Siapa kata Iraq tiada padang bola?


WhatsApp Image 2018-02-13 at 12.52.56MO, 13/2/2018 – KENYATAAN Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa Iraq tidak mempunyai padang bola sepak adalah kurang tepat memandangkan Iraq tidaklah seteruk seperti yang digambarkan.

Walaupun sentiasa berdepan dengan masalah pergolakan, namun Iraq tetap memiliki stadium bola sepak. Secara keseluruhannya Iraq mempunyai 19 stadium dan Stadium Al-Shaab adalah yang tertua selepas mula digunakan pada 6 November 1966.

Stadium Al-Shaab venue rasmi skuad kebangsaan Iraq pernah mengalami kerosakan teruk apabila dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat pada 2003 sebelum kerajaan mereka melakukan kerja-kerja pengubahsuaian secara besar-besaran pada 2010.

Bagaimanapun pada 2013, venue rasmi skuad kebangsaan Iraq diambil alih oleh Stadium Antarabangsa Basra yang mempunyai kapasiti 65,000, sekali gus menjadi stadium terbesar di Iraq.

Memiliki 19 stadium sudah cukup untuk membuktikan Iraq mampu menganjurkan liga mereka sendiri, malah majoriti skuad bawah 23 (B-23) Iraq yang menyertai Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) di China pada Januari lalu beraksi di liga domestik.

Kelmarin, Azmin membuat kenyataan apabila membandingkan keadaan di Iraq yang tidak mempunyai padang bola sepak tetapi rakyat negara itu boleh bermain sukan berkenaan di padang pasir dengan Selangor yang ketika ini terpaksa menjadikan Stadium Kuala Lumpur sebagai venue rasmi mereka pada musim ini.

Bukan sahaja memiliki stadium bola sepak, malah Iraq turut mempunyai rekod cemerlang apabila skuad B-23 negara itu pernah muncul juara edisi pertama Kejuaraan AFC B-23 pada 2013 serta beraksi dalam Sukan Olimpik 2016.

Akhir kata, Iraq adalah kuasa besar dalam bola sepak di benua Asia dan tidak mustahil mampu menggegar dunia satu hari nanti.

Selangor pula adalah gergasi bola sepak tanah air dan memang menyedihkan pasukan yang memiliki deretan sejarah terpaksa ‘menumpang’ untuk beraksi dalam liga, yang mana mereka antara calon untuk muncul juara.



Source link

read more

Siapa kata Spice Girls akan adakan konsert jelajah dunia – Victoria Beckham



BARU sahaja minggu lalu kumpulan pop terkemuka Spice Girls mengirimkan khabar gembira buat peminat apabila mengumumkan reunion mereka.

Namun, semalam, salah seorang anggota kumpulan itu Victoria Beckham menafikan khabar yang mereka akan mengadakan konsert jelajah berkenaan.

Dalam temu ramah bersama majalah Vogue, Victoria berkata projek reunion itu mungkin akan membabitkan satu single dan satu persembahan sahaja, dan mereka tidak akan menjelajah dunia untuk mengadakan konsert serta bertemu peminat.

“Siapa kata kami akan mengadakan konsert jelajah? Itu tiada langsung dalam perancangan.

“Seronok dapat berjumpa mereka (anggota Spice Girls) kembali. Kami bercakap tentang banyak idea tentang masa depan Spice Girls, tapi buat masa ini semua itu hanya idea.

“Antara idea yang kami fikirkan menarik adalah menubuhkan satu syarikat rakaman dan kumpulan wanita yang boleh meneruskan legasi Spice Girls.

“Dunia saya kini adalah (rekaan) fesyen. Itu tugas saya,” kata Victoria.

Kenyataan Victoria itu bercanggah dengan laporan banyak media antarabangsa yang kononnya kumpulan itu bakal mengadakan konsert jelajah ke seluruh dunia tidak lama lagi.

Minggu lalu, Victoria memuat naik sekeping gambar dia bersama empat lagi anggota Spice Girls – Emma Bunton, Geri Horner, Mel C dan Mel B di akaun Instagramnya.

Media United Kingdom kemudian melaporkan pengasas Pop Idol, Simon Fuller, mengesahkan kesemua anggota asal kumpulan muzik wanita paling berjaya itu akan kembali bersatu untuk satu projek reunion.



Source link

read more

Dulu Tun M cakap siapa jumpa duta pengkhianat


KUALA LUMPUR – Dulu Tun Mahathir Mohamad menganggap sekiranya ada ahli politik bertemu dengan duta luar sebagai pengkhianat negara namun kini disebaliknya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hairan dengan sikap bekas perdana menteri tersebut yang mengadakan pertemuan dengan duta-duta besar Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini walhal beliau sangat membantah langkah sedemikian kerana disifatkan mencemar imej negara.

“Saya hairan dan sebab sewaktu Mahathir jadi Perdana Menteri, dia sangat sensitif sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu berjumpa wakil luar negara.

“Beliau akan menuduh sebagai pengkhianat dan dianggap sebagai campur urusan dalam negara… mungkin dia lupa hari ini dan dia minta pula campur tangan dalam isu negara,” kata beliau semasa sidang media selepas majlis penyerahan gerabak dan landasan keretapi daripada CRRC Zhozhou Locomotive Co. dan Mitsubishi Heavy Industries kepada UniKL dibawah Program Kolaborasi Industri (ICP) hari ini.

Dulu Tun M cakap siapa jumpa duta pengkhianat

Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempersoalkan Mahathir mengadakan pertemuan tersebut pada ketika EU membuat keputusan memboikot kelapa sawit negara.

“Kita sedang hadapi masalah apabila Parlimen EU sudah putuskan untuk memboikot pembelian minyak kelapa sawit.

“Tindakan ini sama sekali tidak wajar kerana menjalinkan kerjasama dengan pihak yang menentang kelapa sawit negara,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, Malaysia akan mengambil pendirian tegas berhubung isu boikot tersebut kerana ia bakal menjejaskan pekebun kecil khususnya peneroka Felda yang mengusahakan pertanian tersebut.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) berkata akan mengambil tindakan lebih tegas kepada mereka kerana ia akan memberi kesan besar kepada pekebun kecil dan peneroka Felda,” – theRakyat



Source link

read more

Siapa calon Menteri Besar PH Johor?


Oleh: Fikri Allaudin

KELMARIN berlangsung Ceramah 100 Hari Menuju Putrajaya yang diadakan di negeri Johor.

Kami mengikuti rapat perjalanan program tersebut. Ia bagi melihat sejauh mana impak ceramah tersebut khususnya kepada rakyat negeri Johor.

Mana tidaknya, Pakatan Harapan menerbangkan hampir semua pemimpin utama mereka ke Johor untuk ceramah tersebut. Mereka yang turun ke Johor ialah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nurul Izzah, Gobind Singh, Mat Sabu dan ramai lagi.

Tetapi di sebalik nama-nama besar ini, tidak kelihatan kelibat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Agak janggal melihat beliau tidak hadir.

Adakah bekas Menteri Besar Johor itu tidak berani berhadapan dengan rakyat Johor di atas pentas sebagai seorang pembangkang?

Secara keseluruhannya, kami tidak melihat apa yang sebenarnya cuba ditawarkan oleh Pakatan Harapan kepada rakyat Johor pada ceramah tersebut.

Mereka seolah-olah tiada idea bagaimana mahu menyerang negeri yang sedang dipimpin oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Akhirnya, hanya nama Najib dan Rosmah sahaja sebagai bahan jenaka yang boleh dipersembahkan pada malam itu.

Timbul persoalan, adakah ini sebenarnya wajah politik Malaysia?

Berbalik kepada ceramah Pakatan Harapan tersebut, kita sedia maklum bahawa Tun Mahathir diangkat sebagai calon Perdana Menteri Sementara Pakatan Harapan.

Tetapi dalam tempoh 100 hari ini, siapa pula calon Menteri Besar Johor bagi Pakatan Harapan?

Jika dilihat, ia merupakan indikator terpenting bagi Pakatan Harapan menawan hati rakyat Johor. Rakyat Johor mahu melihat siapa calon terbaik yang mampu menyaingi kredibiliti dan sosok kepimpinan Khaled Nordin.

Umum mengetahui bahawa sejak era kepimpinan Khaled Nordin, pelbagai kejayaan dan pembangunan yang telah dicapai untuk negeri Johor. Pelbagai dasar dan tadbir urus berkesan telah memacu ekonomi dan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat Johor.

Beliau merupakan individu yang sangat dekat di hati dan mudah mendampingi rakyat apatah lagi sangat disenangi oleh generasi muda Johor.

Maka sudah tentu Pakatan Harapan perlu meletakkan calon terbaik bagi menawan hati rakyat Johor untuk berani menukar tampuk kepimpinan di Johor.

Selepas melihat pembahagian kerusi Parlimen dan DUN Johor, kami merasakan tiada nama besar yang mampu menggalas tanggungjawab memimpin negeri Johor.

Di kem AMANAH, hanya nama besar seperti Aminolhuda Hassan dan Salahuddin Ayub yang kedengaran. Tetapi ia belum cukup kuat memandangkan kepimpinan AMANAH Johor sendiri telah gagal dalam menguruskan pembahagian kerusi sehingga parti tersebut merupakan parti tercorot dalam pembahagian kerusi.

Begitu juga di kem PKR yang tinggal hanyalah Hassan Karim selaku Pengerusi PKR Johor dan kerusi DUN mereka juga hanyalah sekitar 12 kerusi sahaja.

Paling menarik ialah melihat kerusi BERSATU dan DAP. Masing mempunyai kerusi besar iaitu 18 dan 14 bagi DUN Johor. Jika diambil kira, maka besar kemungkinan BERSATU merupakan calon bagi kerusi Menteri Besar Johor.

Tetapi sudah tentu beberapa faktor bakal menyukarkan impian parti tersebut bagi mengisi jawatan bagi kerusi tersebut.

Pertama, kebanyakan wakil BERSATU merupakan calon recyle yang bakal dijenamakan semula. Sudah tentu agak sukar kerana kebanyakan mereka telah ditolak oleh rakyat khususnya di Johor.

Kedua, jika Tun Mahathir dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Malaysia, tidak mustahil Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bakal dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Johor.

Agak mustahil bagi perkara tersebut berlaku kerana selain tidak disenangi oleh Istana Johor, beliau juga mempunyai rekod pentadbiran yang buruk ketika era pentadbiran beliau. Dari isu penjualan aset air Johor kepada Singapura sehinggalah kegagalan memacu ekonomi dan pembangunan di negeri Johor.

Ketiga, melalui satu kertas kerja yang diterbitkan oleh Iseas Institut Yusof Ishak Singapura yang telah dibentangkan oleh Wan Saiful Wan Jan, mendapati 85 peratus orang Melayu Johor tidak berpihak kepada DAP.

Sudah tentu sentimen ini bakal memberi kesan terhadap cita-cita BERSATU kerana BERSATU kini rakan sekutu kepada DAP.

Ia juga berkait rapat dengan beberapa siri kenyataan pemimpin tertinggi DAP yang mahu Johor menjadi seperti Pulau Pinang Kedua.

Walau apapun jua, secara jelas Pakatan Harapan masih belum mampu memberi alternatif kepada rakyat Johor dalam usaha mereka untuk menawan negeri Johor.

** Penulis adalah AJK Persatuan Pemikir Muda Johor

 



Source link

read more

SIAPA PUNCA KEMPEN #UNDIROSAK??? ~ SEMUT HITAM


Itu persoalannya. Adakah kempen #UndiRosak itu dibuat kerana rakyat tak suka pada Datuk Seri Najib? Kot kalau sebelum ini pun, puak pembangkang tak buat kempen sedemikian.

Begitu juga dengan orang Barisan Nasional. Walaupun diorang tak suka pada Si Ketua Penipu tu kerana perangai Haramjadah yang ditonjolkan, tapi takde pulak diorang buat kempen tersebut.

Tapi kenapa hari ini, kempen #UndiRosak tu diwujudkan? Dan kempen itu dimulakan oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri dan bukannya dari dikalangan penyokong Barisan Nasional.

Soalnya sekarang, kenapa kempen #UndiRosak itu diadakan? Adakah kempen itu dibuat untuk menyatakan bantahan terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri? Jawapannya TIDAK!

Adakah kempen itu digerakkan demi membuktikan bahawa Barisan Nasional menolak Pakatan Haprak yang diketuai oleh DAPigs? Juga jawapan yang diberikan adalah TIDAK!

Sebaliknya, kempen #UndiRosak itu wujud kerana puak Pakatan Haprak tu nak menzahirkan rasa kurang senang serta ketidak-puasan hati mereka terhadap pencalonan Tun Mahathir sebagai PM.

Itu hakikatnya! Itu realiti yang perlu diterima oleh gabungan Pakatan Haprak tu! Penyokong mereka sendiri tidak menerima kehadiran Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

Pokok pangkalnya, kempen #UndiRosak itu merupakan satu manifestasi pengikut – pengikut Pakatan Haprak yang menolak pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan.

Mesejnya cukup jelas, terang dan nyata. Malahan Tun Mahathir sendiri perlu menerima hakikat bahawa pengikut puak Pakatan Haprak tu tidak mahu dia menjadi pemimpin mereka secara terbuka. Maka sebab itu diorang lancarkan kempen #UndiRosak tu!!!




Source link

read more

Siapa sangka Nutella mampu cetuskan rusuhan di seluruh Perancis



HARGA runtuh yang ditawarkan rangkaian pasaraya Perancis ke atas sapuan coklat berasaskan kacang hazel, Nutella, menyebabkan beberapa adegan ganas antara pembeli pada Khamis.

Pasaraya Intermarche menawarkan diskaun sehingga 70 peratus sebotol, yang menjadikan harga terkini sapuan coklat tersebut kepada RM6.70 (€1.40) berbanding harga asalnya pada RM21 (€4.50).

Pihak polis terpaksa masuk campur apabila berlaku pergaduhan antara pembeli.

“Mereka bergaduh seperti haiwan. Seorang wanita ditarik rambutnya, seorang warga emas dihentak dengan kotak di kepala dan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di tangan sehingga berdarah,”menurut laporan media tempatan.

Pergaduhan tersebut cuba dileraikan pekerja pasaraya namun usaha mereka tidak berhasil, lapor portal berita Le Progres.

“Kami cuba leraikan pergaduhan tersebut tetapi akhirnya kami ditolak,” kata pekerja pasaraya tersebut.

Stok pasaraya tersebut habis dalam masa 15 minit selepas dibuka dan seorang pembeli lebam di matanya, lapor portal itu lagi.

365 juta kilo Nutella dimakan setiap tahun di lebih 160 negara seluruh dunia.

Nutella mula dihasilkan oleh keluarga Ferrero pada 1940 di Wilayah Piedmont, Itali yang terkenal dengan kacang hazel.

Syarikat pengeluar sapuan coklat itu berkata ia kesal dengan kejadian ganas pada Khamis itu, namun harga runtuh tersebut telah dipersetujui oleh Intermarche.



Source link

read more

PAS enggan layan polemik siapa wajar jadi PM


TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu lebih mengutamakan hak rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dan bukan soal siapa yang layak menjadi perdana menteri.

Beliau menegaskan perkara itu ketika diminta mengulas persoalan yang dibangkitkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung calon perdana menteri pilihan PAS.

Menurutnya lagi, isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan kerana rakyat sendiri telah muak dengan soal perebutan jawatan yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara.

“Allah akan beri kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, kadangkala kita calon orang ini, ia belum tentu akan jadi (pemimpin)…mungkin sampai ajal dan sebagainya.

“Apabila sampai waktu kita akan lihat…kita mempunyai tokoh yang jelas, jadi tak perlulah perbesarkan isu ini sehingga timbul polemik politik,” katanya ketika ditemui selepas Fastaqim 2.3 Himpunan 12,000 Jentera PAS Pahang di Kompleks Al Makmur, Kerdau di sini, malam tadi.

Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Selasa lepas, Tun Mahathir mempersoalkan pendirian PAS sama ada menyokong beliau sebagai calon perdana menteri atau Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau perkara itu penting untuk dinyatakan kerana ia akan menggambarkan sama ada parti itu boleh menang atau tidak dan sama ada calon mereka akan mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sebelum itu, Hadi dalam ceramahnya pada himpunan itu, turut menyatakan soal siapa yang menjadi ketua atau perdana menteri adalah ketentuan Allah.

“Kita bukan mahu berebut jadi pemimpin…tetapi mahu Islam memimpin, menyelamatkan negara, menyelamatkan umat manusia, ini matlamat utama perjuangan kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas persiapan PRU14, Hashim pula berkata kesemua jentera parti itu telah bersiap sedia termasuk tentang soal calon.

“Majlis Syura dah pun menapis nama calon termasuk soal kelayakannya. Saya rasa dah selesailah. Sekarang ini kita pulangkan balik (senarai nama) kepada negeri untuk ditentukan kelayakannya, tetapi calon peringkat Parlimen, Majlis Syura akan putuskan,” katanya.

Mengenai persiapan PAS Pahang menghadapi PRU14, Pesuruhjayanya Rosli Jabar berkata usaha untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri adalah antara tawaran yang dikemukakan parti itu dalam manifesto mereka.

Selain itu, wanita kelahiran Pahang atau yang bermastautin di sini bagi tempoh tertentu, yang melahirkan anak akan menerima ganjaran dalam bentuk wang tunai atau barangan manakala anak yang lahir pula akan mendapat sumbangan wang tunai RM100 dalam bentuk simpanan.

Bagi golongan miskin, PAS Pahang menawarkan pemberian barangan keperluan asas seperti beras, tepung dan gula secara percuma setiap bulan manakala golongan belia ditawarkan bantuan untuk membangunkan tanah terbiar.

“Kami menyedari golongan muda turut terbeban dengan kos perkahwinan yang semakin meningkat dan PAS Pahang sedia menganjurkan program walimah perdana iaitu perkahwinan beramai-ramai kepada semua, termasuk kepada bukan Islam,” katanya pada rakaman video sempena program itu.

Sehubungan itu, Rosli yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur berharap rakyat Pahang akan melakukan gelombang perubahan bagi membuktikan PAS bukan parti terpinggir di Pahang.

— BERNAMA



Source link

read more

ESLOne Genting RM1.5 juta milik siapa


GENTING : Syarikat e-sukan terbesar di dunia, ESL sekali lagi bakal membawakan kejohanan bertaraf antarabangsa ESL One Genting di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.5 juta akan menjadi buruan 16 pasukan Dota 2 dari seluruh dunia dalam kejohanan ini yang akan berlangsung bermula 23 Januari nanti.

Ketua Pegawai Operasi ESL Asia Frank Sliwka berkata juara juga akan menerima 400 mata kelayakan jemputan terus ke kejohanan Dota 2 terbesar di dunia The International 2018.

Beliau juga berkata penganjuran kejohanan kali ini akan lebih banyak berbeza berbanding tahun lepas.

“Selepas menyaksikan sendiri kejayaan ESL One Genting pada tahun lalu, kami sudah tahu itu bukan penganjuran yang terakhir bagi kami.

“Iltizam dan semangat e-sukan yang ditonjolkan komuniti di sini menunjukkan betapa bersemangatnya peminat Dota 2 di Malaysia.

“Kami teruja untuk terus bekerjasama dengan Resorts World Genting (RWG) pada masa depan bagi mengukuhkan e-sukan di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam satu majlis sidang media ESL One Genting di, Genting International Showroom hari ini.

Tahun lalu, lebih lima ribu peminat membanjiri Arena of Stars bagi menyaksikan sendiri pemain kesukaan mereka dalam acara utama ESL One Genting.

Siaran langsung perlawanan ESL One Genting tahun lepas juga menarik 11.4 juta penonton atas talian dari seluruh dunia.

Kejohanan itu juga terpilih sebagai Acara e-sukan terbaik Asia oleh Persidangan dan Anugerah Industri Sukan (Spia Asia).



Source link

read more

Saya nak tanya siapa sebenarnya label Tun Dr Mahathir diktator – Salleh Said Keruak


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini melontarkan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad tentang siapa sebenarnya yang melabel beliau diktator.

Salleh berkata bekas perdana menteri itu menulis dalam blognya semalam catatan bertajuk ‘The Dictator’ yang berbentuk sindiran dan cuba memulang paku buah keras tuduhan beliau seorang diktator dan kleptokrat semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

“Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, “jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar.”

“Yang sebenarnya mereka yang menggelar Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah” adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan,” kata Salleh dalam catatan terbaru blog beliau hari ini.

Menteri itu berkata Dr Mahathir mungkin lupa suatu perkara penting bahawa mereka itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang.

“…atau apakah sebenarnya beliau memang mahu menyindir sekutu politknya sekarang?” tanya Salleh.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons