Saya takut kenapa jadi begini – Siti Sarah cuak Shuib undur diri dari Sinar.fm



MALAM ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya pula, Shuib mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar.fm serentak hari sama.

Sedih atas kejadian yang berlaku, kata Sarah dia juga terkejut apabila suaminya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang paling disukainya.

“Saya pernah tanya Shuib, apa yang dia paling suka lakukan? Jawabnya menjadi deejay!

“Namun, tiba-tiba dia memaklumkan mahu berhenti daripada Sinar.fm. Sejujurnya ketika itu saya takut, kenapa jadi begini?

“Mesti ada something wrong somewhere…,” cerita Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BACA: Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar.fm

Namun, Shuib menjelaskan kepada Sarah tindakan yang dilakukan demi memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang sedang giat diceburinya.

“Keputusan yang dilakukan Shuib benar-benar mengubah dirinya. Saya lihat dia lebih bersemangat dalam Sepahtu Reunion setiap minggu kualiti kerjaya sangat memberangsangkan.

“Jadi, saya sebagai seorang isteri menyokong sahaja keputusan yang Shuib pilih dan percayakan dia sepenuhnya,” katanya.

Shuib berada di Sinar.fm untuk segmen Sepahtu Sinar bersama Jep dan Rahim sejak 30 Nov 2015 hingga 29 Nov 2017.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Shuib undur diri dari Sepahtu Sinar



KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menjadi penyampai radio, Shuib Sepahtu umum undur diri dari keluarga Sinar FM.

Pelakon dan pelawak itu berkata dia terpaksa undur diri untuk lebih fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi berita sedih itu menerusi laman media sosial, Instagram pada Rabu.

“Assalammualaikum, 2 tahun yg penuh tawa,duka, susah,senang. Itulah Sepahtu Sinar. Harini sy mengundurkan diri dr sepahtu Sinar atas sbb komitmen keje dan kekangan masa.

“sy harap anda akan terus menyokong dua sahahat saya @jepsepahtu dan @rahimr2. Maafkan Segala salah dan silap sy.

“Kepada pendengar setia Sinar Fm JUTAAN terima kasih kerana menerima kami seadanya.. Doakan yg terbaik utk karier dan bisnes sy selepas ini ya…Teruskan support dan sy doakan yg baik2 saja utk kalian. Love U all,Love U Sinar Fm

,” tulis beliau.

Pada masa sama, pihak Sinar FM turut meluahkan rasa dukacita atas pengunduran salah seorang penyampai radio bagi segmen Sepahtu Sinar itu.

“Kenangan bersama dengan awak memang kami tak akan lupakan dan kami doakan semoga awak berjaya dengan apa sahaja kerja yang awak lakukan di luar sana.

“Terima kasih Shuib di atas segala jasa dan khidmat baik awak!,” kata mereka menerusi laman Facebook SINAR.

Segmen Sepahtu Sinar bersiaran bersama kumpulan pelawak Sepahtu dari Isnin hingga Jumaat, 6 hingga 10 pagi.



Source link

read more

Shuib menangis sebak umum tinggalkan Sinar FM



PENYAMPAI Radio Sinar FM, Shuib tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri dari stesen radio berkenaan.
 
Menurut Shuib, dia terpaksa membuat keputusan tersebut atas sebab tuntutan kerja dan kekangan masa yang tidak mengizinkan.
 
“Sebenarnya saya ada pengumuman untuk semua hari ini… Sinar FM selamat tinggal kerana ini adalah hari terakhir saya di sini.
 
“Selepas dua tahun berada di Sinar FM bermula 30 November 2015 sehingga hari ini, 29 November 2017.
 
“Saya sayang Sinar FM, di beri peluang menjadi penyampai radio di sini untuk segmen pagi, Sepahtu Sinar memang satu penghormatan besar untuk saya.
 
“Tetapi hari ini saya terpaksa membuat keputusan dan tamatnya saya di stesen radio ini adalah atas dasar tuntutan kerja dan masa. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pendengar Sinar FM,” katanya.
 

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video Sinar FM melalui akaun Instagram (IG) rasmi, jelas terpampang wajah sedih Jep dan Rahim yang mengendalikan segman Sepahtu Sinar bersama Shuib.
 
Video itu juga turut merakamkan rakaman suara Shuib yang ternyata tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu perkara tersebut kepada Jep dan Rahim.
 

Shuib tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya, penyanyi Sarah Raisuddin yang sedang sakit.
 
Sarah dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba. BACA: AKIBAT TEKANAN DARAH RENDAH, SITI SARAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL
 
Foto: IG Shuib / Facebook SINAR.FM
 
Teks oleh: Mya Amri
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons