Kanak-kanak sembilan tahun ditemui lemas



ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati lemas selepas terjatuh di tambatan yang dilimpahi air sungai berhampiran Taman Tabung Haji, Kepala Batas, dekat sini, hari ini.

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Pegawa Bomba Kanan II, Mohamad Shukri Zulkapri berkata mayat Muhammad Haziq Amsyar Shahril ditemukan di dasar tambatan berkenaan pada jam 5.45 petang, kira-kira 15 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.03 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian dan sebaik tiba di lokasi, anggota bomba telah menjalankan pencarian dengan menggunakan kaedah ‘grapping iron’ (mencari menggunakan besi),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kawasan tambatan itu dilimpahi air sungai berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Jangan main-main dengan Jabatan Imigresen – Mustafar – Negeri Sembilan


TELOK KEMANG 14 Nov. – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran kepada orang ramai yang berurusan dengan jabatan itu supaya tidak sesekali cuba menawarkan rasuah kepada para pegawainya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, ini kerana pegawai imigresen telah diminta supaya menahan mana-mana individu yang berbuat demikian.

“Jangan main-main dengan kami. Jangan terfikir untuk memberi rasuah kepada pegawai imigresen. Ada individu yang memberikan rasuah ini telah djpenjarakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kadet Kursus Asas Pegawai Imigresen Siri 4/2017 di Akademi Imigresen Malaysia di Port Dickson di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, Mohd. Jasmi Mohd. Juwahir.

Seramai 239 kadet melafazkan ikrar tersebut yang diperkenalkan buat pertama kali kepada pegawai baharu kursus berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mustafar mengingatkan para pegawai supaya mengekalkan JIM sebagai jabatan bermaruah dan menegaskan rasuah bukan budaya jabatan itu.

“Ingatlah bahawa masyarakat sentiasa memandang kita. Pakaian seragam yang kita pakai ini adalah amanah.

“Sebagai barisan hadapan di pintu masuk negara, kita tidak akan berkompromi dengan kedaulatan dan keselamatan negara,” ujarnya.

Mengenai majlis IRB itu, Mustafar berkata, ia merupakan usaha bagi membentuk minda pegawai muda supaya menjauhi rasuah sebelum memulakan tugas dengan jabatan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

233 graduan cemerlang N. Sembilan terima RM5,000 – Pendidikan


SEREMBAN 8 Nov. – Seramai 233 graduan cemerlang kelahiran Negeri Sembilan hari ini menerima imbuhan sebanyak RM5,000 kerana memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi tahun 2017.

Penyampaian cek tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama di Klana Resort di sini.

Menurut Mohamad, pada tahun ini seramai 37 graduan cemerlang telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman pendidikan kepada Yayasan Negeri Sembilan yang melibatkan jumlah keseluruhan RM507,330.

“Dari tahun 2010 hingga 2016, seramai 182 peminjam telah mendapat pengecualian tersebut dengan jumlah pinjaman lebih RM2 juta,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Shamsulkahar Mohd. Deli; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia Dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2006 bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada graduan cemerlang pada setiap tahun. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Sembilan maut dalam serangan di Syria – Luar Negara


DAMSYIK 4 Nov. – Seramai sembilan orang dilaporkan maut dalam serangan bunuh diri melibatkan sebuah kereta di sebuah kampung di Bukit Golan.

Menurut agensi berita SANA, kereta itu meletup di pinggir perkampungan Hader, yang terletak berhampiran dengan sempadan yang memisahkan bahagian dikuasai Syria dan bahagian Golan.

“Seorang penyerang daripada Barisan Al-Nusra meletupkan sebuah kereta di tengah-tengah rumah penduduk di pinggir Hader dan mengorbankan sembilan orang, selain mencederakan sekurang-kurangnya 23 yang lain,” lapor agensi berita berkenaan. – AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons