Kantoi seludup anak harimau guna khidmat pos


JALISCO: Pelbagai cara digunakan oleh penyeludup haiwan untuk melepasi sekatan sempadan samaada melalui jalan darat , air dan udara.

Di Mexico, Jabatan Perlindungan Haiwan  negara itu  berjaya mematahkan  cubaan menyeludup anak harimau dari negara itu menggunakan perkhidmatan pos.

Anak haiwan itu dipercayai diberi ubat pelali sebelum dibungkus di dalam bungkusan plastik.

ANak harimau ini disorok di dalam kotak untuk diseludup
Kegiatan itu terbongkar apabila pihak penguatkuasa menjumpai beberapa ekor haiwan berkenaan yang disorokkan  di dalam kotak.

Selain di dalam kotak, ada juga anak harimau itu yang disumbat di dalam sampul surat besar.

Terdapat juga  anak-anak  harimau itu yang terlepas dan  berkeliaran di lorong-lorong di  sebuah kawasan kejiranan.

Kebanyakan haiwan berkenaan yang  berada di dalam keadaan kekurangan air kemudian diserahkan kepada pusat pengurusan haiwan negeri.



Source link

read more

Maritim Malaysia gagalkan cubaan lapan lelaki seludup barang kawalan – Jenayah


TAWAU 20 Jan. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lapan lelaki termasuk tiga warga Indonesia kerana cuba menyeludup keluar barangan kawalan dan kosmetik bernilai RM24,000 di perairan timur laut Sungai Haji Kuning, di sini semalam.

Pengarah Operasi Maritim Malaysia Tawau, Kapten Maritim Romli Mustafa berkata, mereka ditahan pihak berkuasa yang mengadakan Op Pluto di Tawau dan perairan Inderasabah pada pukul 5.30 petang.

Menurut Romli, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 26 hingga 49 tahun itu ditangkap bersama empat buah bot jongkong yang dianggarkan bernilai RM264,092.

“Anggota kita menahan juragan dan kru bot terbabit yang dikesan berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah pemeriksaan dibuat, kita berjaya menemukan pebagai barangan kawalan dan kosmetik yang disembunyikan di bawah kanvas.

“Barang kawalan yang dirampas ialah 240 kotak minyak masak seberat empat kilogram, 219 kotak tepung gandum, 30 kampit gula pasir, 409 kampit beras dan empat tong gas petroleum cecair (LPG),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Romli memberitahu, pihaknya percaya kesemua barangan kawalan tersebut  cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui Pulau Sebatik.

Beliau menambah, sebanyak 157 kotak barang kosmetik yang dirampas dalam operasi itu tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan disyaki diseludup masuk dari Thailand sebelum dihantar ke Indonesia.

Katanya, suspek juga gagal menunjukkan sebarang dokumen sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk membawa keluar barang kawalan berkenaan.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen 1959/1963.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tujuh warga asing ditahan rokok seludup RM1.86 juta dirampas


KUALA LINGGI: Tujuh lelaki warga Indonesia ditahan Pihak Berkuasa Malaysia di Perairan Tanjung Bidara, Melaka malam tadi, setelah bot yang mereka naiki dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

Sewaktu pemeriksaan, pihak berkuasa menemui 12 juta batang rokok putih jenama Canyon dan U2, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM1.86 juta.

Timbalan Pengarah Operasi DM5, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, pihaknya menghantar bot laju DM5 untuk memeriksa bot berkenaan pada kedudukan 6.2 batu nautika dari pantai Tanjung Bidara.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, pihaknya menahan seorang tekong berusia 50 tahun dan enam awak-awak berusia antara 22 hingga 36 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot menemui seorang tekong dan awak-awak seramai tujuh orang.

“Mereka didapati membawa muatan sejumlah besar rokok putih pelbagai jenama dibawa ke Malaysia secara tidak sah,” ujar beliau.

Tambahnya kesemua mereka ditahan dan dibawa ke jeti APMM Linggi pada 3.55 pagi.

Bot berkenaan turut dikesan melakukan pelbagai kesalahan iaitu gagal melapor ketibaan, kapal dalam keadaan bergelap dan memasuki perairan negara secara tidak sah.

Kesemua suspek turut melakukan kesalahan nombor dokumen perjalanan tidak sama dengan senarai awak-awak selain beberapa kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

Kesemua suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.



Source link

read more

Seludup minuman keras guna bot galah


seludup5.jpg.transformedMO, 5/1/2018, TUMPAT – Taktik licik seorang penyeludup dengan menyorokkan ratusan tin minuman keras dan dua tong arak di bawah papan dalam bot galah, berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Serbuan jam 2.30 petang semalam di pangkalan haram Sungai Mentua, dikesan ketika rondaan dilakukan sepasukan anggota di sekitar kawasan berkenaan.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Ahmad Amri Abd Rahman, berkata bertindak atas risikan, anggotanya yang menjalankan rondaan melihat sebuah bot galah dalam keadaan mencurigakan di kawasan pokok nipah.

“Dua lelaki sedang memunggah bungkusan plastik dari bot berkenaan ke sebuah kereta yang berada di tepi sungai.

“Menyedari kehadiran pasukan kami, suspek melarikan diri menggunakan kereta dan meninggalkan bungkusan dalam bot,” katanya.

Ahmad Amri, berkata hasil pemeriksaan menemui sejumlah 11 bungkusan plastik yang mengandungi 254 tin minuman keras dan dua tong samsu.

“Kita percaya minuman keras yang diseludup itu untuk pasaran sekitar Tumpat dan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM7,140, termasuk sebuah bot galah.

“Bot galah dan minuman keras dibawa balik ke Jeti PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

“Kes dirujuk kepada Bahagian Pencegahan, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Pengkalan Kubor di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.



Source link

read more

Polis rampas rokok seludup bernilai RM745,000 di Muadzam Shah – Jenayah


KUANTAN 30 Dis. – Polis berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 280 kotak besar rokok seludup bernilai RM745,000 dalam satu serbuan di depan sebuah kopitiam di Jalan Kuantan–Segamat berhampiran Muadzam Shah dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, berdasarkan maklumat awam kira-kira pukul 5.30 pagi pihaknya mengesan sebuah lori tiga tan jenis Isuzu dalam keadaan mencurigakan.

“Polis mengarahkan pemandu lori berusia 34 tahun memberhentikan kenderaannya namun suspek enggan dengan meningkatkan kelajuan dan cuba menghimpit kereta pasukan operasi.

“Bagaimanapun, pemandu lori itu memberhentikan kenderaan selepas diekori dan diberikan amaran oleh pasukan pegawai dan anggota kami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Othman, pemandu lori itu kemudiannya diberkas dan pemeriksaan lanjut dijalankan terhadap lori terbabit membawa kepada penemuan 280 kotak besar mengandungi rokok seludup pelbagai jenis.

Katanya, lori dipandu lelaki itu juga disita dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
 – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

PDRM kerjasama dengan polis Pakistan kenal pasti motif seludup senjata api



KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan pihak berkuasa Pakistan bagi mengenal pasti motif seorang rakyat Malaysia yang cuba menyeludup senjata api dari negara itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata maklumat awal mendapati lelaki berusia 20-an itu cuba menyeludup senjata berkenaan masuk ke negara ini.

Malah, polis masih memerlukan maklumat berkenaan kumpulan yang disertai lelaki berasal dari Sarawak.

BACA: Seludup senjata: Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

“Kita akan berhubung dengan pihak polis Pakistan dan ingin tahu apa kegiatan dia semasa dia berada di Pakistan termasuk kemungkinan dia terlibat dengan kumpulan ekstremis Daish.

“Sudah semestinya pihak Pakistan akan menjalankan siasatan dan kita berhubung dan kongsikan maklumat yang diperolehi dan baru kita dapat tahu apa tujuan sebenar apa pendirian dia, siapa rakan-rakan dia, kita nak tahu juga siapa jaringan rangkaian dia,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman di sini hari ini.

BACA: Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan

Minggu lalu, pihak berkuasa Pakistan menemui senjata api dan peluru selepas menjalankan pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi, Pakistan.

Suspek ditahan selepas didapati membawa komponen empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru hidup.



Source link

read more

Buruh dituduh seludup empat migran



PASIR MAS: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini atas tuduhan menyeleludup 4 migran warga Myanmar menggunakan kereta persendirian.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Radzi Halim, 37 tahun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Pasir Mas Rashid Mustafa.

Tertuduh yang berasal dari Kok Lanas, Ketereh, didakwa melakukan kesalahan di Pos Sekatan Jalan Raya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Simpang Empat Salam, Rantau Panjang pada 7.30 malam, 12 Dis lepas.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Dis untuk sebutan semula kes.



Source link

read more

17600 bungkus rokok seludup bernilai RM93000 dirampas



TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 17,600 bungkus kecil rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM93,000 dalam serbuan terhadap sebuah van di kawasan Batu 5 Jalan Kinabutan di sini, malam tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian 10.30 malam itu, seorang lelaki yang juga pemandu van jenama Hiace berjaya melarikan diri.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Yazib Abd Aziz berkata sepasukan anggota unit risikan PPM Tawau yang membuat pemantauan di kawasan Batu 3, Jalan Apas itu terserempak van suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek tiba-tiba memecut laju kenderaan tersebut ketika dihampiri untuk diperiksa.

“Van tersebut dikejar dan apabila sampai di Jalan Kinabutan, ia terbabas di bahu kiri jalan dan hasil pemeriksaan, pemandunya telah melarikan diri, tetapi menemukan 25 kotak mengandungi 7,800 bungkus rokok jenama Apache (RM46,800) serta 9,600 bungkus rokok A Satu (RM43,200),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Yazib berkata turut dirampas adalah van serta sebuah alat walkie-talkie dan nilai rampasan keseluruhan RM189,000.

— BERNAMA



Source link

read more

Seludup senjata Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan



KUALA LUMPUR: Polis pada Sabtu mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Malaysia di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi Pakistan kerana menyeludup senjata api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pasukan keselamatan Pakistan semalam.

Menurut beliau, pihaknya sedang meneliti penglibatan suspek berusia 20 tahun dari Serian, Sarawak itu dengan kumpulan militan Daish.

Difahamkan suspek dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Jinnah menuju ke Bangkok, Thailand menggunakan pesawat peribadi -342.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai kaitan dengan militan Daish dan sedang menunggu laporan daripada pasukan keselamatan Pakistan untuk maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Suspek yang lengkap berkopiah hitam, berbaju berwarna krim dan seluar hitam ditahan selepas didapati membawa empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru.

Malah, dilaporkan terdapat senjata api yang disembunyikan pada tapak kasut yang dipakai suspek.



Source link

read more

Seludup manusia 17 orang ditahan terlibat jenayah terancang di Serbia



POLIS Serbia dan Croatia menahan 17 orang yang didakwa menyeludup puluhan pendatang di seluruh kawasan sempadan kedua-dua negara ke Croatia, menurut Kesatuan Eropah (EU)

Dalam satu kenyataan, polis Serbia memaklumkan, 13 orang ditahan di Serbia, manakala empat yang lain ditangkap di Croatia, dalam sebuah operasi bersama selama sebulan.

Kenyataan itu juga berkata, kumpulan jenayah terancang itu telah memindahkan 82 pendatang dari Afghanistan, Iran dan Iraq, dengan mengenakan caj 1,500 euro atau  AS$1,780.

Terdapat kira-kira 4,500 pendatang dari Serbia berhijrah ke negara-negara Eropah untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Ramai juga yang terjebak dalam penyeludupan manusia yang membawa mereka ke negara jiran Serbia, iaitu Croatia dan Hungary.

Ia memperlihatkan ratusan pendatang terdedah kepada cuaca sejuk melampau.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons