Semua tempat nampak kelibat dia – Remy Ishak diekori pontianak



DEK terlalu menghayati watak untuk filem terbaharu lakonannya berjudul The Legend Of Pontianak, Remy Ishak mendedahkan sering dihantui bayangan makhluk ghaib itu.

Remy menerusi akaun Twitternya memberitahu sepanjang proses penggambaran filem itu dia tidak merasakan keseronokan apabila berdepan dengan situasi menakutkan.

“Dalam penghayatan watak untuk filem baru berjudul Pontianak (The Legend Of Pontianak), tak ada benda yang seronok dan best dalam hidup aku sekarang ni.

“Skrip ini buat aku jahanam!

“Semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang. Allahu Allah!” tulisnya.
 

Bagaimanapun, perkongsian Remy mendapat respons kurang baik daripada peminat yang menganggap itu sebahagian daripada publisiti murahan.

“Mungkin itu cara yang paling membantu untuk mendalami skrip,” tulis @ezranatasyaa.

“Makhluk halus memang wujud selagi dia tak ganggu kita abaikan saja tapi kalau tak tahan mintalah air penawar bagi pulih semangat balik,” cadang @NurulHayati.

“Cheap marketing,” tulis @fadzrinsazali.

Filem The Legend Of Pontianak turut dibintangi oleh Nur Fazura, Namron, Tony Eusoff dan Shenty Feliziana itu sedang dalam proses penggambaran di Pasir Salak, Perak.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter



Source link

read more

“SEMUA PIHAK” PERLU BERETIKA, BUKAN FARID JE!!! ~ SEMUT HITAM


Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.

Mungkin bagi sesetengah pihak, titah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Ibn Sultan Haji Ahmad Shah ini hanya dituju kepada Farid Kamil sahaja.

Sedangkan hakikatnya, kenyataan itu ditujukan secara terbuka. Semua pihak yang mendapat gelaran dari Negeri Pahang wajib menjaga etika selepas mereka menerima gelaran tersebut.

Tapi ramai yang hanya menumpukan perkara tersebut kepada Farid Kamil memandangkan dia sekarang sedang menjadi berita hangat dikalangan rakyat terutama sekali pengamal media sosial.

Dalam titah yang disiarkan melalui media semalam, Pemangku Raja Pahang menzahirkan rasa dukacita diatas perkara yang berlaku sehingga menyebabkan pelakon tersebut ditahan Polis.

“Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

“Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,” titah baginda kepada pemberita di sini semalam.

Baginda bertitah demikian ketika mengadakan lawatan ke atas mangsa kebakaran tiga buah rumah di Perkampungan Sungai Isap di sini yang hangus dijilat api dalam kejadian petang kelmarin.

Namun, ujar Tengku Abdullah lagi, baginda tidak mahu menghukum mana – mana pihak yang mendapat gelaran sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan undang – undang.

Dari satu sudut, sesiapa sahaja yang mengambil tindakan tidak mengikut etika yang telah ditetapkan, maka sewajarnya mereka memulangkan pingat kebesaran yang telah diterima secara sukarela.

Sebagai rekod, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir bertindak memulangkan darjah kebesaran yang diterima dari Negeri Selangor ekoran penghinaan yang dibuat terhadap bangsa Bugis.

Bagi sesetengah pihak, penghinaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu juga merupakan satu tindakan yang melanggar etika mereka yang telah menerima pingat kebesaran Negeri. Maka elok la jika dia pulangkan semula!!!




Source link

read more

Kemeriahan Pesta Ponggal disambut semua kaum – Subramaniam


BATU CAVES – Pesta menuai atau Ponggal yang dianjurkan oleh MIC peringkat negeri Selangor meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang termasuk yang berlainan bangsa bagi meraikan perayaan unik masyarakat India di Kuil Arulmigu Muniswarar, Batu Caves malam tadi.

Pesta ponggal itu yang dianjurkan bersama MIC Bahagian Gombak itu turut disertai masyarakat setempat, diiringi tarian kebudayaan dan persembahan artis tempatan.

Sambutan Ponggal yang bermula sejak 14 Januari lepas diraikan secara berperingkat dan hari ini sudah masuk hari ketiga dengan sambutan yang dikenali sebagai ‘Kanni Ponggal’ atau pesta untuk meraikan anak dara yang belum berkahwin.

 

Menurut Presiden MIC, Datuk Seri Dr. Subramaniam, beliau sangat teruja dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir menyaksikan keunikan perayaan yang sama.

Malah jelas beliau, kebudayaan serta keunikan pelbagai lapisan masyarakat di negara sangat dikagumi oleh dunia luar.

“Kita bukan sahaja kaya dengan pelbagai kebudayaan malah kelebihan kita sebenarnya kita hidup dalam keadaan harmoni dalam satu bumbung.

“Ini sebenarnya kelebihan yang kita miliki. Pada hari ini, bukan sahaja penganut Hindu datang meraikan ponggal sebaliknya juga pelbagai bangsa lain yang begitu teruja dan gembira untuk menyaksikan sendiri bagaimana pesta ini disambut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai sambutan perayaan Thai Ponggal di sini malam ini,

Semalam, Subramaniam ketika menyampaikan ucapan Ponggal, beliau menyeru kepada masyarakat India secara khasnya untuk sentiasa hidup bersatu padu dan bernaung di bawah satu payung perpaduan yang  kukuh bagi menghadapi cabaran politik mendatang.

Kata beliau, aspek perpaduan menjadi elemen penting memandangkan ‘suara kuat’ itu dapat membawa perubahan termasuk dalam bidang di luar politik seperti pendidikan, pembangunan sosial dan agama.

“Masyarakat India hanya sekitar 2.2 juta ketika ini, 7.1 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, mengapa kita tidak boleh utamakan perpaduan. Rata-rata tidak mahu hidup bersatu padu kerana ideologi politik yang berlainan

“Saya seru supaya kita semua berganding bahu memelihara dan kekalkan identiti masyarakat India dari segi adat, bahasa, kebudayaan dan sebagainya. Ini juga sebagai kelangsungan kemajuan masyarakat kita yang terkenal dengan pelbagai budaya,” ujarnya. – theRakyat

 



Source link

read more

UMNO yakin BN mampu pertahan semua kerusi di Parlimen Semporna


SEMPORNA: UMNO Semporna yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahan kesemua kerusi di Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) biarpun dijangka berdepan saingan daripada bekas pemimpin parti yang berpaling tadah.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata perkara itu berdasarkan keyakinan penduduk yang melihat usaha tulus ditunjukkan kerajaan negeri dan pusat dalam memberi keselesaan hidup kepada masyarakat daerah tersebut.

“Sambutan masyarakat terhadap UMNO, Alhamdulillah dan mereka jelas menerima kerajaan sedia ada.

“Kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik di dunia dan menyediakan pelbagai program bantuan yang mencakupi semua peringkat lapisan masyarakat termasuk program warga emas, orang kelainan upaya, bantuan pendidikan serta elaun nelayan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Nasir berkata penduduk sedar bahawa janji BN membantu rakyat telah terbukti lebih 60 tahun kerajaan sedia ada memerintah jika dibandingkan janji pembangkang yang omong kosong.

“Apabila UMNO bertapak di Sabah, parti ini sedaya upaya membawa kemajuan kepada setiap daerah dan tiket pembangkang kuat hanya pada cerita yang diuar-uarkan mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun UMNO kini sudah pulih seperti sedia kala, setiap anggota perlu berpegang kepada prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentingan diri sendiri serta terus bersatu memperkemaskan jentera.

“Ikhlas dan bersatu adalah senjata ampuh melawan pihak pembangkang. Kalau dulu lawan kita muka baharu muncul atau parti yang kita tahu kekuatannya bagaimana, tetapi kali ini lawan kita adalah bekas orang dalam kita,” katanya.

Sementara itu, Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang mahu 32 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Semporna bersedia berhadapan PRU14 dan mengemas kini data pengundi.

Selain itu, beliau turut mengingatkan semua anggota menolak segala propaganda serta dakyah negatif yang boleh melemahkan UMNO Semporna.

— BERNAMA



Source link

read more

Kesejahteraan umat Islam wajar dirasai semua insan – Nasional


TRANG, Thailand 13 Jan. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kesejahteraan umat Islam sebagai umat yang membawa rahmat ke seluruh alam, sewajarnya dirasai oleh semua insan di dunia ini.

Baginda bertitah, oleh sebab itu, tiada tempat di dalam agama itu ciri-ciri keganasan, sikap yang keras dan inklusif berhubung kebajikan, sebaliknya umat Islam dituntut bekerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaan.

“Ini selari dengan tujuan utama mewujudkan kesatuan umat yang bukanlah untuk bermusuh dengan pihak yang lain tetapi adalah untuk bersama-sama membina sebuah tamadun atau peradaban tinggi yang mengimbangi antara pembangunan material dan kebendaan serta keteguhan rohani.

“Sebuah tamadun sejahtera yang membawa kepada kehidupan manusia, kedamaian, hikmah dan kebijaksanaan, merentasi kaum, bangsa, tempat dan juga agama,” titah baginda.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat bercemar duli merasmikan majlis Penutupan Seminar Ummatan Wahidah 2018 di sini, hari ini.

Majlis itu dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama majlis-majlis agama Islam di enam wilayah Andaman bersempena program Ziarah Mahabbah MAIPs 2018.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Gabenor Wilayah Trang, Siriphat Phatthakul dan Naibnya, Chaiporn Pattanarak serta ahli-ahli majlis MAIPs dan ahli-ahli jawatan kuasa kewangan MAIPs.

Tuanku Syed Faizuddin seterusnya bertitah, perbezaan negara juga seharusnya tidak menghalang untuk kedua-dua umat Islam di negara berjiran itu saling bekerjasama membangunkan kekuatan ekonomi, pendidikan dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

Sebagai rekod, matlamat utama MAIPs melawat umat Islam di wilayah Andaman ialah untuk menyebarkan misi ummatan wahidah, iaitu umat yang satu, yang mencintai kebaikan dan kedamaian dalam kalangan manusia.

Pada masa sama, MAIPs yang diterajui baginda selaku Yang Dipertuanya berhasrat saling membantu membina tamadun dan kemajuan hidup sesama umat Islam agar menjadi penyumbang kebaikan kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum, bangsa, negara dan agama.

Antara ahli panel di seminar yang dihadiri 400 peserta tersebut ialah Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Rektor Universiti Fatoni Dr. Ismail Lutfi Abdul Rahman Japakiya.

Terdahulu daripada itu baginda berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh yang dipertua-yang dipertua majlis agama Islam di enam wilayah Andaman. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Meghan Markle tutup semua akaun media sosial



LONDON: Bakal isteri Putera Harry, Meghan Markle, telah menutup semua akaun media sosialnya bagi menghormati tradisi keluarga diraja Britain.

Istana Kensington dalam sebuah kenyataan memaklumkan mengenai tindakan pelakon terkenal Hollywood itu yang telah memadam akaun Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.

Istana itu turut berkata, Markle sangat berterima kasih dengan semua peminat yang mengikuti perkembangannya di media sosial sejak bertahun lamanya dan dia sudah lama tidak menggunakannya.

Bagi mereka yang masih mahu mengikuti perkembangan hidup Markle, Istana Kensington turut mempunyai akaun media sosialnya sendiri.

Terdahulu pada Selasa, pasangan itu membuat lawatan di sebuah stesen radio komuniti di Brixton di mana ratusan orang ramai beratur di jalanan bagi menyambut kehadiran mereka.

Ia merupakan lawatan rasmi kedua pasangan itu selepas mengumumkan pertunangan mereka pada November.

Markle dan Harry bakal berkahwin pada 19 Mei di Istana Windsor.



Source link

read more

MalaysiaMemilih Pengundi mahu semua parti angkat agenda Melayu


PASIR GUDANG: Mengangkat kepentingan Melayu dan menjadikan ia sebagai agenda utama setiap parti politik merupakan harapan pengundi di Pasir Gudang.

Bagi pengundi Melayu di kawasan Parlimen tersebut, isu kepentingan komuniti itu sentiasa relevan bagi setiap parti politik.

Mereka berpandangan, kepentingan Melayu perlu diterapkan dalam sektor ekonomi, pemilikan rumah dan menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Memang perlu kepentingan orang Melayu itu diutamakan. Ini sudah ada dari awal. Cuma perlu ikut sahaja, jangan dikurangkan,” kata Azmi Mohd Khamis, seorang penjaja buah di sini.

Sementara itu, Muaazam Nganain pula melihat kepentingan Melayu yang perlu diutamakan termasuk dalam isu pemilikan rumah.



Source link

read more

MalaysiaMemilih Agenda Melayu perlu jadi keutamaan semua parti – penganalisis


KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dalam tempoh terdekat, paling lewat ia perlu diadakan pada Ogos tahun ini.

Setiap parti sedang membuat persiapan peringkat akhir untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada PRU14 akan datang.

Semua parti yang bertanding mempunyai agenda masing-masing untuk menawan hati pengundi dan memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Namun, penganalisis politik berpendapat, parti-parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan perlu menjadikan isu kepentingan orang Melayu sebagai agenda utama mereka kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi merupakan kawasan majoriti Melayu.

“Saya rasa selepas dua kali PRU, pengalaman dua kali PRU, kita melihat pakatan pembangkang gagal mendapat undi yang cukup untuk menang, terutama di peringkat Putrajaya.

“Buat kali ini, nampaknya pakatan pembangkang tidak dapat bersatu sepenuhnya, sepertimana pilihan raya sebelum ini.

“Justeru itu, strategi politik khusus kepada orang Melayu itu menjadi perkara yang sangat penting, bukan saja untuk menang di peringkat Putrajaya, tetapi juga kekal di kerusi-kerusi sedia ada dan negeri-negeri yang pernah dikuasai pakatan pembangkang,” kata penganalisis politik, Hasmi Hashim.

Seorang lagi penganalisis politik, Hisomuddin Bakar yang juga Pengarah Eksekutif Ilham Centre berpendapat, Pakatan sukar mendapat undi Melayu jika tidak mengangkat agenda Melayu dalam perjuangan mereka.

“Bagi Pakatan, sebenarnya bila mereka menumpukan di 165 kerusi Parlimen, agenda Melayu ini perlu dilihat sebagai agenda paling ke depan untuk mereka tawarkan kepada 15 juta pengundi, sebab pertembungan sengit adalah di kawasan majoriti Melayu,” katanya.



Source link

read more

Bukan semua anak Karpal sokong Tun M


PULAU PINANG – Nampaknya bukan semua anak beranak mendiang Karpal Singh bersetuju dengan pembangkang.

Terbaharu, anak perempuan orang kuat DAP itu, Sangeet Kaur Deo berpendapat pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan (PH) seolah-olah gabungan pembangkang ketandusan pemimpin muda.

Seperti biasa mengulas kritikan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan bantahan Sangeet tidak memberi kesan besar.

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang itu yakin keputusan menamakan Mahathir itu disokong majoriti ahli DAP.

“Ahli DAP yang setia akan sokong, namun ada yang berpura-pura berada dalam parti tetapi tidak sokong keputusan parti,” katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam, selain mempersoal keputusan itu, Sangeet juga mendakwa PH semakin kekurangan strategi kerana mereka sepatutnya menumpukan soal dasar dan prinsip.

Beliau juga dilaporkan berkata, sekiranya ayahnya masih hidup karpal juga tidak bersetuju dengan pemilihan Mahathir.-theRakyat



Source link

read more

Persempadanan semula dahulu dibuat untuk keadilan semua kaum – Abdul Rashid



SHAH ALAM: Persempadanan semula bagi pilihan raya yang dibuat pada tahun 2003 dilaksanakan mengikut prinsip keadilan bagi semua kaum.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata lebih banyak kerusi campuran diwujudkan ketika itu untuk memastikan wakil rakyat yang dipilih memberi perhatian yang sama kepada semua komuniti.

“Ini prinsip yang saya pegang ketika itu.

“Tidak pernah persempadanan dibuat untuk memberi kelebihan kepada parti pemerintah,” jelas Abdul Rashid yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara tahun 2000 hingga 2008.

Tambah beliau, SPR ketika dibawah kendaliannya pernah menerima aduan daripada pengundi tentang wakil rakyat tidak mengambil tahu hal mereka.

“Atas sebab itulah banyak kerusi campuran diwujudkan. Kita nak pastikan wakil rakyat beri perhatian kepada semua komuniti tanpa mengira kaum,” jelas beliau



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons