Pusat Sumber Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sadong Jaya (215) dan SK Kampung Mang (108), Dewan Masyarakat Kampung Segali (79) serta Kompleks Sukan Asajaya (225).

Lapan PPS di Bahagian Serian pula ialah Dewan Betong Kenawit (16), Dewan Lintang Baru Panchor (210), SK Samarahan Estate (172), Surau Hadhari Kampung Rimba Padi (93), Gereja St Peter Kampung Sok (86), Dewan Kampung Slabi Entukuh (26), Dewan Masyarakat Serian (183) dan SK Tanah Puteh (252).

Bilangan mangsa banjir di tiga PPS di Bahagian Mukah juga masih kekal iaitu SK Parish Balingian yang menempatkan 104 mangsa, Dewan Masyarakat Kampung Kuala Balingian (82) dab Dewan Suarah Mesra Mukah yang hanya menempatkan tiga mangsa.

Sementara itu, jumlah sekolah yang tidak dapat beroperasi hari ini meningkat kepada 23 dengan satu daripadanya sekolah menengah.

Berikutan itu, seramai 3,865 murid di 23 sekolah terbabit bercuti hari ini.

Ia membabitkan enam sekolah di Mukah, Dalat (5) Padawan (2), Serian (4), Kota Samarahan (3), Selangau (1), Bintulu (1) dan Sibu (1).

Sekolah terbabit ialah SK Klid/Plajau yang mempunyai 59 murid, SK St John Medong (259), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hua (175), Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat (870) dan SK St Bernard (152).

Turut ditutup, SK Nanga Selangau (337), SK Kuala Kenyana (35), SK Kampung Jebungan (153), SK Kampung Sau (62), SK Kampung Teh (125), SJKC Ek Hua (82) dan SK Penakup Ulu (80).

Sekolah lain yang ditutup ialah SK St Dunstan Padawan (61), SK St Swithun (88), SK Pengkalan Sarah Serian (68), SK Sumpas (24), SK St Teresa Serian (319), SK Tanah Puteh (86), SK Sungai Siong Tengah Sibu (87), SK Chung Hua Semera (57), SK Kampung Melayu (245), SK St John Samarahan (142) dan SK Ulu Segan Bintulu (299).

Sebanyak enam sekolah dijadikan PPS iaitu SK Haji Bujang Rangawan Putin, SK Mang, SK Haji Kelali, SK Samarahan Estate, SK Parish Balingian dan SK Tanah Puteh Serian.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons