Setiausaha UMNO Bahagian Seremban meninggal dunia


SEREMBAN – Setiausaha UMNO Bahagian Seremban, M. Rosli Alias, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara hari ini.

Allahyarham yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 tengah hari ketika menjalani rawatan jantung di IJN sejak Selasa lalu.

Rosli, yang juga ahli majlis Majlis Perbandaran Seremban (MPS), meninggalkan isteri, Roslinda Abdullah, 48, dan enam orang anak.

Anak sulung Allahyarham, Nur Faizah, 30, berkata beliau menerima berita sedih itu melalui panggilan telefon daripada ibunya yang pergi ke IJN hari ini untuk menemankan ayahnya.

Beliau berkata Allahyarham, yang dikesan menghadapi masalah jantung Oktober tahun lepas, pergi ke IJN Selasa lalu untuk pemeriksaan rutin sebelum doktor menahan beliau di wad kerana difahamkan ada masalah pada jantungnya.-BERNAMA



Source link

read more

Tiba masanya lantik orang Islam sebagai Setiausaha Agung PBB



PUTRAJAYA: Masanya sudah tiba untuk mempertimbangkan seorang Muslim sebagai setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) demi memastikan suara lebih 1.5 bilion umat Islam di dunia didengar dengan lebih berkesan, kata profesor kanan Middle East Technical University di Turki, Prof Dr Huseyin Bagci.

Beliau berkata dunia Islam perlu mempunyai suara yang kuat dalam PBB memandangkan tiada satu pun daripada 57 negara Islam di seluruh dunia, dipilih sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

Beliau juga berkata tiada satu pun daripada negara yang menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB sekarang iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia akan melepaskan kedudukan istimewa mereka.

Ketika ditanya sama ada mungkin untuk seorang Muslim menjadi setiausaha agung PBB, Bagci berkata Dunia Islam boleh membentuk suara yang kuat jika mereka bertindak bersama.

“Seperti yang kita lihat dalam keputusan Amerika Syarikat berhubung Baitulmuqaddis, negara-negara Islam bertindak melambangkan perpaduan dan buat kali pertama selepas 1945, saya menyatakan bahawa AS telah tewas, bukan sahaja dalam pengundian tetapi juga daripada segi karisma,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018, di sini hari ini.

Wacana berprofil tinggi selama dua hari bertemakan Kebijaksanaan dan Kesederhanaan dalam Memerangi Keganasan”, dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Arab Saudi.

Bagci mencadangkan bekas presiden Turki, Abdullah Gul dipertimbangkan sebagai setiausaha agung PBB.

Mengulas mengenai keganasan, beliau berkata sebanyak 42,000 anggota tentera dan orang awam Turki telah menjadi korban dan menganggarkan US$200 bilion telah dibelanjakan dalam usaha memerangi keganasan sejak 1985.

“Keganasan sentiasa mebnjadi masalah bagi sesetengah negara yang membelanjakan sejumlah besar peruntukan dalam bajet negara bagi menangani keganasan”, kata Bagci.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata prinsip ta’ayush atau ‘coexistence’ dalam kerangka menangani keganasan dan ekstrimisme secara holistik adalah satu model Malaysia yang perlu dipromosikan dan dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Beliau yang juga seorang daripada panel dalam sesi itu berkata Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama, dibangunkan berdasarkan prinsip itu yang terbukti mampu memelihara keamanan dan kestabilan negara.

“Malaysia melihat ekstrimisme dalam perspektif lebih besar bukan hanya melibatkan satu kaum atau puak sahaja, tetapi secara keseluruhannya. Kita tidak merelakan apa sahaja bentuk ekstrimisme sama ada berbentuk radikal atau liberal,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata melalui prinsip itu negara dibangunkan secara holistik, bukan sahaja dari segi prasarana, tetapi ekonomi negara turut memastikan rakyat tidak hidup sengsara dalam keadaan kemiskinan dan mendapat peluang pendidikan secara saksama.

“Ini perkara-perkara asas. Jika kita lihat punca keganasan dan ekstrimisme yang berlaku di dunia hari ini ialah apabila perut diikat (kemiskinan) dan pendidikan tidak begitu baik, akhirnya dia terdorong untuk terjebak dalam sesuatu yang tiada nilai kemanusiaan mahupun keagamaan,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Stoltenberg dilantik semula sebagai Setiausaha Agung NATO – Luar Negara


BRUSSELS 13 Dis. – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersetuju melantik semula Jens Stoltenberg sebagai Setiausaha Agung untuk tempoh perkhidmatan sehingga 2020.

Pelantikan itu bermakna, Stoltenberg yang juga bekas Perdana Menteri Norway akan mengepalai sidang kemuncak NATO di sini Julai depan ketika isu krisis senjata nuklear Korea Utara serta pelbagai kontroversi membabitkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang hangat diperkatakan.

Stoltenberg yang dilantik untuk jawatan itu sejak 2014 bakal menjadi ketua NATO yang paling lama berkhidmat jika berjaya menamatkan penggal perkhidmatannya seperti yang ditetapkan itu. -AFP



Source link

read more

Jenazah bekas setiausaha agung ASEAN Allahyarham Dr Surin Pitsuwan dikebumikan



BANGKOK: Jenazah bekas Setiausaha Agung ASEAN, Allahyarham Dr Surin Pitsuwan yang meninggal dunia semalam selepas serangan jantung dikebumikan hari ini.

Jenazah negarawan berusia 68 tahun itu dikebumikan kira-kira 4.30 petang (waktu tempatan) di tanah perkuburan Islam bersebelahan Masjid Tha It, di Nonthaburi, Bangkok tidak jauh dari kediamannya dengan dihadiri beratus-ratus rakyat dari kalangan masyarakat Islam tempatan.

Beratus-ratus orang termasuk anak-anak lelakinya menyertai solat jenazah untuk allahyarham di masjid yang sama.

Raja Maha Vajiralongkorn dan Puteri Chakri Sirindhorn serta Puteri Soamsawali menghantar wakil mereka ke upacara pengebumian dan menyediakan “tanah diraja” untuk upacara pengebumian.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 3 petang (waktu tempatan) semalam selepas rebah di kediamannya ketika sedang bersiap untuk menghadiri Perhimpunan Halal Thailand 2017 di Bitec Bangna.

Surin dikejarkan ke Hospital Ramkhamhaeng tetapi disahkan meninggal tidak lama kemudian.

BACA: Pemergian Surin satu kehilangan besar buat ASEAN – Institut Integriti Malaysia

BACA: Belasungkawa: Tan Sri Dr Surin Pitsuwan

Antara kenamaan yang melawat kediamannya hari ini ialah bekas Perdana Menteri Chuan Leekpai yangh kekal sebagai penasihat kepada Parti Demokrat itu dan pemimpin kanan parti selain ahli politik dan anggota komuniti diplomatik.

Surin ialah timbalan menteri luar Thailand dari 1992 hingga 1995 sebelum dilantik sebagai menteri luar Thailand dari 1997 hingga 2001 semasa di bawah kepimpinan Leekpai.

Pada 1 Jan, 2008, beliau dinamakan sebagai setiausaha agung ASEAN.

Surin yang berasal dari Nakhon Si Thammarat meninggalkan seorang isteri, Alisa dan tiga orang anak. Allahyarham menjadi setiausaha agung ASEAN selama lima tahun dengan melakar banyak pencapaian di bidang diplomatik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Suwaphan Tanyuwattana yang mewakili Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha, juga mengunjungi kediaman Surin untuk menyampaikan ucapan takziah daripada kerajaan Thailand.

— BERNAMA



Source link

read more

Washington rancang ganti tempat Setiausaha AS – Luar Negara


WASHINGTON 30 Nov. – White House kini dalam perancangan untuk menggantikan tempat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson dengan Mike Pompeo dalam tempoh seminggu.

Media tempatan melaporkan, di bawah rancangan tersebut, Senator dari Parti Republik, Tom Cotton akan menggantikan tempat Pompeo di CIA.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan tersebut. – REUTERS



Source link

read more

Tiga anggota polis dan seorang Setiausaha Politik ditahan – Jenayah


KUALA LUMPUR 23 Nov. ― Seorang Inspektor, dua Korporal dan seorang setiausaha politik ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes samun seorang ejen insurans di sebuah premis di Rawang, dekat sini Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, suspek lelaki berusia 30 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan sejak hari kejadian sehingga semalam.

Menurut Fadzil, dua anggota yang ditahan berpangkat Konstabel dan seorang berpangkat Inspektor manakala seorang lagi dipercayai Setiausaha Politik seorang wakil rakyat yang dikenali.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kesemua suspek yang ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fadzil berkata, kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

ROS jumpa Setiausaha Agung PPBM petang ini – Melaka


MELAKA 21 Nov. – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di jabatan itu di Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini bagi membincangkan mengenai isu dalaman parti untuk menyelesaikan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, hasil pertemuan antara pucuk pimpinan parti itu dengan Ketua Setiausaha KDN semalam, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya pertemuan tersebut dipercepatkan bagi membolehkan parti itu mengadakan mesyuarat agung tahunan.

“Apabila Tan Sri (Muhyiddin) memohon supaya pertemuan tersebut dipercepatkan, ROS memaklumkan akan bertemu dengan Setiausaha Agungnya pukul 5 petang ini bagi mendengar apa tindakan PPBM bagi memastikan mereka dapat mengadakan mesyuarat agung pada tahun ini juga.

“PPBM perlu mematuhi perlembagaan parti sendiri iaitu mereka mesti mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun dan pertemuan tertutup itu membolehkan saya mendengar apa persiapan mereka bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Outreach Pengurusan Pertubuhan Berintegriti dan majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Pertubuhan Pendaftar NGO negeri Melaka di Duyong di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Abu Talib Othman dan Pengarah ROS negeri, Nurhafidah Ali.

Jumaat lalu, ROS memberi amaran kepada PPBM bahawa parti itu boleh dibatalkan selepas melakukan tiga kesalahan iaitu tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Setiausaha Akhbar TPM dinaikkan pangkat sebagai mejar jeneral



PUTRAJAYA: Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican hari ini dinaikkan pangkat daripada Brigadier Jeneral kepada Mejar Jeneral.

Fadzlette merupakan tentera darat wanita tunggal yang dinaikkan pangkat sebagai jeneral berbintang dua.

Majlis pemakaian pangkat pegawai kanan tentera darat itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat , Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Zulkiple sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.

–BERNAMA



Source link

read more

Tular: Setiausaha akhbar jelas insiden Menteri Pendidikan berjalan atas meja – Nasional


ALOR SETAR 15 Nov. – Insiden Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berjalan di atas meja di sebuah sekolah yang dilanda banjir di Pulau Pinang baru-baru ini dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab untuk memfitnah pemimpin itu di media sosial.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Mohd. Razman Yaacob menjelaskan, meja berkenaan yang disusun di pekarangan sekolah itu turut digunakan guru dan pelajar ketika mereka dipindahkan dari pengangkutan ke dewan peperiksaan.

“Tidak timbul isu seperti ditularkan iaitu menteri sayang kasut, takut air kerana meja itu bukan disediakan khas untuk beliau ketika lawatan itu. Lawatan tersebut juga tiada dalam jadual beliau kerana kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah itu.

“Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Gambar menteri berkenaan berjalan di atas meja di sekolah yang dilanda banjir itu tular di media sosial baru-baru ini dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan pelbagai persepsi dipercayai untuk memburuk-burukkan imej beliau.

Mengulas lanjut kata Mohd. Razman, pihaknya melahirkan rasa kesal dengan fitnah berkenaan termasuk tindakan netizen yang menularkan perkara itu tanpa asal usul.

“Fitnah daripada pihak tertentu ini adalah tidak wajar. Kita kena fikir dahulu sebelum fitnah tanpa maklumat sahih jangan sebarkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Isu Rohingya: Setiausaha Luar Amerika Syarikat lawat Myanmar esok – Nasional


MANILA 14 Nov. – Usaha Malaysia untuk membela nasib pelarian Rohingya semakin mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, termasuk kuasa-kuasa besar apabila Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Rex W. Tillerson akan melawat Myanmar, esok.

Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak berkata Tillerson memberitahu beliau semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Asia Timur di sini bahawa beliau akan ke negara itu untuk melihat situasi pelarian Rohingya dan melihat cara untuk mengatasi masalah kemanusiaan itu.

“Sejak kita memperjuangkan isu Rohingya ini, ramai negara lain bangkit sama untuk membincangkannya. Nampaknya Amerika juga memandang serius sejak saya membangkitkannya semasa bertemu Presiden Donald Trump di Washington,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Lebih 600,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan terhadap orang awam oleh tentera Myanmar dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

Najib juga berkata beliau telah menekankan kepada para pemimpin ASEAN dan rakan dialognya bahawa isu Rohingya bukan sahaja melibatkan soal kemanusiaan, tetapi juga keselamatan kerana ia bakal menjadi satu kawasan untuk kumpulan pengganas IS dan Daesh bertapak jika ia tidak ditangani dengan baik.

Awal bulan ini, satu rombongan Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat telah melawat Myanmar untuk melihat sendiri krisis penduduk Rohingya dan mengenai kaedah penyampaian bantuan kemanusiaan ke kawasan-kawasan yang memerlukan, serta melawat melawat Cox’s Bazar Bangladesh, tempat tumpuan pelarian.

Semalam, Najib menyatakan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu ke Manila, telah menyatakan bahawa negara itu sedang berunding dengan Bangladesh bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.

Najib juga berkata Suu Kyi turut menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.

Perdana Menteri sekali lagi menegaskan Malaysia menyambut baik usaha Myanmar itu, tetapi mahu melihat butiran MoU serta syarat yang dikenakan bagi membolehkan pelarian itu pulang ke kampung halaman mereka.

Katanya, mereka difahamkan MoU itu akan dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu. – BERNAMA





Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons