Suspek Florida setuju mengaku bersalah jika boleh elak hukuman mati



FLORIDA: Suspek tembakan rambang yang menembak mati 17 pelajar sekolah di Florida minggu lepas sanggup mengaku bersalah jika dia tidak dikenakan hukuman mati, kata peguambela Howard Finkelstein.

Nikolas Cruz, 19 tahun, berdepan dengan 17 pertuduhan merancang pembunuhan melibatkan 14 pelajar dan tiga guru di sekolah Marjory Stoneman Douglas, Parkland.

“Hanya ada satu persoalan, adakah Cruz patut hidup atau dijatuhi hukuman mati,” soal Finkelstein.

Selain hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan untuk parol, suspek juga mahu melakukan khidmat komuniti.

Cruz sebelum ini mengaku bersalah menembak mati 17 orang di sekolah menengahnya menggunakan senapang separa automatik AR-15 semasa sesi perbicaraan status.

BACA: Kes tembakan Florida: ‘Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?’

BACA: Kes tembakan rambang: Bendera di Florida dikibar separuh tiang

Selepas haknya dibacakan, Cruz memberitahu dia adalah lelaki yang memasuki sekolah bersenjata senapang separa automatik AR-15 dan mula menembak pelajar di lorong-lorong dan di perkarangan sekolah, menurut dokumen pengadilan.

Di Amerika Syarikat, sesi perbicaraan status bukan sebahagian daripada perbicaraan dan tertuduh mesti mengikuti sesi berkenaan, dan mereka boleh mengemukakan rayuan sekiranya perlu.

Keputusan sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati perlu dipersetujui kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.



Source link

read more

EU mahu bangunkan Syria jika Bashar setuju berdamai



SOFIA: Kesatuan Eropah (EU) akan mengumpul dana sebanyak mungkin untuk membangunkan semula Syria.

Namun usaha tersebut hanya akan dilakukan EU sekiranya Presiden Syria, Bashar Al Assad dan sekutunya Rusia bersetuju sepenuhnya dengan rundingan damai yang ditaja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil Hubungan Luar EU, Federica Mogherini, yang akan mempengerusikan  Persidangan Antarabangsa Syria pada 24-25 April di Brussels, berkata dia boleh mencari bukan sahaja bantuan kemanusiaan tetapi juga untuk pemulihan awal di Syria.

“Kami bersedia dan kami bersedia menggunakan persidangan ini untuk menggerakkan sumber untuk pemulihan awal, terutamanya di kawasan yang dibebaskan dari militan daish,

“Tetapi kita perlu melihat penambahbaikan di Syria dan trend yang kita lihat hari ini adalah sebaliknya,” jelasnya.

Tambahnya EU mahu memanfaatkan peranan penderma untuk menghidupkan semula rundingan yang diketuai oleh PBB yang telah mula memperlihatkan hasilnya.

Namun mengakui campur tangan Iran dan Rusia sedikit sebanyak telah mengganggu proses damai di Syria.

Jelas Mogherini blok itu akan menawarkan wang tunai dan menjangkakan sumbangan dari lebih 70 buah negara lain.



Source link

read more

Campak makanan Saya pun tak setuju – Datuk Fazley jelas konsep Sweet Table



PENYANYI dan Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob membidas dakwaan netizen yang melabelkan dirinya kurang sopan kerana mencampak makanan ketika menyediakan hidangan unik ‘Sweet Table’ baru-baru ini.
 
Jelas Fazley, apa yang dilihat oleh mereka itu hanyalah hidangan disediakan untuk keluarga dan bukannya kepada pelanggan.
 
“Saya tidak terkesan dengan kritikan yang diberikan cuma saya ingin jelaskan yang mereka tengok itu adalah hidangan dilakukan ketika sambutan majlis hari jadi adik saya, Raf.
 
“Bukan campak, tapi disebabkan ahli keluarga ramai dan meja panjang jadi saya terpaksa lambung.
 
“Itu sebenarnya hanya untuk memberi adik-beradik dan keluarga saya merasai pengalaman ‘Sweet Table’ dilakukan.
 
“Konsep sebenar yang akan dihidangkan kepada pelanggan adalah dengan cara melukis di atas meja. “Kalau nak suruh campak-campak makanan, itu saya pun tak setuju.
 
“Nenek dan ibu saya dah ajar sejak kecil, makanan tak boleh dicampak. Jangan khuatir, saya faham tentang perkara itu.
 
“Tak mungkin saya nak campak makanan ketika menyediakan hidangan tersebut kepada pelanggan,” jelasnya kepada Astro Gempak.
 

Inilah sebenarnya #SweetTableByDFY yang hangat di perdebatkan hingga video asal mencecah jutaan views! Terima kasih banyak ya! @sukasucrebistro , konsepnya mudah, mejanya saya alas dengan parchment paper, kemudian saya buat ‘plating’ di direct atas meja. Ada pisang goreng, 6 jenis sauce berbeza, 4-5 jenis cake, macarons, meringue tart, sweet soils, ice cream, Crème Patisserie dan lain2 juga. Yang nak cuba jemput datang, paling kurang 6 orang satu meja dan paling ramai 10 pax. Kalau nak cuba silakan, kalau masih tak faham serta tak setuju tak apa, saya tak marah atau kecil hati, malahan saya nak ucap jutaan terima kasih kerana sudi memberi saya peluang untuk mempromosi idea baru. Buat yang masih belum mendapat slot booking meja “Sweet Table”, mohon bersabar, memang kami tak menang tangan untuk aturkan slot2 baru. Insya allah saya cuba sehabis baik! Terima kasih semua sekali lagi!

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Terdahulu, video pendek merakamkan aksi Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu sedang menyediakan hidangan ‘Seeet Table’ di atas sebuah meja telah menjadi viral.
 
Video yang dimuat naik oleh Fazley menerusi akaun Instagram (IG) pada 10 Januari itu mendapat tontonan lebih 1 juta.
 
Foto: @theshahrulizzat for @sukasucrestudio

Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more

Perniagaan nak karam baru Victoria Beckham setuju reunion Spice Girls



BEKAS anggota kumpulan pop Britain Spice Girls yang juga isteri kepada pemain bola sepak David Beckham, Victoria Beckham, dikatakan telah bersetuju untuk menyertai reunion kumpulan itu.

Victoria, juga dikenali sebagai Posh Spice, sebelum ini didakwa menjadi punca rancangan reunion kumpulan yang mencipta fenomena pada tahun 90an itu, tidak dapat direalisasikan.

Namun dalam laporan portal The Sun, pengasas rancangan Pop Idol, Simon Fuller memaklumkan, Victoria telah pun memberikan persetujuan untuk menyertai reunion yang dirancang akan menjadi selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Bagaimanapun, Fuller memberitahu, persetujuan Victoria itu membabitkan beberapa syarat, antaranya dia tidak mahu menyanyi.

“Victoria tidak mahu menyumbangkan suaranya dalam nyanyian solo, dan saya beritahunya, tidak mengapa. Jika dia tidak mahu menyanyi, dia tidak perlu menyanyi.

“Yang penting, akhirnya reunion ini dapat dilaksanakan,” kata Fuller kepada portal berkenaan.

Portal itu juga memetik beberapa sumber memberitahu, Victoria memberi persetujuan itu kerana dia memerlukan wang untuk menyelamatkan perniagaannya.

Tahun lalu, label fesyen Victoria Beckham dilaporkan mengalami kerugian 8.4 juta pound (RM46 juta), biarpun selepas pembabitan suaminya dalam kempen jenama itu.

Untuk projek reunion ini, lima anggota Spice Girls iaitu Emma Bunton, Geri Horner, Melanie Brown, Melanie Chisolm dan Victoria Beckham, akan dibayar 10 juta pound (RM55 juta) setiap seorang.

Spice Girls yang pernah menerbitkan tiga buah album dengan jualan melebihi 80 juta unit di seluruh dunia, kali terakhir muncul bersama pada tahun 2012.



Source link

read more

Ahli PKR keluar parti tak setuju lantik Tun M


PETALING JAYA – Seramai 70 lagi ahli PKR Selayang, Klang dan Kota Raja secara rasmi menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini setelah kecewa prinsip kepimpinan tertinggi PKR yang tidak sehaluan dengan dasar penubuhan parti.

Malah menurut bekas Ketua Biro Aduan PKR Selangor, M. Telaiamblam, kemunculan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) serta calon perdana menteri PH juga faktor utama meruntuhkan keyakinan ahli-ahli.

Mereka juga tidak yakin nasib lagi kaum India akan terbela dibawah PH.

“Bukan sekadar 70 orang ahli sejak dua minggu lalu malah lebih ramai ahli PKR yang kecewa dengan kepimpinan parti keluarga PKR ini akan menyertai PRM dalam tempoh terdekat.

“Kami kecewa dengan PKR yang kepimpinannya tidak menghormati suara ahli akar umbi selain tidak nampak sebarang usaha PKR ke arah mentransformasikan kehidupan masyarakat India, lagilah kalau dibawah Tun M yang juga pernah gagal dibawah pentadbirannya,” katanya yang juga mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PRM hari ini.

Sidang media yang sama turut dihadiri Presiden PRM, Ariffin Salimon dan Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong. -theRakyat



Source link

read more

ASEAN-India setuju tingkat kerjasama maritim



NEW DELHI: Pemimpin ASEAN mengalu-alukan hasrat India untuk mempertingkat kerjasama maritim antara ASEAN dan India dengan menjadikannya sebagai satu keutamaan dalam hubungan strategik kedua-dua pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menekankan bahawa ASEAN dan India harus terus menggalakkan kerjasama serantau dalam keselamatan maritim terutamanya dari segi pembinaan keupayaan, pertukaran dan perkongsian maklumat yang boleh menghalang serta memerangi kegiatan jenayah di laut termasuk juga ancaman tidak konvensional seperti keganasan dan extremisme serta kegiatan lanun.

“Sehubungan dengan ini kerjasama strategik dalam bidang maritim ini juga menunjukkan bahawa potensi yang boleh kita raih melalui cara kita mengeksplotasikan semua sumber maritim dengan kaedah pembangunan mampan yang sentiasa menekankan pemeliharaan alam sekitar.

“Ini adalah pendekatan yang sebaik-baiknya. Potensi maritim dan sumber laut ini adalah amat besar dan seharusnya dimanfaatkan untuk kepentingan kita bersama,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini.

Perdana menteri berada di New Delhi atas undangan Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bersempena ulang tahun ke-25 hubungan dialog ASEAN-India.

Terdahulu, perdana menteri menghadiri sesi pemukiman bersama pemimpin-pemimpin ASEAN dan India yang bertemakan kerjasama maritim dan keselamatan.

Dalam pada itu, Najib berkata pemimpin 10 blok negara ASEAN turut mengambil maklum bahawa pada 2016 perdagangan barangan ASEAN-India mencecah US$58.4 bilion, iaitu 2.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan ASEAN.

“Ini menempatkan India sebagai rakan dagang ASEAN yang keenam terbesar selepas China , Kesatuan Eropah, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan,” katanya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan kerajaan India, perdagangan ASEAN-India hampir mencecah US$72 bilion tahun lepas.

Sementara itu, Najib menyertai Modi dan pemimpin negara anggota ASEAN yang lain melancarkan set setem peringatan bersempena sidang kemuncak itu.

Set setem itu bagi menandakan 25 tahun hubungan ASEAN-India, mengandungi 11 setem iaitu masing-masing 1 setem untuk India dan 10 negara anggota ASEAN.

Bagi Malaysia, setem itu menampilkan Gerbang Torana di Little India, Brickfields, hadiah daripada kerajaan India kepada Malaysia sebagai lambang persahabatan kukuh antara kedua-dua negara.

Monumen itu yang dirasmikan secara bersama oleh Modi dan Najib pada 2015 mempunyai seni reka Hindu dan Buddha di benua kecil India.

— BERNAMA



Source link

read more

Parti SDP Jerman setuju runding tubuh kerajaan dengan parti pimpinan Merkel



BONN: Parti haluan tengah-kiri Jerman, Parti Sosial Demokrat (SDP) meluluskan usul untuk mengadakan rundingan bagi menubuhkan kerajaan campuran dengan parti pimpinan Canselor Jerman, Angela Merkel, Parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU).

Sejumlah 362 anggota parti SDP mengundi menyokong rundingan berbanding 279 menolak dalam mesyuarat parti yang diadakan pada Ahad di Bonn.

Keputusan dibuat selepas SDP dan CDU mencapai persetujuan awal terhadap pelan dasar untuk mengadakan rundingan rasmi bagi penubuhan kerajaan campuran awal bulan ini.

CDU memutuskan untuk mengadakan rundingan dengan SDP, selepas gagal capai keputusan dengan sekutunya, Kesatuan Sosial Kristian, Bavarian CSU untuk menubuhkan kerajaan sejak pilihan raya September lalu.

SPD sebelum ini enggan berunding dengan CDU, selagi Merkel berkuasa.

Namun pemimpinnya Martin Schulz berubah fikiran selepas CDU gagal tubuhkan kerajaan dengan mana-mana parti politik lain.

Ini adalah rundingan menubuhkan kerajaan paling lama pasca pilihan raya.

SPD sebelum ini pernah memerintah bersama CDU selama lapan tahun, namun selepas kekalahan terburuk dalam pilihan raya, Schulz bertegas mahu menyertai pembangkang.

Sementara itu keputusan SPD berunding untuk tubuh kerajaan dengan CDU disifatkan sesuatu yang positif.

Merkel menegaskan isu ekonomi bakal mendominasi rundingan penubuhan kerajaan campuran itu.



Source link

read more

Kekalkan perjanjian nuklear Iran jika mahu Pyongyang setuju – Rusia



MOSCOW: Rusia menegaskan tidak akan menyokong sebarang usaha mengubah perjanjian nuklear Iran yang ditandatangani pada 2015.

Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata sebarang langkah ke arah itu akan merumitkan lagi diplomasi ke atas program senjata nuklear Korea Utara.

Kenyataan Kremlin itu dibuat sehari selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menegaskan mahu mengubah semula perjanjian nuklear dan arahan sekatan ke atas Iran untuk kali terakhir kerana mendakwa terdapat kelemahan yang teruk pada perjanjian tersebut.

“Kami tidak akan terlibat mahupun menyokong usaha Amerika Syarikat ke arah itu.

“Ini kerana, meletakkan arahan sekatan ekonomi ke dalam perjanjian sama sekali tidak akan diterima oleh Iran,” jelas lavrov pada sidang media yang diadakan di Moscow pada Isnin.

Rusia menegaskan akan berusaha mengekalkan perjanjian nuklear Iran terbabit dan pada masa sama memberi amaran risiko dialog dengan Pyongyang jika Washington berdegil.

Kerana menurut Lavrov, Pyongyang ketika ini sedang memerhati pelaksanaan dan menilai ketulenan perjanjian nuklear Iran jika mahu bersetuju dengan sebarang syarat di masa hadapan.

“Mereka diberikan janji bahawa sekatan ekonomi akan dibatalkan jika mereka menghentikan program nuklear mereka.

“Tetapi persoalannya sekarang siapa yang mahu mengangkat semula sekatan ekonomi ke atas Pyongyang?” soalnya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Setiausaha Majlis Keselamatan kebangsaan Iran, Ali Shamkhani menyifatkan ugutan yang disuarakan Trump sebagai ketakutan negara itu terhadap Iran.

“Ia jelas bersifat  ‘Iranophobia’ dan mahu memberi lebih tekanan ke atas Tehran agar bersetuju untuk rundingan semula,” jelasnya.

Menurut Ali lagi cara ugutan yang dilakukan Trump adalah satu taktik lapuk yang jelas tidak akan memberikan sebarang impak kepada komuniti dunia.



Source link

read more

NURUL IZZAH SETUJU PANDANGAN ANAK KARPAL!!! ~ SEMUT HITAM


Nurul Izzah tampil mempertahankan hak anak mendiang Karpal Singh yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan Pakatan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang PRU akan datang.

Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR mendakwa Sangeet Kaur Deo ikhlas dalam meluahkan kritikannya secara terbuka, sambil berkata Pakatan perlu mendengar pelbagai pandangan.

“Kita sudah hidup di bawah kerajaan diktator disebabkan sistem yang lama dipakai, dan adalah penting untuk meraikan keprihatinan dan kebimbangan orang ramai,” kata Nurul kepada FMT.

Malah Nurul Izzah juga turut mendakwa, pandangan Sangeet itu juga perlu didengari oleh Tun Mahathir kerana ia merupakan satu “kebimbangan yang sah”.

“Sebab itu saya memastikan ikrar (PH) turut memuatkan agenda perubahan,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sangeet sebelum ini memuat naik komen di Facebook mempersoalkan pembangkang yang menurutnya tidak ada strategi jangka panjang sehingga terpaksa melantik Dr Mahathir, seperti diumumkan gabungan itu Ahad lalu.

Menurut Sangeet, Dr Mahathir terlibat dalam pelbagai kesalahan semasa pentadbirannya termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), undang-undang yang digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang termasuk ayahnya.

“Ini bukan tentang kemaafan. Ia mengenai akauntabiliti. Mereka yang berkuasa perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Begitu juga beliau,” katanya yang turut dipersetujui oleh Nurul Izzah.

Menurut Nurul Izzah, atas dasar kebimbangan sama itulah yang membuatkan PKR sebelum ini mengambil masa yang lama sebelum mencapai konsensus dalam isu pencalonan Perdana Menteri.

Namun malangnya, suara hati yang dinyatakan oleh anak mendiang Karpal Singh itu tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pakatan, khususnya dikalangan pemimpin DAPigs sendiri.

Sebagai rekod, keputusan Pakatan yang mencalonkan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ini turut melahirkan rasa kecewa dikalangan pemimpin – pemimpin Pakatan, terutama PKR.

Rata – rata, kepimpinan parti itu melihat keputusan itu sebagai satu gambaran yang seolah – olah membuktikan bahawa Pakatan Haprak tidak mempunyai pemimpin yang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut!!!




Source link

read more

Berdamai Seoul-Pyongyang setuju adakan perbincangan ketenteraan



SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan sepakat bersetuju mengadakan perbincangan ketenteraan bagi meredakan ketegangan kedua negara, menurut kenyataan yang dikeluarkan Seoul.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat peringat tertinggi yang pertama sejak dua tahun yang berlangsung pada Selasa.

Antara lain, dalam  perbincangan yang berlangsung selama 11 jam itu, Pyongyang juga memaklumkan akan menghantar delegasi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang bakal berlangsung pada Februari ini di Seoul.

Kenyataan itu juga menyebut, Seoul meminta negara jirannya itu menghentikan permusuhan yang menimbulkan ketegangan di Semenanjung Korea dan sebagai balasan, Pyongyang bersetuju untuk berdamai demi keamanan di rantau berkenaan.

Rundingan dua negara itu dipantau rapi oleh para pemimpin dunia untuk melihat tanda-tanda pengurangan ketegangan disebalik kebimbangan pelancaran peluru berpandu dan  pembangunan senjata nuklear Korea Utara yang secara terangan membantah resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Terdahulu pada awal Selasa, Seoul berkata ia bersedia menamatkan beberapa sekatan buat sementara waktu supaya pegawai-pegawai Korea Utara dapat ke Seoul untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Menurut Korea Utara, delegasinya akan terdiri daripada atlet, pegawai tinggi kerajaan, skuad penyokong, pelukis seni serta wartawan dan penonton.

Sebelum ini, Korea Selatan mengharamkan beberapa pegawai Korea Utara dari memasuki negara sebagai balasan terhadap pelancaran  peluru berpandu dan program nuklear Pyongyang, meskipun mendapat tentangan antarabangsa.

Bagaimanapun, beberapa pegawai Korea Selatan melihat Sukan Olimpik sebagai peluang yang mungkin dapat mengurangkan ketegangan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons