Polis siasat Facebook Amelsan Tahagi berhubung berita palsu


MIRI: Polis mula menjalankan siasatan terhadap akaun Facebook yang menggunakan nama Amelsan Tahagi kerana memuat naik berita palsu tentang perbuatan menculik kanak-kanak untuk mengambil organ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata polis mengambil maklum tentang penyiaran berita palsu itu, yang diiringi tiga gambar berkaitan kes bunuh di Miri yang mana seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan mati di dalam but kereta.

“Catatan itu jelas karut dan polis telah memulakan siasatan terhadap pemegang akaun Facebook berkenaan kerana menyebarkan berita palsu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Dev juga mengingatkan netizen supaya tidak berkongsi berita palsu itu kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang dan polis sedang menjejaki pemilik akaun Facebook berkenaan bagi membantu siasatan.

“Perbuatan membuat dan menyebarkan berita palsu yang menimbulkan ketakutan adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998),” katanya. — Bernama



Source link

read more

SC akan siasat yayasan berdaftar di Singapura berkaitan CopyCashCoin


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia akan menyiasat sebuah yayasan berdaftar di Singapura mengenai rancangan untuk melancarkan tawaran syiling permulaan (ICO) yang dikenali sebagai CopyCashCoin (CCC).

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata, pihaknya mendapati terdapat peningkatan dalam aktiviti ICO baharu yang menawarkan pelaburan dalam mata wang kripto kepada orang ramai, termasuk warga emas.

Menurutnya, seperti dilaporkan media, yayasan itu akan melancarkan ICO pada 10 Jan 2018 dan pengendali ICO tersebut telah mengadakan ceramah dan seminar di bandar utama di Malaysia, termasuk Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Memandangkan aktiviti tersebut mungkin termasuk dalam bidang kuasa undang-undang sekuriti, pihak SC akan menjalankan siasatan rasmi terhadap CCC dan pengendalinya,” katanya.

Ia juga mengingatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat undang-undang atau profesional jika mereka ragu mengenai keperluan perundangan dan kawal selia yang berkenaan.

“Pelabur perlu berhati-hati terhadap risiko dalam ICO dan pengaturan pelaburan yang melibatkan token digital.

“Pelabur hendaklah memahami produk tersebut, mengetahui lebih lanjut mengenai projek dan perniagaan asas serta aset pengendali dan skim, terutama apabila tiada maklumat yang mencukupi mengenai syarikat atau stuktur perundangannya,” katanya.

Selain itu, katanya, pelabur hendaklah berwaspada kerana mereka terdedah kepada risiko penipuan disebabkan ICO beroperasi secara dalam talian dan mungkin tidak dikawal selia.

SC akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain untuk memantau aktiviti sedemikian dan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu, tambahnya. — Bernama



Source link

read more

Jawatankuasa Khas ditubuh siasat punca kerosakan kamera AES



KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua pengarahnya Datuk Shahruddin Khalid berkata penubuhan jawatankuasa khas itu adalah bagi membendung kejadian sama agar tidak berulang dan membincangkan tindakan yang perlu diambil.

“Sebarang perkembangan kita akan maklumkan tahun hadapan,” katanya pada majlis penutup program MyPrihatin Parlimen Setiawangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa, di sini, hari ini.

Pada Selasa lepas, sebuah kamera AES di Kilometer 151.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara telah dirosakkan, iaitu kejadian kedua berlaku selepas sistem penguatkuasaan trafik di lokasi sama dirosakkan pada 10 Sept lepas.

Dalam pada itu, Shaharudin menepis tanggapan segelintir masyarakat bahawa AES sengaja diletakkan untuk mencari kesalahan pemandu. 

“Pemasangan AES adalah bagi menggalakkan pemandu untuk memandu secara berhemah. Kami juga telah memasang papan tanda di sepanjang jalan raya bagi menunjukkan bahawa terdapat kamera pengesan kelajuan. Jika pemandu sedar ada papan tanda, maka mereka akan perlahankan kenderaan,” katanya.

Terdahulu, seramai 284 peserta berjaya memperoleh lesen dalam program MyPrihatin Parlimen Setiawangsa yang merupakan penganjuran kali ke-3 JPJ Kuala Lumpur, khas buat golongan miskin bandar bagi membolehkan mereka memiliki lesen percubaan B2 secara sah dengan kadar bayaran yang minimum.

— BERNAMA



Source link

read more

SPRM siasat skandal lombong pasir haram bernilai RM1.2 juta



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu kes perlombongan pasir dan batu haram di Kajang dipercayai bernilai hampir RM1.2 juta.

Sehubungan itu, sumber SPRM berkata, pihaknya sedang mengenal pasti sekurang-kurangnya enam saksi utama yang dipercayai mampu membantu siasatan kes berkenaan.

“SPRM kenal pasti lima hingga enam saksi utama yang kita percaya boleh membantu siasatan kes ini yang bernilai hampir RM1.2 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu.

Pada 29 November, empat individu direman selepas sebuah syarikat perlombongan disyaki memberi rasuah terhadap penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

Dalam operasi dilancarkan itu juga, pasukan penyiasat telah membekukan beberapa akaun bernilai RM4 juta.



Source link

read more

Polis Kanada siasat misteri kematian jutawan Apotex dan isteri



TORONTO: Polis Kanada sedang menyiasat misteri kematian jutawan dan pengasas firma farmaseutikal Apotex Inc, Barry Sherman dan isterinya Honey Sherman.

Pasangan terbabit ditemui mati di tingkat bawah tanah kediaman milik mereka yang terletak di timur laut Toronto.

Menurut Konstabel David Hopkinson, kematian mereka sedikit mencurigakan.

Bagaimanapun, pihak homisid berkata mereka tidak menemui kesan pecah masuk rumah agam terbabit.

Kedua-dua mayat ditutupi selimut dan kemudiannya dibawa keluar dari rumah itu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah van.

Rumah agam itu pernah disenaraikan untuk jualan pada harga hampir AS$5.4 juta (RM22.2 juta).

Sementara itu, Menteri Kesihatan Ontario, Eric Hoskins yang juga teman rapat kepada Sherman dalam satu tweet miliknya turut melahirkan simpati dan dukacita diatas kematian mengejutkan tersebut.

Hoskins menyifatkan Sherman, 75 tahun sebagai individu berhati mulia.

Majalah Forbes menganggarkan mendiang mempunyai aset bersih bernilai AS$3.2 bilion (RM13 bilion).

Apotex merupakan firma farmaseutikal terbesar Kanada dengan jualan tahunan lebih AS$1.55 bilion (RM6.33 bilion) selain beroperasi di lebih 45 buah negara termasuk Amerika Syarikat.



Source link

read more

Polis siasat kematian mencurigakan bilionair Kanada dan isteri – Luar Negara


TORONTO 16 Dis. – Polis Kanada kini sedang menyiasat motif pembunuhan seorang bilionair dan pasangannya yang dijumpai mati di tingkat bawah tanah kediaman mereka oleh seorang ejen hartanah.

Portal BBC memetik laporan polis sebagai berkata, setakat ini, kematian Barry Sherman dan isterinya, Honey itu diklasifikasikan sebagai amat ‘mencurigakan’.

Laporan itu menyebut, hal ini demikian kerana tidak ada sebarang tanda-tanda kediaman pasangan tersebut telah dipecah masuk berdasarkan siasatan awal yang dijalankan setakat ini.

Difahamkan, Sherman yang juga salah seorang individu paling kaya di Kanada merupakan pengasas serta pengerusi syarikat farmaseutikal gergasi, Apotex yang terlibat dengan penjualan pelbagai jenis ubat-ubatan di seluruh dunia.



Source link

read more

Siasat dakwaan kekurangan buku KPP – Liow



MELAKA: Kementerian Pengangkutan sedang menyiasat dakwaan kekurangan buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) sehingga menyebabkan lebih 6,000 calon institut pemandu di 20 sekolah memandu di Selangor tidak dapat menduduki ujian pemanduan.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan awal mendapati bahawa perkara berkenaan mungkin berlaku kerana jumlah calon mengambil ujian berkenaan meningkat sempena cuti persekolahan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyiasat perkara ini dan menyelesaikanya dengan segera.

“Seperti sedia maklum, setiap kali cuti sekolah ramai calon tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil ujian lesen memandu,” katanya kepada pemberita selepas Perasmian Karnival Jom Teguh Bersama di sini, pada Ahad.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam berhubung kekurangan buku KPP berkenaan hingga menyebabkan calon tidak dapat menduduki ujian teori bagi mendapatkan lesen ‘L’.

Liow berkata JPJ kini sedang membangunkan e-manual KPP bagi menyelesaikan isu kekurangan buku berkenaan pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata setiap pemimpin MCA di semua peringkat khususnya di pusat daerah mengundi (PDM) mempunyai petunjuk prestasi utama bagi memastikan mereka melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna.

“Semua calon MCA di peringkat kawasan, bahagian atau PDM perlu aktif untuk mencari pengundi dan juga ahli MCA sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Beliau berkata sehingga kini lebih 500,000 pengundi dan ahli MCA di seluruh negara telah dikenal pasti dan usaha keras sedang dilaksanakan secara lebih konsisten bagi menjejaki keseluruhan kira-kira 1.08 juta pengundi dan ahli parti komponen berkenanan.

Sementara itu, beliau berkata rakyat perlu menilai perjuangan sebenar yang dibawa Barisan Nasional (BN) dan parti komponen dalam menjaga kebajikan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat, kestabilan ekonomi serta pembangunan negara yang lebih terancang.

— BERNAMA



Source link

read more

Siasat kes lombong pasir di Selangor tiada unsur politik – SPRM



PUTRAJAYA: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu baru-baru ini berhubung aktiviti melombong pasir di Selangor adalah bebas daripada unsur politik mahupun sebarang pengaruh atau sabotaj, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Beliau menegaskan apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah bersifat profesional dan tidak ada sama sekali perkiraan politik.

“Jadi apa-apa tindakan yang SPRM ambil adalah berdasarkan maklumat yang SPRM terima. Dan apabila mempunyai asas kepada maklumat yang diterima maka SPRM jalankan siasatan.

“Semua pihak perlu bersikap profesional dan biar SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab. Biar SPRM selesaikan siasatan yang sedang berjalan. Tunggulah minggu depan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

BACA: Skandal lombong pasir Kajang: Kerugian didakwa mencecah jutaan ringgit

BACA: Anak saudara pemimpin parti politik antara 4 direman

BACA: Tiga ditahan terlibat lombong pasir, batu secara haram sejak 2014

Dzulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor pada 30 Nov selepas majlis menandatangani ikrar bebas rasuah oleh pucuk pimpinan Persatuan Graduan Muda Malaysia (Graduan).

Kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor pada 30 Nov mendakwa penyebaran maklumat kononnya anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara individu yang ditahan SPRM pada 29 Nov kerana terbabit dalam perlombongan pasir haram adalah berniat jahat.

Kenyataan pejabat Menteri Besar itu bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan bahawa individu yang ditahan terbabit adalah anak saudara Mohamed Azmin.

Pada 30 Nov Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman tujuh hari ke atas empat individu bagi membantu siasatan kes aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Selangor.

Tempoh tahanan reman berkenaan berakhir 6 Dis.

Empat individu termasuk dua pengarah syarikat melombong pasir, seorang pengurus tapak bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan, disyaki bersubahat dalam aktiviti tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

[VIDEO] RCI siasat kerugian forex buat laporan polis – Nasional


PUTRAJAYA 30 Nov. – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini.



Video oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha RCI, Datuk Dr. Yusof Ismail selaku Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan.

Terdahulu, beliau dilihat masuk ke IPD Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana pada ‪pukul ‬4.10 petang dan keluar pada 40 minit kemudian.

Sementara itu, Yusof ketika menemui wartawan memaklumkan, laporan dibuat agar pihak polis dapat melakukan siasatan terhadap segala hasil rumusan RCI.

“Laporan polis adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam laporan RCI,” katanya.

Laporan setebal 400 muka surat yang diedarkan ke Dewan Rakyat hari ini mendapati ada asas bagi mengesyorkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kemungkinan berlakunya pecah amanah dan penipuan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam skandal berkenaan.

Selain itu, laporan oleh RCI itu turut menyatakan adalah tidak dapat diterima kemungkinan Dr. Mahathir tidak mempedulikan masalah yang dihadapi oleh BNM berdasarkan kenyataan pelbagai saksi.

Suruhanjaya itu turut mendedahkan, BNM mengalami kerugan sebanyak RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu RM12.35 bilion pada 1992, RM15.29 bilion untuk 1993 dan RM3.86 bilion bagi 2014. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

RCI kemuka syor PDRM siasat Mahathir Anwar



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyorkan untuk melaksanakan siasatan kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu yang bertanggungjawab sewaktu urus niaga mata wang asing (forex) dilakukan sekitar tahun 1990-an.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an turut mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan atas kemungkinan kesalahan pecah amanah dan/atau penipuan turut dilakukan Menteri Kewangan yang ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pegawai BNM, Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Laporan itu turut menyebut, selepas mengambil kira perkara dan sifat teliti Dr Mahathir, adalah tidak dapat diterima kemungkinan beliau tidak mempedulikan masalah dihadapi BNM, tidak mempersoalkan atau tidak pernah dimaklumkan berkenaan masalah berhubung urus niaga forex dan kerugian besar BNM sebelum dimaklumkan bekas Pengurus Akaun BNM, Aziz @ Abdul Aziz Abdul Manaf dan Tan Sri Clifford Francis Herbert (IW14).

“Walapun beliau menafikannya, suruhanjaya berpendapat bahawa siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan sejauh mana pembabitan dan liabiliti IW24 (Perdana Menteri) dalam perkara ini.

“Sebagaimana dinyatakan IW14, beliau menjangkakan IW24 akan marah tetapi reaksinya agak normal. IW14 mendakwa bahawa IW24 menyatakan `sometimes we make profit, sometimes we make losses‘.

“Reaksi dan penerimaannya terhadap kerugian forex yang besar menunjukkan bahawa beliau mungkin mengetahui mengenai urus niaga forex dan maknitudnya.

“Dakwaan IW24 yang beliau hanya dapat mengingati kerugian forex berjumlah RM5 bilion apabila dimaklumkan mengenainya semasa perbincangan bersama IW21 (Anwar) dan IW14 pada akhir tahun 1993 adalah sesuatu yang dipersoalkan.

“IW21 dan IW14 sangat konsisten dalam testimoni mereka bahawa kerugian urus niaga forex adalah kira-kira RM30 bilion,” menurut laporan itu,” kata laporan itu.

Siasatan juga mendapati, dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai kerugian forex sebanyak RM5.7 bilion oleh Anwar dan Francis Herbert pada akhir 1993 tidak mungkin benar.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons