Pensyarah muzik maut sesak nafas selepas bayar tol


DUNGUN: Sesak nafas selepas bayar tol. Tutup mata selepas mendapatkan rawatan. Hasrat menemui rakan juga tidak kesampaian.

Nasib itu menimpa Che Ku Mohd Rafi Che Ku Li, seorang pensyarah muzik berusia 47 tahun di Institut Perguruan Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit Terengganu.

Kejadian berlaku di Plaza Tol Bukit Besi, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) apabila allahyarham alami sesak nafas secara tiba-tiba selepas selesai membayar tol.

Selesai membayar tol, mangsa yang merasakan sesuatu luar biasa bertindak memberhentikan kenderaan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Bukit Besi Dungun untuk mendapatkan rawatan kecemasan oleh pasukan peronda lebuh raya.

Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia sejam kemudian pada pukul 10:45 malam.

Semasa kejadian, allahyarham dalam perjalanan dari kediamannya di Batu Rakit untuk bertemu rakannya di Dungun, kira-kira sejam perjalanan melalui LPT2.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Polis yang dihubungi sahkan kejadian dan mengklasifikan kes sebagai mati mengejut.



Source link

read more

Wanita diasingkan kerana haid akhirnya mati sesak nafas



ADAT, budaya atau tradisi. Bagaimanapun, ada di antaranya dilihat memudaratkan jika sesuatu komuniti itu taksub untuk mengaplikasikan adat, budaya dan tradisi tersebut.

Perkara itu berlaku di sebuah kawasan terpencil di Nepal apabila tradisi memaksa wanita yang datang haid untuk mengasingkan di sebuah bangsal bersendirian membawa padah.

Terbaharu, seorang wanita berusia 21 tahun di kawasan terpencil di Nepal itu ditemui mati dipercayai sesak nafas akibat asap daripada api yang dinyalakan bagi memanaskan diri dengan suhu tinggi kampung di pergunungan itu,” katanya pegawai kerajaan Tul Bahadur Kawcha.

Wanita itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Malah, kematian tetap berlaku walaupun pengubal undang-undang tahun lalu menetapkan amalan memaksa wanita keluar dari rumah ketika haid adalah salah.

Di bawah undang-undang, sesiapa yang menguatkuasakan amalan itu berdepan hukuman penjara tiga bulan dan denda $30.

Amalan ini, yang dikenali sebagai Chhaupadi, telah menjadi tumpuan selepas sekurang-kurangnya dua wanita meninggal dunia tahun lalu ketika tidur di bangsal.

Ramai wanita haid masih lagi meninggalkan rumah mereka di bawah tradisi Hindu purba dan berlindung di pondok yang tidak bersih, tidak selamat atau bangsal lembu sehinggalah kitaran bulanan mereka berakhir.

Semasa diasingkan, wanita-wanita ini berdepan ancaman cuaca sejuk melampau atau serangan haiwan liar selain keadaan yang tidak bersih yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Wanita yang datang haid atau yang baru melahirkan kadang-kadang dilihat sebagai ‘tidak suci’ atau  ‘pembawa nasib buruk’.

Mereka dilarang menyentuh lembu dan lelaki, serta dihalang daripada menggunakan tandas.

Pengasingan mereka ke ‘pondok haid’ itu juga mengehadkan wanita-wanita muda pergi ke sekolah.



Source link

read more

Maut sesak nafas bakar arang dalam kereta


KOTA KINABALU: Akibat tindakan ‘kurang waras’ dengan membakar kayu arang di dalam kereta, seorang lelaki ditemui mati disyaki membunuh diri kerana lemas terhidu asap dalam kejadian berhampiran semak di pantai Tanjung Aru Dua, Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian jam 5.27 petang, individu berkenaan, Liew Ka Ket, 42, ditemukan tidak sedarkan diri di kereta jenis Hyundai Ascent oleh sepasukan anggota polis yang menerima panggilan daripada orang awam berhubung kehadiran kenderaan terbabit yang mencurigakan di kawasan semak pantai itu.

Difahamkan ketika diperiksa, anggota bertugas mendapati kenderaan itu terkunci dari dalam sehingga memaksa mereka mendapatkan bantuan dari pihak bomba untuk memecahkan cermin sebelah kiri penumpang kereta itu bagi menjalankan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, hasil pemeriksaan mendapati asap yang berada di dalam kereta itu berpunca daripada arang yang dibakar di dalam sebuah bekas memanggang.

Arang yang dipercayai dibakar oleh mangsa di dalam sebuah bekas pemanggang di dalam keretanya sendiri.
“Lelaki itu dipercayai meninggal dunia akibat lemas di dalam kereta miliknya sendiri akibat terhidu kepulan asap arang yang dibakarnya.

“Arang yang dibakar oleh mangsa masih lagi hidup waktu keretanya dibuka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Chandra berkata, sepasukan petugas perubatan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi proses bedah siasat.

Tiada sebarang kesan luka atau lebam dijumpai di badan mangsa, kata polis.

“Pemeriksaan ke atas anggota badan mangsa juga tidak menjumpai sebarang kesan luka dan lebam.

“Setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan tiada sebarang unsur jenayah ditemukan,” katanya.



Source link

read more

Pemuda obesiti meninggal dunia akibat sesak nafas



KUALA NERUS: Seorang pemuda obesiti, Muhamad Faisal Md Ali, 29, meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya di Kampung Gelam, Mengabang Telipot, kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Jenazah pemuda seberat 286 kilogram itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot, dekat sini selepas solat Zuhur.

Ibunya, Kasma Md Nor, 58, berkata beliau menyedari Faisal mula sesak nafas setengah jam sebelum itu ketika ingin bangun menunaikan solat Subuh.

“Ketika itu saya melihat wajah Faisal berpeluh dan dia semacam sukar bernafas. Saya tepuk-tepuk pipinya dan meminta abangnya supaya segera memanggil pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Batu Rakit untuk melihat keadaan anak saya.

“Tidak lama selepas pembantu perubatan sampai dan memeriksa Faisal, anak saya disahkan sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Allahyarham Faisal.

Anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kira-kira dua bulan akibat sesak nafas dan baru sahaja pulang ke rumah empat hari lalu.

Mengulas antara permintaan akhir anaknya sebelum meninggal dunia, Kasma berkata ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital, arwah anaknya pernah memintanya membuatkan makanan kegemarannya iaitu nasi kerabu.

“Tetapi saya beritahu pada dia tak boleh, Doktor tak bagi. Sepanjang di hospital memang Faisal hanya diberikan minum susu enam kali sehari oleh doktor,” katanya sebak.

Kasma yang juga seorang pengusaha kuih-muih di kampung tersebut berkata pemergian Faisal satu kehilangan besar baginya kerana selama ini arwah antara anak yang rajin membantunya membuat kuih-muih untuk jualan harian.

“Arwah juga seorang yang periang, boleh kata dia merupakan penghibur kepada keluarga kami, makcik akan rindu senda gurau Faisal nanti,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

ICQ Padang Besar sesak – Perlis


PADANG BESAR 25 Nov. – Orang ramai yang mahu ke Thailand disaran supaya menggunakan pintu masuk di Wang Kelian dekat sini atau Durian Burung, Padang Terap, Kedah sebagai alternatif untuk mengelak dari berhadapan dengan kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Khaw Hock Kong berkata, ini berikutan pertambahan kenderaan yang melalui ICQ di sini meningkat mendadak kerana cuti persekolahan sudah pun bermula.

Beliau berkata, setiap buah kenderaan dikatakan terpaksa mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk melepasi ICQ.

“Dalam menghadapi keadaan ini, kita berharap semua dapat bersabar supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui di ICQ, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pemangku Ketua Imigresen Padang Besar, Rosli Issak berkata, kesesakan itu berpunca dari kerja-kerja menaik taraf ICQ yang dijangka akan pulih setelah dijangka siap menjelang pertengahan 2019.

Beliau berkata, kesesakan sekarang adalah bersifat sementara demi untuk kebaikan semua pihak untuk jangka panjang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons