Kaki mula bengkak peminat jangka Siti Nurhaliza bersalin tidak lama lagi



PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya di akaun peribadi Instagram (IG) yang menunjukkan kakinya membengkak.

Siti Nurhaliza memberitahu dia yang kini hamil dalam trimester ketiga lebih selesa memakai selipar suaminya kerana keadaan kakinya itu.

Perkongsian itu mendapat perhatian daripada peminatnya yang rata-rata memberitahu ia petanda Siti Nurhaliza bakal bersalin tidak lama lagi.

Tidak kurang juga ada peminat yang turut memberi tip untuk mengurangkan bengkak di kaki ketika hamil.

Rata-rata peminat juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin penyanyi “Aku Cinta Pada Mu” itu dipermudahkan.

Siti sebelum ini memberitahu dia bakal melahirkan puteri sulungnya itu pada Mac ini.
 



Source link

read more

Marah anak sambil pegang rotan peminat puji Siti Sarah didik anak



PEMINAT memuji cara didikan penyanyi Siti Sarah terhadap anak-anaknya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya.

Menerusi video tersebut, Siti Sarah yang memegang rotan telah memarahi dua anaknya Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra kerana bergaduh dan memukul antara satu sama lain.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu meminta kedua-dua anaknya berikrar supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.

Kedua-dua anaknya kemudian bersalaman dan berpelukan bersama sambil menangis teresak-esak.

Rata-rata peminat dan netizen setuju dan memuji cara didikan Siti Sarah yang dirasakan dapat membentuk anak-anak yang baik di masa hadapan.
 



Source link

read more

Siti Nurharliza lancar tabung kebajikan untuk peminat


PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melancarkan Tabung Kebajikan Sitizoner buat ahli kelab peminat tersebut yang kurang bernasib baik.

Tabung kebajikan tersebut yang dilancarkan pada Ahad, diwujudkan untuk membantu Sitizoner yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Siti, 39 tahun, berkata, tabung tersebut sudah lama ditubuhkan cuma beliau memilih untuk melancarkannya pada majlis ulangtahun ke-14 Sitizoner tahun ini.

“Sebelum ini, saya hanya war-warkan mengenai kutipan dan sumbangan menerusi Facebook rasmi Sitizoner dan saya bersyukur hari ini impian untuk membantu ahli keluarga Sitizoner tercapai.

“Impian untuk mewujudkan tabung ini sudah lama dan selain saya, ia juga merupakan inisiatif bersama pengurus, Rozi Abdul Razak.

“InshaAllah, tabung ini akan diteruskan dalam majlis ulang tahun kami setiap tahun,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti ketika memotong kek ulang tahun ke-14 Sitizoner dan kek kelahirannya ke-39 bersama peminat. – Astro Gempak

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ulang tahun kelab peminatnya, Sitizone, yang ke-14, yang diadakan sekali dengan sambutan hari lahir beliau, Metro Mall, Pudu pada Ahad.

Pada majlis tersebut empat orang ahli Sitizoner yang telah menerima sumbangan ialah  Irham Hafidz, Shaihanim Shariff, Zarina Omar dan waris kepada peminatnya di Indonesia yang baru meninggal dunia, Darjadi Duprayitno Dapat.

Tambah Siti, wang sumbangan adalah daripada kutipan yuran penyertaan ahli ke majlis ulang tahun semalam termasuk yang diberikan secara peribadi.

Dalam majlis yang dihadiri hampir 500 ahli Sitizoner itu, Siti secara eksklusif mendendangkan lagu terbarunya, Comel Pipi Merah, yang dicipta khas untuk bakal puteri sulungnya, yang dijangka lahir pada Mac depan.

 



Source link

read more

Kami Serasi – Siti Nordiana pilih Khai Bahar



KESERASIAN paduan suara bersama telah membuatkan penyanyi Siti Nordiana memilih Khai Bahar untuk berduet dalam single terbaharunya.

Siti Nordiana berkata idea untuk berduet bersama Khai Bahar muncul selepas nyanyiannya bersama Khai Bahar dalam aplikasi Smule mendapat sambutan peminat.

“Saya perasan setiap kali kami berduet bersama dalam Smule, orang luar serta peminat pasti suka dan video nyanyian kami dalam YouTube pun mendapat banyak jumlah tontonan.

“Kini saya nak realisasikan impian peminat yang mahu lihat kami berduet dalam versi lagu baru pula.

“Saya pun suka bila akhirnya dapat juga kami berduet dalam lagu baru kerana saya dapati kami serasi dalam setiap lagu yang kami nyanyikan,” katanya kepada Astro Gempak.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata dia dan Khai Bahar bakal bergabung idea untuk menghasilkan lirik dan muzik lagu duet tersebut.

“Istimewanya single duet itu ialah kami menciptanya bersama-sama dan memenuhi citarasa pendengar.

“Tapi buat masa sekarang ni saya sedang sibuk dengan single solo saya dahulu yang akan keluar pada Februari ini, kemudian barulah menyusul dengan single duet,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Nana bakal menjalani penggambaran telemovie Cekelat Semanis Honey Raya bersama Fikry Ibrahim Januari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Peminat dari Brazil cacah tatu nama wajah Siti Nurhaliza


KERANA terlalu meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza, peminat dari negara Brazil sanggup mencacah tatu yang mempunyai nama dan wajah Siti.

Peminat yang dikenali dengan nama Pedro itu membuat ucapan sempena hari lahir Siti yang berlangsung pada Rabu di laman Twitter dan Instagram miliknya, @philosopop.
 

“Selamat hari lahir Datuk Siti Nurhaliza. Saya meminati anda ketika kali pertama mendengar lagu Kesilapanku, Keegoanmu. Semenjak itu, saya ‘membawa’ anda dalam hati dan kulit saya.  “Saya gembira melihat anda dalam keadaan baik dan sihat bersama suami tercinta. Saya ucapkan selamat maju jaya,” tulisnya.

Bersama ucapan tersebut, Pedro memuat naik foto lengan yang menampakkan tatu gambar dan nama Siti.

Terharu dengan tindakan peminatnya, Siti mengucapkan terima kasih kepada Pedro menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya.
 

BACA: Siti sahkan bakal timang bayi perempuan



Source link

read more

Anda bukan peminat fanatik Siti Nurhaliza kalau tidak tahu 10 lagu ini



TANGGAL 11 Januari menjadi tarikh yang pasti diraikan oleh peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tarikh itu merupakan ulangtahun kelahiran penyanyi yang diangkat mustika hati nusantara serta penyanyi nombor satu Malaysia.

Sempena meraikan hari jadi Datuk Seri Siti Nurhaliza ke-39 tahun ini, kami senaraikan 10 lagu malar segar terbaik yang pastinya menjadi siulan hingga kini.

1. Kau Kekasihku

Antara judul lagu yang mengangkat nama DS Siti Nurhaliza dan menjulang kariernya sekitar 20 tahun lalu. Memang ikonik!

2. Jerat Percintaan

Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 1997 dan menjadi single sulung DS Siti Nurhaliza. Pasti anda akan mengimbau semula medley Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 bukan? Power habis!

3. Purnama Merindu

Lagu wajib menghiasi ruang karaoke, lagu Purnama Merindu dimuatkan dalam album keempat Siti, Adiwarna (1998). Purnama Merindu pernah memenangi Shanghai Music Festival di China dan Grand Prix Winner dalam Voice of Asia di Kazakhstan.

4. Wajah Kekasih

Balada terbaik yang pernah dimiliki oleh DS Siti Nurhaliza hingga kini. Wajah Kekasih memonopoli kebanyakan carta lagu sekitar lewat 1990-an namun lagu ini tidak pernah memenangi sebarang anugerah.

5. Cindai

Cindai membuka lembaran genre muzik irama Malaysia dan etnik kreatif. Juara Lagu AJL 1998 itu pernah melakar sejarah menerusi persembahan penutup Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara, Bukit Jalil.

6. Bicara Manis Menghiris Kalbu

Bagi yang membesar pada era 1990-an pastinya muzik video Bicara Manis Menghiris Kalbu paling kerap ditayangkan di kaca televisyen.

7. Kesilapanku Keegoanmu

Lagu yang jarang dipersembahkan Siti secara live namun percubaannya mengimbau semula Kesilapanku Keegoanmu menerusi konsert Where The Heart Is tiga tahun lalu berhasil mempopularkan kembali lagu itu.

8. Cuba Untuk Mengerti

Transkripsi (2006) boleh disifatkan album cukup sifat. Cuba Untuk Mengerti mungkin tidak sepopular Biarlah Rahsia, Pastikan, Destinasi Cinta atau Siti Situ Sana Sini, namun lagu ini juga antara yang popular hingga kini.

9. Seribu Kemanisan

Siapa boleh lupakan muzik video yang dirakamkan di Phuket, Thailand sekitar tahun 1999. Jika anda perhatikan, nukilan lirik lagu ini juga sangat puitis!

10. Segala Perasaan

Dimuatkan dalam album terbaharu Simetri Siti, Segala Perasaan diangkat sebagai single pertama dan menampilkan Siti dalam karakter adiwira untuk muzik video lagu itu.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

Siti sahkan bakal timang bayi perempuan



PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Hal itu disahkan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, menerusi satu entri di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Sebelum ini, Siti yang mengumumkan kehamilannya Oktober lalu, memilih untuk merahsiakan jantina bayi yang dikandungnya.

Namun, bersempena hari ulang tahun ke 39 hari ini, Siti akhirnya merungkaikan teka-teki para peminatnya.

“Doakan puteri yang bakal dilahirkan ini sihat, sempurna dan menjadi anak yang solehah,” kata Siti.

Bayi itu akan menjadi zuriat perempuan pertama bagi Khalid, yang mempunyai empat anak lelaki dari perkahwinan terdahulu.

Siti juga sempat mengirimkan ucapan penghargaan atas ucapan selamat dan tahniah yang diterima sempena harijadinya.

“Terima kasih atas doa dan ucapan semua. Tentunya kehadiran bayi ini akan menjadi hadiah paling berharga untuk saya dan keluarga,” tambahnya.

Siti dan suaminya diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006.



Source link

read more

Saya rasa janggal ajar Siti Nordiana – Ernie Zakri



PENYANYI Ernie Zakri mengimbas kembali pengalaman ketika mula-mula bergelar guru vokal kepada Siti Nordiana.

Menurut Ernie, wujud rasa janggal apabila dirinya berhadapan dengan penyanyi yang mesra disapa Nana itu.

“Pada mulanya, saya rasa janggal mengajar vokal Nana. Semuanya kerana kedudukan Nana sebagai seorang artis senior.

“Namun begitu, saya bersyukur kerana saya dapat mengajar rakan artis yang memahami dan merendah diri.

“Perkara itu membuatkan pembelajaran menjadi mudah kerana kami boleh sama-sama berkongsi ilmu,” kata Ernie.

Turut bergelar guru vokal kepada penyanyi lain seperti Siti Sarah dan Amira Othman, Ernie lebih mementingkan aspek teknikal.

“Saya mengajar lebih kepada aspek teknikal dalam bidang nyanyian. Gaya nyanyian mereka saya tak ubah dan saya hanya memantau sama ada teknik mereka betul atau salah,” kata Ernie lagi.

Ernie merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda jurusan Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dan sedang menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muzik di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sumber: HLive
Foto: Instagram Ernie & Nana



Source link

read more

Siti Sarah kecewa dikutuk kulit hitam tapi edit bagi cerah



PENYANYI Siti Sarah kecewa apabila ramai netizen yang mengecamnya kerana cuba menipu warna kulit sebenarnya yang didakwa gelap dari apa yang disangka.

Siti Sarah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia tidak menyangka sekeping foto yang dimuat naik oleh suaminya, Shuib sebelum ini menjadi perhatian kerana kelihatan kulitnya gelap berbanding sebelum ini.

Sarah menjelaskan, foto itu diambil kerana kurang pantulan cahaya seperti selalu foto yang diambil dan dimuat naik ke IG.

Penyanyi itu mengakui kulitnya tidak secerah kulit ‘mat salleh’ namun dia beritahu kulitnya kini jauh beza lebih cerah dari kulitnya dahulu.

Sarah memberitahu kulitnya kini semakin cerah kerana dia mengamalkan produk seperti memakai losyen, sabun dan mengambil pil.

Sarah turut memuat naik wajahnya dahulu yang lebih gelap meskipun diambil di bawah pantulan cahaya untuk membezakannya.

Berikut merupakan luahannya:

“Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul2 tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yg kutuk sarah , katanya sebenarnya sarah hitam tapi edit gamba..

ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat2 yg bercahaya terang,mana adaa org nak ambil gamba bertentangan dengan cahaya.. itu yg nampak burn .. secara jujur nya saya rasa sangat sedih bukan sebab org kata saya ..

tapi mungkin ramai yg tak tau shuib BUTA WARNA . die tak tau pon WARNA apa yg die post di ig die.. banyak warna yg die tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yg sama.. lagi pun mak shuib tu putih melepak tu pon nampak cam sun burn..

secara jujurnya saya memng tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bendingkan dengan saya yg Dulu memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memng ambil peroduk …saya pakai LOTION, SABUN dan PIL utk kulit lebih cerah.. mungkin ramai yg marah sebab saya tak share saya makan n pakai produk apa

disini saya ada contoh gamba dulu yg berhadapan dengan lighting terang sampai nampak reflaksi cahaya di pipi sebab cahaya lampu… dan gambar baru .. tetap gamba lama nampak lebih gelap”

Foto: Instagram Siti Sarah
Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

A kalau lelaki Siti kalau perempuan – Siti bagi teaser nama anak



PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui sudah memilih nama untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac 2018.

Bagaimanapun kata Siti, nama penuh dan jantina bayi yang sedang dikandungkan terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu bagi menghormati permintaan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk mendedahkan, mungkin bila suami sudah beri green light baru boleh saya kongsikan dengan peminat.

“Buat masa sekarang apa yang boleh saya maklumkan, jika bayi lelaki akan bermula huruf A, sekiranya perempuan akan bermula dengan Siti,” katanya.

Siti juga bakal merakamkan single terbaharu yang didedikasikan untuk cahaya mata sulungnya itu dalam tempoh terdekat.

Malah, pelantun lagu Segala Perasaan itu juga memberitahu bakal membuka akaun Instagram khas untuk anaknya.

“Tunggu masa yang sesuai, bila sudah sampai masa barulah buka. Tak tahu lagi bila,” tambah Siti.

Sementara itu, bagi yang ingin melihat gelagat penyanyi kesayangan ramai ini bercuti di Portugal, Sepanyol dan Dubai bersama keluarga besarnya, jangan lepaskan peluang menonton rancangan jurnal percutian CTDK-ation.

CTDK-ation akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Astro Ria bermula 29 Disember (malam ini).

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons