Cuaca sejuk melampau Bandar di seluruh AS mula membeku



CHICAGO: Bandar di seluruh Amerika Syarikat kini berdepan cuaca sejuk melampau dan salji tebal.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan di kalangan doktor terhadap serangan radang dingin dan hiportemia sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil.

“Radang dingin boleh menyerang seawal 10 minit sekiranya anda terdedah dalam cuaca sejuk melampau seperti yang kita hadapi sekarang ini,“ ujar Pakar Perubatan di Jabatan Kecemasan di Pusat Perubatan Universiti Rush di Chicago.

Katanya, telinga, hidung dan kaki boleh mengalami kerosakan sekiranya terdedah kepada cuaca sejuk melampau itu.

Malah ia juga berisiko terkena serangan jantung.

“Kami secara rutin melihat kes-kes di mana orang memandang remeh cuaca sejuk di luar atau berapa lama mereka rasa boleh berada di luar. 

Ia meletakkan anda dalam bahaya. Situasi ini membolehkan anda mendapat kecederaan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, komuniti di New England, mengumumkan penutupan sekolah dan larangan meletakkan kenderaan di jalanan susulan jangkaan ribut salji akan melanda rantau berkenaan.

Datuk Bandar Boston, Marty Walsh memaklumkan, sekolah akan ditutup pada Khamis kerana cuaca tersebut.

“Sekolah Awam Boston akan ditutup pada Khamis. Seperti biasa, Sekolah Awam Boston akan memaklumkan keluarga pelajar di sekolah ini untuk memberi amaran kepada mereka tentang perubahan tersebut.

“Jadi, ibu bapa boleh membuat urusan untuk mendapatkan penjagaan anak jika perlu,“ ujarnya.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan penduduk sekitar agar memainkan peranan masing-masing bagi memastikan keselamatan terjaga.

“Kami meminta orang ramai agar menjauhi jalan-jalan utama supaya kerja-kerja pembersihan jalan dapat dijalankan dengan lancar.

Tolong juga pastikan anak-anak berada dalam rumah. Kami tidak mahu mereka berada di jalanan kerana dibimbangi akan dilanggar trak yang menolak salji,” tegasnya.



Source link

read more

70 keluarga pesara Felcra 2017 seluruh negara dirai – Nasional


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Felcra Berhad (Felcra) hari ini telah meraikan kira-kira 70 keluarga pesara yang telah menamatkan perkhidmatan mereka pada tahun ini dalam Majlis Sejuta Penghargaan Jasa Mu Dikenang 2017 Felcra di Hotel Royale Chulan di sini. 



Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Zulkarnain Md. Eusope berkata, ini merupakan acara tahunan khususnya bagi meraikan para staf yang sebelum ini telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun.
 


“Saya berharap selepas ini mereka akan sentiasa menjaga hubungan baik dengan Felcra walaupun mereka sudah lama meninggalkan perkhidmatan,”katanya. 



Beliau berkata demikian selepas Majlis Sejuta Penghargaan Jasa Mu Dikenang 2017 Felcra Berhad di Hotel Royale Chulan di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Felcra, Datuk Ismail Kasim. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

WeMalaysia wujud kesepakatan rakyat di seluruh negara – Muhammad Ali



KUALA LUMPUR: Keunikan WeMalaysia sebagai pergerakan antarabangsa yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana kepercayaan politik serta bersifat neutral merupakan kunci utama dalam menyatukan rakyat Malaysia semua kaum di seluruh dunia.

Presiden WeMalaysia Australia Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia juga memahami aspirasi negara dan mewujudkan kesepakatan menerusi kempen dan aktiviti yang dijalankan bagi memperkasakan semangat patriotisme di luar negara.

“WeMalaysia semakin dikenali dan mudah diterima ramai kerana falsafah yang dibawa oleh pertubuhan itu sendiri serta hasrat rakyat Malaysia yang menginginkan satu entiti yang tidak bersifat politik dan berperanan untuk menyatukan rakyat Malaysia di luar negara.

“WeMalaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah pun melalui fasa pengenalan dan peluasan. WeMalaysia kini berada di fasa pemantapan yang dijangka akan mengukuhkan lagi peranan dan suara WeMalaysia di platform sedia ada.

“Pelbagai program secara kerjasama telah dilaksanakan di setiap fasa dan berorientasikan aktiviti berasaskan pelajar seperti program meet and greet, forum, kerohanian, sukan antara universiti, kesukarelaan, program penghayatan nilai kemerdekaan dan pelbagai lagi,” katanya semasa menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Muhammad Ali berkata demikian di dalam Majlis Majlis Outreach dan Engagement di University of Adelaide dengan kerjasama pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide.

Majlis Outreach dan Engagement WeMalaysia bersama pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide itu diaturkan dan dikelola oleh Koordinator WeMalaysia Adelaide, Oscar Ong dan Noor Azrul Nordin.

BACA: Terima perubahan dasar Kerajaan dalam Bajet 2018 – WeMalaysia BACA: Hari Malaysia: Lebih 3,500 rakyat sertai Solidariti WeMalaysia 2017

Jelasnya, WeMalaysia tidak mewujudkan program sendiri namun bergerak melalui kerjasama bersama persatuan pelajar Malaysia.

“Ia bagi menjayakan aktiviti mempromosi sayang negara dengan memperkasa semangat patriotisme.

Dalam pada itu ketika ditanya adakah beliau ada dipelawa untuk tampil dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan trend semasa memperlihatkan muka-muka baru sebagai calon, Muhammad Ali memberitahu.

“Bagi saya pertanyaan ini cukup besar ertinya. Saya menghormati pertanyaan yang dikemukakan dan bersifat terbuka. Keutamaan saya sekarang adalah menolong pelajar dan membantu menjayakan program persatuan.

“Sejak saya menerajui WeMalaysia melalui aktiviti pelajar di luar negara, banyak pengalaman telah saya tempuhi. Buat masa ini, saya lebih selesa mengemblengkan tenaga dan idea melaksanakan misi WeMalaysia dalam memupuk semangat patriotisme dan sayang negara secara berterusan.

“Saya berhasrat untuk memanfaatkan potensi kepimpinan menjurus kepada aktiviti pelajar berbanding bertanding.”

Soalan itu diajukan ekoran pengalaman kepimpinan beliau di peringkat antarabangsa termasuklah pernah berada di Amerika Syarikat.

Justeru, penglibatan aktif beliau mewakili WeMalaysia bukan sahaja di Queensland, malah di Western Australia, Victoria, New South Wales, Australia Capital Territory dan kini di South Australia menyerlah pengaruhnya yang tersendiri.

Katanya lagi, bertandang ke Adelaide adalah sebahagian daripada usaha memenuhi fasa pemantapan WeMalaysia selain mengatur perancangan kolaborasi bersama persatuan pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide untuk tahun 2018.

Dalam pada itu, Penasihat Kedutaan yang juga penghubung antara WeMalaysia dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Faridah Hanum Husain menyifatkan WeMalaysia sebagai satu entiti yang unik.

“Ia amat diperlukan oleh rakyat Malaysia, bukan sahaja di luar negara malahan di Malaysia juga.

“Hasrat dan peranan WeMalaysia dalam menyatukan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur, berbeza kaum dan agama serta pendapat politik amatlah dihargai dan disanjungi,” ujarnya.

Faridah turut berharap WeMalaysia akan terus maju dalam agendanya serta meluaskan peranannya tidak terhad di luar negara sahaja.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia di luar negara agar bijak membezakan cinta negara dengan cinta politik.

“Ia termasuk semua organisasi sama ada badan kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan pelajar di Australia seperti Malaysian Students’ Council of Australia (MASCA), Malaysian Students Organization (MSO) serta lain-lain persatuan diaspora Malaysia di Australia.

“Semua harus terus memberikan sokongan dan kerjasama program-program kesepakatan dan semangat patriotisme Malaysia.

“Hal ini juga penting bagi memastikan hubungan pelajar dan golongan diaspora setiasa dekat dan mesra antara satu sama lain dalam membina perpaduan dan integrasi nasional,” katanya.

WeMalaysia merupakan satu gerakan terbuka yang digerakkan oleh pelajar Malaysia di luar negara.

Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).



Source link

read more

Protes berterusan di seluruh dunia



Keputusan mengejutkan yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membangkitkan reaksi berbaur emosi dan kemarahan masyarakat dunia.

Pelbagai bantahan, tunjuk perasaan serta bantahan dilaungkan di seluruh negara bagi membantah keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Di Amman beratus-ratus rakyat Palestin dan warga Jordan berarak di ibu kota Jordan itu selepas menunaikan solat jumaat.

Protes jalanan itu dibuat bagi membantah tindakan ‘satu pihak’ AS sekali gus dilihat sebagai pelanggaran undang-undang.

Di Baghdad pula, penyokong ulama syiah yang berpengaruh di Iraq, Muqtada Al-Sadr juga menggunakan pentas jalanan bagi menunjukkan bantahan di atas keputusan Trump itu.

Sementara di kabul ratusan umat Islam berkumpul membantah keputusan itu, dengan ulama masjid Molayi Abdul Salam Abed menyatakan bahawa keputusan Trump akan ‘mewujudkan keganasan’.

Dalam pada itu di Turki, lebih 3,000 masyarakat Islam juga berkumpul menyatakan bantahan keputusan itu sejurus lepas solat jumaat di Istanbul sambil memegang bendera Palestin serta melaungkan kutukan terhadap Trump dan Israel.

Rata-rata penunjuk perasaan membawa sepanduk dan membakar bendera AS dan Israel.



Source link

read more

Aplikasi WhatsApp terganggu di seluruh dunia



Aplikasi mudah alih popular WhatsApp melaporkan berlaku gangguan perkhidmatan pada Khamis melibatkan pengguna di seluruh dunia pagi tadi.
Gangguan itu menyebabkan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatannya.
Pengguna di utara Eropah dan Brazil dikesan paling terjejas.
Syarikat itu bagaimanapun berjaya memulihkannya kurang satu jam kemudian.
WhatsApp, anak syarikat Facebook Inc, dilapor mempunyai 1 bilion setiap hari di seluruh dunia dan merupakan antara aplikasi permesejan paling popular di dunia.



Source link

read more

Gangguan perkhidmatan WhatsApp jejas pengguna di seluruh dunia



SAN FRANCISCO: Aplikasi mudah alih popular WhatsApp melaporkan berlaku gangguan perkhidmatan pada Khamis melibatkan pengguna di seluruh dunia pagi ini.

Gangguan itu menyebabkan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatannya dan syarikat itu sedang berusaha memulihkannya, lapor Reuters.

Sementara itu, laman web downdetector.com berkata pengguna di utara Eropah dan Brazil dikesan paling terjejas.

WhatsApp, anak syarikat Facebook Inc, dilapor mempunyai 1 bilion setiap hari di seluruh dunia dan merupakan antara aplikasi permesejan paling popular di dunia.



Source link

read more

PTPTN anjur Hari Mesra Pelanggan serentak di seluruh negara



PUCHONG: Sambutan Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan serentak di seluruh negara merupakan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, ia sekali gus sempena sambutan ke-20 PTPTN yang disambut pada November tahun ini.

“Daripada kita membuat promosi terus kepada pelanggan, pada masa yang sama PTPTN juga mempunyai kolaborasi startegik dengan pihak majikan, sama ada ia adalah agensi kerajaan atau syarikat swasta.

“Mereka ini boleh mendaftar sebagai sahabat PTPTN. Sebagai sahabat yang melaksanakan potongan gaji kepada kakitangan, mereka akan mendapat komisyen yang diberikan oleh PTPTN,” katanya semasa Hari Mesra Pelanggan PTPTN dan Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Wow! 20 Tahun PTPTN di sini hari ini.

BACA: Insentif khas PTPTN untuk ibu bapa pelajar tahun satu

BACA: BiKUM beri akaun SSPN-i percuma kepada mangsa banjir – Shamsul Anuar

Pada majlis sama, Mastura menyerahkan komisyen Program SAHABAT berjumlah RM75,308 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Kesihatan Selangor dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Manakala jumlah insentif khas SAHABAT berjumlah RM209,440 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pendeposit yang membuka atau menambah ibu bapa pelajar tahun satu yang membuat simpanan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i atau SSPN-i Plus) tahun ini akan menerima pemberian insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM50.

Keistimewaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2017 tahun lalu.

“Sehingga Oktober lepas, hanya 10 peratus daripada pelajar tahun satu yang telah menerima simpanan percuma itu dan diharap baki dua bulan lagi bagi 2017 ini diambil peluang sepenuhnya oleh ibu bapa.

“Simpanan ini ada banyak kelebihan, bukan sahaja percuma RM50 bagi ibu bapa pelajar tahun satu tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai anak tahun satu akan mendapat banyak manfaat seperti pemberian dividen yang kompetetif, pelepasan taksiran cukai tahunan, perlindungan takaful dan lain-lain lagi,” katanya.

Sementara itu, eksekutif Azlifah Ismail diumum pendeposit bertuah untuk anaknya Airis Sofea Mohd Rais yang berumur tujuh tahun sebagai pemenang cabutan bulanan 20 tahun PTPTN.

Azlifah menerima hadiah simpanan berjumlah RM10,000.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons