TRW pancing Karathu? – Bola Sepak


KOTA BHARU 16 Feb. – Bekas pengendali The Red Warriors (TRW) musim 2011, Datuk M. Karathu berada dalam radar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk dibawa masuk bagi menggantikan Sathit Bensoh yang dipecat semalam.



Kota Bharu -- 10 April.. Datuk M . Karathu pemberita Khairi

M. KARATHU

Sumber dalaman Kafa mendedahkan, badan induk bola sepak Kelantan itu sudah menghubungi Karathu bagi membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan belum ada perbincangan lanjut yang lebih serius melibatkan kedua-dua pihak.

“Ia mungkin lebih kepada bertanya khabar terlebih dahulu,” katanya ringkas kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Sathit Bensoh menjadi jurulatih pertama dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini yang dipecat gara-gara prestasi hambar ketika mengendali TRW.

Penyingkiran Bensoh menyaksikan Yusri Che Lah diberi mandat memangku jawatan sehingga Kafa menemui calon sesuai untuk kekosongan itu.

Di bawah kendalian Bensoh, Kelantan hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan Liga Super sekaligus menyaksikan TRW berada dalam kedudukan tercorot. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Negeri Sembilan rebah di Melaka – Bola Sepak


MELAKA 11 Feb. – Melaka United bangkit daripada kekalahan 1-4 kepada Selangor dengan mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi ketiga Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Dua jaringan penyerang import dari Belarus, Yahor Zubovich pada minit ke-31 dan 39, selain gol menerusi R. Gopinathan (minit ke-70) memastikan Sang Kancil mengutip tiga mata penuh di depan penyokong sendiri.

Kemenangan kedua daripada tiga perlawanan pertama musim ini membolehkan Melaka United mendaki ke kedudukan keempat liga, manakala Negeri Sembilan jatuh ke tangga kesembilan selepas kalah buat kali kedua. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Badi Newcastle hantui United – Bola Sepak


NEWCASTLE, England 11 FEB. – Manchester United masih gagal menamatkan ‘badi’ Newcastle apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium St. James’s Park, sebentar tadi.

Jaringan tunggal Matt Ritchie pada minit ke-65 yang berpunca daripada sepakan bebas selepas pertahanan United, Chris Smalling dipersalahkan akibat sengaja merebahkan badan, sudah cukup untuk membantu kemenangan Newcastle, sekali gus mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.

United kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa kemenangan di Newcastle, malah pengendali mereka, Jose Mourinho tewas tiga dan seri tiga kali berdepan skuad The Magpies sepanjang menjadi pengurus Chelsea.

Kekalahan kelima musim ini tidak menjejaskan kedudukan United yang kekal di tangga kedua liga, namun menyebabkan Red Devils semakin jauh ditinggalkan oleh pendahulu, Manchester City dengan 16 mata, malah dihambat oleh Liverpool, Tottenham serta Chelsea.

Penjaga gol Newcastle, Martin Dubravka turut menampilkan aksi cemerlang dalam penampilan sulung Liga Perdana apabila menyelamatkan percubaan bahaya Anthony Martial pada hujung babak pertama, selain menafikan rembatan Michael Carrick.

Penyerang baharu United, Alexis Sanchez juga antara penyumbang utama kegagalan pasukannya untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata apabila melengah-lengahkan peluang terbaik untuk menghasilkan gol di depan gawang lawan yang terbuka sebelum percubaan berjaya dihadang pertahanan tuan rumah, Florian Lejeune. – AGENSI



Source link

read more

Forkey Doe bantu kemenangan pertama buat Tok Gajah – Bola Sepak


KUANTAN 10 Feb. – Penyerang import yang baru hari ini bersama Tok Gajah, Forkey Doe membantu Pahang menewaskan Kelantan 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Penyerang dari Liberia itu yang tidak dikawal di dalam kawasan kotak penalti Kelantan mudah menanduk masuk bola sepakan percuma Chan Vathanaka pada minit ke-13 untuk membuka jaringan tuan rumah.

Gol kedua Tok Gajah muncul pada minit ke-55 menerusi jaringan Mohamadou Sumareh dan gol ketiga dijaringkan Nor Azam Azih pada minit ke-88. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Terengganu jinakkan Selangor di laman sendiri – Bola Sepak



KUALA TERENGGANU 10 Feb. – Terengganu mencipta kejutan selepas membelasah teruk pendahulu Liga Super, Selangor 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu membuka pada minit ke-32 hasil sudahan Lee Andrew Tuck, disusuli Shahrul Aizad Zulkufli, 26 minit kemudian sebelum kapten skuad Penyu, Tchetche Kipre melebarkan jurang gol (m-65).

Terengganu yang juga pendatang baharu Liga Super musim ini bagaimanapun masih belum puas, dengan kali ini penyerang dari England, Tuck melepaskan rembatan dari tengah padang untuk gol keempat Terengganu.

Begitu pun, Red Giants sekurang-kurangnya tidak pulang dengan tangan kosong apabila penyerangnya, Amri Yahyah menjaringkan gol sagu hati seminit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Kekalahan tersebut sekali gus menandakan Selangor terpaksa membuang label ‘tiada padang, tiada masalah’ setelah menang dalam dua perlawanan terawal musim ini.

Sementara itu, saingan melibatkan Kuala Lumpur dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa ditunda ekoran hujan lebat yang melanda Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Perlawanan tersebut akan diteruskan pada minit ke-56 keesokkan hari pukul 4 petang dengan kedudukan Kuala Lumpur mendahului 1-0 hasil ledakan penyerang dari Brazil, Paulo Josue.

Berikut merupakan keputusan pasukan Liga Super yang bersaing pada hari ini.- UTUSAN ONLINE

Pahang 3 Kelantan 0

Perak 0 PKNS 2



Source link

read more

Annuar wujudkan TSAM Army – Bola Sepak


KOTA BHARU 5 Feb. – Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan penubuhan sebuah akademi bola sepak yang dinamakan Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM Army).

TSAM Army mempunyai matlamat melahirkan seramai mungkin pemain bola profesional di negara ini dengan memberi fokus terhadap bakat baharu berusia antara 9 hingga 16 tahun.

Annuar yang merupakan Presiden Al Hamra Group berkata, TSAM Army akan beroperasi di 12 pusat latihan iaitu 10 pusat latihan untuk pelatih berusia 9 hingga 12 tahun dan dua pusat latihan untuk pelatih berusia 13 hingga 16 tahun.

“TSAM Army akan memulakan pencarian bakat baharu secara terbuka di pusat-pusat latihan tersebut pada 10 Februari ini dan kita jemput semua anak-anak dalam lingkungan umur ini untuk menunjukkan bakat masing-masing.

“TSAM akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Februari ini di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Cengal,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pengisytiharan TSAM Army di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Satu mata untuk Palace, New Castle kekal di zon bahaya – Bola Sepak


LONDON 5 Feb. – Newcastle United kekal berada dalam zon bqhaya untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris apabila hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Crystal Palace di Selhurst Park.

Anak buah Rafael Benitez bermula dengan yakin apabila mendahului 1-0 melalui Mohamed Diame, tetapi penalti oleh Luka Milivojevic dalam separuh masa kedua memaksa New Castle hanya pulang dengan satu mata.

Pasukan Magpies itu kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran dengan hanya 16 mata dan gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.

Palace yang tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka hanya dua mata mendahului Newcastle. – AFP



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons