Selection of Dr M threatens to split Selangor PKR


tun-mahathir

MO,13/1/2018, KLANG: The selection of Tun Dr Mahathir Mohamad (pic) and Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as prime minister and deputy prime minister designates by the Pakatan Harapan leadership is threatening to split the Opposition front in Selangor. Not only is Selangor PKR in disagreement with its state DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) counterparts, differen-ces are also brewing within the party.

Some veteran leaders are unhappy with the Selangor PKR members who are openly disputing the top leadership’s decision. Apparently, many Selangor PKR members were expecting their deputy president Datuk Seri Azmin Ali and Pribumi deputy president Datuk Seri Mukhriz Mahathir to be the prime minister and deputy prime minister designates.

“Those protesting against the decision cannot be faulted because they were not informed about the selection before the convention,’’ added a PKR division leader who declined to be named. He said Dr Mahathir and Dr Wan Azizah were only selected on Friday evening by the presidential council and the announcement was made at the convention on Sunday.

But as a veteran party member, the division leader said, he understood the wisdom behind the decision. “Everyone has forgotten about Pribumi president Tan Sri Muhyiddin Yassin. “If Azmin and Mukhriz were to be named as top leadership designates, it would appear that Muhyiddin, who is more senior, has been sidelined,’’ he added. Selangor PKR information chief Mat Shuhaimi Shafiei said the protests were expected.

“They are voicing their opinion perhaps because they were not told earlier,” said Mat Shuhaimi. He added that PKR had a clear-cut process whereby all matters were first discussed at the division and state levels before going up to the national leadership.

This, he added, was not followed. Mat Shuhaimi said every party had the right to voice its support or dissent. Meanwhile, PKR communications director Fahmi Fadzil said disagreements reflected the fact democracy was alive and well within the Pakatan parties.

“With any democracy there can always be room for discussion, debate and disagreements,’’ he said.

–TheStar

 



Source link

read more

KESIAN!!! PKR SELANGOR KENA “MAIN”!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, kemelut kepimpinan dikalangan puak Pakatan Haprak tu kini sudah mula memasuki episod baru apabila ada ‘Pakatan Sulit’ yang dibuat tanpa pengetahuan sesama mereka sendiri.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila PKR Selangor seolah – olah telah dipinggirkan dari Pakatan Sulit yang terdiri daripada parti PPBM, PAN dan DAPigs Selangor baru – baru ini.

PKR Selangor semalam membuat dakwaan bahawa mereka tidak dimaklumkan mengenai “Kenyataan Bersama” kepimpinan Pakatan negeri bagi menyokong pencalonan Tun Mahathir sebagai PM.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor mendakwa Azmin Ali selaku Pengerusi negeri juga turut tidak dimaklumkan tentang Kenyataan Bersama menyokong keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Malah Si Mak Lampir Zuraidah tu juga mendakwa, dia juga tidak pasti sama ada Kenyataan Bersama yang dibuat oleh ketiga – tiga parti sekutu PKR itu dilakukan secara individu atau sebaliknya.

“Kenyataan itu tidak dibuat melalui struktur PH Selangor yang dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali. Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah satu gabungan atau secara individu.”

Semalam, PPBM, DAPigs dan PAN Selangor menandatangani Kenyataan Bersama menyokong keputusan majlis presiden PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.

Menurut laporan yang disiarkan, ketiga – tiga parti sekutu PKR itu diwakili oleh Pengerusi Negeri masing – masing, termasuk DAPigs yang diwakili oleh Tony Pua selaku Pengerusi DAPigs Selangor.

Jika sebelum ini, kepimpinan PKR Selangor dengan jelas menyatakan pendirian enggan menyokong keputusan Majlis Presiden yang diumumkan sewaktu Konvensyen Pakatan secara terbuka.

Maka secara tidak lansung, tindakan ketiga – tiga parti sekutu PKR yang telah menandatangani Kenyataan Bersama itu dibuat tanpa sebarang konsensus dan membuktikan bahawa wujudnya agenda peribadi dikalangan mereka sendiri!!!




Source link

read more

Pengurangan 30.1 peratus air tidak berhasil Selangor tahun lalu – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 9 Jan . – Kadar air dirawat yang hilang sebelum sampai kepada pengguna atau Air Tidak Berhasil (NRW) di Selangor berjaya dikurangkan kepada 30.1 peratus menjelang akhir tahun lalu menerusi pelbagai usaha oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor)



Siti Zubaidah Zakaria

Siti Zubaidah Zakaria

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Siti Zubaidah Zakaria berkata, kejayaan tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan dua tahun lalu iaitu 31 peratus.

“Pengurangan ketara dalam kadar NRW daripada 32.6% padatahun 2015 kepada 30.1% pada tahun 2017 adalah bersamaan dengan penjimatan sebanyak 82 juta liter air sehari, iaitu jumlah air yang hampir sama dengan jumlah air yang dihasilkan oleh Loji Rawatan Air Sungai Labu.

“Air Selangor telah melabur sebanyak RM480 juta untuk projek dan program NRW dalam tempoh dua tahun yang lalu. Ia dilaksanakan melalui perancangan secara dalaman (in-house) oleh pasukan pakar NRW Air Selangor menggunakan teknologi terkini dalam pasaran dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Siti Zubaidah, antara teknologi terkini yang digunakan ialah penggunaan alat pengesanan kebocoran dan alat pemantauan dan kawalan tekanan air selain pembangunan aplikasi telefon pintar yang digunakan oleh kakitangan untuk melaporkan kebocoran dengan segera.

Tambahnya, dalam tempoh tiga tahun ini Air Selangor merancang pelaburan lebih RM900 juta untuk mengurangkan lagi kadar NRW dengan sasaran 28 peratus menjelang akhir 2020. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Evan disambut baik di Selangor


PEMAIN import Selangor, Evan Dimas Darmono, sukar membayangkan betapa baik penerimaan skuad The Red Giants terhadap kehadirannya sambil mengakui hal itu menjadi perkara utama yang difikirkannya sebelum tiba di Malaysia.

Ternyata kebimbangan Evan meleset kerana kehadiran pemain itu sememangnya dinanti-nantikan pasukan bimbingan P. Maniam itu selain penyokong setia pasukan.

Walaupun urusan perpindahan mereka ke Selangor melewati pelbagai kontroversi, namun itu tidak merencatkan harapan pasukan dan penyokong yang mahu melihat Selangor lebih baik daripada musim lalu dengan kehadiran Evan dan juga rakan senegaranya, Ilham Udin Armaiyn.

“Tentu sekali saya malu. Pertamanya, saya cukup malu kerana menjadi pemain baru dan juga asing di sini, bagaimana untuk menyesuaikan diri.

“Alhamdulillah, keluarga Selangor cukup baik sekali. Saya senang di sini,” katanya.

Evan berasakan segala-galanya lebih mudah untuk dia menyesuaikan diri selain kelibat Mohd Razman Roslan dan Mohd Amri Yahyah yang memang dikenalinya.

“Saya mengenali pemain senior Selangor seperti Amri dan Razman. Saya harap mereka boleh membimbing saya,” katanya.

Terdahulu, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menimbulkan kegusaran terhadap persediaan skuad Indonesia dengan membayangkan Selangor sukar memberi pelepasan kepada mereka, terutama dalam Sukan Asia, Ogos depan.



Source link

read more

Zaid BOTOL Sah Jadi Calon DAP Selepas Kurang Ajar Dengan Sultan Selangor.


Pemimpin DAP pasti amat berasa puas hati apabila ahlinya berbangsa melayu memainkan peranan sebagai tukang skrew melayu dan perlekeh raja raja melayu yang cukup efektif.

Zaid bagai telah memahat nama beliau sebagai calon DAP tanpa perlu lobi kepada tokong DAP,cukup sekadar tunjuk besar kepala dan kurang ajar kepada raja raja melayu pasti nama akan tersenarai .



Source link

read more

Selangor boleh tambah kerusi DUN kalau nak – Abdul Rashid



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sepatutnya mempertimbangkan untuk menambah sendiri bilangan kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, perkara ini berhak dibuat Kerajaan Negeri berdasarkan peruntukan perlembagaan.

“Tambahlah 10 atau 15 kerusi. Kalau mereka (Kerajaan Negeri) cadangkan, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kena lihat cadangan itu dan buat persempadanan,” kata beliau ketika ditemui di sidang media Institut Darul Ehsan (IDE) di sini, hari ini.

Namun, apabila ditanya impak tindakan tersebut dari sudut undang-undang kepada perjalanan proses persempadanan semula dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sendiri, beliau tidak dapat memberi jawapan yang kukuh.

“Mungkin PRU kena tunda. Saya tidak tahu. Itu kena tanya dengan pakar perlembagaan.”



Source link

read more

Azmin anggap kenyataan hina mufti keterlaluan – Selangor


SHAH ALAM 31 Dis. – Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan mufti berhubung insiden Memali yang berlaku 32 tahun lalu seolah-olah membuatkan pemimpin lain dalam gabungan pembangkang itu tidak senang duduk.

Mungkin bimbang tindakan sedemikian boleh mencetuskan kemarahan serta kecaman daripada rakyat, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun Twitter miliknya semalam mengkritik mana-mana pihak yang mempersenda serta menfitnah mutfi atas kepentingan politik.

Walaupun tidak menamakan mana-mana individu yang menjadi sasaran kritikannya itu, kenyataan Mohamed Azmin tersebut dibuat beberapa jam selepas Dr. Mahathir dilapor menyalahkan golongan mufti ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) di sini semalam.

“Memfitnah mufti adalah satu tindakan yang keterlaluan. Taubat nasuha, hentikan sandiwara.

“Tidak wajar mana-mana individu mempersenda dan memperlekehkan mufti kerana kepentingan politik. Kita boleh berbeda pandangan tetapi jangan aibkan orang lain,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir menyalahkan golongan mufti kerana tidak menyangkal amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan menjadi punca tercetusnya insiden berdarah tersebut pada November 1985.

Menurut Dr. Mahathir, mufti ketika itu diam seribu bahasa seolah-olah mereka bersetuju dengan amanat Abdul Hadi berkenaan selain menggelarkan mereka kafir kerana tidak pula menyertai Pas.

Tragedi Memali di Baling, Kedah yang berlaku ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri mencatatkan titik hitam dalam sejarah negara ini apabila 18 nyawa dilaporkan terkorban. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Polis Selangor tegur anak buah melalui lagu



KUALA LUMPUR: Sebagai penguat kuasa undang-undang, tugas yang dijalankan perlu dilaksana dengan penuh amanah dan berintegriti pada setiap masa.

Bagi pegawai dan anggota yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dan keamanan, mereka merupakan wajah kepada institusi kepolisan dalam memberi khidmat cemerlang kepada masyarakat.

Untuk itu, Polis Selangor menampilkan pendekatan berbeza iaitu melalui video muzik bagi mengingatkan pegawai dan anggotanya agar melaksanakan tanggungjawab tersebut kepada masyarakat.
 
Ketua Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata walaupun liriknya ringkas dengan muzik ringan, namun maknanya mendalam bagi warga polis dalam menjalankan tugas memberi khidmat kepada masyarakat.

“Biasanya teguran dibuat secara langsung tetapi kami menggunakan pendekatan yang lebih santai melalui video muzik dengan harapan minda bawah sedar mereka akan mengingati bait-bait lagu yang disampaikan dalam video musik berkenaan.

“Video ringkas ini telah dihasilkan sejak minggu lalu di mana lirik lagu ini telah diubah menerusi lagu asal ‘Aku Budak Kampung’ nyanyian Ramsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya, idea untuk menggunakan pendekatan berbeza itu dicetuskan sendiri oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor untuk ditayangkan pada program Selangor Cops Got Talent dan Perkepfest yang berlangsung Selasa lalu.

Lirik “Aku Memang Polis”
———————-
Kita ini kerja jadi polis 
Betul cakap kita memang polis
Sendiri mahu kerja tiada siapa paksa
Memang kita suka.

Dulunya panggil mata-mata
Sekarang panggil polis saja
Kerja demi negara tidak mengira masa
Memang kita suka.

Bila kerja jangan suka menengking
Buat perangai macam orang samseng
pantang lepa kau mula memonteng
Nanti KP boleh jadi pening.

Masa kerja jangan suka membohong
Nanti kau boleh kena lambung
kemas barang masuk dalam tong
Balik kampung engkau tanam jagung.

Ingatlah wahai kita semua
Kita kerja untuk keluarga
Integriti dijaga
Maruah jangan dilupa
Semoga hidup bahagia.



Source link

read more

Polis Selangor guna lagu sampai pesanan kepada warga polis – Nasional


POLIS Selangor menggunakan pendekatan lain daripada yang lain iaitu lagu yang mengandungi lirik pesanan kepada warga polis sebagai medium untuk disebarkan di media sosial.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, walaupun liriknya ringkas dengan muzik ringan, namun maknanya mendalam bagi warga polis dalam menjalankan tugas memberi khidmat kepada masyarakat. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons