Pas Sabah bertanding di 26 kerusi, dengan seorang calon bukan Islam – Politik


KOTA KINABALU 22 April – Pas Sabah akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan seorang calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Calon bukan Islam itu ialah seorang petani, Satail Majungkat merangkap Naib Ketua DHPP Penyokong Pas Sabah bakal bertanding di DUN Kadamaian di Parlimen Kota Belud.

Pengumuman calon-calon yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyaksikan pertambahan sebanyak 15 kerusi yang akan ditandingi oleh Pas pada PRU-14.

“Dahulu kita hanya bertanding 11 kerusi melibatkan dua kerusi Parlimen dan sembilan kerusi DUN.

“Dalam PRU-14, dua calon wanita turut dipertaruhkan serta menampilkan 17 calon baharu di kerusi Parlimen dan DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pengisytiharan calon PRU-14 Pas Sabah di Hotel Tabung Haji di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Seorang lagi ditahan, tipu sijil pentauliahan – Politik


KUALA LUMPUR 19 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi individu kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengeluaran sijil pentauliahan menggunakan nama beberapa universiti swasta di negara ini.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya yang terletak di ibu negara hasil maklumat yang diperoleh pasukan penyiasat.

Menurut sumber, suspek yang mempunyai perniagaan sendiri itu merupakan pembekal sijil-sijil palsu selepas mendapat tempahan daripada pembeli.

“Beberapa lagi individu turut dikenal pasti bagi membantu siasatan berhubung kegiatan ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Duterte arah siasatan ke atas seorang biarawati Australia



MANILA: Filipina mengesahkan telah mengarahkan siasatan ke atas seorang biarawati warga Australia selepas didapati menghina pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte.

Bagaimanapun, Duterte berkata dakwaan yang mengatakan biarawati tersebut, Patricia Fox direman adalah tidak benar.

“Saya mengarahkan agar Fox disiasat, tidak dihantar pulang ke negara asal dan tidak ditahan reman.

“Sebaliknya saya menjemput dia untuk disoal siasat atas salah laku yang dilakukan.” jelasnya.

Pada Isnin Fox dibawa ke Biro Imigresen Filipina dari rumahnya di Manila sebelum dibenarkan keluar pada Selasa.

Fox didakwa menyertai perarakan badan bukan kerajaan yang mengutuk tindakan Duterte menguruskan isu kemiskinan di kalangan rakyatnya.

“Ia adalah tindakan mencemari kedaulatan negara ini.

“Kami tidak pernah melakukan perkara seumpama terhadap Australia, kami tidak juga melakukannya terhadap negara eropah.

“Kenapa dia tidak mengeluarkan kenyataan itu terhadap kerajaan Australia? Di sana juga ada kepincangannya,” jelas beliau.

Kenyataan Duterte itu merujuk kepada gesaan yang dibuat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Australia agar mengambil tanggungjawab ke atas 800 pelarian dan pencari suaka yang terkandas di Papua New Guinea.



Source link

read more

Enjin Pesawat Meletup, Seorang Penumpang Maut – MYNEWSHUB


PHILADELPHIA – Enjin pesawat Southwest Airlines dari New York ke Dallas meletup menyebabkan seorang penumpang maut dan memaksa pendaratan cemas, tragedi pertama membabitkan penerbangan komersial Amerika Syarikat (AS) selama hampir sedekad.

Pesawat Boeing 737-700 berlepas tanpa sebarang insiden namun beberapa minit selepas itu penumpang mendengar letupan pada enjin kiri, menyebabkan serpihannya berterbangan menembusi tingkap dan topeng oksigen terkeluar.

“Kami percaya ada serpihan berterbangan dari enjin. Insiden menyebabkan seorang maut,” kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Robert Sumwalt, pada sidang media, mengesahkan kegagalan enjin namun tidak berlaku kebakaran.

Media AS melaporkan, tujuh penumpang cedera ringan dalam insiden itu dan identiti mangsa yang maut bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut Southwest Airlines, penerbangan 1380 dari lapangan terbang domestik New York di La Guardia ke Love Field, Dallas itu membawa 144 penumpang dan lima kru.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia pada jam 11.20 pagi waktu tempatan selepas kru melaporkan kerosakan satu daripada enjin dan pada badan pesawat serta sekurang-kurangnya satu tingkap.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan pesawat! Ia sedang menjunam! Enjin meletup ketika di udara dan menerbangkan tingkap sejauh tiga kerusi dari saya. Letupan menyebabkan seorang wanita yang duduk berhampiran tingkap cedera parah,” menurut Marty Martinez dalam siaran langsung Facebook, menunjukkannya dalam keadaan panik dan bernafas menggunakan topeng oksigen. – AFP



Source link

read more

Enjin pesawat Southwest Airlines meletup seorang maut



PHILADELPHIA : Seorang maut manakala tujuh yang lain cedera selepas enjin sebuah pesawat Amerika Syarikat dilaporkan meletup semasa di udara pada Selasa.

Penerbangan Southwest Airlines 1380 terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Philadelphia selepas tingkap, bahagian sayap dan fiuslaj mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut, menurut pegawai.

Dalam satu rakaman dari pusat kawalan lalu lintas udara, salah seorang juruterbang kedengaran berkata, pesawat itu berlubang dan seorang terkorban.

Kali terakhir terjadi kes kematian membabitkan penumpang dalam pesawat komersial Amerika Syarikat adalah pada 2009.

Semasa kejadian, pesawat Boeing 737-700 berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke Dallas, Texas dari Lapangan Terbang La Guardia di New York dan membawa 143 penumpang serta lima anak kapal.

Menurut saksi, seorang penumpang wanita disedut keluar melalui tingkap pesawat semasa kejadian namun berjaya diselamatkan oleh beberapa penumpang lain.

Menurut pegawai bomba, pesawat tersebut mendarat dengan selamat pada 11.20 pagi waktu tempatan.

Pentadbiran Persekutuan Penerbangan Amerika Syarikat telah membuka kertas siasatan susulan kejadian itu.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) pula berkata badan itu juga sedia maklum dengan insiden tersebut.

Pengerusinya Robert Sumwalt berkata enjin berkenaan, CFM56, sering digunakan dalam pesawat komersial.

Menurut Balai Bomba Philadelphia, seorang penumpang telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal manakala tujuh lagi menerima rawatan di tempat kejadian.

Dalam satu kenyataan, Southwest Airlines mengucapkan takziah kepada kesemua mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Ketua Pesuruhjaya Bomba Philadelphia, Adam Thiel berkata, anggota bomba menemui kebocoran di bahagian enjin pesawat itu yang turut menyebabkan kebakaran.



Source link

read more

Seorang maut, dua cedera Hilux bertembung treler – Nasional


RANAU 17 April – Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Ranau – Telupid di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kemalangan membabitkan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Land Cruiser bertembung dengan sebuah lori treler dari arah Sandakan menuju ke Kota Kinabalu.

Pegawai Bomba II Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Ranau, Jaminak Kasuman berkata, mangsa Sulaiman Arianto, 28, yang merupakan pemandu kereta Toyota Land Cruiser maut di lokasi kejadian dipercayai tersepit.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.15 petang, BBP Ranau bergegas ke lokasi kejadian bersama lapan anggota dan dua buah jentera.

“Pasukan bomba kemudian membuat operasi mengeluarkan pemandu yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jaminak memberitahu, kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Operasi tamat pada pukul 4.35 petang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Adakah Rafidah seorang cybertrooper sebelum ini, soal Eric


KUALA LUMPUR – Tan Sri Rafidah Aziz hari ini ditanya sama ada posting surat terbuka kepada perdana menteri di laman Facebook baru-baru ini benar-benar hasil tulisannya atau pun sekadar meletakkan namanya sendiri untuk menunjukkan kononnya dakwaan ke atas Kementerian Pertahanan itu adalah sahih.

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Eric See-To berkata, terdapat keraguan ketulenan posting Rafidah kerana isi kandungan yang serupa telah berlegar di Whatsapp dan dikongsi oleh beberapa pihak sejak lebih sebulan lalu.

“Adakah Rafidah menulis dakwaan tersebut di Whatsapp sebelum ini sebagai seorang cybertrooper atau beliau meletakkan namanya sekarang ini untuk menunjukkan bahawa dakwaan tersebut adalah sahih? ” soal Eric.

Mengulas lanjut, katanya, sebaik sahaja membaca tuduhan-tuduhan Rafidah mengenai MINDEF di Facebook, beliau teringat pernah menerima dakwaan yang serupa dikongsi oleh seseorang menerusi Whatsapp pada 10 Mac lalu dan bersedia berjumpa dengan Rafidah untuk menunjukkan bukti penerimaan.

Tuduhan-tuduhan tersebut, katanya, adalah tidak masuk akal, tidak benar dan melampau.

Eric berkata,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal masih di dalam Kabinet sehingga tahun 2015 justeru kedua-dua pemimpin itu sepatutnya berkongsi perkara tersebut dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tiga tahun sebelum Rafidah membuat pendedahan.

“Tambahan pula perkara-perkara spesifik seperti nama syarikat atau siapa tiga individu yang MINDEF telah memindahkan tanah tidak dinyatakan. Seperkara lagi, jika perkara ini sahih tentunya ada kalangan kakitangan MINDEF telah lama membuat pendedahan.

“Adakah kerana pilihan raya semakin hampir maka anda (Rafidah) melemparkan tuduhan-tuduhan ini (sama seperti kes 40,000 warga Bangladesh) kerana masa yang singkat untuk kerajaan respon?” soalnya lagi.

 

Menurut Eric, MINDEF telah menafikan segala tuduhan yang tidak masuk akal itu, justeru mungkin Rafidah sepatutnya tampil dengan bukti dan bukannya sekadar melemparkan tuduhan palsu. – theRakyat

Dakwaan Rafidah pembohongan yang nyata – Hishammuddin

MINDEF jawab Rafidah

Lebih baik Rafidah tawar dir bertanding daripada kelirukan rakyat



Source link

read more

Seorang melecur, tiga sesak nafas dapur tahfiz terbakar – Nasional


KUALA LUMPUR 9 April – Seorang penghuni sebuah tahfiz melecur di bahagian tangan, manakala tiga lagi mengalami sesak nafas selepas hos gas di bahagian dapur pusat tersebut terbakar di Taman Subang Mewah, di Subang Jaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, lapan lagi penghuni tahfiz berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, semasa kejadian, sebanyak 12 pelajar perempuan berada di tempat kejadian.

“Sebanyak 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya serta Puchong dikejarkan ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Seorang lagi bekas presiden Korea Selatan didakwa atas pertuduhan rasuah



SEOUL: Pihak pendakwaan pada Isnin telah mendakwa bekas presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak, atas pertuduhan rasuah, melakukan penyelewengan dan mengelak cukai, lapor agensi berita China Xinhua.

Lee, yang merupakan bekas presiden keempat didakwa, telah ditahan pada Mac selepas disoal siasat berkaitan beberapa dakwaan rasuah yang dinafikan beliau.

Minggu lepas, seorang lagi bekas presiden, Park Geun-hye, yang menggantikan Lee, telah dihukum penjara 24 tahun kerana rasuah.

Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Tengah berkata siasatan mendapati Lee adalah pemilik sebenar DAS, sebuah pengeluar bahagian automotif tempatan.

Menerusi DAS, Lee dikatakan telah menyeleweng kira-kira 34.9 bilion won (US$32.7 juta) dan mengelak cukai korporat sebanyak 3.1 bilion won (US$2.9 milion) dengan mewujudkan dana rahsia melalui penipuan dan kad kredit untuk kegunaan peribadi.

Semasa memegang jawatan (2008-2013), Lee telah mengarahkan para pegawai kanan kerajaan untuk menyokong tindakan perundangan DAS di Amerika Syarikat (AS).

Lee didakwa telah menerima rasuah sebanyak US$5.85 juta daripada Kumpulan Samsung, konglomerat keluarga terbesar di negara itu, dengan meminta Samsung membayar yuran penahan di AS bagi pihak DAS.

Beliau dipercayai telah menerima wang sogokan berjuta-juta dolar daripada ahli perniagaan dan ahli politik sebagai pertukaran bagi kepentingan politik serta perniagaan.

Sogokan itu termasuk satu dana khusus bagi Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (agensi pengintipan Korea Selatan).

— BERNAMA

 



Source link

read more

Kebakaran Trump Tower seorang maut



NEW YORK: Seorang terbunuh manakala empat ahli bomba mengalami kecederaan ringan apabila sebuah apartmen terbakar di Trump Tower di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku di tingkat 50 bangunan itu berjaya dipadamkan dengan segera oleh pihak bomba.

Mangsa yang berusia 67 tahun didapati tidak sedarkan diri di dalam apartmen dan disahkan meninggal dunia di dalam kawasan hospital, menurut polis.

Ketika kejadian, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, yang mempunyai pejabat dan kediaman persendirian di bangunan itu, tidak berada di sana.

“Kebakaran di Trump Tower telah padam. Ia sangat terbatas (binaan bangunan bagus). Anggota bomba menjalankan tugas dengan baik. TERIMA KASIH!” kata Trump menerusi Twitter.

Pihak bomba masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung punca kebakaran. Tiada ahli keluarga Trump yang dilaporkan berada di dalam bangunan ketika itu.

“Ia satu kebakaran yang sangat sukar. Seperti yang anda boleh bayangkan, apartmen itu agak besar, kita di tingkat 50. Banyak juga bahagian lain di bangunan itu yang terjejas akibat asap tebal,” kata Pesuruhjaya Kebakaran Daniel Nigro di Twitter.

Kira-kira 200 anggota bomba terlibat bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.



Source link

read more