Petisyen Mengembalikan Antaramuka Lama Snapchat Sudah Ditandatangani Lebih Setengah Juta Pengguna – Amanz


Aplikasi Snapchat popular di kalangan pengguna muda kerana ia lebih mudah digunakan berbanding Facebook. Snapchat turut memperkenalkan fungsi baru terlebih dahulu sebelum ditiru oleh Facebook. Baru-baru ini antaramuka aplikasi ini diberi nafas baru. Reaksi sebahagian besar pengguna setakat ini adalah negatif.

Oleh itu laman petisyen supaya antaramuka lama dikembalikan semula telah dibuka di laman Change.org. Ketika artikel ini ditulis, seramai 655,252 pengguna telah menurunkan tanda tangan mereka bagi menyokong petisyen ini. Antara komen yang diberikan ialah antaramuka baru sukar digunakan berbanding versi terdahulu. Fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pula dikatakan tidak berguna.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda bersetuju antaramuka baru Snapchat kurang mesra pengguna berbanding versi terdahulu?



Source link

read more

Twitter Dilaporkan Sedang Membangunkan Ciri Perkongsian Gambar Dan Video Seumpama Snapchat – Amanz


Twitter merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan ramai untuk berkongsi pelbagai perkara yang berlaku disekitar mereka dalam bentuk teks 280-aksara, gambar, video, dan sebagainya.

Selain daripada penawaran sedia ada ini, kini Twitter turut dilaporkan sedang membangunkan ciri perkongsian gambar dan video seumpama Snapchat, sekaligus memudahkan lagi perkongsian media pada perkhidmatan mereka.

Menurut Bloomberg, Twitter masih sedang dalam proses membangunkannya, namun rekaan akhirnya masih belum ditentukan. Buat masa ini sendiri, untuk perkongsian video dan gambar boleh dikatakan mengambil beberapa langkah sebelum pengguna boleh kongsikannya. Melalui ciri baru ini kelak, Twitter dijangka memudahkan lagi proses berkenaan, sekaligus meningkatkan lagi perkongsian berbentuk gambar dan video pada platform berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan. Ia dilaporkan masih pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin mengalami pelbagai perubahan pada bulan-bulan akan datang.



Source link

read more

Snapchat Mula Menguji Kebolehan Berkongsi “Stories” Ke Web – Amanz


Sebelum ini kita telah mendengar desas-desus mengatakan Snapchat akan membolehkan pengguna untuk berkongsi Snapchat Stories di web, dan tidak lagi terhad untuk dikongsikan di aplikasi Snapchat semata-mata.

Dengan ciri ini, apabila anda menerbitkan sesuatu Snapchat Stories, anda akan diberikan pautan untuk dikongsikan melalui sebarang aplikasi dan menontonnya melalui pautan berkenaan.

Ia sekaligus dijangka akan membuatkan pengguna akan lebih aktif menerbitkan kandungan pada Snapchat, dan menggunakan pautan khusus berkenaan untuk dikongsikan bersama pengguna lain – atau turut menyertakan ia pada web masing-masing.

Snapchat Story

Buat masa permulaan ini, ciri baru ini diperkenalkan secara terhad di beberapa buah negara sahaja – dan akan diperluaskan secara berperingkat kepada semua. Malah, kandungan yang boleh dikongsikan juga adalah terhad kepada Official Stories dan Our Stories daripada tab Discovery sahaja.

Namun, seperti biasa, sesuatu kandungan akan hilang selepas masa luputnya. Sebagai contoh, Official Stories hanya ditawarkan untuk 24 jam, dan selepas tempoh berkenaan, pautan berkenaan akan hilang.

Jadi, dengan pengenalan ciri ini, adakah kita akan melihat Snapchat menerima permintaan kembali?



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons