Petisyen Mengembalikan Antaramuka Lama Snapchat Sudah Ditandatangani Lebih Setengah Juta Pengguna – Amanz


Aplikasi Snapchat popular di kalangan pengguna muda kerana ia lebih mudah digunakan berbanding Facebook. Snapchat turut memperkenalkan fungsi baru terlebih dahulu sebelum ditiru oleh Facebook. Baru-baru ini antaramuka aplikasi ini diberi nafas baru. Reaksi sebahagian besar pengguna setakat ini adalah negatif.

Oleh itu laman petisyen supaya antaramuka lama dikembalikan semula telah dibuka di laman Change.org. Ketika artikel ini ditulis, seramai 655,252 pengguna telah menurunkan tanda tangan mereka bagi menyokong petisyen ini. Antara komen yang diberikan ialah antaramuka baru sukar digunakan berbanding versi terdahulu. Fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pula dikatakan tidak berguna.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda bersetuju antaramuka baru Snapchat kurang mesra pengguna berbanding versi terdahulu?



Source link

read more

Semua pasport lama diganti dalam sebulan setengah



PETALING JAYA: Kira-kira 81,000 pemegang pasport Malaysia masih menggunakan dokumen itu yang mempunyai ciri-ciri lama dan ia akan diganti sepenuhnya dalam masa terdekat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh satu setengah bulan lagi, kesemua pemegang pasport negara akan menggunakan dokumen perjalanan baharu yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.

“Kita mempunyai kapasiti pengeluaran pasport sebanyak lima juta setahun dan kita masih mempunyai tidak lebih 90,000 stok pasport lama yang masih boleh digunakan… tetapi pada masa sama, kita mula mengeluarkan pasport dengan ciri baharu.

“Stok untuk pasport lama terlalu sedikit iaitu 81,000 sahaja dan dalam sebulan setengah, jumlah itu boleh habis apatah lagi dengan musim cuti sekolah sekarang,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan merasmikan kilang baharu Datasonic Group Bhd di sini, pada Khamis.

Beliau berkata antara ciri keselamatan baharu yang dipertingkatkan dalam pasport Malaysia ialah penggunaan biometrik dan pengenalan wajah selain semua ciri yang mematuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ciri-ciri baharu itu akan memastikan dokumen perjalanan rasmi itu tidak boleh dipalsukan walaupun dengan sistem teknologi terkini.

Beliau berkata ciri-ciri itu juga berjaya meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Bagi permohonan untuk memperbaharui pasport, Jabatan Imigresen hanya mengambil masa 15 minit sahaja selepas pembayaran dibuat untuk mengeluarkan pasport baharu, manakala permohonan pasport baharu pula hanya satu jam selepas pembayaran dibuat,” katanya.

Sementara itu, Datasonic berkata kilang itu memulakan operasi membekalkan pasport baharu itu pada Oktober lepas dengan mengeluarkan hampir 650,000 dokumen itu, yang digunakan rakyat Malaysia mulai 15 Nov lepas.

Pasport Malaysia yang baharu itu mengandungi ciri-ciri dipertingkatkan dengan mematuhi piawaian ICAO termasuk cip terbenam, tiga alur keselamatan berwarna serta penggunaan cahaya ultraungu untuk mengesahkan ketulenannya.

“Konsep reka bentuknya yang dipertingkatkan itu menampilkan budaya Malaysia seperti bunga raya, bunga anggerik, halia merah, burung rimba telinga perak dan Rukunegara,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Tahun lepas, syarikat itu dianugerahkan kontrak bernilai RM233.38 juta untuk membekalkan pasport selama lima tahun dari 1 Dis 2016 hingga 30 Nov 2021. — Bernama



Source link

read more

Polis Thailand rampas dadah bernilai setengah bilion ringgit



BANGKOK: Polis Thailand merampas 5.37 juta pil ‘Yaba’ dan 120 kilogram (kg) dadah jenis Ice (Crystal Methaphetamine) sebelum ia dapat diedarkan di sekitar Bangkok selain diseludup ke negara-negara jiran.

Ketua Polis Thailand Jen Chakthip Chaijinda berkata dadah itu, yang berasal dari Negeri Wa di selatan, wilayah autonomi di Myanmar yang dikenali sebagai antara kawasan pengeluaran dadah paling aktif yang bersempadan dengan utara Thailand.

“Susulan penahanan dua lelaki semalam, polis menemukan 2.5 juta pil ‘Yaba’ dalam sebuah trak pikap dan merampas 2.87 juta lagi pil ‘Yaba’ serta 20 kg dadah ‘Crystal Methaphetamine’ di sebuah rumah sewa di Nonthaburi dekat Bangkok,” kata beliau.

Dalam operasi itu polis juga merampas rifel M-16 dan tiga buah kenderaan.

Menurut Chakthip, dadah itu ialah milik sindiket yang sama selepas polis membuat dua rampasan dadah terbesar awal bulan ini dan bulan lepas.

Beliau berkata, hasil rampasan semalam, jumlah dadah yang dirampas daripada sindiket itu sejak tiga minggu lepas ialah 26 juta pil ‘Yaba’ yang dianggarkan bernilai 4 bilion Baht (kira-kira RM506 juta).

Beliau berkata jumlah digabungkan dadah ‘Crystal Methaphetamine’ yang dirampas dalam operasi selama tiga minggu dianggarkan 400 juta Baht (RM50.6 juta).

Nilai dadah itu boleh mencecah beberapa kali ganda jika dapat memasuki pasaran luar negara.

Dalam operasi sebelumnya yang dilancarkan pada November dan awal bulan ini, polis Thailand merampas 20.8 juta pil ‘Yaba’ dan 12 kg dadah ‘Crystal Methaphetamine’ di sekitar Bangkok serta menahan beberapa lelaki yang disyaki menjadi anggota sindiket dadah.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons