Skuad futsal lelaki pilih Kota Bharu – Sukan


KOTA BHARU 7 Jan. – Skuad futsal lelaki kebangsaan menjadikan bandar ini sebagai destinasi latihan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Taiwan, awal bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail berkata, sesi latihan itu bermula hari ini hingga 13 Januari.

“Kita pilih Kota Bharu kerana mahu mengubah angin selain menyuntik motivasi kepada pemain sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

“Sepanjang latihan, pasukan ini juga akan dinilai menerusi dua perlawanan persahabatan menentang kelab futsal tempatan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Rosmadi memberitahu, seramai 19 pemain dan lima pegawai pasukan berkampung selama enam hari di sini.

Pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung 1 hingga Februari depan, Malaysia selaku naib juara Kumpulan B Zon Asean diundi bersama tuan rumah, Taiwan selain Bahrain dan Vietnam dalam Kumpulan A. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua pemain Orang Asli sertai pemilihan skuad Piala Presiden Kelantan – Bola Sepak


KOTA BHARU 17 Dis. – Dua pemain bola sepak dari masyarakat Orang Asli, Gua Musang mencipta sejarah apabila apabila diberikan peluang oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menjalani sesi pemilihan skuad Piala Presiden Kelantan bagi saingan musim 2018.

Kedua-dua mereka itu ialah Muhammad Nasri Mamat atau Limak Jimar dan Zaidi Rashid.

Setiausa Agung Kafa, Husin Deraman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Kedua-dua mereka ini datang menjalani sesi pemilihan atas jemputan Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Limak Jimar menjadi tular di aplikasi WhatApp apabila kemahirannya menimbang bola dan mengelecek menarik perhatian Kafa untuk menguji kemampuan pemain berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati kedua-dua pemain ini sedang menjalani pemilihan untuk skuad Piala Presiden 2018 di padang Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Pengkalan Chepa.

Pemilihan pemain itu dilakukan sendiri oleh pengendali pasukan, Zahasmi Ismail. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Zahasmi jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan – Sukan


KOTA BHARU 13 Dis. – Bekas pengendali The Red Warriors (TRW) Zahasmi Ismail diumumkan sebagai jurulatih skuad Piala Presiden untuk musim 2018.



Zahasmi Ismail

Zahasmi Ismail

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pengendali berusia 52 tahun itu mengikat kontrak selama setahun bersama skuad Piala Presiden Kelantan.

 “Buat masa ini, Kafa sedang meneliti beberapa calon untuk digandingkan dengan Zahasmi untuk mengemudi skuad Piala Presiden Kelantan musim depan.

 “Zahasmi akan memulakan tugasnya itu pada Jumaat ini,” katanya.

 Bibi Ramjani memberitahu, Kafa akan mengadakan sesi pemilihan terbuka pada 16 hingga 19 Disember ini di padang Kem 8 Briged Pengkalan Chepa. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Program Podium umum 24 pemain skuad hoki – Hoki


KUALA LUMPUR 24 Nov. – Debaran skuad hoki negara bagi membantu kontinjen Malaysia dalam kempen Sukan Asia 2018 di Indonesia bagi meraih kedudukan kelompok 10 terbaik kini mula dirasai apabila pihak Program Podium mengumumkan nama 24 pemain yang terpilih, hari ini sekali gus mencatat jumlah atlet teramai disenarai ketika ini.

Kebanyakan daripada pemain yang diumumkan oleh Program Podium itu adalah antara mereka yang membantu Malaysia meraih tempat kedua dalam kempen Piala Asia 2017 di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu.

Dalam senarai tersebut turut menyaksikan penyerang, Firhan Ashari kembali semula ke pangkuan pasukan kebangsaan selepas tidak beraksi dalam dua kejohanan utama baru-baru ini iaitu Sukan SEA 2017 dan Piala Asia 2017 berikutan masalah kecederaan.


Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Stephen Van Huizen berkata, semua 24 pemain tersebut adalah antara mereka yang terbaik sekali gus berharap nama-nama terpilih mengalas tanggungjawab dengan sebaiknya selain memanfaatkan peluang diberikan.

“Ini adalah nama yang telah diberikan oleh pihak kami dan mereka Program Podium telah menerima semua 24 pemain tersebut.

“Semua 24 pemain itu sudah berada dalam kem latihan skuad kebangsaan sebelum ini malah mereka juga akan mengalas tugas untuk pelbagai kejohanan besar pada tahun depan.

“Sekiranya ada dalam kalangan mereka mengalami kecederaan sepanjang tempoh berada dalam Program Podium, pemain berkenaan akan diberikan rawatan oleh pakar-pakar sehingga pulih kembali dan bukannya disingkirkan dengan begitu mudah,” katanya ketika ditemui pemberita di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, hari ini.

Dalam pada itu, Stephen turut memberitahu ada empat lagi tambahan pemain disenaraikan oleh skuad kebangsaan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan 24 pemain Program Podium sedia ada.

Bagaimanapun elaun empat pemain tambahan tersebut tidak dibayar oleh pihak Program Podium cuma akan mengikuti latihan dan kejohanan yang sama sahaja.

“Empat pemain tambahan tersebut ialah Sufi Ismat Rohulamin (tengah), Najib Abu Hassan (pertahanan), Ashran Hamsani (tengah) dan Luqman Nul Hakim Ahmad Syukran (tengah).

“Ada antara mereka dipanggil semula dan saya harap peluang diberikan untuk berada dalam senarai tambahan empat pemain tersebut dimanfaatkan dengan baik,” kata Stephen.

Program Podium akan memulakan segala perancangan mereka pada 1 Januari 2018 dengan tumpuan diberikan kepada dua temasya besar tahun depan iaitu Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Asia 2018. – UTUSAN ONLINE

Senarai 24 pemain skuad hoki dalam Program Podium 2018

Penjaga gol

S.KUMAR

HAFIZUDDIN OTHMAN

MOHAMAD HAIRI ABD. RAHMAN

Pertahanan

RAZIE ABD. RAHIM

MOHAMAD SUKRI ABDUL MUTALIB

IZAD HAKIMI JAMALUDDIN

SYED MOHAMAD SYAFIQ SYED CHOLAN

MUHAMMAD NAJMI FAIZAL JAZLAN

FAIZ HELMI JALIL

Tengah

MEOR MUHAMAD AZUAN HASAN

MOHD. FITRI SAARI

MUHAMMAD MARHAN MOHD. JALIL

NABIL FIQRI MOHD. NOOR

JOEL SAMUEL VAN HUIZEN

MUHAMMAD AZRI HASSAN

MUHAMAMD AMIROL AIDEED MOHD. ARSHAD

Penyerang

FIRHAN ASHARI

FAIZAL SAARI

MUHAMMAD HAZIQ SAMSUL

TENGKU AHMAD TAJUDDIN TENGKU ABDUL JALIL

NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI

MUHAMMAD SHAHRIL SAABAH

RAMADAN ROSLI

NOR SYAFIQ SUMANTRI



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons