Peter Davis pening bila anak jadikan kereta kanvas seni



Hujung minggu adalah untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju Peter Davis ini sangat lucu.

Peter kelihatan pening dengan kerenah anaknya-anaknya apabila ditinggalkan selama hanya 10 minit, dan hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.



Source link

read more

Pening kepala Peter Hugh Davis bila anak jadikan Audi putih kanvas seni



HUJUNG minggu merupakan waktu terbaik untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju kacak Peter Hugh Davis ini boleh buat kepala pusing.

Mana tidaknya, baru tinggalkan 10 minit, hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.

“Saya hanya tinggalkan 10 minit! Inilah hasil seni anak-anak saya,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #WhenYouLetKidsRunRiot, #HandPainting dan #Parenting101.

Foto Peter menepuk dahi sambil bercekak pinggang di sebelah kereta Audi putih yang dipenuhi lakaran pelbagai warna itu mengundang reaksi melucukan dalam kalangan netizen.

“Kita sepatutnya berbangga dengan bakat artistik mereka,” tulis @mohd_shazlan.

“Eh cool lah. Mereka sangat kreatif. Saya pun mahu juga,” tambah @uddzainuddin.

“Karya satu dalam sejuta,” tulis @aziph pula.

Peter yang bakal muncul dalam tiga buah filem tahun ini memiliki dua cahaya mata Preston, 8, dan Parker, 3.



Source link

read more

Diburu Ah Long 300 penggiat seni tempatan minta bantuan – Presiden Seniman



KUALA LUMPUR : Lebih kurang 300 penggiat seni di negara ini sedang dikejar Ah Long.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi jumlah aduan terkumpul yang diterima persatuan tersebut melewati pertengahan tahun 2015 hingga 2017.

“Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela,” katanya.

Ketika ditanya apakah punca yang menyebabkan perkara ini terjadi, Zed berkata punca pencarian sumber rezeki mereka terjejas dek kerena limpahan penggiat seni di negara ini.

“Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri?

“Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini,” ujar Zed.

Tambahnya lagi, Seniman bukan persatuan untuk mencari kerja atau show kepada penggiat seni tetapi  mencari peluang pekerjaan buat mereka.

“Terbaharu saya ke Indonesia bersama Seniman bagi mencari peluang untuk penggiat seni di negara ini bekerja di dalam industri negara mereka,” tambahnya.

Menurutnya lagi, anak seni negara ini perlu menjadi serba boleh agar dapat diterima dalam industri.

“Mereka perlu menjadi versatil dan multi-talented. Mereka perlu cuba pelbagai bidang dan bukan hanya tertumpu kepada satu.

“Mereka harus cuba menjadi penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara agar sumber pendapatan mereka bertambah,” tegasnya.

Baru-baru ini, akhbar Metro Ahad melaporkan lebih kurang 300 penggiat seni tempatan kini menjadi buruan ceti haram di negara ini.

Laporan itu turut melampirkan jumlah statistik artis yang terlibat dengan anggaran pinjaman mencecah RM10,000.



Source link

read more

Seni persembahan tidak terkubur | Astro Awani



“I believe the current state of performing arts in Malaysia has never been better”

INI adalah pandangan Penerbit Eksekutif dan Pengasas Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Datuk Faridah Merican, kepada AWANI REVIEW.

Faridah telah berkongsi pandangan beliau tentang keadaan seni persembahan di Malaysia.

Beliau percaya bahawa seni persembahan di Malaysia pada masa kini lebih baik jika dibandingkan dengan pada masa lalu kerana mempunyai persembahan profesional yang diadakan di pusat-pusat seni persembahan Malaysia.

Beliau juga menjelaskan bahawa sektor pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan industri seni persembahan.

Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul Catch Them Early, ‘Act’ Them Young.

Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang keadaan seni persembahan di Malaysia dan langkah untuk mengembangkan lagi industri tersebut.



Source link

read more

UniSZA iktiraf enam pendokong seni warisan – Pendidikan


KUALA TERENGGANU 20 Dis. — Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini memberi penghormatan dengan mengiktiraf enam pendokong seni tempatan dalam pebagai cabang penglibatan yang sekian lama membantu memberi nafas dan menyuburkan warisan negeri.

Dalam Majlis Apresiasi Seni dan Warisan UniSZA 2017 di sini, anugerah Pesona Tempa Nusa diberikan kepada pengusaha tembaga, Wan Mahadi Wan Ismail manakala Zaharah Hamid, seorang penari tradisional menerima Pesona Temurun Warisan Tari di samping pengukir batu permata, Johan Mustafa menerima anugerah Pesona Seri Jemari.

Penggiat rodat, Razak Senik pula menerima Pesona Libur Rakyat, dan penyanyi asal lagu ‘Ulek Mayang’, Wan Salmah Wan Sulaiman diangkat sebagai penerima Anugerah Pesona Temurun Warisan Nyanyi manakala penggubah lagu rakyat, Mohamed Zamani Taha menerima Anugerah Pesona Aksara Qalbu.

Pengarah Pusat Seni dan Warisan UniSZA, Prof. Madya Sahar Sa’di Hashim berkata, seramai enam tokoh yang berbeza latar belakang dalam bidang kesenian dipilih untuk menerima penghargaan tersebut.

“Setiap yang dipilih untuk menerima penghargaan ini mempunyai kehebatan dan kelebihan masing-masing.

“Jika diteliti, hasil-hasil karya penerima anugerah ini pernah diangkat sehingga ke peringkat antarabangsa pada satu ketika dahulu dan tidak dapat dinafikan Terengganu merupakan sebuah negeri yang sering dirujuk oleh pelbagai golongan untuk mendalami keaslian seni warisannya,” katanya.

 Majlis Apresiasi  dan Warisan UniSZA: Akar Rasa 1.0  dikelolakan oleh kumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) sebagai satu tanggungjawab sosial korporat kepada penggiat seni.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Siapa netizen mengecam pengurniaan Datuk kepada insan seni – Nasional


PEKAN 16 Dis. – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil menyelar tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan penganugerahan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepada insan seni seperti dirinya.

Farid Kamil Zahari, 36, yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu berkata, kecaman itu wujud disebabkan netizen tidak mempunyai sebarang ilmu atau pembelajaran khusus tentang adat-adat Kesultanan Melayu Pahang.

“Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang memberikan penganugerahan itu adalah atas titah Sultan Pahang.

“Saya berharap mereka lebih baik diam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

Selain Farid Kamil, pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz turut menerima DIMP yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam istiadat kali ini, seramai 167 penerima menerima pingat dan darjah kebesaran dengan 21 penerima dianugerahkan Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri; lima penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera.

Manakala, seramai 12 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 78 penerima DIMP dengan kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai enam orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (lapan orang) dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) (20 orang), sembilan enam orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan 13 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Seni Orang Asli dapat penghargaan dibawa ke Australia



KUALA LUMPUR: Seorang artis komuniti Temuan, Orang Asli di Selangor, Shahar A/L Koyok mencipta sejarah tersendiri apabil terpilih untuk mengkaji seni dan karya orang asli di Galeri Kebangsaan Australia.

Pemilihan ini juga dilihat dapat mengangkat martabat budaya orang asli di Malaysia.

Shahar merupakan antara penerima Geran Penyelidikan Anugerah Merdeka bagi Penempatan Antarabangsa 2017, hari ini.

“Kajian saya memberi fokus terhadap karya-karya seni penduduk asal dalam konteks meraikan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia di samping menekankan semangat Merdeka,” kata Shahar.

Selain Shahari, dua individu lain juga telah dipilih sebagai penerima geran yang sama.

Penganugerahan tersebut diumumkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzudin Shah, Sultan Perak selaku Penaung Diraja Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka dalam satu majlis khas di Menara Berkembar Petronas, di sini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dalam ucapan baginda bertitah, Anugerah Merdeka ini bertujuan untuk memupuk budaya cemerlang, mengalakkan pemikiran berkepimpinan dan invoaso serta memperluaskan dasar pandang global.

“Bagi mewarisi legasi untuk generasi mendatang, satu-satunya cara, adalah dengan mengekalkan kejayaan Malaysia sebagai pemain global yang dinamik, berdaya saing dalam sektor yang merangkumi sains dan teknologi serta seni dan kemanusiaan.

“Tiga orang bakat muda Malaysia yang bersemangat perintis ini berpeluang mendapat manfaat daripada kerjasama bersama pakar-pakar terbaik dunia, mengumpul pengalaman berharga bagi bidang mereka dan mencari penyelesaian terbaik untuk kemaslahatan masyarakat sejagat,” titah baginda.

Bagi Dr. Sophia, beliau yang berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidikan Perubatan mahu menyelidik secara terperinci dalam pengajian lipidomic dalam mendapatkan maklumat tentang risiko penyakit kardiovaskular dalam konteks tempatan.

Sementara itu, Dr. Zetty pula akan memberi tumpuan kepada kajian mengnai rumpai laut di Malaysia sebagai rawatan alternatik untuk epidemik pangkal batang yang dilihat dapat mengurangkan kulat pada kelapa sawit secara ketara.

Ketiga-tiga penerima geran ini akan menerima penempatan jangka masa pened dalam memilih dan melaksanakan projek atau program kerjasama di institusi, syarikat, agensi dan organisasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa selama tiga bulan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi anak-anak syarikat Exxon Mobil, Edward E. Graham.



Source link

read more

Ilham pembangunan mampan melalui ‘Pertandingan Seni TRX’ – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Aspirasi mewujudkan bandar raya mampan di masa hadapan kini dapat diilhamkan pelajar institusi pengajian tinggi negara melalui Pertandingan Seni TRX yang dilancarkan TRX City Sdn Bhd (TRX City) buat julung kalinya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmar Talib berkata, wadah sedemikian bagi menzahirkan visi golongan belia dalam mencorak persekitaran pusat kewangan baharu negara menerusi seni visual kreatif selari dengan misi pembangunan hijau dapat dilaksanakan.

Katanya, pertandingan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) itu terbuka kepada semua pelajar yang merupakan warganegara dan berumur 16 tahun ke atas bagi menyertainya sebelum berakhir 30 November 2017 depan.

“Kerjasama bersama JAS WPKL ini bertujuan memperkasakan golongan belia negara mengenai aspek pembangunan mampan melibatkan komuniti melalui platform kreatif ini agar ekosistem TRX sebagai pusat kewangan antarabangsa serantau dapat direalisasi.

“Peluang ini juga dapat mendekati golongan muda negara di samping mengetahui lebih lanjut aspirasi serta melihat manifestasi idealisma dan tenaga kreatif mereka diterjemahkan dalam pembangunan ini,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Pertandingan Seni TRX menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,500 untuk direbut dengan pemenang utamanya bakal membawa pulang RM5,000. Penyertaan serta syarat-syarat pertandingan boleh didapati dengan melayari pautan trx.my/city untuk maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

‘PJ Fair 2017’ padat dengan seni, budaya sejagat – KL & Putrajaya


PETALING JAYA 4 Nov. – Lebih 8,000 warga Petaling Jaya tidak putus-putus membanjiri Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya di sini sempena ‘PJ Fair 2017’ yang sarat dengan pelbagai aktiviti riadah dan warna-warni persembahan kebudayaan sehingga lewat malam ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain berkata, penganjuran masuk tahun kelima yang bertemakan Festival Kesenian Rakyat (Folklore Festival) itu merupakan antara pelan strategik yang terkandung dalam Pembangunan Mampan PJ 2030 khususnya yang berkait dengan budaya dan komuniti.

Katanya, aspek kebudayaan jadi teras festival tahunan itu antaranya persembahan kebudayaan dari dalam dan luar negara, demonstrasi makanan, jualan buah-buahan tempatan termasuk mengetengahkan budaya baharu seperti ‘urban dance’, ‘busking’, ‘foodgasm’ serta pertandingan kayak dan memancing.

“Delegasi dari negara luar iaitu ‘PJ Sisters City’ turut memeriahkan festival malam ini iaitu Kota Bandung (Indonesia), Asan City dan Seong Bok-gu (Korea Selatan) serta Miyoshi (Jepun). Sekali gus mewujudkan silang budaya,” katanya semasa berucap merasmikan ‘PJ Fair 2017: Festival Kesenian Rakyat’ di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons