Kopi dicampur serbuk bateri terpakai abu batu-bata



DAK NONG: SYARIKAT pengeluar kopi di wilayah Dak Nong, Vietnam diserbu pihak berkuasa susulan didakwa menghasilkan serbuk kopi daripada bahan berbahaya seperti bateri terpakai, sampah sarap dan abu batu-bata.

Portal berita Tuoi Tre melaporkan polis dan jabatan keselamatan makanan melakukan serbuan ke kilang pemprosesan kopi terbabit awal minggu ini selepas menerima laporan daripada penduduk setempat.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 35 kg serbuk hitam yang dipercayai daripada bateri terpakai, selain cecair hitam seberat 10 kg.

Pemilik memberitahu kesemua material itu dicampur dengan biji kopi yang tidak digunakan kilang-kilang besar untuk diproses bersama dan dikeluarkan sebagai satu jenama kopi.

Jenama itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Kilang yang dimiliki sekeluarga itu telah beroperasi bertahun lamanya, dan tahun ini sahaja, ia telah berjaya menjual lebih 3 tan kopi.

Seorang profesor di Vietnam National University memaklumkan bahan hitam yang didapati daripada bateri itu adalah bahan kimia toksik yang dipanggil mangan dioksida.

Mangan dioksida adalah sebatian oksidan, dan sejumlah 0.5 miligram yang dicampur dalam satu liter air sudah cukup untuk menyebabkan keracunan pada manusia.

Keracunan akan menyebabkan halusinasi sebelum merosakkan organ seperti otak dan buah pinggang dan seterusnya membawa kepada kematian.



Source link

read more

Rahsia Ayam Gunting Tersedap! Hanya Guna Serbuk Jajan Popular Ni..


Setiap jenis ayam gunting ada rahsia kesedapan yang tersendiri. Ini rahsia yang super easy bagi amatur untuk menggoreng isi ayam sedap seperti jual di kedai. Selalunya isi ayam memang kurang digemari ini cara untuk galakkan makan isi ayam.

AYAM GUNTING

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam-potong nipis-nipis
  • 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
  • 1 1/2 cawan serbuk roti
  • Telur

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan tepung dengan serbuk roti.
  2. Masukkan ayam dan gaul sekata.
  3. Celup ayam dalam telur.
  4. Masukan kembali dalam tepung tadi dan goreng deep fried. (buat sekeping-sekepinh jangan masukan semua ayam tu dalam tepung)
  5. Angkat toskan dan taburkan serbuk istimewa.

INFO: Ketuk isi ayam terlebih dahulu untuk dapat isi ayam lembut.
SERBUK AYAM GUNTING

  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)
  • Twisties BBQ curry separuh sahaja guna dari 1 paket besar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar kering semua bahan diatas dan siap.
  2. Gaul dengan ayam yang baru digoreng dan gunting ikut ketebalan yang anda suka.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Are Peace

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Syok Aktiviti Bakar Ayam Bersama Keluarga Di Hujung Minggu. 3 Resipi Terbaik Yang Patut Anda Cuba

Ada Manis, Masin, Masam & Pedas. 5 Jenis Masakan Peha Ayam & Drummet Simple Yang Wajib Anda Cuba

Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali Cantik Berkilat

Ratah Kepak Ayam Sweet & Spicy Istimewa Sampai Tinggal Tulang

Komen anda



Source link

read more

Cara-Cara Buat Serbuk Kunyit Homemade Untuk Ibu-Ibu Yang Rajin Bercucuk Tanam


Jika pokok kunyit anda banyak mengeluarkan hasil, jangan biarkan sahaja kerana kunyit segar ni tak tahan lama. Sayang kalau kunyit yang cantik-cantik tu dibiarkan kecut. Apa yang boleh dihasilkan ialah dengan membuat Serbuk Kunyit secara homemade. Boleh jimat belanja dapur dan puas hati dapat nikmati hasil tanaman sendiri.

 

CARA-CARA BUAT SERBUK KUNYIT HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMBUAT:

1. Basuh kunyit bersih-bersih hingga hilang pasir dan tanah. 

2. Hiris kunyit nipis-nipis dan susun dalam bekas bersesuaian. Jemur hingga kering dan garing.

3. Kisar menggunakan pengisar kering hingga halus.

4. Ayak serbuk kunyit 2-3 kali bagi mengasingkan serbuk halus dan juga kepingan kunyit yang tidak dikisar halus. Kepingan kunyit kasar boleh dikumpulkan dan dikisar sekali lagi supaya betul-betul halus.

5. Simpan dalam bekas bersesuaian dan boleh digunakan dalam masakan.

 

 

Kredit resipi & foto: Salmah Sal

Link asal : https://goo.gl/y5bWXh

Komen anda



Source link

read more

Kerana serbuk putih menantu Donald Trump masuk hospital



NEW YORK: Menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Vanessa Trump dimasukkan ke hospital selepas membuka sepucuk surat yang mengandugi serbuk putih.

Surat berkenaan ditujukan kepada Donald Trump Jr., anak lelaki sulung Donald Trump di apartmennya di Manhattan.

Selain Vanessa, dua lagi mangsa turut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Hasil pemeriksaan polis mendapati serbuk berkenaan disahkan tidak membahayakan.

Vanessa juga dilaporkan tidak terjejas secara fizikal akibat serbuk berkenaan.

Laporan turut menyebut, sampul yang mengandungi serbuk putih itu dibuka oleh ibu Vanessa.

Sementara itu, Trump Jr. menerusi twitter dan Facebooknya memaklumkan, keluarganya selamat dan menyifatkan insiden itu sebagai ‘menjijikan’.

“Vanessa dan anak-anak saya selamat dan tidak mengalami kecederaan selepas situasi yang berlaku pagi tadi.

Sesungguhnya, ia amat menjijikan apabila sesetengah individu memlih untuk menyatakan penentangan mereka dengan tingkah laku yang menganggu itu,” ujarnya.

Beliau pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis New York yang bertanggungjawab memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya.



Source link

read more

Bekas jurutera eksport serbuk ketum ke Eropah bernilai RM209,921 – Jenayah


PADANG BESAR 6 Nov. – Polis membongkar kegiatan licik seorang bekas jurutera mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang menjadikan benua Eropah sebagai pasaran serbuk ketum yang dihasilkan sendiri sehingga melibatkan transaksi ke akaunnya berjumlah RM209,921 dari Januari hingga Oktober lalu.

Ketua Polis daerah, Superitenden Ghazani Abdul Ghani berkata, suspek berusia 42 tahun yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Elektronik dari sebuah institusi pengajian awam ini telah ditahan kira-kira pukul 4 petang pada 2 November lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kaki Bukit, Kampung Alor Sena, Paya dekat sini.

“Semasa serbuan itu, turut dirampas sebuah kotak khidmat pos laju mengandungi 30 peket plastik lutsinar berisi serbuk ketum dan sebuah lagi kotak mengandungi 22 peket plastik lutsinar yang berisi bahan sama,” katanya semasa sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Ghazani berkata, suspek telah ditahan reman selama empat hari yang berakhir hari ini, dan telah disambung lagi sehingga 9 November ini untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Tambah beliau, suspek yang menggunakan perkhidmatan pos laju itu telah mengisytiharkan serbuk ketum itu sebagai ‘serbuk inai rambut’. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more