Atlet Korea Selatan dan Korea Utara bertanding di bawah satu bendera



SEOUL: Dua Korea, bersetuju menubuhkan pasukan Olimpik bersama, yang bakal menyaksikan atlet-atlet negara itu berarak  menggunakan satu bendera buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun untuk acara pembukaan di temasya Olimpik musim sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan.

Rundingan peringkat tertinggi yang berlangsung di Panmunjom ini juga menyaksikan Seoul dan Pyongyang bersetuju menubuhkan satu pasukan hoki ais bersama.

Persetujuan ini bagaimanapun masih memerlukan kelulusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Lausanne, Switzerland.

Perkembangan ini menggambarkan hubungan kedua-dua negara berjiran tetapi berseteru ini memasuki fasa baru apabila Korea Utara menawarkan untuk menghantar delegasi ke temasya berkenaan.

Sekiranya cadangan ini berjaya direalisasikan, ratusan anggota delegasi Pyongyang, termasuk 230 anggota sorak, 140 pemuzik orkestra, dan 30 atlet taekwondo bakal menyeberang ke Korea Selatan, menerusi jalan darat untuk menghadiri temasya tersebut.

Korea Selatan juga perlu mencari mekanisme sesuai untuk menguruskan delegasi Korea Utara, tanpa mencabuli sekatan dikenakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB melibatkan pemindahan tunai dan sekatan ke atas beberapa pegawai kanan Pyongyang.



Source link

read more

Korea Selatan serah mayat nelayan warganegara Korea Utara pada Khamis



SEOUL: Korea Selatan akan menyerahkan empat mayat warganegara Korea Utara pada Khamis melalui laluan wilayah Panmunjom.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Seoul pada Rabu.

Pada 7 Januari lalu nelayan Korea Selatan menemui kapal kayu terbalik di perairan berhampiran Pulau Ulleung, 120 kilometer dari pantai timur, Seoul dan menemui empat mayat yang dikenal pasti sebagai warganegara Korea Utara.

Seoul kemudian telah menggunakan saluran komunikasi di wilayah Panmunjom, yang baru dipulihkan Korea Utara minggu lalu selepas sekatan selama dua tahun.

Sebelum ini, Seoul meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghubungi Korea Utara agar menyelamat dan mengambil semula nelayan mereka yang ingin pulang atau mayat warganya yang ditemui di laut.



Source link

read more

Mangsa banjir lumpur selatan California mula bersihkan kediaman



CALIFORNIA: Penduduk Bandaraya Selatan California mula membersihkan kediaman mereka yang dilanda banjir lumpur tempoh hari selepas pasukan mencari dan menyelamat selesai melakukan pencarian .

Sejak kejadian banjir lumpur itu lebih 1,200 anggota dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Montecito adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan kadar populasi penduduknya 9,000 orang.

Kejadian itu dianggap malapetaka paling tragis di kawasan berkenaan selepas meragut 18 nyawa penduduk.

Pasukan SAR sebelum ini berdepan dengan kesukaran disebabkan faktor lumpur yang terlalu tebal untuk meneruskan kerja-kerja mencari mangsa yang masih lagi gagal dikesan.

Malah kesan banjir lumpur itu juga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil masa agak lama untuk mengalihkan runtuhan dan bongkah binaan yang besar sekali gus melambatkan proses pencarian.



Source link

read more

Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda wilayah selatan Iran



TEHRAN: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud dilaporkan berlaku di selatan wilayah Kerman pada Khamis.

Laporan media Iran IRNA menyebut gempa tersebut telah menggegarkan kampung Hojedk yang terletak kira-kira 700 kilometer selatan Tehran.

Gempa dianggrakan berpusat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, tiada kerosakan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Pada November 2017, gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda barat Iran dan mengorbankan lebih daripada 600 orang.

Iran adalah negara yang terletak di garisan berpotensi gempa dan terdedah kepada bahaya tersebut setiap hari.

Pada tahun 2003, gempa bumi berukuran 6.6 magnitud telah memusnahkan bandar bersejarah Bam dan mengorbankan 26,000 orang.



Source link

read more

Qobin selamat tiba di tanah air selepas lakar sejarah di Kutub Selatan


SEPANG: Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin selamat tiba di tanah air selepas melakar sejarah sebagai anak Malaysia pertama berjaya menamatkan misi jelajah Kutub Selatan sekali gus diiktiraf sebagai Penjelajah Grand Slam pertama negara.

Qobin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 malam tadi menaiki pesawat Emirates penerbangan EK342 dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kepulangannya disambut meriah sebagai wira negara oleh ahli keluarganya bersama kira-kira 50 orang ahli Kelab Ekspedisi 7 Benua Malaysia (KE7B), yang turut disertai Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Penasihat KE7B, Datuk Datuk Akmar Hisham.

Setibanya di balai ketibaan antarabangsa KLIA, Qobin dipakaikan tanjak dan baju sikap songket berwarna ungu, dijulang rakan-rakan sambil melaungkan ‘Malaysia Boleh!’ dan ‘Hidup Qobin!’.

“Syukur alhamdulillah dilahirkan, dibesarkan di Malaysia, dan nak kata luar biasa itu insya-Allah, bukan bangga diri tetapi syukur, terima kasih kepada semua.

“Tak ada yang mustahil walau di mana kita lahir. Dunia Allah ini luas, kita boleh jelajah ke seluruh dunia dan cipta sesuatu untuk agama, bangsa dan negara. Kita boleh kalau diberikan peluang,” katanya

Pengiktirafan sebagai Penjelajah Grand Slam diberikan apabila seseorang itu menamatkan siri pendakian di tujuh puncak tertinggi di tujuh benua di dunia, selain penjelajahan ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Di bawah bendera Ekspedisi Penjelajah Grand Slam Malaysia 2017, Qobin, 36, menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Selatan sejauh 111 kilometer (km) bersama-sama enam penjelajah pelbagai negara serta seorang jurupandu pada jam 11.05 pagi waktu Malaysia, 28 Disember 2017.

Dia turut mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Asia Tenggara kedua, umat Islam ketiga juga yang termuda di dunia selain manusia dan penjelajah ke-70 terawal yang menghabiskan penjelajahan itu.

Memulakan misi di Titik 89 Darjah pada 22 Disember lalu dengan menarik beban seberat 50 kilogram, beliau mengharungi pelbagai cabaran termasuk cuaca sejuk melampau sehingga -26 darjah Celsius dan menyebabkan dua jarinya kebas berpanjangan dan berisiko mengalami reput fros.

“Jari masih lagi kebas, tetapi alhamdulillah tidak kena ‘frostbite’ atau ‘frostnip’. Insya-Allah dalam masa sebulan atau sebulan setengah akan sembuh sepenuhnya,” kata Qobin.

Ditanya tentang perancangan akan datang, Qobin berkata dia masih belum merancang misi baharu, tetapi akan lebih kepada aktiviti kemasyarakatan dan program bersama belia selain turut membantu dalam misi penjelajahan KE7B yang lain pada tahun ini.



Source link

read more

Korea Utara terima tawaran rundingan Korea Selatan



SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan akan mengadakan rundingan rasmi pada 9 Januari, menurut kementerian penyatuan Korea Selatan pada Jumaat.

Ia susulan Pyongyang mengeluarkan kenyataan menerima tawaran Seoul untuk  mengadakan rundingan minggu depan.

Agenda yang akan dibincangkan termasuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang serta isu-isu kepentingan bersama, menurut jurucakap kementerian, Baik Tae-hyun.



Source link

read more

Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan meningkat data



SEOUL: Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan pada tahun lepas meningkat, sekaligus menunjukkan semakin ramai mula menggunakan mekap pada usia terlalu muda, lapor agensi berita Yonhap.

Data dikumpulkan SK Planet Co., sebuah pengendali platform e-dagang tempatan mendedahkan, penjualan produk kecantikan di laman webnya meningkat 29 peratus pada 2017.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan enggan memberikan angka jualan sebenar. Jualan gincu kanak-kanak misalnya meningkat dengan drastik iaitu sebanyak 549 peratus.

Menurut syarikat itu, data turut menunjukkan, penjualan kosmetik kanak-kanak dalam talian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 94 peratus dan 251 peratus masing-masing pada 2015 dan 2016.

“Populariti kosmetik yang selama ini dianggap hanya untuk wanita, kini turut digunakan oleh golongan lelaki dan juga kanak-kanak,” kata pegawai SK Planet.

Satu kajian yang dimuatnaik di laman web Korea Citation Index, menunjukkan 42.4 peratus pelajar sekolah rendah memakai alat solek dan 43.4 peratus responden mengatakan mereka mula bersolek pada gred kelima.

Kajian yang dijalankan bermula 14 November hingga 9 Disember 2016 itu, membabitkan 288 remaja perempuan gred empat, lima dan enam di sekolah rendah di Seoul, Incheon dan bandar perindustrian di tenggara Ulsan.   

Kerajaan Korea Selatan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk memantau produk kosmetik kanak-kanak, dengan menambahkan kategori berasingan terhadap label bahan, termasuk bahan yang boleh menyebabkan alahan.

“Terdapat pandangan berbeza mengenai sama ada perlu membuat kategori berasingan untuk kosmetik kanak-kanak. Kami kini di peringkat mengumpulkan pendapat,” kata seorang pegawai kerajaan.

— BERNAMA



Source link

read more

18 maut kereta api rempuh trak di Afrika Selatan



JOHANNESBURG : Sekurang-kurangnya 18 orang maut, 268 yang lain cedera, dalam nahas melibatkan kereta api dan sebuah trak di Afrika Selatan pada Khamis.

Pihak berkuasa melaporkan, nahas di bandar Kroonstad, daerah Free State itu berlaku selepas trak berkenaan gagal berhenti ketika cuba melalui satu lintasan kereta api, menyebabkan ia dirempuh kereta api penumpang berkenaan.

Akibat pertembungan itu, kereta api tersebut tergelincir dan terbakar.

Pasukan penyelamat memaklumkan sebahagian besar mangsa rentung teruk dan identiti mereka sukar dikenal pasti.

Kereta api tersebut membawa sejumlah 700 penumpang, dipercayai berlepas dari Port Elizabeth menuju ke hub komersil di Johannesburg.

Pemandu trak dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan namun pemandu kereta api dan pembantunya mengalami kecederaan ringan.

Siasatan lanjut berhubung nahas kini dijalankan.



Source link

read more

Amerika Syarikat ancam tidak akan iktiraf rundingan Korea Utara-Korea Selatan



NEW YORK : Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley menegaskan AS tidak akan menerima sebarang cadangan rundingan antara Korea Utara dan Korea Selatan sehingga pentadbiran Kim Jong-Un mengharamkan semua senjata nuklear di negara itu.

AS akan “tidak akan menerima Korea Utara dan senjata nuklearnya” tegas Haley.

“Korea Utara boleh berunding dengan sesiapa sahaja tetapi AS tidak akan mengiktiraf sebarang usaha antara kedua Korea Utara dan Selatan sehingga usaha itu dilakukan,” katanya di ibu pejabat PBB, di sini.

BACA: Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear – Kim Jong Un

Terdahulu, Kim dalam Deklarasi Tahun Baharunya memberi amaran bahawa AS kini berada dalam jajaran senjata nuklear negara itu.

Semalam, Korea Selatan menawarkan rundingan antara pegawai tingginya bersama rakan sejawatan di Korea Utara bagi membincangkan tentang kerjasama Olimpik dalam usaha memperbaiki hubungan dua hala.

Namun tawaran itu masih belum mendapat maklum balas daripada Korea Utara.

Jika sebarang rundingan berlaku, ia bakal menjadi dialog rasmi yang pertama di antara kedua negara sejak Disember 2015.



Source link

read more

Tok Manaf selamat kembali bil perubatan di Korea Selatan cecah RM1.3 juta



KUALA LUMPUR: Abdul Manaf Mohd Noh atau Tok Manaf yang menjalani pembedahan jantung terbuka di sebuah hospital di Seoul, Korea Selatan pada 4 Dis lalu ketika sedang bercuti di negara itu, selamat tiba di Malaysia hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, anaknya Mahfiz Abdul Manaf yang turut sama dalam percutian itu, berkata ayahnya dibawa ke Hospital Serdang sejurus tiba di tanah air bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kisah warga emas berusia 81 tahun itu viral di laman media sosial apabila dia terkandas di sebuah hospital di Korea Selatan setelah bil hospitalnya meningkat di luar kawalan selepas menjalani pembedahan tersebut.

Menurut Mahfiz, anggota keluarganya telah menggabungkan semua sumber kewangan yang ada selain turut mengambil pinjaman peribadi untuk membayar sepenuhnya bil tersebut sebelum ayahnya dibenarkan dibawa keluar dari hospital.

Rawatan selama 24 hari di hospital tersebut dan segala urusan untuk membawa Tok Manaf pulang menelan belanja kira-kira RM1.3 juta, katanya.

“Bil hospital telah dibayar sepenuhnya menggunakan sumber kewangan daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, pinjaman peribadi, badan amal serta sumbangan orang ramai,” katanya.

Sehubungan itu, Mahfiz berkata kutipan sumbangan (kewangan) daripada orang ramai ditutup serta-merta memandangkan ayahnya telah selamat pulang ke Malaysia.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons