KARTEL AZMIN DIBERI AMARAN KERANA UGUT PRESIDEN PARTI??? ~ SEMUT HITAM


Selepas spekulasi Tian Chua keluar parti tidak menjadi kenyataan, Otai Reformis pula tampil membidas Ketua Wanita Zudaida Kamaruddin, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali, dan pasukan ‘Kartel’.

“Pemilihan calon bagi DUN negeri dan parlimen yang diputuskan oleh presiden parti tidak perlu dipertikaikan lagi, khususnya dari kumpulan pendesak ketua wanita dan pasukan timbalan presiden yang dilabelkan Kartel.

“Otai Reformis 1998 dan aktivis-aktivis parti PKR menentang keras ugutan dan penentangan terhadap keputusan presiden.

“Dasar pemilihan calon telah ditetapkan KPI yang digariskan telah diambil kira serta pengorbanan calon pada tahun tahun sebelumnya diambil kira,” kata setiausaha kumpulan veteran aktivis reformasi 1998 itu, Shaiful Ariffin.

Dalam kenyataan petang semalam, Shaiful berkata Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah membenarkan semua saluran sedia ada untuk mengemukakan senarai calon.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Shaiful mengesahkan istilah ‘Kartel’ itu merujuk kepada Azmin dan Zuraida. Diminta menjelaskan maksud ugutan itu, Shaiful menjelaskan terdapat ugutan peribadi yang tidak perlu dijelaskan.

Ditanya berkaitan pertemuan yang diadakan diantara Mak Lampir Zuraida dan Wan Azizah sebelum ini, Shaiful berkata terdapat perbincangan ringkas tetapi belum jelas apa isi perbincangan tersebut.




Source link

read more

NURUL IZZAH DIDAKWA CUBA “JUAL” KERUSI??? ~ SEMUT HITAM


Baru – baru ini terdengar khabar angin yang mengatakan bahawa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah cuba ‘menjual’ kerusi PRU kepada beberapa individu tertentu dikalangan ahli parti itu sendiri.

Dengar katanya, Si Nurul Izzah tu didakwa cuba meminta wang daripada beberapa orang – calon yang berpotensi, sebelum menjanjikan kerusi kepada individu – individu berkenaan. Betul ke?

Perkara ini sudah tersebar di beberapa blog sehingga ianya mendorong Pengerusi NGO Anti-Jenayah, Sri Sanjeevan membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan terhadap Nurul Izzah.

Menurut Sanjeevan, dia turut mendapat maklumat mengenai perkara tersebut daripada pihak dalaman yang tidak didedahkan kepada umum. Laporan kepada SPRM juga akan dibuat dalam masa terdekat.  

Sekiranya betul khabar angin yang diterima ini, nampak gayanya Nurul Izzah yang juga merupakan ikon PKR itu hanya sekadar bertopengkan di sebalik slogan demokrasi saja lah.

Namun, jika khabar angin yang diperkatakan itu tidak benar, maka sudah tentu Si Nurul Izzah tu perlu mengambil tindakan keatas mereka yang menyebarkannya, terutama sekali terhadap Sanjevan.

Apa yang pasti, perbuatan rasuah amat bertentangan dengan konsep demokrasi. Tak tahulah sekiranya Si Nurul Izzah akan tampil nafikan atau tidak, kerana nama – nama dan wajah pemimpin yang dikaitkan itu sudah terpampang. Atau mungkin Izzah akan salahkan Umno juga macam biasa. Taktik lapuk!




Source link

read more

BILA PKR MULA TAK KENAL AHLI SENDIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Nampak gayanya, PKR kini sedang berhadapan dengan sindrom hilang ingatan apabila mereka menafikan wujudnya dikalangan ahli yang tidak menerima kehadiran Tun Mahathir.

Mungkin pucuk pimpinan PKR kini terlupa bahawa mereka telah mendoktrinkan dalam kepala otak pengikut – pengikut mereka supaya membenci bekas Perdana Menteri itu selama 19 tahun.

Sindrom penafian atau Denial Syndrome PKR itu membuktikan bahawa parti berkenaan sedang cuba untuk meyakinkan rakyat supaya menerima dosa – dosa yang didakwa telah dilakukan oleh Tun Mahathir.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kumpulan yang menggelarkan diri sebagai ‘Otai Reformasi’ pernah membuat bantahan terbuka mengenai kedudukan Tun Mahathir dalam Pakatan.

Walaupun pada ketika ini, kumpulan Otai Reformasi itu sanggup menggadaikan prinsip perjuangan mereka menentang Tun Mahathir, namun masih ramai lagi ahli PKR yang tidak boleh menerima Tun Mahathir.

Secara umum, rakyat sendiri menyedari hakikat tersebut. Dan pucuk pimpinan PKR sendiri pun sudah sedia maklum. Tetapi mereka masih cuba nak menegakkan benang yang basah dan menipu diri sendiri.

Realitinya, PKR kini bukan sahaja berada dalam keadaan terdesak mahu menumbangkan Barisan Nasional sehingga terpaksa menipu rakyat secara terbuka. Malah mereka juga sedang dilanda penyakit Kemaruk Lupa Ingatan persis orang yang sudah berusia 93 tahun!!!




Source link

read more

AHLI SERTAI PAS BUAT DAPigs KEMALUAN!!! ~ SEMUT HITAM


Tindakan seorang ahli DAPigs yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS semalam merupakan satu tamparan yang cukup hebat bagi parti tersebut secara terbuka.

Ianya membuktikan bahawa didalam kepimpinan DAPigs hari ini wujud konflik serta perbalahan dalaman diantara mereka dan ianya tidak dapat diselindungi dari pengetahuan rakyat.

Tindakan ahli DAPigs itu yang turut dinamakan sebagai calon PAS bagi kawasan DUN Tras, Raub itu menunjukkan bahawa ada dikalangan ahli parti itu yang tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan parti.

Secara tidak lansung, tindakan itu juga memalukan bakal calon DAPigs yang juga merupakan bekas ADUN Mentakab yang sebelum ini pernah menghina institusi Islam di Pahang.

Mana tidaknya. Bekas ADUN Mentakab itu merupakan anak kepada salah seorang pengasas PAS Kawasan Raub, tetapi dia mengikuti haluan yang berlainan dari bapanya dan menyertai DAPigs.

Maka, penyertaan ahli DAPigs yang juga merupakan Naib Pengerusi Kawasan Raub itu sedikit sebanyak membuktikan bahawa parti yang diasaskan oleh bekas ADUN Mentakab itu lebih baik dari parti yang disertainya pada ketika ini!!!




Source link

read more

DAPigs GUNA MAGIK SEBALIK NAMA MELAYU!!! ~ SEMUT HITAM


Pengundi kaum Melayu diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan permainan halus DAPigs dalam PRU ke 14 kali ini. Mereka akan lakukan apa sahaja taktik keji untuk memenangkan parti Chauvanis itu.

Mula-mula DAPigs pakai topeng PKR bagi calon-calon mereka. Dari situ mereka raih simpati kononnya selepas berpuluh tahun berpilihan raya, buat pertama kalinya logo roket tidak dipakai.

Terbaru, demi nak menunjukkan DAPigs itu sebuah parti yang tidak menyisihkan mana-mana kaum, mereka buat kenyataan pula, inilah pilihan raya yang julung kalinya menampilkan paling ramai calon Melayu di Semenanjung.

Dengan mendakwa hal itu sebagai perkembangan terbaik dalam landskap politik mereka, namun hakikatnya, DAPigs cuba mengaburi mata rakyat dari melihat perkara sebenar. Mereka tetap Chauvanis.


Satu demi satu kenyataan berbaur ‘manis’ sengaja ditabur DAPigs untuk menunjukkan ia parti mesra Melayu. Tetapi percayalah, semua itu hanya lakonan Politik DAPigs semata – mata.

Realitinya, walaupun DAPigs letak ramai calon Melayu, tetapi dasar perjuangan mereka tetap tidak berubah. Mereka tidak akan memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan tetap mempertikaikan kedudukan serta kesucian Islam secara terang  – terangan!!!




Source link

read more

DAPigs TIADA PRINSIP, KORUP DAN RASUAH!!! ~ SEMUT HITAM


Bekas Pengerusi DAPigs Johor Dr Boo Cheng Hau yang juga penyandang DUN Skudai berkata kepimpinan DAPigs tidak berguna kerana mereka tiada prinsip dan berkompromi dengan rasuah.

Dr Boo berkata Lim Kit Siang sepatutnya mengajar anaknya, Lim Guan Eng supaya menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dan bukannya cuba nak membela kesalahan yang telah dilakukannya.

“Boo juga mengatakan kepimpinan DAP harus tahu bahawa jika mereka rosak, mereka bukan sahaja harus berhenti bertanding tapi harus meninggalkan DAP dan tidak mencemarkan nama dan reputasi parti.

“Dari ribuan calon dari berpuluh-puluh parti, hanya satu calon akan bertanding ketika masih berada di bawah satu kes mahkamah jenayah yang sedang berlangsung untuk dua pertuduhan rasuah terhadapnya,” ulas LSS berkenaan kenyataan Boo itu.

Apa yang jelas, kenyataan ahli DAPigs itu membuktikan bahawa pucuk pimpinan parti itu hanya sekadar pandai memperbodohkan rakyat dengan menyembunyikan kesalahan mereka sendiri.

Pokok pangkalnya, DAPigs merupakan sebuah parti yang bukan sahaja Chauvanist, tetapi Retorik. Mereka tidak mempunyai sebarang prinsip, mengamalkan rasuah secara terbuka dan tidak sewajarnya menjadi pilihan kepada rakyat!!!




Source link

read more

PKR RASUAH, ANAK IKAN MAK LAMPIR KANTOI MENIPU!!! ~ SEMUT HITAM


Imej ‘Suci’ yang cuba dipamerkan oleh PKR sebelum ini nampak gayanya terus tercalar apabila Anak Ikan kepada Si Mak Lampir ni kantoi MENIPU dalam laporan yang dibuat kepada SPRM.

Dia dihadapkan enam tuduhan melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, antara 9.00 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Februari 2017, dan antara 9.00 pagi dan 2.00 petang, 22 Februari.

Pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mentua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.

Mengikut pertuduhan pertama dan ke-2, Anak Ikan Si Mak Lampir itu didakwa memberi pernyataan palsu kepada dua pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi pertuduhan ke-3 sehingga ke-6, Si Anak Ikan Mak Lampir itu dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucar tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.

Dakwaan kekayaan Anak Ikan Si Mak Lampir itu, pertama kali dibongkar oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, berhubung rumah banglo dua setengah tingkat yang separa siap di Kampung Melayu Ampang.




Source link

read more

TIAN CHUAK MENGAKU, PKR SUKA SELAK KAIN SENDIRI??? ~ SEMUT HITAM


PKR ketika ini sedang berada diambang perpecahan yang cukup ketara apabila salah seorang pemimpinnya secara tidak sengaja mengakui bahawa parti itu mempunyai perbalahan dalaman.

Kenyataan yang dibuat oleh Tian Chuak sebelum ini memberi gambaran yang cukup jelas bahawa wujud persengketaan didalam parti itu seperti mana yang telah dilaporkan sebelum ini.

Namun, seperti biasa, Tian Chuak yang sudah menjadi Pencacai dalam parti itu akan menafikan kewujudan perbalahan tersebut bagi menutup kemaluan PKR dari terdedah kepada umum.

Walaupun Si Tian Chuak tu kata yang dia akan tetap bersama dengan PKR, ianya tidak cukup untuk mempengaruhi rakyat yang dapat melihat kepincangan parti itu secara terang – terangan.

Jika tidak, kenapa Si Tian Chuak tu cuba memberi peringatan kepada pucuk pimpinan parti agar berhati – hati dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi calon dalam PRU kali ini?

“Saya masih berharap pemimpin kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai kekuatan untuk bertahan dengan tekanan.”

Soalnya, tekanan itu datangnya dari siapa? Siapa yang berani mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Presiden parti itu secara terbuka? Tidakkah itu membayangkan bahawa PKR kini diambang perpecahan?



Bahkan, Naib Presiden PKR itu sendiri turut dilapor laman media Pro Pakatan mendakwa kononnya Wan Azizah menolak senarai 8 orang calon yang Pro Azmin bagi Pilihan Raya Umum kali ini.



Bayangkan. Belum pun parti itu dapat memerintah Negara, dah ada yang mula gila kuasa. Sedangkan nak jadi Menteri Besar pun ada yang sanggup mencantas orang lain dengan menggunakan taktik Politik Longkang. Jadi, bagaimana diorang nak jaga Negara jika dalam parti pun masih berebut kuasa sesama sendiri!!!




Source link

read more

MANIFESTO SAMPAH PUNCA PAKATAN SEBAR FITNAH!!! ~ SEMUT HITAM


Hanya semata – mata kerana puak Pakatan Haprak tu sendiri GAGAL menjual hasil ‘produk’ yang ditawarkan kepada rakyat membuat mereka mula menjadi semakin terdesak tak tentu arah.

Dek kerana manifesto sampah yang dihidangkan kepada rakyat sebelum ini hanya sekadar ‘Janji Syok Sendiri’ pemimpin atasan membuatkan Pakatan Harpak tu terpaksa mencari idea lain.

Namun jalan singkat yang mereka cuba untuk mempengaruhi rakyat nampak gayanya masih menemui jalan buntu. Fitnah yang cuba disebarkan sudah menjadi bahan tepu yang tidak diterima rakyat.

Maka sebab itu puak Pakatan Haprak tu menjadi kian terdesak untuk menimbulkan kekeliruan serta mewujudkan keraguan dikalangan rakyat terhadap perkara – perkara yang tak masuk akal.

Tindakan puak Pakatan Haprak tu pada ketika ini hanya ibarat sama seperti orang tua yang cuba menakutkan budak – budak dengan cerita hantu padahal mereka sendiri tidak percaya hantu itu wujud.

Dan kerana kelemahan mereka dalam mengurus-tadbir parti sendiri pun berkecamuk dengan pelbagai isu dalaman membuatkan puak Pakatan Haprak tu menjadi semakin tertekan.

Jadi diorang cuba kaitkan dengan orang lain dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan yang bukan – bukan, termasuk isu pemlihan UMNO yang dibangkitkan baru – baru ini bagi menutup kemaluan diri sendiri.

Apa yang jelas, tindakan puak Pakatan Haprak ini membuktikan bahawa mereka bukan sahaja sedang berada dalam keadaan terdesak, tetapi mereka juga GAGAL untuk mendapatkan keyakinan rakyat bagi menggantikan Barisan Nasional dalam PRU kali ini!!!




Source link

read more

AHLI KECEWA PKR DAH JADI PARTI “SONGSANG”!!! ~ SEMUT HITAM


Di sebalik tindakan pucuk pimpinan PKR yang cuba menjalin hubungan bekerjasama dengan Tun Mahathir, ianya masih lagi mendapat tentangan hebat diperingkat akar umbi parti itu secara terbuka.

Bagi pengikut – pengikut tegar parti itu masih tetap menganggap kezaliman yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim sebelum ini tidak sepatutnya dimaafkan dan dilupakan begitu sahaja.

Menurut mereka, pimpinan tertinggi parti tak sepatutnya membenarkan bekas Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai Mahazalim itu bertanding menggunakan logo parti untuk bertanding dalam PRU kali ini.

Malah tindakan pucuk pimpinan parti yang merestui pencalonan Tun Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Haprak itu juga turut dianggap sebagai satu tindakan yang tidak berprinsip.

Dakwa mereka, keputusan yang ditentukan oleh pucuk pimpinan PKR itu sedikit sebanyak telah mengundang rasa kecewa dikalangan 60% daripada 200,000 orang ahli parti sehingga ke hari ini.

Tapi malangnya, perkara itu sedikit pun tidak menarik perhatian pucuk pimpinan PKR yang jelas tidak mengendahkan suara yang cuba disampaikan oleh akar umbi parti itu sebelum ini.

Sebaliknya, Wan Azizah mahupun Nurul Izzah yang dulu beriya menangis mengenangkan penderitaan Anwar sekarang semua sudah berubah. Mereka pulak yang paling bangga dan teruja menyanjung Tun Mahathir mengalahkan demi mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!




Source link

read more