18 terbunuh dalam serangan bom kereta Mogadishu



MOGADISHU : Dua letupan bom kereta di ibu kota Somalia membunuh sekurang-kurangnya 18 orang pada Jumaat dan mencabuli tempoh bertenang yang ditetapkan selama sebulan di Mogadishu, yang sering menjadi sasaran serangan oleh kumpulan pelampau al-Shabab.

Letupan itu berlaku sehari selepas Menteri Dalam Negeri Somalia memberi amaran mengenai ancaman bom kereta di lokasi tertentu di ibu negara itu.

Letupan pertama berlaku berhampiran ibu pejabat perisikan negara, menurut ketua polis Kapten Mohamed Hussein.

Letupan kedua berlaku berhampiran ibu pejabat Parlimen, di mana kenderaan itu cuba merempuh pintu masuk ibu pejabat itu sebelum pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadapnya.

Kenderaan itu dipercayai cuba melakukan serangan terhadap Istana Presiden.

Menurut pihak berkuasa, 18 mayat ditemui dan 20 orang lagi cedera selepas letupan itu.

Al-Shabab yang berpangkalan di Somalia mengaku bertanggungjawab atas serangan itu menerusi saluran radio Andalus yang disiarkan.

Mogadishu merupakan sasaran satu kes letupan trak pada Oktober yang membunuh 512 orang dalam serangan paling dahsyat dalam sejarah negara Afrika.



Source link

read more

Tolong hentikan serangan ubat dah nak habis – rayu doktor di Syria



AFRIN: Gajah dengan gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit. Itu gambaran paling tepat bagi menggambarkan situasi menyayat hati di Afrin ketika ini.

Operasi tempur tentera Turki menyasarkan anggota Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) di bandar selatan sempadan Syria itu. Namun yang jadi mangsa orang awam, malah hospital yang sepatutnya jadi tempat merawat pesakit turut jadi sasaran.

Pengarah Hospital Afrin, Doktor Juan Mohammad berkata pihaknya kini bukan hanya berdepan kebanjiran mangsa yang berlumuran darah, malah bekalan ubat juga mula habis.

“Hospital ini dibom tiga kali dan kita bernasib baik apabila hanya laman depan dan belakang yang terkena bedilan.

“Tingkap pecah, banyak kereta yang terbakar dan ramai orang awam yang terbunuh di sekitar hospital,” jelas Juan.

Turki melancarkan serangan besar-besaran di Afrin bermula 20 Januari lalu, termasuk bedilan udara dan operasi tempur darat.

Kumpulan bersenjata pro kerajaan memasuki Afrin pada Selasa lalu bagi membantu militia Kurdish berdepan serangan tentera Turki.

Tindakan berkenaan mencabar amaran Presiden Turki Recep Tayyip yang mahu kumpulan itu tidak masuk campur dalam misi Turki mengusir kumpulan militia dari Afrin.

Dalam satu video yang dikeluarkan pada hari sama, anggota dua kumpulan ini dirakam bersama sambil mengibarkan bendera Syria dan YPG dan melaungkan slogan penyatuan Syria.

Ankara menyifatkan YPG sebagai kumpulan pengganas dan mengaitkannya dengan pemberontak Kurdish yang bertanggungjawab melancarkan beberapa serangan di Turki.



Source link

read more

Berjalan 17km solidariti untuk 17 mangsa serangan berdarah Florida



FLORIDA: Pelajar dari beberapa sekolah tinggi di Florida berarak sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan berdarah di Marjory Stoneman Douglas High School yang mengorbankan 17 nyawa 14 Februari lalu.

Mereka memulakan perjalanan sejauh 17 kilometer ke sekolah berkenaan dari West Boca Raton High School pada awal pagi Selasa.

Pada masa sama, puluhan lagi pelajar berhimpun di luar Fort Lauderdale High School sambil memegang kad bertulis ‘Darah kami di tangan anda’.

Ia dipercayai ditujukan kepada pihak kerajaan yang didakwa berlengah dalam memperketat undang-undang pemilikan senjata api.



Source link

read more

Serangan Florida Mangsa selamat mahu jumpa orang politik



FLORIDA: Sekumpulan pelajar yang terselamat dalam serangan di Marjory Stoneman Douglas High School memulakan perjalanan sejauh 645 kilometer pada Selasa, menuju ke Tallahassee.

Mereka mengembara dengan satu suara, mahu ‘mengejutkan lena’ anggota Parlimen mengenai bahaya yang sedang menanti pelajar sekolah jika udang-undang kawalan senjata tidak segera dilaksana.

Menaiki bas sewa khas, kumpulan pelajar ini bergerak meninggalkan Coral Springs pada tengah hari dan dijangka tiba di ibu negeri itu pada lewat petang.

Mereka merancang mengadakan rapat umum pada Rabu dengan harapan mampu memberi tekanan kepada badan perundangan negeri yang dikuasai Republikan.

Sejak menguasai pejabat gabenor dan Badan Perundangan pada tahun 1999, Republikan telah menolak pelaksanaan sekatan ke atas senjata api.

Namun beberapa anggota dari Grand Old Party (GOP) menyatakan kesediaan mereka untuk mempertimbangkan rang undang-undang bagi membolehkan sekatan berkenaan dikuatkuasa.

BACA: Berjalan 17 km, solidariti untuk 17 mangsa serangan berdarah Florida



Source link

read more

Serangan berdarah Florida Trump sedia bincang isu keselamatan di sekolah



WASHINGTON: Hampir seminggu selepas serangan berdarah yang meragut 17 nyawa di sebuah sekolah di Florida, Donald Trump akhirnya membuka mulut.

Menurut kenyataan rasmi White House Presiden Amerika Syarikat (AS) itu sedia untuk bertemu pelajar, guru dan pihak berkuasa bagi membincangkan kaedah bagi meningkatkan lagi keselamatan di sekolah.

Baca: Cukuplah Trump, siapa lagi nak mati selepas ini?

Trump juga bersedia membincangkan lebih lanjut mengenai keganasan melibatkan senjata api selepas usaha untuk membincangkannya di Kongres sebelum ini gagal.

Dalam perkembangan berkaitan Trump memaklumkan telah menandatangani memo bagi mengarahkan Jabatan Keadilan AS untuk mencadangkan peraturan bagi mengharamkan semua bentuk peranti termasuk yang digunakan dalam pembunuhan besar-besaran di Las Vegas tahun lalu.

“Proses bermula pada Disember tahun lalu dan saya juga telah menandatangani memorandum mengarahkan Peguam Negara untuk mencadangkan peraturan untuk mengharamkan semua jenis peranti yang boleh dijadikan sebagai mesingan.

“Saya jangka ia dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.” jelas Trump.

Pengumuman Trump itu dibuat dalam majlis penghargaan buat wira-wira negara di Washington.



Source link

read more

Berjalan 17 km solidariti untuk 17 mangsa serangan berdarah Florida



FLORIDA: Pelajar dari beberapa sekolah tinggi di Florida berarak sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan berdarah di Marjory Stoneman Douglas High School yang mengorbankan 17 nyawa 14 Februari lalu.

Mereka memulakan perjalanan sejauh 17 kilometer ke sekolah berkenaan dari West Boca Raton High School pada awal pagi Selasa.

Puluhan lagi pelajar berhimpun di luar Fort Lauderdale High School ambil memegang kad bertulis  ‘Darah kami di tangan anda’. Ia dipercayai ditujukan kepada pihak kerajaan yang didakwa berlengah dalam memperketat undang-undang pemilikan senjata api.



Source link

read more

Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom di Damsyik



GHOUTA: Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom oleh tentera kerajaan Syria yang diketuai puak pemberontak di timur Ghouta di luar kawasan Damsyik.

Dalam serangan tersebut, sekurang-kurangya 77 rakyat Syria terbunuh termasuk 20 kanak-kanak selepas serangan bom dan kebakaran roket pada Isnin, kata Pemerhati Hak Asasi Syria.

Tentera tersebut dikatakan sedang mempersiapkan serangan darat.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) cuba meleraikan kekecohan yang berlaku tetapi keadaan menjadi tidak terkawal ketika itu.

Kira-kira 400,000 orang yang tinggal di Timur Ghouta yang telah dikepung sejak 2013 di mana pernah menjadi kubu pembangkang.

Terdahulu, kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar Al Assad telah menyekat bantuan misi kemanusiaan dari masuk ke kawasan tersebut.

BACA: Krisis kemanusiaan di Damsyik semakin meruncing



Source link

read more

Ini AR-15 raifal dalam serangan kejam ragut 17 nyawa di Florida



SUSPEK yang menembak mati sekurang-kurangnya 17 pelajar alam kejadian tembakan rambang di sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat menggunakan senjata api jenis raifal AR-15.

Baca: 17 maut dalam kejadian tembakan rambang di Florida

AR-15 adalah raifal semi automatik moden yang diperbuat daripada aloi aluminium.

Ia dibangunkan sebagai senjata orang awam oleh bekas anggota marin, Eugene Stoner pada penghujung 1950-an

Akronim AR pada pangkal nama raifal ini bukan bermaksud Assault Rifle, sebaliknya ArmaLite Rifle, syarikat yang membangunkan senjata ini.

AR-15 yang asas boleh didapati dengan harga serendah AS$600 namun ia boleh dinaik taraf dengan menambah beberapa aksesori tambahan bergantung kepada kehendak pemilik.

Mengikut statistik yang dikeluarkan pada 2015, satu daripada lima senjata api yang dibeli di Amerika Syarikat (AS) adalah daripada jenis raifal AR. Dianggarkan 15 juta unit AR-15 telah terjual dan dimiliki rakyat negara itu.

Kebanyakan orang awam memiliki senjata ini sebagai koleksi dan hobi namun hakikatnya AR-15 adalah senjata pembunuh.

Banyak kes kematian direkodkan melibatkan penggunaan AR-15 sama ada untuk tujuan menyerang atau mempertahankan diri dilaporkan

Berdasarkan statistik Biro Siasatan Persekutuan (FBI) pada 2016, daripada 10,273 mangsa yang maut dalam serangan senjata api di AS, 374 melibatkan penggunaan AR-15

AR-15 telah diharamkan di AS dari 1994 hingga 2004 oleh pentadbiran Presiden Bill Clinton di bawah Larangan Senjata Serangan Persekutuan. Arahan ini secara tidak langsung melonjakkan permintaan terhadapnya.

Bagaimanapun arahan larangan ini dibiarkan tamat tempoh dan tidak diperbaharui ketika era pentadbiran Presiden George W Bush.



Source link

read more

28 peratus wanita kanak-kanak jadi mangsa serangan seksual – UNHCR



GENEVA: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Greece menyediakan beberapa penempatan sementara beserta tandas dan bilik mandi berasingan untuk golongan pelarian wanita dan kanak-kanak.

Ia susulan peningkatan keganasan seksual yang dialami golongan itu sejak mendiami hampir 180 buah kem penempatan sementara yang berada di pulau tersebut.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian UNHCR, Cecile Pouilly, terdapat laporan yang mendedahkan berlakunya keganasan seksual melibatkan kanak-kanak dan wanita di kem-kem terbabit.

Menurut Pouilly perkara itu mengakibatkan golongan terbabit terutama yang berada kem di Pulau Lasvos dan Samos yang tidak menyediakan tandas asing untuk wanita.

“Pada tahun 2017, UNHCR menerima laporan daripada 622 mangsa keganasan seksual dan jantina (SGBV) di Greece, yang mana sekurang-kurangnya 28 peratus mengalami SGBV selepas tiba di negara itu.

“Keadaan ini paling membimbangkan di Pusat Penerimaan dan Pengenalpastian (RIC) Moria dan Vathy di pulau-pulau Lesvos dan Samos, yang mana beribu-ribu pelarian terus tinggal di tempat yang tidak sesuai dengan keselamatan yang tidak mencukupi,” jelasnya yang turut memaklumkan laporan keganasan seksual tertinggi yang dicatatkan setakat ini adalah di Moria.

Susulan itu tandas dan bilik mandi di kem-kem terbabit diletakkan amaran penggunaannya ketika waktu gelap.

“Di kedua-dua pusat ini, bilik mandi dan tandas adalah zon larangan selepas waktu gelap untuk wanita dan kanak-kanak.

“Malah mandi pada siang hari juga boleh mendatangkan bahaya,” jelasnya.

Pouilly turut mengucapkan terima kasih kepada usaha yang dijalankan Greece dalam usaha memindahkan pelarian di kem-kem yang penuh sesak sebelum ini.



Source link

read more

Dua maut 75 cedera dalam serangan bom sebelum tunai solat Jumaat



BENGHAZI: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 75 yang lain cedera dalam satu serangan bom di sebuah masjid di Benghazi, Libya pada Jumaat.

Menurut saksi kejadian serangan berlaku sebelum solat Jumaat di Masjid Saad Ibn Ibada.

PIhak berkuasa mengesahkan terdapat dua butir bom yang diletakkan di sebuah bilik berasingan dari dewan solat masjid yang terletak di antara daerah Al-Majouria dan Berka terbabit.

Buat masa ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Ia merupakan serangan kedua yang dilakukan untuk tahun ini selepas yang pertama pada Januari lalu apabila serangan bom berkembar menggunakan sebuah kereta mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang di sebuah masjid di Salmani, Benghazi.

Serangan terbabit didakwa dilancarkan kumpulan pemberontak yang yang dipimpin anggota militan Khalifa Hifter.

Libya menyaksikan episod pemberontakan sejak penggulingan dan pembunuhan Muammar Gaddafi pada 2011.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons