Kalau setakat nak cari salah baik tak payah – Mourinho selar Scholes



JOSE Mourinho memang pantang kena kritik. Apatah lagi jika kritikan itu lebih kepada kecaman dan bukannya membina.

Terbaharu pengendali Manchester United itu melancarkan perang mulut dengan Paul Scholes.

Puncanya kerana tidak puas hati gara-gara tindakan bekas pemain tengah The Red Devils itu mengkritik prestasi Paul Pogba yang dianggapnya  tidak berbaloi berbanding nilainya.

“Dia tidak seperti pemain yang akan bawa kemenangan kepada pasukan. Itukah pemain yang bernilai 90 juta pound?” sindir Scholes sejurus perlawanan United menentang Southampton yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Namun Mourinho yang terkenal dengan sikap panas barannya itu tidak mahu tunggu lama untuk balas kritikan Scholes itu.

Selepas the Red Devils melakar kemenangan 2-0 ke atas Everton awal pagi tadi Mourinho tanpa berlengah melancarkan ‘serangan balas’ terhadap legenda United berusia 43 tahun itu.

“Saya rasa satu-satunya yang Paul Scholes lakukan adalah mengkritik. Saya tidak rasa dia mengulas sebaliknya mengkritik dan ia dua perkara yang berbeza,” sindir pengendali berbangsa Portugis itu.

“Bukan salah Pogba jika dia buat lebih banyak duit berbanding Paul Scholes. Bukan salah Paul Pogba tapi inilah hakikat dalam bola sepak,” hujah Mourinho mempertahankan pemain termahal dalam sejarah United itu.

Tidak cukup dengan itu pengurus berusia 54 tahun ini juga melontarkan cabaran berikut kepada Scholes.

“Jika Scholes satu hari nanti memutuskan untuk jadi pengurus, saya harap dia mampu meraih 25 peratus daripada kejayaan saya, kerana 50 peratus adalah 12 setengah daripada koleksi piala saya dan 25 peratus adalah sekitar enam,” ujar Mourinho.



Source link

read more

Dira Abu Zahar selar Fathia balas



PELAKON Dira Abu Zahar yang juga exco Puteri UMNO, menyelar Fathia Latiff dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, semalam (Rabu).

Dalam ucapannya Dira berkata, tidak perlu percaya pada dakyah yang dibawa oleh Fathia Latiff kerana pelakon tersebut tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan.

“Kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri UMNO. Setakat pegang telefon, picit-picit…tulis, taip…tak payah.

“Dia boleh duduk diam-diam betulkan lakonan dia dulu, hidup dia dulu. Tak payah sibuk dengan hal kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

BACA: PAU2017: Fathia, perbaiki hidup dahulu sebelum kecam kerajaan – Dira

BACA: Terdesak sangat ke? Rizal Mansor tegur artis populariti merudum

Sementara itu, Fathia tidak berdiam diri selepas diselar Dira sebaliknya tampil mempertahankan diri.

Fathia telah memuat naik posting di akaun media sosial Twitternya dan memberitahu jika Dira mempunyai hak untuk bersuara, begitu juga dia.

Tulisnya lagi, dia teguh dengan pendiriannya menyuarakan apa sahaja tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa.

Terdahulu, Fathia telah memuat naik posting di Instagramnya berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Posting tersebut telah mendapat reaksi Dr Mahathir yang kemudiannya membalas dan mengucapkan terima kasih kepada Fathia serta memuji keberanian pelakon tersebut.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons