Sikap Ahli Parlimen punca lewat pembayaran – Politik

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Kelewatan pembayaran elaun persidangan Ahli Parlimen untuk bulan November dan Disember tahun lalu berjumlah RM1.2 juta berlaku kerana sikap wakil rakyat yang lambat mengemukakan tuntutan.

Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen dalam satu kenyataan menjelaskan, pihak pengurusan Parlimen telah meminta semua Ahli Parlimen mengemukakan tuntutan pada tahun semasa, namun sehingga ke hari ini saranan itu masih tidak dipatuhi.

Kata kenyataan itu, berikutan kelewatan tersebut, tuntutan itu terpaksa dibayar menggunakan peruntukan tahun semasa setelah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

“Bagi bulan November dan Disember 2017, terdapat 299 tuntutan daripada Ahli Dewan Rakyat diterima. Bagaimanapun, pihak Parlimen terpaksa mendahulukan pembayaran ke atas tuntutan-tuntutan tahun 2015 dan 2016 yang dikemukakan Ahli Parlimen berjumlah RM1.33 juta.

“Oleh kerana tuntutan tersebut lewat dikemukakan kepada pihak Parlimen, akibatnya ada urusan-urusan tahun 2017 terutamanya elaun persidangan pada November dan Disember berjumlah RM1.2 juta terpaksa ditangguhkan pembayarannya ke tahun 2018,” kata kenyataan itu.

Isu pembayaran elaun dan tuntutan Ahli Parlimen itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming yang disiarkan di muka depan akhbar China Press, semalam. – UTUSAN ONLINE

Source link

read more

UMNO alukan perubahan sikap Pas Kelantan – Politik

KETEREH 13 Jan. – UMNO mengalu-alukan perubahan sikap yang ditunjukkan kepemimpinan Pas negeri ini yang sangat positif dengan segala bentuk bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat.

“Walaupun pendekatan mereka (Pas) kadang-kadang seperti ‘Merry-Go-Round’, pusing-pusing akhirnya kembali semula, namun, sejak kebelakangan ini kerajaan negeri ini sentiasa bersikap positif.

“Bukan sikap mencari salah, menafikan serta memanipulasikan segala bentuk kebaikan yang pernah diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri ini.

“Namun, tidak usahlah kita mengungkit-ungkit atau memperkecilkan segala usaha yang pernah diberikan kepemimpinan (Kerajaan Pusat) sebelum ini dan pandang kehadapan untuk mencari nilai taawun (kebersamaan) demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Tentera bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas, di sini hari ini.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perisikan (AKS), Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Khir Mohd. Nor. – UTUSAN ONLINE

Source link

read more

[VIDEO] Sikap tidak bertanggungjawab rugikan pengunjung PSN – Terkini

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Pusat Sains Negara (PSN) yang dibuka semula pada 11 Oktober lalu telah dinaiktaraf dan diberikan wajah baharu untuk memberikan pengunjung serta keluarga pengalaman hebat menerokai dunia sains dan teknologi.

Semua bahan pameran yang dipamerkan di situ dibina dengan canggih dan menarik bagi memberikan pengunjung nilai tambah kepada pengalaman mereka semasa berkunjung ke sana.

Namun, dek sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung, ada antara barang pameran berkenaan telah rosak dan tidak lagi berfungsi.

Keadaan ini menjejaskan pengalaman pengunjung terutamanya kanak-kanak, yang mana dalam tinjauan yang dilakukan Utusan Online hari ini, rata-ratanya amat teruja untuk mencuba bahan pameran yang disediakan.

Pun begitu, pengunjung ke PSN tidak menyalahkan pentadbiran premis berkenaan kerana memahami kerosakan yang berlaku itu terjadi kerana sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung.

Pengunjung kali pertama ke PSN, Amran Kassim, 39, berkata, dia amat kesal dan berasa kerugian besar melihat kerosakan yang berlaku pada bahan pameran di situ.

Vandalisme Pusat Sains Negara

AMRAN KASSIM

Katanya, sikap ambil mudah dan tidak bertanggungjawab ketika mencuba bahan pameran yang disediakan menggambarkan seolah-olah masyarakat tidak menghargai usaha yang dilakukan PSN untuk memupuk minat terhadap sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda.

“Sepatutnya, bahan-bahan pameran ini boleh digunakan untuk tempoh yang lama, tetapi disebabkan sikap buruk sesetengah pengunjung, peralatan itu telah rosak dan tidak boleh digunakan.

“Saya harap para pengunjung ke PSN lebih bertanggungjawab dan jaga kemudahan di sini untuk kepentingan kita bersama,” kata beliau.

Bagi Mohd. Azle Mohd. Isa, 39, pula, setiap pengunjung ke PSN perlu memainkan peranan untuk sama-sama menjaga bahan pameran dan peralatan di situ.

Menurut beliau, pengunjung khususnya ibu bapa harus mengawal dan mendidik anak-anak mereka untuk mematuhi peraturan dan arahan penggunaan bahan pameran bagi mengelakkan kerosakan.

“Bahan-bahan pameran di sini sudah cukup canggih, yang tidak canggihnya sikap kita ketika menggunakannya.

“Bila sudah rosak, pastinya pengunjung lain tidak dapat menggunakan peralatan berkenaan dan kesannya ialah kita semua akan rugi kerana tidak dapat menambah pengetahuan dengan mencuba bahan pameran tersebut,” ujar beliau.

Vandalisme Pusat Sains Negara

MOHD. AZLE MOHD. ISA

Pengunjung yang ditemui turut menyarankan agar pengurusan PSN bertindak tegas terhadap pengunjung yang gagal mematuhi arahan dan panduan penggunaan bahan pameran bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan daripada berlaku.

Menurut mereka, usaha perlu dilakukan bagi mendidik pengunjung menjaga bahan-bahan pameran tersebut sewaktu menggunakannya bagi menjaga nama baik dan imej PSN.

PSN yang dibuka semula sejak 11 Oktober lalu selepas setahun ditutup menyasarkan 300,000 pengunjung, sehingga akhir tahun ini dan sempena pembukaan semulanya, tiada bayaran masuk dikenakan sehingga akhir tahun ini.

Pusat berkenaan ditutup untuk pengubahsuaian bangunan bagi fasa pertama manakala fasa kedua dijangka siap sepenuhnya pada 2019. – UTUSAN ONLINE

Source link

read more

Sikap tidak bertanggungjawab rugikan pengunjung PSN – Terkini

BAHANA SIKAP “MAHARAJA” GUAN ENG!!! ~ SEMUT HITAM

Ekoran kesombongan dan keegoan Lim Guan Eng yang memimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang seperti seorang “Maharaja” hari ini menerima kesan yang cukup besar apabila 101 orang ahli keluar dari parti itu.

Bekas ADUN DAPigs Jawi, Tan Beng Huat bersama 100 ahli serta penyokong DAP kawasan Nibong Tebal hari ini mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP).

ADUN selama satu penggal itu berkata, keputusan menyertai PAP dibuat selepas melihat DAPigs tidak lagi memegang prinsip sosialis demokrat, sebaliknya menjurus kepada parti yang dikuasai oleh ‘Dinasti Lim’.

“Keadaan berubah setelah DAP menjadi peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang selama dua penggal.

“Ideologi yang diperjuangkan oleh mereka selama ini bukan lagi menjadi satu keutamaan bagi parti itu bila mana jasa ahli-ahli veterannya telah mula dilupakan malah lebih menjerumus kepada satu parti yang dikuasai oleh ‘Dinasti Kekeluargaan’,” katanya pada sidang akhbar khas pengumuman itu, di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Beng Huat memotong kad keahlian DAPigs sebagai simbolik keluar parti yang disertai lebih 10 tahun itu dan turut diumum sebagai Ketua Perhubungan PAP Pulau Pinang.​​​​​​​

Beng Huat mendakwa sikap ego, bongkak dan sombong juga telah mula meresap dalam pentadbiran DAPigs malah turut dipraktikkan dalam pentadbiran Rejim dan dilihat semakin kronik.

Malah kempinpinan Rejim DAPigs itu juga turut menjadikan rakan sekutu mereka iaitu PKR sebagai mangsa kezaliman dalam beberapa isu yang melibatkan soal pentadbiran Negeri.

“Parti DAP bukan lagi sebuah ‘bumbung yang selamat’ bagi kita untuk berteduh dalam jangka masa panjang sekiranya ‘Dinasti Kekeluargaan’ masih dipertahankan. Malah sudah sampai masanya bagi semua pengundi Cina menilai kembali tentang masa depan dan hala tuju generasi kita,” katanya.

Pokok pangkalnya, ahli DAPigs sendiri sudah mula meragui kepimpinan parti itu secara terbuka. Namun malangnya, masih ada lagi dikalangan rakyat yang termakan dengan wayang Politik Murahan yang dijaja oleh parti Ultra Chauvanist itu secara terbuka!!!

Source link

read more

Kunjungan PM Najib TPM Zahid ke Pulau Pinang sikap pemimpin prihatin

KOTA BHARU: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turun padang ke Pulau Pinang melawat mangsa banjir menunjukkan sikap sebenar pemimpin yang prihatin.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata dalam politik tidak boleh ‘bergaduh’ habis-habisan kerana ada masanya mereka yang berlainan fahaman politik ini akan memerlukan pertolongan.

“Keprihatinan perdana menteri dan timbalan perdana menteri jelas menunjukkan sifat seorang pemimpin yang mementingkan rakyat yang dalam kesusahan.

“Bagi saya, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menelefon timbalan perdana menteri untuk meminta bantuan pada pukul 3.30 pagi dan dijawab pula (oleh Ahmad Zahid) menunjukkan sikap pemimpin yang prihatin.

“Jika dilihat dalam keadaan itu yang mana pemimpin sama pemimpin boleh mengetepikan perbezaan fahaman politik demi kesejahteraan rakyat, kenapa penyokong di bawah perlu bermasam muka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jualan Akhir Tahun di sebuah pasar raya di Kok Lanas di sini, pada Selasa.

Hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan selama beberapa jam pada Sabtu lepas menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air dan ada kawasan dinaiki air sehingga satu meter menyebabkan lebih 6,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Bencana banjir di negeri itu sehingga kini telah mengorbankan tujuh nyawa.

— BERNAMA

Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons