Anak panda gergasi kedua selamat dilahirkan di Zoo Negara


KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi di Zoo Negara selamat melahirkan anak kedua pada 14 Januari lalu.

Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan anak pasangan Xing Xing dan Liang Liang itu dilahirkan pada jam 7.50 pagi iaitu 89 hari selepas tarikh persenyawaan pasangan panda tersebut pada 18 Oktober 2017.

“Jantina anak panda gergasi ini masih belum dapat dipastikan memandangkan Liang Liang masih melindungi anaknya yang sedang dalam fasa menyusu,” katanya.

Tambah beliau, anak kedua pasangan ini yang dilahirkan dengan berat 150 gram juga membuktikan bahawa pengurusan konservasi panda gergasi di Malaysia diuruskan pada tahap terbaik.

Kedua-dua ibu dan anak panda gergasi ini berada dalam keadaan sihat dan dikuarantinkan serta tidak dipamerkan kepada pengunjung sehingga satu tempoh yang ditetapkan.

panda gergasi
Liang Liang masih melindungi anaknya yang dalam fasa menyusu – Foto Dr Mat Naim Ramli (Pengarah Zoologi Pusat Konservasi Panda Gergasi)



Source link

read more

Pesawat terbabas ketika mendarat kesemua 162 penumbang dan kru selamat



TRABZON: Sebuah pesawat hampir masuk ke Laut Hitam selepas tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Trabzon, Turki pada Ahad.

Bagaimanapun kesemua 162 penumpang dan kru penerbangan berkenaan bernasib baik apabila pesawat itu tersangkut di lumpur.

Pesawat Boeing 737-800 milik Pegasus Airlines itu berlepas dari Ankara sebelum kejadian.

Gabenor Trabzon, Yucel Yavuz mengesahkan kesemua yang berada dalam pesawat berkenaan selamat.

Susulan insiden itu, lapangan terbang berkenaan ditutup sehingga jam 8 pagi waktu tempatan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.



Source link

read more

Selamat tinggal gelanggang WWE cedera ditendang paksa Paige lupakan gusti



PEMINAT World Wrestling Entertainment WWE selepas ini mungkin tidak akan lagi menyaksikan aksi penggusti wanitanya Paige.

Diva WWE berusia 25 tahun itu cedera  di leher selepas ditendang dari belakang oleh lawannya Sasha Bank di New York bulan lalu.

Kejadian berlaku ketika Paige menyertai pertarungan berpasukan melibatkan enam penggusti di Nassau Coliseum, Long Island.

Kesan daripada tendangan padu itu Paige rebah dan cuba untuk bangkit beberapa kali namun gagal.

Pembantu perubatan kemudian bergegas merawat Paige sebelum dibawa keluar meninggalkan gelanggang.

Paige atau nama pemilik nama sebenarnya Saraya-Jade Bevis disenaraikan untuk menyertai petarungan Royal Rumble bulan ini.

Bagaimanapun ujian perubatan susulan mengesahkan tidak selamat untuk Paige kembali bertarung sekaligus mengakhiri kerjaya penuh kontroversinya dalam arena WWE.

Selain kecederaan itu Paige pada masa sama turut dikesan mengalami scoliosis atau tulang belakang yang membengkok.

Tahun lalu penggusti kelahiran Norwich, England ini ini terpalit kontroversi selepas video seksnya tersebar.

Tekanan mengakibatkan dia mengalami anoreksia dan masalah keguguran rambut.



Source link

read more

Zidane sedar jawatannya tidak selamat


JURULATIH Real Madrid, Zinedine Zidane, berasakan pencapaiannya sebagai pemain tidak akan menawarkan perlindungan kepadanya bersama gergasi LaLiga itu kerana percaya dia tidak akan berada di kelab itu dalam tempoh 10 tahun.

Zidane — membimbing Madrid untuk meraih dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan satu gelaran LaLiga — kini berada di bawah tekanan di Santiago Bernabeu selepas Madrid tercicir 16 mata di belakang pendahulu, Barcelona, berikutan hanya memenangi sembilan daripada 17 perlawanan liga.

Zidane, yang telah bertanggungjawab sejak Januari 2016, faham dia memiliki tempoh yang terhad untuk menerajui Madrid.

“Zinedine Zidane bukan lagi pemain di Real Madrid, Zidane tidak lagi wujud,” katanya kepada France Football.

“Kini, Zinedine Zidane menjadi jurulatih untuk mengukuhkan kerjaya. Saya tidak dilindungi oleh apa yang saya lakukan sebagai pemain di kelab ini.

“Saya tahu bahawa suatu hari nanti, tempoh saya (sebagai jurulatih) akan berakhir di Real Madrid, jadi saya mahu memanfaatkannya dan melakukan segala yang terdaya untuk berjaya.

“Saya berkata kepada diri sendiri, ‘jika saya mempunyai 10 hari lagi di sini, maka saya akan menjalani 10 hari ini secara maksimum, jika enam bulan, saya akan menempuhi enam bulan ini secara maksimum’. Saya tidak fikir melangkaui tempoh itu.

“Saya tahu saya tidak akan kekal selama 10 tahun,” katanya.

Madrid masih belum menemui rentak terbaik musim ini apabila gagal memenangi tiga daripada empat perlawanan terakhir liga untuk menduduki tangga keempat LaLiga.

Begitupun, Zidane — memenangi LaLiga dan UCL sebagai pemain Los Blancos — berkata keupayaannya untuk mengabaikan tekanan luar adalah penting.

“Tekanan luar tidak menjejaskan saya, saya telah memasang perisai di sekeliling saya, tiada apa yang boleh mengganggu saya,” katanya.

“Saya mempunyai banyak tanggungjawab (sebagai jurulatih Real Madrid), namun sebaik saya pulang ke rumah, saya tidak pasti berapa ramai jurulatih yang dapat mengetepikan fikiran mereka daripada tugasan, namun saya memiliki keupayaan itu.

“Saya pulang dan saya menikmati waktu bersama isteri atau anak-anak dan saya akan keluar menonton pertunjukan atau makan malam. Saya mengelak daripada kerja kerana itu penting,” katanya lagi.



Source link

read more

Jodoh itu rahsia Allah – Amaris selamat bernikah dengan gadis pilihan


PELAKON Amran Ismail, 33, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nur Syazwani Alias, 28, pada Jumaat lalu.

Amran yang kini dikenali dengan nama Amaris menyerahkan mas kahwin bernilai RM22.50 bersama 11 dulang hantaran dibalas 13 dulang.

Merahsiakan wang hantaran, majlis pernikahan Amaris dan Syazwani berlangsung di Batu Pahat, Johor. 

Pasangan itu turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kediaman pengantin perempuan pada Sabtu lalu.

Menerusi kemas kini laman Instagram Amaris, pelakon itu memuat naik foto sekitar majlis persandingannya beserta kapsyen: “Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah, Alhamdulillah.”

Peminat dan pengikut laman Instagram Amaris mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai.

Peminat juga turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Amaris

 



Source link

read more

Pemandu selamat treler jatuh jambatan 13 meter


DTAPUm5UMAATHxwMO, 8/1/2018, TEMERLOH – Seorang pemandu treler bersyukur terselamat walaupun kenderaan dipandunya terjatuh dari ketinggian kira-kira 13 meter di Jambatan Ahmad Shah, Kilometer 125 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa Mohd Fariz Ridzuan Mahmood, 42, hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Mohd Fariz dari Taman Temerloh Jaya di sini, berkata kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Kuantan ke Mentakab selepas menghantar papan lapis.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta di depan tiba-tiba berhenti kerana ingin memberi laluan kepada ambulans, menyebabkan saya terpaksa menekan brek secara mengejut dan hilang kawalan serta merempuh besi penghadang jalan.

“Saya tidak percaya selamat kerana treler dipandu jatuh pada ketinggian yang tinggi, namun bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.26 pagi dan lapan anggota serta satu jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati pemandu treler berjaya keluar daripada kenderaan berat berkenaan dan hanya cedera ringan. Kita mengambil tindakan memotong aliran elektrik daripada bateri treler itu kerana dikhuatiri berlaku letupan berikutan berlaku tumpahan minyak,” katanya.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, berkata pihaknya menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Source link

read more

Qobin selamat tiba di tanah air selepas lakar sejarah di Kutub Selatan


SEPANG: Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin selamat tiba di tanah air selepas melakar sejarah sebagai anak Malaysia pertama berjaya menamatkan misi jelajah Kutub Selatan sekali gus diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam pertama negara.

Qobin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 malam tadi menaiki pesawat Emirates penerbangan EK342 dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kepulangannya disambut meriah sebagai wira negara oleh ahli keluarganya bersama kira-kira 50 orang ahli Kelab Ekspedisi 7 Benua Malaysia (KE7B), yang turut disertai Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Penasihat KE7B, Datuk Datuk Akmar Hisham.

Setibanya di balai ketibaan antarabangsa KLIA, Qobin dipakaikan tanjak dan baju sikap songket berwarna ungu, dijulang rakan-rakan sambil melaungkan ‘Malaysia Boleh!’ dan ‘Hidup Qobin!’.

“Syukur alhamdulillah dilahirkan, dibesarkan di Malaysia, dan nak kata luar biasa itu insya-Allah, bukan bangga diri tetapi syukur, terima kasih kepada semua.

“Tak ada yang mustahil walau di mana kita lahir. Dunia Allah ini luas, kita boleh jelajah ke seluruh dunia dan cipta sesuatu untuk agama, bangsa dan negara. Kita boleh kalau diberikan peluang,” katanya

Pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang itu menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Di bawah bendera Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017, Qobin, 36, menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer (km) bersama-sama enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu pada jam 11.05 pagi waktu Malaysia, 28 Disember 2017.

Dia turut mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Asia Tenggara kedua, umat Islam ketiga juga yang termuda di dunia selain manusia dan penjelajah ke-70 terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.

Memulakan misi di Titik 89 Darjah pada 22 Disember lalu dengan menarik beban seberat 50 kilogram, beliau mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk melampau sehingga -26 darjah Celsius dan menyebabkan dua jarinya kebas berpanjangan dan berisiko mengalami reput fros.

“Jari masih lagi kebas, tetapi alhamdulillah tidak kena ‘frostbite’ atau ‘frostnip’. Insya-Allah dalam masa sebulan atau sebulan setengah akan sembuh sepenuhnya,” kata Qobin.

Ditanya tentang perancangan akan datang, Qobin berkata dia masih belum merancang misi baharu, tetapi akan lebih kepada aktiviti kemasyarakatan dan program bersama belia selain turut membantu dalam misi penjelajahan KE7B yang lain pada tahun ini.



Source link

read more

‘Selamat tinggal Liverpool’ – Bola Sepak


BARCELONA 6 Jan. – Barcelona dan Liverpool secara dasarnya telah mencapai persetujuan mengenai perpindahan Philippe Coutinho dengan harga 120 juta euro (RM557 juta), selain tambahan 40 juta euro (RM193 juta), menurut laporan akhbar Sepanyol.

Menurut akhbar harian yang berpangkalan di Barcelona, Sport, Coutinho bakal menyertai gergasi bola sepak Sepanyol itu bulan ini dengan kontrak lima musim.

“Coutinho akan menjadi pemain Barcelona untuk lima musim mendatang, kecuali rundingan berdepan kegagalan di peringkat terakhir.

“Tawaran akhir telah dipersetujui oleh kelab England, dia (Coutinho) pula sudah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan Barcelona. Butiran akhir perpindahan sedang diperhalusi oleh Liverpool dan Barcelona ketika ini,” tulis Sport.

Sementara itu, akhbar AS melaporkan, Coutinho dijangka tiba di Sepanyol petang ini (awal pagi waktu Malaysia) bagi menonton perlawanan rakan-rakan baharunya dalam saingan La Liga menentang Levante esok.

Lapor akhbar itu lagi, Barcelona mahu Coutinho turun dalam latihan pada Isnin depan untuk membolehkannya bersedia menghadapi perlawanan Copa del Rey menentang Celta Vigo, sebelum berdepan Real Sociedad dalam saingan La Liga.

Portal sukan Sepanyol, Mundo Deportivo pula mendakwa, Coutinho sanggup membayar 15 juta euro (RM72.14 juta) daripada perjanjian yang dipersetujui bagi membolehkannya menyertai Barcelona.

Laporan itu turut mendakwa, Coutinho telah menolak dua tawaran lumayan daripada Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) demi membolehkannya menyarung jersi Barcelona.

Adalah menjadi impian pemain berusia 25 tahun itu untuk bergandingan bersama Luis Suarez, Lionel Messi, Paulinho serta Andres Iniesta dan memenangi sebanyak mungkin trofi.

Mundo Deportivo juga melaporkan, Liverpool berlepas ke Dubai malam tadi untuk kem latihan cuaca panas selepas menumpaskan Everton 2-1 dalam pusingan ketiga Piala FA, dan mereka pergi tanpa Coutinho. – AGENSI



Source link

read more

Pesawat Boeing 737-800 dirempuh 168 penumpang selamat



TORONTO: Lapangan Terbang Pearson, Toronto kecoh pada Jumaat apabila sebuah pesawat yang membawa 168 penumpang dan enam anak kapal dirempuh sebuah pesawat yang sedang ditunda.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua penumpang dan anak kapal berjaya dipindahkan dengan selamat.

Insiden yang berlaku jam 6.19 petang waktu tempatan itu melibatkan pesawat WestJet Boeing 737-800 yang baru mendarat dan pesawat Sunwing yang tidak mempunyai penumpang.

“Memandangkan kedudukan pesawat yang berada di landasan, penumpang WestJet dipindahkan menggunakan gelongsor keselamatan,” ujar WestJet menerusi akaun Twitter rasminya.

Pesawat berkenaan dilaporkan baru tiba dari Mexico dan tidak bergerak ketika insiden berlaku.

Jurucakap Lapangan Terbang Pearson berkata bomba dan pasukan keselamatan bertindak balas dengan segera sejurus menerima laporan di Terminal 3.

Sementara itu, Syarikat Sunwing memaklumkan, pesawatnya ditunda oleh penyedia perkhidmatan pengendalian dan tiada penumpang atau anak kapal berada di dalamnya.

Punca kejadian sedang dalam siasatan.

Dalam pada itu, saksi turut sama berkongsi gambar insiden di tempat kejadian.



Source link

read more

Empat bersaudara selamat selepas terperangkap 30 jam akibat insiden kepala air



KEMAMAN: Empat bersaudara terperangkap kira-kira 30 jam selepas menempuh fenomena kepala air di kawasan Hutan Simpan Cerul di sini pada Jumaat.

Ketika kejadian, semua mangsa memasuki hutan pada jam 7.30 pagi untuk menahan burung tetapi tidak dapat keluar kemudiannya kerana laluan mereka didapati tenggelam akibat kejadian kepala air.

Salah seorang mangsa, Kamal Bahrin Mohamad Samsir berkata, terkandas di dalam hutan merupakan satu pengalaman yang menakutkan kerana bimbang dengan ancaman keselamatan, terutamanya binatang buas.

“Lebih kurang pukul 7.30, kami masuk dalam (hutan). Kemudian dalam pukul 9 lebih, nak keluar balik, air dah penuh. Air dah melimpah.

“Tak boleh nak melintas. Tak boleh balik. Kami pusing balik, dan kemudian jumpa sebuah rumah kongsi balak. Kami duduk di situ, buat tempat berteduh,” kata Kamal Bahrin.

Menurutnya, ketika berlindung di rumah kongsi yang ditinggalkan itu, mereka hanya mengalas perut dengan memakan buah limau purut yang terdapat di kawasan sekitar.

Kamal Bahrin berkata dia berjaya menghubungi keluarganya pada jam 9 pagi Sabtu dan meminta mereka menghubungi pihak bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hasbullah Halipah berkata, seramai 10 kekuatan dikerahkan selepas menerima panggilan pada jam 1.45 petang Sabtu.

Katanya, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan kelaparan.

Tambahnya, pelbagai rintangan terpaksa dilalui bagi membawa keluar semua mangsa dari kawasan hutan itu.

“Semasa kita melalui jalan-jalan itu, sungai utama tiada masalah, tetapi apabila hendak memasuki hutan yang kecil itu, ada sedikit akar kayu. Itu menyukarkan kita untuk sampai ke lokasi.

“Tambahan pula, air sungai yang sedikit deras, dicampur dengan kayu-kayu dan akar-akar kayu, menyebabkan kesukaran,” kata Mohd Hasbullah.

Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Paman, Kemaman dihentikan sepenuhnya pada jam 7 petang Sabtu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons