Sokongan luar bandar terhadap BN masih kuat, utuh


BERA 20 APRIL 2018. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama penerima dividen Felcra daerah Bera pada Majlis Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih 2017 Peserta-peserta FELCRA Berhad di Dewan Kompleks Rakan Muda. STR/NAZIRUL ROSELAN

MO, 20/4/2018, BERA: Masyarakat luar bandar masih lagi menjadi simpanan tetap bagi Barisan Nasional (BN) berikutan sokongan golongan berkenaan tetap utuh meskipun pembangkang cuba meracuni pemikiran mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan pembangkang menyebarkan pelbagai cerita tidak betul dan melemparkan fitnah kepada kerajaan dilihat tidak cukup kuat untuk mempengaruhi masyarakat luar bandar.

Katanya, kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat luar bandar dalam setiap projek pembangunan dilakukan dan mereka banyak menikmati segala manfaat daripadanya.

“Sokongan mereka masih lagi kuat kepada BN dan tidak terpengaruh dengan segala dakyah serta khabar angin dibawa pembangkang kerana mereka melihat dan merasai sendiri apa yang kerajaan lakukan selama ini.

“Saya dapat simpulkan masyarakat luar bandar khususnya di kawasan FELDA masih menjadi kubu kuat BN,” katanya pada sidang media selepas majlis Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih 2017 Peserta FELCRA Berhad di Dewan Kompleks Rakan Muda, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, tindakan pembangkang khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengeluarkan kenyataan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan China termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh memberi kesan besar kepada masyarakat Melayu luar bandar.

Katanya, China kini menjadi prospek baharu untuk pelaburan negara termasuk menjadi rakan pengimport minyak kelapa sawit negara selepas ada ura-ura Kesatuan Eropah (EU) mahu mengenakan larangan import komoditi itu ke pasaran Eropah menjelang 2021.

“Apabila Dr Mahathir dengan lantang mahu menyekat pelaburan dari China, tidak mustahil negara berkenaan akan bertindak balas dengan membatalkan import kelapa sawit.

“Jika keadaan itu berlaku, sudah pasti ia memberi kesan kepada pekebun kecil termasuk peserta FELCRA dan peneroka FELDA,” katanya.

Beliau berkata, pihak pembangkang hanya mempergunakan Dr Mahathir dalam usaha memecahkan sokongan dan undi masyarakat luar bandar.



Source link

read more

Sokongan masyarakat India meningkat 65 peratus – Subramaniam


KUALA LUMPUR – Sokongan serta keyakinan masyarakat India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) terutamanya MIC yang pernah pudar ketika tsunami Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) kini dilihat telah meningkat sehingga 65 peratus.

Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam berkata, sokongan itu berdasarkan kaji selidik dilakukan oleh Wanita MIC Kebangsaan melalui program ‘Jalinan Rakyat’ yang menunjukkan peningkatan drastik sejak PRU12 terutamanya di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Subramaniam, peningkatan positif ini kerana inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dan MIC dalam menjaga kebajikan serta memperjuangkan hak asasi kaum itu dalam pelbagai sektor.

“Kita telah berkerja keras sejak itu dan nampaknya positif kerana rakyat sudah mula terima kehadiran kita kembali dan tidak seperti dahulu termakan dengan segala macam tohmahan pembangkang.

“Hampir 80 peratus masyarakat India telah ditemui dan di temuramah melalui program ini sejak bberapa tahun kebelakangan ini. Ini juga telah menjadi tanda aras kepada kami terhadap peningkatan sokongan itu.

“Selain itu, saya juga amat yakin dengan kebolehan MIC yang selama ini sentiasa cemerlang dalam memperjuangkan nasib masyarakat India di negara ini. Semua orang khasnya komuniti India sudah celik dan tahu kebenaran.

“Kami yakin kemenangan besar pada PRU kelak, banyak kerusi yang pernah kita kalah mungkin akan kembali menjadi milik MIC selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Manifesto MIC bagi masyarakat India menjelanganya PRU-14 pada 9 Mei ini.

Dalam pada itu, sebanyak empat tonggak utama menjadi keutamaan dalam manifesto yang telah di lancarkan buat julung kali oleh parti terbesar masyarakat India.

Antara yang menarik perhatian termasuk memastikan memnuhi keperluan asas seperti pemilikan rumah mampu milik terutamanya untuk golongan B40 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pendidikan juga menjadi keutamaan dalam manifesto MIC apabila menekankan pendidikan pra sekolah percuma bagi kanak-kanak untuk tempoh lima tahun selain daripada memelihara pendidikan Tamil dengan meneruskan usaha permodenan semua SJKT seluruh negara.

Juga memastikan sekurang-kurangnya 7 peratus pelajar atau kira-kira 15,000 orang diberikan peluang meneruskan pengajian di Institut Pengajain Tinggi Awam (IPTA) selain meningkatkan bilangan kemasukan matrikulasi dari 1,5000 kepada 2,2000 pelajar.

MIC juga komited dalam dalam menaik taraf kehidupan masyarakat India sekurang-kurangnya dalam 10 tahun akan datang dengan pelbagai inisiatif terutamanya dengan memperkasakan usahawan India di negara ini.

Pelbagai jenis dana dan peluang akan disediakan melalui agensi-agensi berkataitan seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Corp, antaranya program pembangunan keusahawan India termasuk golongan ibu tunggal dan B40.

Selain daripada itu, pelan dan rancangan untuk mentransformasi kuil dan rumah ibadat bagai pusat komuniti untuk pelaksanaan program pembangunan kapasiti untuk golongan B40.

Sebanyak 25 dewan komuniti India juga akan di bina berdasarkan keperluan di akwasan yang mempunyai kepadatan masyarakat India yang tinggi di seluruh Malaysia untuk kegunaan komuniti bagi pelbagai upacara kebudayaan dan keagamaan. – theRakyat

 



Source link

read more

Apple iPad Baru Dengan Sokongan Apple Pencil Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Amanz


Apple telah memperkenalkan iPad baru beberapa minggu lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 9.7-inci, dan turut menyertakan sokongan input melalui Apple Pencil. Kini, lanjutan daripadanya, tablet berkenaan kini sudah pun boleh dibeli oleh pengguna tempatan.

Tablet terbaru ini turut hadir dilengkapi dengan cip pemprosesan Apple A10 Fusion, selain mengintegrasikan sokongan untuk kandungan realiti-gabungan (AR).

Apple iPad 9.7-inci

Apple iPad 9.7-inci ini ditawarkan dalam variasi 32GB atau 128GB, serta hadir dalam pilihan WiFi sahaja atau bersama sokongan selular.

Harga jualan Apple iPad 9.7-inci bermula RM1449 untuk 32GB WiFi, sementara versi selular dengan kapasiti storan sama ditawarkan pada harga RM1999.

Versi 128GB dengan sokongan WiFi ditawarkan pada harga RM1849, sementara versi selular pula ditawarkan pada harga RM2339.

Apple menyatakan pengguna boleh mendapatkan tablet terbaru ini dalam tempoh sehari sekiranya melakukan tempahan melalui laman Apple Store Malaysia hari ini.

Terima kasih Ejam untuk tips



Source link

read more

DSA 2018: Sambutan hangat tanda sokongan kuat – Nasional


KUALA LUMPUR 18 April – Sambutan hangat delegasi asing dan tempatan terhadap Pameran Pertahanan dan Perkhidmatan Asia (DSA) 2018 merupakan satu tanda sokongan kuat terhadap pameran itu sebagai salah satu pameran pertahanan yang terpenting di dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini adalah kerana keunikan DSA 2018 yang bukan hanya memfokuskan terhadap pertahanan sahaja, tetapi turut menekankan aspek keselamatan dalam negara menerusi Persidangan Keselamatan Dalam Negara Asia (Natsec) 2018.

“Penganjuran Natsec serentak dengan DSA merupakan satu-satunya acara di dunia di mana dua agensi terbesar keselamatan negara menganjurkan dua acara serentak pada satu platform,” kata Hishammuddin pada upacara pengumuman penganjuran DSA 2020, di sini hari ini.

Pada tahun ini, pameran yang telah masuk tahun ke-16 penganjurannya itu berjaya menarik penyertaan sebanyak 1,500 pempamer dari 60 buah negara, dengan pembabitan seramai 350 pegawai dan delegasi asing.

Di samping itu, pameran tahun ini turit menyaksikan transaksi bernilai RM17.8 billion yang terdiri daripada memorandum persefahaman, surat niat dan pemanjangan kontrak.

Bagi edisi tahun 2020, DSA akan turut berlangsung serentak dengan Natsec pada 20 hingga 23 April di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Telefon Pintar Huawei Dengan Sokongan 5G Bakal Hadir Pada 2019 – Amanz


Huawei kini dilihat telah mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon pintar pertama dilengkapi sokongan rangkaian 5G seawal tahun hadapan, 2019.

Huawei tidak menyatakan sebarang nama model buat masa ini. Tetapi, mereka dilihat menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar suku ketiga 2019 kelak. Sekiranya mengikut jadual pengenalan semasa, ia berkemungkinan adalah daripada keluarga siri-Mate.

Rangkaian 5G adalah generasi seterusnya rangkaian telekomunikasi yang dijangka menawarkan sokongan kelajuan muat-turun dan naik yang tinggi, selain sela masa yang rendah. Ia dijangka diintegrasikan pada pelbagai peranti, termasuk kenderaan, peranti-berhubung dan sebagainya – sekaligus memainkan peranan penting dalam komunikasi untuk tahun-tahun akan datang.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti dengan sokongan rangkaian 5G dalam bulan-bulan akan datang.

Selain Huawei, sebelum ini, Intel telah mengumumkan mereka akan menawarkan komputer riba dengan sokongan 5G pada 2019 akan datang.



Source link

read more

Samsung Mengemaskini Chromebook Pro Dengan Sokongan Papan Kekunci Berlampu – Amanz


Pada tahun 2017, Samsung melancarkan Chromebook Pro dengan cip pemproses Intel Core m3, skrin 12.3″ dengan resolusi 2400×1600, 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Semalam, Samsung mengemaskini Chromebook Pro ini untuk keluaran 2018 dengan sokongan papan kekunci berlampu. Spesifikasi Chromebook Pro 2018 ini adalah sama dengan keluaran model tahun 2017.

Harga yang ditawarkan juga masih sama iaitu $599 (~RM2329). Chromebook ini sesuai untuk penggunaan para pelajar dan pekerja pejabat yang hanya membuat kerja-kerja membaca, menaip atau menonton video. Ini kerana Chrome OS adalah sistem operasi yang berasaskan Google Chrome ynag ringan dengan fungsi dan ciri yang terhad.



Source link

read more

Sony Melancarkan Tablet E-Ink DPT-CP1 Dengan Sokongan Stylus – Amanz


Tablet e-ink biasanya digunakan untuk tujuan membaca. Contoh terbaik tablet dengan skrin dakwat-elektronik ini ialah Amazon Kindle. Tetapi tahun lalu Sony DPT-RP1, sebuah tablet e-ink dengan sokongan stylus. Semalam mereka melancarkan Sony DPT-CP1, model kemaskini RP1 dengan saiz skrin yang lebih kecil.

Sony DPT-CP1 dilengkapi skrin 10.3″ bersaiz A5, ini sedikit lebih kecil berbanding skrin 13.3″ (A4) pada RP1. Ia masih dijana pemproses Marvell IAP 140 seperti model terdahulu dengan storan sebesar 16GB. Stylus yang disertakan mempunyai bateri yang mampu bertahan selama sebulan. Tiada maklumat mengenai tempoh ketahanan bateri CP1 dikongsi oleh Sony.

Tablet DPT-CP1 ini akan mula dijual di Jepun pada bulan Jun dengan harga ¥ 70,000 (~RM 2539) sebuah. Seperti model terdahulu, tablet kegunaan pejabat ini tidak dijual untuk pasaran luar Jepun.



Source link

read more

Apple Watch Mungkin Menambah Sokongan Untuk Muka-Jam Daripada Pihak Ketiga – Amanz


Apple Watch telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan sejak daripada itu, penawaran muka jam hanya terhad kepada penawaran daripada pihak Apple sahaja, tanpa sokongan pihak ketiga seperti beberapa jam tangan pintar yang lain. Namun, perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi.

Melalui kod pembangunan yang ditemui oleh <em9to5Mac, ia dilihat Apple mungkin kelak menambah sokongan muka-jam daripada pihak ketiga tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkannya secara rasmi. Namun, dengan pembangunan sokongan untuknya yang telah mula diintegrasikan, kita mungkin akan dapat melihatnya tidak lama lagi – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam menjadikan paparan jam Apple Watch selari dengan citarasa mereka.



Source link

read more

Politik kebencian hanya strategi pembangkang raih sokongan


BENTONG 15 APRIL 2018. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sidang media pada Perasmian NBOS Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Pahang. NSTP/ NURUL SHAFINA JEMENON

MO, 15/4/2018, BENTONG: Rakyat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor pembangkang yang terus berusaha menanam benih kebencian terhadap kerajaan, semata-mata mahu meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ketika membuat gesaan itu, berkata rakyat sendiri boleh menilai sikap pembangkang yang pentingkan diri dengan mempergunakan rakyat demi merebut kuasa.

Katanya, ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat dengan memikirkan pelbagai agenda untuk pembangunan negara.

“Pembangkang tiada rekod perkhidmatan, tak ada apa yang hendak ditunjukkan kepada rakyat sebab itu gunakan kebencian, hasad dengki demi meraih undi.

“Saya harap rakyat tidak terpedaya dengan berita palsu yang dibawa oleh mereka. Apa yang penting sekarang adalah bagi tempoh lima tahun akan datang, BN ada agenda pembangunan, transformasi dan kita perlukan sokongan rakyat untuk menjayakannya,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir adalah Pengarah Unit Strategi Nasional (NSU) Kementerian Kewangan, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bawah NBOS adalah salah satu inisitif yang berjaya serta membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan swasta kepada komuniti bandar satu bangunan.

“UTC amat berjaya di setiap kawasan yang dibangunkan kemudahan itu. Bagi penduduk Bentong, saya sudah membuat permohonan untuk membina mini UTC di sini kerana mempunyai masa depan yang cerah kerana kita sudah ada produk pelancongan.

“Bagaimanapun, ia masih dalam proses untuk mendapat kelulusan dan saya berharap ia akan dapat dilaksanakan berikutan ada banyak permintaan dari rakyat,” katanya.



Source link

read more