Kanak-kanak penghidap kanser sempat peluk adik baharu sebelum meninggal dunia



SEORANG kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat ‘membantu’ memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bailey Cooper dari Bristol yang menghidap kanser Non-Hodgkin’s lymphoma itu juga sempat menitipkan mesej kepada ibu bapanya bahawa mereka hanya dibenarkan menangis 20 minit sahaja.

Bailey yang menghidap kanser itu sejak 15 bulan lalu kuat semangat sekali gus ‘berjuang’ untuk hidup demi melihat dan memangku adik perempuan baharunya.

Ibunya, Rachel, 28 melahirkan bayi perempuan pada November sebelum Bailey menamakan adiknya itu dengan nama Millie.

Malah, ibu bapanya, Lee dan Rachel memegang erat jari Bailey ketika dia menghembuskan nafas terakhir selain kanak-kank itu tidak lekang daripada senyum ketika menjalani diagnosis tahun lalu.

Rachel menambah, dia dan ahli keluarga tidak menyangka anaknya itu mampu bertahan dan bertemu Millie.

“Saya melahirkan Millie pada hujung November dan Bailey melakukan apa yang sepatutnya abang sulung lakukan selain memeluk Millie,” katanya seperti dipetik portal Dailymail pada Sabtu.

Keluarga itu juga mengetahui Bailey tidak dapat bertahan tetapi meminta kanak-kanak itu menyenaraikan hadiah sempena perayaan Krismas.

Mengetahui dirinya akan meninggal dunia, Bailey juga membuat permintaan terakhir supaya ahli keluarga dan pihak yang datang ke majlis pengebumiannya memakai pakaian adiwira.

Lebih menyedihkan Lee dan Rachel apabila Bailey sempat menitip mesej terakhir kepada pasangan itu bahawa mereka dibenarkan menangis untuk tempoh 20 minit selain menjaga kedua-dua adiknya, Riley dan Millie.



Source link

read more

Sempat bercium sebelum dicekup polis



ARIZONA: Sepasang pasangan bertindak nekad melarikan diri daripada ditahan pihak Polis Arizona menggunakan kenderaan pelbagai guna (SUV).

Insiden mengejar itu berjaya dirakam oleh pihak polis yang menggunakan helikopter yang turut terlibat dalam operasi itu.

SUV berwarna perak itu dilihat berjaya meloloskan diri dalam sekatan pihak polis.

Malah mereka bertindak nekad merempuh pagar dan masuk ke laluan tanah lapang berhampiran.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan yang digunakan itu terbabas dan memasuki parit menyebabkan SUV berkenaan tersangkut.

Pasangan berkenaan yang pada mulanya bertindak keluar dan lari secara berasingan bagaimanapun membuat keputusan untuk kembali bertemu semula sebelum menyerah diri.

Kedua-dua mereka bagaimanapun sempat memberi ciuman sebelum digari.

Bagaimanapun pihak polis belum lagi mengeluarkan kenyatan rasmi mengenai identiti mereka dan kesalahan sebenar yang dilakukan. 



Source link

read more

Warga emas sempat ambil wuduk solat subuh ketika air mulai naik



MEMBAKUT: Seorang warga emas yang ingin mengambil wuduk terkejut apabila bahagian bilik mandi di rumahnya dinaiki air ekoran hujan lebat di daerah itu sejak semalam.

Mangsa Piah Matnor, 72 tahun berkata, sebaik sahaja menyedari air mulai naik, dia bergegas mengambil wuduk lalu menunaikan solat subuh.

Katanya, usai solat, dia segera mengejutkan beberapa ahli keluarga sebelum menunggu bantuan agensi penyelamat.

“Pada subuh tadi, makcik pergi ke bilik untuk mengambil air sembayang dan melihat air telah mulai naik di bilik mandi.”

“Makcik jadi kelam kabut kerana air naik dengan cepat, ditambah lagi lokasi rumah makcik berhampiran dengan sungai dan ketika kami dipindahkan air telah sampai ke paras pinggang,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Membakut di sini malam tadi.

Selain itu, seorang murid darjah lima dari SK Pekan Membakut Arissa Nurasyiqin Jamludin turut berkongsi rasa sedih kerana tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran.

“Saya berasa sedih kerana tidak dapat hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran dan berjumpa dengan kawan-kawan tetapi saya redha dan serahkan kepada tuhan sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata, seramai 246 mangsa banjir dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir kilat yang berlaku di daerah ini, setakat jam 7.30 malam tadi.

Menurutnya, proses pemindahan masih giat dijalankan dengan bantuan pelbagai agensi dan jabatan berkaitan.

“Situasi banjir pada kali ini melibatkan 18 buah kampung dan 84 buah keluarga yang telah dipindahkan di dua PPS.

“Ketika ini dari aspek bekalan bantuan makanan dan keperluan lain mencukupi serta tidak ada masalah timbul.

“Cuma pagi tadi kita mengalami kekurangan logistik untuk membawa mangsa keluar dari lokasi terjejas tetapi telah berjaya diselesaikan,” katanya ketika ditemui media di pusat pemindahan sementara mangsa banjir, hari ini.

Antara kampung yang terjejas dengan kejadian berkenaan adalah Kampung Jambatan Baru, Kampung Papas, Kampung Kayai, Kampung Limadang, Kampung Brunei, Kampung Lampuas, Kampung Takapan, Kampung Pusak, Kampung Baitam dan Kampung Dungau.

Kejadian berkenaan turut menyebabkan tujuh buah sekolah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Membakut, SK Kampung Bambangan, SK Lago, SK Jabang, SK Lembah Poring, SK Tamalang dan SK Sikono.



Source link

read more

Tragedi Lenggong Tak sempat peluk cium kali terakhir


KUANTAN: ‘Terkilan sangat sebab tak dapat peluk,cium buat kali terakhir’.

Itu reaksi Ramelah Yaakob, 54 tahun yang tidak sempat bersua dengan tiga anak saudaranya, Nur Ain Hafizah dan sepasang kembar, Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah Ismail, yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan empat kenderaan di simpang empat lampu isyarat berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, pagi semalam.

Dia yang juga kakak kepada bapa ketiga beradik itu Ismail Yaakub, memberitahu tidak mengetahui mengenai perjalanan keluarga terbabit biarpun tinggal di belakang rumah mereka di Kampung Balai Besar, Dungun.

Ramelah juga berkata ketiga-tiga beradik tersebut sangat rapat dengannya terutamanya adik beradik kembar dan sebelum ini, mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Suami dia telefon semalam. Saya tidak tahu pun dia pergi ke Kedah.”

“Dia baharu sahaja pegi kenduri anak dia kemudian dia pergi rumah kakak. Tapi kakak rasa hendak peluk, hendak, cium dia, rindu pada dia.

“Tapi kakak reda walaupun tidak boleh hendak cakap apa. Sudah sampai masa dia. Kita juga akan sampai ke situ akhirnya,” katanya.

Nada sedih sama turut disuarakan nenek saudara kanak-kanak malang itu, Misah Awang.

BACA: “Lori ‘sapu’ semua kereta, mayat kanak-kanak bergelimpangan” – Saksi

BACA: Tiga maut dirempuh lori ikan

“Saya sedih sangat sampai tidak boleh bercakap. Anak saudara saya telefon pun tidak boleh bercakap, kelu lidah ini.

Tragedi Lenggong

“Mereka sangat gembira dan ceria ketika balik berhari raya sebelum ini. Saya tidak menyangka kejadian ini  berlaku tetapi tetap reda,” katanya.

Sementara itu, Ramelah berkata, jika sekiranya bapa kepada ketiga beradik itu meningal dunia, mereka sekeluarga telah sepakat untuk kebumikannya di tanah perkuburan yang sama.”

“Jika dia meninggal dunia, hari ini atau esok ke, kakak reda. Kami kebumi di sini jugak sebab kesemua anaknya dikebumikan di sini.”

“Dia ada anak-anaknya dengan keluarga di sini sangat rapat. Lagipun kami tinggal di belakang rumahnya,” katanya lagi.

Jenazah tiga beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin Dua, Kuantan, kira-kira jam 12 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Bukit Kuin kira-kira jam 9 pagi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa yang maut adalah dua beradik kembar berlainan jantina berusia lapan tahun iaitu Muhammad Hanif Ismail, dan Nur Ain Hanifah serta kakak mereka, Nur Ain Hafizah, 22.

Seorang lagi mangsa, Nur Ain Harizah, 13 tahun yang duduk di tempat belakang selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan iaitu Ismail Yaacob, 53 tahun dan Zarina Yong, 44 tahun masing-masing cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Taiping.

 



Source link

read more

Bayi duyung hanya sempat hidup empat jam


SEORANG ibu muda melahirkan bayi ‘duyung’ namun anaknya itu meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Muskura Bibi, 23, mengejutkan doktor selepas melahirkan bayi dengan Sindrom Mermaid atau Sirenomelia, satu keadaan kecacatan yang jarang berlaku, lapor Mirror.uk pada Sabtu.

Bayi tersebut juga merupakan bayi ‘duyung’ kelima yang pernah dilahirkan ke dunia, dan merupakan kes kedua bayi Sirenomelia di India.

Bagaimanapun, jantina bayi itu tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan kakinya yang bercantum menyerupai sirip duyung. 

Doktor yang menyambut bayi berkenaan gagal menyelamatkannya kerana bayi itu meninggal dunia empat jam selepas kelahiran.

“Saya tidak pernah melihat bayi seumpama itu sebelum ini. Ini adalah kes pertama Sirenomelia di negeri ini dan kedua di negara ini.

“Bayi itu mempunyai pembentukan normal di bahagian atas badan tetapi di bawah pinggang kakinya bercantum. Bahagian bawah tidak tumbuh sepenuhnya,” kata Dr Sudip Saha, pakar kanak-kanak di Hospital Chittaranjan Deva Sadan, Kolkata.

mermaid baby

Ibu bayi tersebut, Bibi, dilaporkan tidak menjalani pemeriksaan sonografi ultrasound dan tidak mampu memberi ubat yang sewajarnya semasa kehamilan pertama ini.

Dr Saha berkata janin ini mengalami pertumbuhan yang tidak betul dan tidak disuburkan dengan sempurna.

Bayi ‘duyung’ pertama yang lahir di India pada tahun 2016 dan hanya sempat hidup semalam 10 minit.



Source link

read more

Kanak-kanak 6 tahun sempat paut dahan sebelum hanyut – Nahas & Bencana


KUALA KRAI 26 Nov. – Ahmad Fawas Atikullah, kanak-kanak berusia enam tahun yang terjatuh ke dalam sungai ketika menyeberangai Jambatan Kampung Sungai Peria Baru, di sini petang ini sempat berpaut pada sebatang dahan sebelum dihanyutkan arus deras.



Ahmad Fawas Atikullah

Ahmad Fawas Atikullah

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, jambatan yang terletak hanya 50 meter dari rumah mereka tersebut telah dinaiki air setinggi paras betis.

Mangsa menyeberangi jambatan tersebut bersama sepupunya, Muhammad Rizal Haikal, 10.

Menurut Muhammad Rizal, selepas menyeberangi jambatan itu, dia menoleh untuk melihat Ahmad Fawas dan terkejut apabila mendapati mangsa sudah terkapai-kapai di tengah sungai.

“Dia kemudiannya sempat berpaut pada sebatang dahan pokok, namun arus sungai yang deras akhirnya menghanyutkan sepupu saya itu.

“Saya segera berlari dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa saudara yang ketika itu berada di rumahnya,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini petang ini.

Sementara itu nenek mangsa, Rokiah Idris, 51, berharap cucunya itu ditemukan secepat mungkin.

“Dia sempat tinggalkan basikalnya di rumah saya. Tidak sangka pula dia pergi menyeberang jambatan itu. Hati saya tidak tenang namun hanya mampu berdoa cucu saya selamat,” katanya.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang ini, Ahmad Fawas hilang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai tersebut dan setakat pukul 7 petang ini, mangsa belum ditemukan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons