Pita seks tersebar Black Chyna ambil tindakan undang-undang



MODEL dan bintang realiti, Black Chyna membuat laporan kepada pihak berkuasa susulan video seksnya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali telah bocor dalam talian baru-baru ini.

Peguamnya, Walter Mosley berkata kepada USA Today, mereka mahu polis menyiasat perkara itu yang disifatkan satu tindakan balas dendam kepada anak guamnya.

Video itu telah dimuatnaik di akaun Twitter tanpa nama pada Isnin.

Akaun itu kemudiannya ditutup setelah ia mula viral di media sosial.

Video tersebut menunjukkan rakaman Chyna, yang merupakan ibu kepada anak tunggal Rob Kardashian,  mengadakan hubungan seks bersama seorang lelaki yang wajahnya tidak didedahkan.

Lelaki berkenana bukan Rob Kardashian.

Tahun lalu, Chyna telah mengambil tindakan mahkamah ke atas bekas teman lelakinya, Rob Kardashian Los Angeles kerana bertindak mendedahkan foto bogelnya.



Source link

read more

Gara-gara skandal seks PM dan TPM Australia bergaduh



CANBERRA: Hubungan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull dan Timbalan Perdana Menteri Barnaby Joyce tegang selepas Joyce membidas kenyataan Turnbull berkaitan pengharaman hubungan seks antara Menteri dan pegawai. 

Joyce berkata, kenyataan Turnbull berkaitan hubungan sulit beliau bersama bekas Setiausaha Akhbarnya sebagai tidak wajar dan tidak perlu.

Menurut laporan South China Morning Post, Joyce yang mengetuai parti komponen dalam pakatan kerajaan minggu lepas didapati mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantunya sehingga wanita itu mengandung.

Turnbull pada Khamis berkata Joyce membuat pertimbangan salah ketika melakukan hubungan sulit dengan bekas pembantunya.

Tambahnya, tindakan Joyce itu satu bentuk penghinaan terhadap isterinya yang diabaikan bersama empat orang anak perempuan dan juga teman wanita baharunya, Vikki Campion.

Joyce dalam sidang media pada Jumaat berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan dalam parti mahupun sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Nada Joyce yang kedengaran marah menandakan ketegangan hubungan dua pemimpin utama Australia.

Meskipun Turnbull bakal melakukan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan, namun Joyce tidak akan memangku jawatan perdana menteri kerana beliau mengambil cuti peribadi selepas skandal tersebut terbongkar.

Tugas perdana menteri akan dipangku Menteri Kewangan Mathias Cormann sementara Turnbull melakukan lawatan rasmi ke AS.



Source link

read more

Isu hamba seks WWII Jepun terus beri tekanan maksimum terhadap Korea Utara



TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bersetuju untuk mengekalkan tekanan maksimum ke atas Korea Utara bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Abe pada Selasa berkata beliau mengesahkan dengan Moon, perjanjian kedua-dua negara mengenai hamba seks perang pada zaman Perang Dunia Kedua adalah muktamad.

“Kami mengesahkan bahawa kesepakatan mengenai isu hamba seks perang pada Perang Dunia Kedua adalah muktamad dan tidak akan diubah,” kata Abe yang memberi maklum di Parlimen.

Abe berbincang mengenai isu berkenaan ketika bertemu dengan Moon sewaktu upacara pembukaan Olimpik Pyeongchang, Korea Selatan.



Source link

read more

Melania tahu tentang skandal seks Trump



MELANIA Trump tahu mengenai skandal seks suaminya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Itu lah pengakuan yang didedahkan seorang pelakon filem lucah Alana Evans kepada portal hiburan TMZ.

Menurut Mirror.uk yang memetik laporan tersebut, Evans mendedahkan wanita pertama AS itu mempunyai perancangannnya sendiri namun ia kekal dirahsiakan.

Berita mengenai skandal seks Trump menjadi bualan hangat apabila dia dikaitkan dengan seorang lagi pelakon filem lucah terkenal, Stormy Daniels.

Trump dilaporkan ‘menggaji’ Daniels dengan bayaran $130,000 untuk tujuan itu.

Menerusi satu temu bual, Daniels atau nama sebenarnya Stephanie Clifford dilapor tidak menafikan atau memberi sebarang komen mengenai khabar angin tersebut.

Tambah Evans lagi, skandal melibatkan Trump dan Daniels adalah sesuatu yang jelas dan dia percaya Daniels tidak mendedahkan hal tersebut atas perjanjian yang dipersetujui dengan pihak presiden AS itu.

Terbaharu, khabar angin melaporkan Melania tidak lagi menetap di White House bersama suaminya dan memilih untuk tinggal di hotel.

Berita tersebut seakan-akan benar apabila Melania tidak hadir bersama Trump ke Davos, Switzerland sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF 2018) baru-baru ini.



Source link

read more

Pelancong terlebih dos dadah seks nekad bogel baling najis sendiri di lapangan terbang



PHUKET: Terlebih dos Viagra, berbogel dan baling najis. Namun tindakan melampau pelancong warga Amerika itu tidak lama selepas dia kemudiannya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.

Steve Cho selepas dipercayai mengambil dos Viagra telah bertindak berkeliaran dalam lapangan terbang berkenaan dalam keadaan bogel. Bukan itu sahaja, disebabkan kesan pil perangsang seks terbabit, dia  memusnahkan harta dan menjerit tanpa kawalan sebelum mula membaling najisnya kepada pekerja dan orang ramai.

Akibat perbuatannya itu, Cho, 27 tahun dan berasal dari New York, dikawal oleh enam pengawal kesleamatan dan petugas lapangan terbang sebelum ditahan polis pada 11.30 malam pada Khamis.

Salah seorang saksi, Wannee Ming, 28 tahun berkata, “Kelakuannya sangat menakutkan dan menjijikan. Saya akan menjauhkan diri daripada lelaki ini jika dia menyerang.

“Petugas lapangan terbang cuba menenangkannya. Mereka cuba bercakap dengannya tetapi dia tidak mengendahkan mereka. Petugas terbabit sudah melakukan yang terbaik untuk mengawalnya.”

Menurut Mirror Online, Steve dilaporkan memberitahu polis telah “mengambil terlalu banyak dadah seks”, meminta maaf dan bersetuju membayar ganti rugi jika terdapat sebarang kemusnahan akibat tindakannya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dalam satu kenyataan pula berkata, “Lelaki itu ditahan bagi tujuan mengawal situasi selain mengelakkan penumpang lain daripada terancam.”

Steve dibawa ke stesen polis tempatan sebelum dihantar ke hospital terdekat untuk pemeriksaan kesihataan dan penilaian psikiatri.



Source link

read more

19 wanita warga asing ditahan tawar khidmat seks


GOMBAK: Seramai 19 wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan pasukan polis selepas didapati menawarkan khidmat seks di tiga buah pusat refleksologi di Sri Gombak di sini, malam tadi.

Kesemua wanita warga asing yang merupakan warga Thailand, Vietnam dan Kemboja itu ditahan pasukan polis daripada Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi & Maksiat) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam.

Turut ditahan tiga penjaga kesemua premis itu.

Serbuan itu telah dilakukan ke atas tiga buah pusat refleksologi yang dipercayai beroperasi secara haram sejak beberapa bulan lalu.

Malah, ketika digempur, tiga pelanggan warga Nepal sedang menikmati perkhidmatan yang ditawarkan.

Pasukan polis turut merampas pelbagai peralatan urut yang dipercayai digunakan untuk aktiviti seks.

Kesemua wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55B, Seksyen 39B dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut.



Source link

read more

Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak


JAKARTA: Lembaga Anti-eksploitasi Seksual Komersial Anak Indonesia (ECPAT) pada Sabtu mendedahkan modus operandi baharu sindiket membabitkan pengedaran video seksual antara kanak-kanak dengan orang dewasa.

Terkini, ECPAT menemukan rakaman pornografi yang melibatkan kanak-kanak lelaki dan wanita dewasa.

Pihak berkuasa Indonesia turut menyiasat dua hotel di Jawa Barat, Bandung yang dipercayai lokasi berlakunya rakaman video berkenaan.

Hasil siasatan menunjukkan video itu dirakam di antara bulan November dan Disember tahun lalu.



Source link

read more

Lelaki paksa anak saudara buat seks oral dihukum penjara dan sebat


SUNGAI PETANI: Akibat memaksa anak saudaranya berusia tujuh tahun melakukan seks oral, seorang penganggur menerima hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, hari ini.
 
Hakim N Priscilla Hemamalini memerintahkan hukuman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Disember lalu.

Tertuduh mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa dengan tujuan seksual di sebuah rumah di Taman Aman Perwira, dekat Kuala Ketil, pada jam 10 malam 15 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Bagi dakwaan mengikut Seksyen 16 akta sama juga, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.
 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Savinder dalam pendakwaannya memohon mahkamah memberi hukuman maksimum kepada tertuduh kerana kekerasan digunakannya dalam memaksa mangsa melakukan perbuatan tersebut.

Selain itu, hukuman berat dipohon pihaknya juga dengan mengambil kira perbuatan dilakukan itu membabitkan kesalahan serius terhadap anak saudara sendiri.



Source link

read more

Abang saudara paksa dua beradik lakukan seks oral



KUALA LUMPUR: Dua adik beradik berusia 4 dan 6 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh abang saudara mereka yang berusia 13 tahun, dalam kejadian awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, bapa mangsa hanya dimaklumkan mengenai insiden 12 Disember lalu dan membuat laporan polis pada 22 Disember.

“Hasil keterangan awal mangsa-mangsa, mereka dipaksa melakukan seks oral pada masa sama dan dilakukan di kediaman suspek,

“Ibu remaja lelaki tersebut sepatutnya menjaga anak sepupunya itu di rumahnya,” kata Ahmad Dzaffir pada sidang media di sini, hari ini.

Dua adik beradik itu dihantar ke rumah suspek sejak setahun lalu untuk dijaga oleh ibu remaja lelaki  tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata, suspek tidak ditahan selepas laporan dibuat memandangkan keluarganya (suspek) memberi jaminan untuk membawanya ke balai polis dalam tempoh terdekat untuk disoal siasat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons