Pac-Man akan jalani latihan di Johor selama sebulan



Ikon tinju dunia, Manny Pacquiao bakal membuat penampilan dalam acara berprestij yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur.

Acara sukan tinju pertama di Malaysia itu adalah hasil cetusan idea Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan dijangka bakal mencetuskan fenomena sekali gus mengangkat profil sukan itu di rantau ini.



Source link

read more

Bapa dari neraka Bahana rogol anak sendiri selama 22 tahun sehingga lahir 8 anak



SEORANG bapa dari Argentina, Domingo Bulacio, 57, tidak menunjukkan sebarang emosi apabila dijatuhi hukuman penjara 12 tahun 8 bulan atas pertuduhan merogol anak kandungnya di mahkamah Santiago del Estero, pada Rabu.

Lebih menyedihkan, suspek dikatakan melakukan jenayah seks itu selama 22 tahun sehingga melahirkan lapan orang anak. 

Bulacio yang dikenali dengan nama panggilan Vernacho dilapor berada dalam tahanan polis sejak Januari tahun lalu.

Dia melarikan diri dari rumahnya di Villa Balnearia selepas mangsa, yang dikenali sebagai Antonia, mengambil keputusan untuk meminta bantuan pihak berkuasa.

Mangsa mendakwa ayahnya telah menjadikan dia sebagai hamba seks sejak dia berumur 11 tahun, iaitu selepas ibunya meninggalkan rumah.

Dia berkata: “Sejak ibu saya meninggalkan rumah, saya menjadi isteri ayah saya.

“Dia akan memukul saya jika dia melihat saya berbual dengan jiran atau apabila ingin ‘tidur’ bersama.

“Dia selalu mengugut saya. Dia kata dia akan membunuh saya jika saya berkata apa-apa. Saya terpaksa berdiam diri.

Menurut mangsa, dia juga menerima ancaman bunuh beberapa saudara belah anaknya selepas melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

“Saya takut akan keselamatan saya dan anak-anak saya. Saya kini menerima ancaman dari saudara pihak ayah saya untuk menarik balik aduan saya terhadapnya.

“Mereka tidak peduli akan apa yang telah berlaku.

“Saya mahu dia mati dalam penjara. Saya mahu keadilan,” kata mangsa.

Bulocia dijatuhi hukuman selepas keputusan DNA mengesahkan dia sebagai bapa kandung kepada anak-anak itu.

Selain itu, beberapa kenalan dan saudara turut hadir sebagai saksi untuk memberi keterangan di makhamah.

Difahamkan, pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara 15 tahun untuk Bulacio.



Source link

read more

Kejam Ibu bapa kurung anak selama 15 tahun hingga mati kesejukan



OSAKA: Polis Jepun pada Rabu menahan sepasang suami isteri yang dipercayai mengurung anak mereka bertahun-tahun di dalam sebuah bilik kecil hingga mati kesejukan.

Pasangan itu didakwa berbuat demikian kerana percaya anak perempuan mereka yang berusia 33 tahun itu menghidap penyakit mental yang boleh membuatkan dia bertindak agresif.

Polis berkata mayat Airi Kakimoto dijumpai dalam keadaan kurus kering melampau selepas ibu bapanya melaporkan kematian pada Sabtu.

Menurut The Japan Times, ketika mayatnya dijumpai, berat Airi cuma 19kg.

Ibu bapa mangsa, Yasutaka Kakimoto, 55 tahun, dan Yukari Kakimoto, 53 tahun, mengaku hanya memberi anak mereka makan sehari sekali dan mengurungnya di dalam bilik berukuran 3 kaki persegi selama 15 tahun.

“Anak kami sakit mental sejak berusia 16 atau 17 tahun. Dia sering berlaku ganas, jadi kami kurung dia dalam bilik itu,” kata polis yang memetik kenyataan daripada ibu bapa mangsa.

Menurut polis, ibu bapa mangsa memasang kamera dan pintu kebal pada bilik berkenaan, selain pagar setinggi 2 meter mengelilingi rumah mereka.

Airi ditemukan mati pada 18 Disember tetapi mereka hanya melaporkan kematiannya pada Sabtu lalu atas alasan “mahu bersama dengan anak mereka”.

Pasangan itu ditahan atas dakwaan membuang mayat secara salah sebelum disabitkan dengan pertuduhan yang lebih serius.

 



Source link

read more

Diculik dikurung dirogol selama seminggu



KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun diculik, dirogol dan dikurung sekumpulan enam lelaki, dipercayai kerana perselisihan faham antara suspek utama dengan teman lelaki mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Atrash Wahid berkata, suspek utama yang juga merupakan penjenayah dikehendaki dipercayai bertindak demikian berikutan kegagalan teman lelaki mangsa membayar hutang berkaitan jual beli dadah.

“Suspek utama berusia 50-an memiliki 33 rekod jenayah lampau dan dikehendaki untuk kes samun, kurungan salah, dadah, memiliki senjata berbahaya dan ugutan jenayah.

“Hasil soal siasat dengan remaja terbabit, dia turut memberitahu dirogol beberapa kali oleh suspek utama selama seminggu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan khas anggota Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah setelah menerima maklumat pada Isnin lalu.

Polis kemudiannya bertindak menahan kesemua enam suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun, termasuk suspek utama dalam serbuan di rumah seorang daripada suspek berkenaan di Kuala Sungai Yan, Alor Setar pada pagi Khamis.

Polis turut merampas dua kenderaan jenis Proton Perdana dan BMW, dua motosikal berkuasa tinggi, helmet pelbagai jenis, telefon bimbit, televisyen dan monitor serta beberapa unit pembesar suara.

Tambah Mior Farid, mangsa yang dikurung di sebuah stor di rumah tersebut berada dalam keadaan lemah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Jumaat untuk mendapatkan perintah reman.



Source link

read more

Wanita terjatuh ke dalam lubang 8 meter selama tiga hari



NEW SOUTH WALES : Seorang wanita dari Lightning Ridge, New South Wales, Australia bernasib malang apabila hasratnya untuk mengambil angin pada petang Jumaat lalu mengundang padah.

Cynthia Charty terjatuh ke dalam lubang sedalam 8 meter selepas kakinya tersadung dawai berduri dalam keadaan tersembam.

Bagaimanapun nasibnya masih baik apabila pihak polis daerah itu melakukan pencarian beliau menggunakan drone pada Ahad.

Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan selamat namun mengalami beberapa kecderaan akibat luka pada bahagian muka dan kaki.



Source link

read more

Mugabe letak jawatan, tamatkan pemerintahan selama empat dekad – Nasional


HARARE 22 Nov. – Presiden Zimbabwe , Robert Mugabe meletak jawatan semalam, dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Parlimen, tidak lama selepas Parlimen negara ini memulakan proses pemecatan beliau sekali gus menamatkan pemerintahan hampir empat dekad pemimpin itu.

Keputusan itu yang diumumkan oleh Speaker Zimbabwe, Jacob Mudenda diraikan dengan meriah oleh sidang dewan Parlimen sekali gus menghentikan prosedur pemecatan tersebut.

Bekas ketua keselamatan yang dikenali sebagai `Buaya’, Emmerson Mnangagwa dijangka mengambil alih tempat Mugabe. – REUTERS



Source link

read more

Akaun Twitter Donald Trump ternyahaktif selama 11 minit



TWITTER mengakui bertanggungjawab ke atas insiden penyahaktifan akaun presiden Amerika Syarikat Donald Trump selama 11 minit pada Khamis.

Syarikat media sosial itu memaklumkan ia satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh seorang pekerjanya.

Twitter dalam satu kenyataan berkata akan meneruskan siasatan dan akan memastikan insiden ini tidak berulang.

Pada khamis, kira-kira jam 7 malam waktu tempatan, laporan media sosial mendapati akaun twitter  @realdonaldtrump tidak dijumpai dan mengeluarkan mesej ‘akaun tidak wujud’.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons