Rafizi terpaksa mengaku silap, enggan mohon maaf


imageMO, 13/12/2017, KUALA LUMPUR  – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi kantoi apabila terbukti melakukan kesilapan dengan menuduh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan melantik abangnya sebagai kontraktor pelaksana Ekspo NegaraKu.

Malah Rafizi sendiri meng­akui kesilapan tersebut dan te­lah memadamkan turun segala bahan di laman-laman media sosial di bawah kendaliannya yang mengaitkan Abdul Rahman mempunyai pertalian darah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pico Integrated Exhibit Sdn. Bhd., Nor Raslan Mohd. Dahlan.

Ahli Parlimen Pandan itu pada masa sama memohon maaf kepada Nor Raslan tetapi sebaliknya enggan membuat perkara yang sama terhadap Abdul Rahman kerana mendakwa menteri itu mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul.

“Saya sedia meminta maaf terhadap Raslan, tetapi bukan Abdul Rahman,” katanya dalam sidang akhbar hari ini, dengan video sidang akhbar itu turut dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Rafizi bagaimanapun tetap mempertahankan dirinya yang mencetuskan pelbagai isu mengenai pameran tersebut, termasuk mempertikaikan kaedah penganugerahan kontrak serta kredibiliti Pico Integrated Exhibit.

Malah beliau menyatakan dirinya sedia menerima tindakan saman daripada Abdul Rahman, namun bersungguh-sungguh men­jelaskan terdapat beberapa faktor di dalam perundangan yang menyebabkan beliau yakin ber­depan tindakan undang-undang tersebut.



Source link

read more

Bukan robot ada masanya kami juga buat silap – Seungri



ANGGOTA kumpulan pop Korea BIGBANG, Seungri akui bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
 
Menurut Seungri, selebriti juga mempunyai perasaan dan adakalanya membuat kesilapan.
 
“Terima kasih kepada semua yang sanggup meluangkan masa anda untuk bersama kami.
 
“Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kami yang melahirkan dan menjaga kami.
 
“Kami bukan robot, kami juga mempunyai perasaan sama seperti orang lain.
 
“Jadi ada masanya kami juga ada membuat kesilapan tetapi perkara itulah yang membuatkan kami lebih matang.
 
“Belajar daripada kesilapan dan kami juga kuat kerana peminat yang tidak putus-putus memberikan semangat kepada BIGBANG.
 
“Kami juga telah tempuhi pelbagai dugaan namun saya harap BIGBANG akan kembali bersama sebagai lima ahli.
 
“Ketawa, menangis dan menyanyi bersama, terima kasih dan selamat tahun baru,” katanya mewakili BIGBANG.
 
Seungri berkata demikian ketika konsert akhir mereka, ‘BIGBANG 2017 Concert Last Dance in Seoul’ yang berlangsung di Gocheok Sky Dome baru-baru ini.
 
Konsert tersebut merupakan konsert terakhir mereka sebelum menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.
 
Sumber: Soompi
 



Source link

read more

Pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis langkah silap – GMM



KUALA LUMPUR: Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu langkah silap kerana ia dilakukan tanpa mengambil kira sensitiviti rantau berkenaan, kata Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

“GMMF terus memperjuangkan serta menghormati konsensus antarabangsa tentang Baitulmaqdis, sebagaimana termaktub antara lain, dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSCR) 476 dan 478,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

UNSCR 476 mengisytiharkan bahawa semua langkah legislatif dan pentadbiran yang diambil oleh Israel untuk mengubah sifat dan status Kota Suci Baitulmaqdis tidak punya kesahihan undang-undang sementara UNSCR 478 mengutuk percubaan Israel untuk merampas Baitulmaqdis Timur dan mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel “yang lengkap dan bersatu”.

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Jerusalem atau Baitulmuqaddis adalah kota yang dianggap suci oleh tiga agama dunia – Islam, Kristian dan Yahudi.

Bagi penganut Islam, kota itu adalah yang ketiga paling suci selepas Mekah dan Madinah.

Presiden AS Donald Trump pada Rabu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan menyatakan AS akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak lama lagi.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons