Jaga privacy Abam tak mahu tayang isteri di media sosial



PELAWAK popular Abam (Bocey) memberitahu tidak mahu menonjolkan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali terutama di media sosial kerana baginya, wanita kesayangannya itu adalah privacy.

Abam berkata, dia lebih selesa Hidayah menjalani kehidupan seperti isteri -isteri lain di luar sana tanpa perlu didedahkan kepada umum.

“Saya lebih selesa jika kehidupan kami suami isteri tidak dikongsi secara terbuka. Lagipun saya yang bekerja dalam bidang ini, bukan isteri.

“Kalau boleh, saya tidak mahu libatkan isteri langsung dengan kerja saya. Biarlah dia jalani kehidupan seperti biasa.

“Bagi saya, isteri saya adalah privacy saya, tetapi itu tidak bermakna saya akan sorokkan dia atau tak bagi keluar rumah,” katanya ketawa.

[[BACA: Abam Bocey Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz ]]

Tambah Abam, tidak semestinya kebahagiaan rumah tangga seseorang itu perlu dikongsi di media sosial.

“Saya ambil contoh Datuk Rosyam Nor, beliau tidak mendedahkan kehidupan keluarga kepada umum dan akan berkongsi mengenai kerjaya sahaja.

“Saya mahu begitu. Kebahagiaan tidak diukur melalui media sosial,” ujarnya.

Ditanya mengenai perancangan bulan madu, Abam memberitahu dia sudah merancang untuk membawa isterinya ke sebuah lokasi cuma bukan dalam masa terdekat.

[[BACA: Senyuman Abam Buat Hidayah ‘Cair’]]

“Perancangan itu ada tetapi bukan dalam masa terdekat kerana saya terikat dengan beberapa projek dan sibuk sedikit.

“Insha Allah, jika tiada aral melintang selepas resepsi saya pada 20 Januari nanti kami akan cari masa berbulan madu,” katanya.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, dengan sekali lafaz, pada 8 Disember lalu. –



Source link

read more

Mitos berkaitan kesihatan mudah tersebar di laman sosial



KUALA LUMPUR: Pelbagai mitos berkaitan kesihatan yang ada antaranya boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat kini semakin mudah tersebar terutamanya melalui laman sosial.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata antara mitos yang sering diperkatakan termasuk vaksinasi dan penyakit kanser.

“…yang mengejutkan ada kalangan golongan berpendidikan menolak vaksinasi walhal kita sudah memastikan semua vaksin diberikan halal dan selamat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku ‘Perang Melawan Mitos’ di sini hari ini.

Beliau berkata akibat terlalu percaya terhadap mitos diperoleh daripada laman sosial, anak-anak terpaksa menanggung kesan negatif daripada tindakan yang diambil itu.

“Bilangan yang menolak vaksinasi semakin meningkat dan kita berharap mitos mengenai kesan vaksinasi akan dapat dihentikan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Buku Perang Melawan Mitos merupakan kompilasi soalan popular yang diajukan dalam laman sosial Twitter dan dijawab oleh anggota MedTweetMy, dan dijual dengan harga RM35 di rangkaian kedai buku MPH.

MedTweetMy ialah kumpulan pakar kesihatan yang terdiri daripada 51 anggota daripada 38 bahagian kepakaran kesihatan.

— BERNAMA



Source link

read more

Ditikam selepas berselisih faham di media sosial – Jenayah


KUALA LUMPUR 7 Dis. – Pertemuan enam wanita untuk menyelesaikan perselisihan faham berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka cedera ditikam dalam kejadian di Stesen Kereta api Tanah Melayu (KTM) Seri Setia, Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, sekumpulan empat wanita bertemu dengan dua lagi wanita di lokasi untuk menyelesaikan perselisihan faham berkaitan kata-kata di dalam media sosial sebelum berlakunya pergaduhan.

“Dalam pergaduhan tersebut, kesemua wanita berusia lingkungan 20-an itu turut menggunakan pengunci kereta, topi keledar, kayu dan pisau sebelum salah seorang daripada mereka ditikam dengan sebilah pisau.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ujar Mohd. Zani, suspek berusia 20 tahun kemudian ditahan di Little India, Klang Selatan pada pukul 12.50 tengah hari semalam dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Najwa Mahiaddin berteka-teki di media sosial



PENYANYI Najwa Mahiaddin dalam twit terbaharunya bagai memberi gambaran bakal keluar dengan buah tangan baru buat peminat yang sudah lama menantikan lagu-lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini.

Dalam twit itu, Najwa turut mengenang kembali perjalanannya sebagai seorang penyanyi dengan menulis bahawa seawal usianya tiga tahun dia sudah mahu belajar bermain piano.

Dia juga berterima kasih kepada peminatnya selama ini yang tidak putus menyokong sehingga dia berjaya mencipta nama di dalam bidang seni suara.

Sehubungan itu, Najwa berkongsi bakal mengadakan satu pengumuman ‘penting’ yang akan didedahkan penyanyi ini esok.

Najwa merupakan satu-satunya penyanyi dalam industri muzik tempatan masa kini yang memperjuangkan jenama R&B-pop beliau yang tersendiri.

Penulisan dan susunan lagu nyanyiannya benar-benar menarik dan mendapat tempat di pasaran muzik balada Melayu seperti Got To Go dan Impian Terindah.

Kali terakhir Najwa menghasilkan album adalah pada tahun 2014 iaitu Aurora.



Source link

read more

Media sosial ancam budaya Melayu – Nasional


SERDANG 3 Dis. – Penggunaan media sosial tanpa kawalan dilihat sebagai satu ancaman buat kelestarian warisan dan budaya Melayu pada masa ini.

Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam, Tan Sri Mohd. Ali Mohd. Rustam berkata, unsur-unsur negatif yang dibawa bersama media sosial mampu menghakis kebudayaan bangsa Melayu yang terkenal dengan kesopanan dan kesantunan sejak dari dahulu lagi.

“Kebanjiran maklumat hasil daripada keterbukaan media sosial mewujudkan banyak kekeliruan yang mencemar kebudayaan sesebuah bangsa, terutamanya bangsa Melayu.

“Ini adalah cabaran yang besar untuk anak muda kita kerana mereka mempunyai peranan untuk mempertahankan adat dan budaya Melayu dalam dunia yang serba moden ini,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan program Temasya Budaya Warisan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu disertai oleh kira-kira 600 pelajar UPM dari luar dan dalam negara. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kenapa golongan muda gemar pertikai fatwa di media sosial? – Nasional


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Pendekatan baharu yang lebih praktikal perlu digunakan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mengelakkan wujudnya kesangsian dalam kalangan umat Islam terutama golongan muda terhadap sesuatu perkara baharu yang difatwakan.

Pendakwah terkenal, Sheikh Hussain Yee berkata, kebanyakan golongan yang menentang fatwa-fatwa baharu ini adalah kerana mereka tidak begitu faham dengannya atau mungkin dipengaruhi oleh unsur-unsur politik apatah lagi dengan penggunaan media sosial tanpa batasan ketika ini.

Untuk itu, beliau mencadangkan agar khutbah Jumaat dijadikan platform Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai keputusan majlis tersebut agar lebih mudah difahami dan tidak mengelirukan.

“Saya perasan bahawa kebanyakan golongan ini menolak kerana mereka merasakan fatwa tersebut tidak begitu jelas dan wujud unsur politik. Masyarakat perlu dididik kerana secara amnya, segelintir ahli agama gagal mendekati masyarakat, gagal mengatasi isu semasa kerana tidak begitu praktikal dan hanya menilai sahaja.

“Jika fatwa hanya dikeluarkan mengikut pandangan, itu yang timbul masalah, orang awam pun ada pandangan mereka sendiri. Pandangan dengan pandangan tidak akan dapat selesai, sebab itu Allah berfirman apabila kamu berselisih faham dalam apa juga urusan, kembalilah kepada al-Quran dan as-sunnah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Khayr Ummah 2017 (KUC) yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Sheikh Hussein mengulas pertanyaan mengenai tindakan segelintir masyarakat Islam di negara ini yang gemar menentang fatwa-fatwa baharu yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan di media sosial.

Mengulas lanjut, beliau berkata, umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan keraguan masyarakat serta menimbulkan fitnah terhadap agama.

“Masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku sebaliknya timbul kerana kekeliruaan umat Islam itu sendiri. Contohnya, kita tidak boleh minum arak tetapi bolehkah kita pakai botol arak dengan memasukkan air lain ke dalamnya dan minum? Bukan tidak halal tetapi tidak cantiklah.

“Botol itu bukannya haram, tetap botol tetapi oleh kerana ada jenama yang umumnya orang nampak sudah tahu itu adalah minuman haram, tidak perlulah sampai ke peringkat itu. Kita umat Islam janganlah membuat sesuatu yang boleh mendatang kekeliruan kepada diri, fitnah kepada agama,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Media sosial kini dirampas untuk cetus keganasan – Jailani



KUALA LUMPUR: Media sosial kini telah ‘dirampas’ untuk meraih sokongan terhadap ideologi radikal dan mencetuskan keganasan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

“Jika pada masa lalu kita boleh menguruskan krisis dengan memastikan hanya maklumat tepat dan boleh dipercayai disebarluaskan, hari ini rusuhan boleh berlaku dengan hanya satu catatan yang menghasut,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN mengenai Kebudayaan dan Maklumat (ASEAN COCI) ke-52, di sini hari ini.

Beliau berkata kemudahan akses serta kepantasan adalah suatu yang positif dari segi meningkatkan persefahaman dalam kalangan negara ASEAN namun ia tidak dapat membezakan kandungan bagus dan berfaedah dengan kandungan negatif, contohnya falsafah yang meniupkan lagi api keganasan.

Jailani berkata revolusi akses kepada maklumat ini telah mengecilkan dunia selain turut menyebarkan percambahan berita, perkongsian idea dan kandungan.

“Semuanya berlaku menerusi satu klik yang pantas. Bukan itu sahaja, sekarang setiap orang yang mempunyai peranti secara automatik menjadi penjana kandungan. Perkongsian maklumat tidak lagi terletak di tangan media arus perdana tetapi pada media baharu,” katanya.

Jailani berkata perkembangan teknologi telah mengubah persekitaran budaya dan maklumat.

“Saya percaya kita telah mengambil pendekatan yang tepat menerusi pelan Induk Komunikasi ASEAN yang menumpukan kepada penubuhan komuniti yang berkongsi peluang serta manfaat-manfaat lain.

“… dan baru-baru ini, kita beralih ke arah pendekatan yang lebih proaktif dan bertumpu apabila Pemimpin ASEAN menerima Deklarasi ASEAN mengenai ‘Budaya Pencegahan’ (CoP) pada Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin ASEAN di Filipina,” katanya.

Antara lain, ASEAN CoP akan menekankan kepada pemahaman punca dan akibat keganasan, mengubah penetapan minda daripada pendekatan reaktif kepada pencegahan serta menyemai nilai-nilai yang dikongsi (keamanan, keharmonian, kefahaman antara budaya, hormat, kepercayaan, toleransi, keterangkuman, kesederhanaan, tanggungjawab sosial dan kepelbagaian), kata Jailani.

Mengenai mesyuarat ASEAN-COCI ke-52 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bermula semalam sehingga esok itu, Jailani berharap ia akan menjadi platform untuk delegasi bertukar-tukar pendapat demi kebaikan bersama.

ASEAN-COCI yang ditubuhkan pada Oktober 1978 bertujuan menggalakkan kerjasama berkesan dalam bidang kebudayaan dan maklumat di samping meneruskan pembangunan serantau serta meningkatkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat ASEAN.

ASEAN-COCI merangkumi dua badan sektoral kecil iaitu jawatankuasa kecil mengenai kebudayaan (SCC) yang bertanggungjawab terhadap sektor kebudayaan dan jawatankuasa kecil mengenai maklumat (SCI) yang menangani aspek penerangan.

SCC dan SCI merupakan platform untuk anggota ASEAN merancang, melaksana dan memantau projek-projek yang diluluskan serta ditaja oleh ASEAN-COCI.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Jailani meminta masyarakat tidak terlalu ghairah berkongsi maklumat peribadi di laman sosial kerana dikhuatiri memudaratkan mereka pada kemudian hari.

Beliau berkata kementerian itu menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung hal tersebut.

— BERNAMA



Source link

read more

Jangan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial – Jailani



KUALA LUMPUR: Jangan terlebih kongsi maklumat peribadi di media sosial.

Ini saranan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari kepada pengguna di Malaysia bagi mengelakkan penyebaran maklumat peribadi menerusi internet.

“Kita sebagai pengguna kena ambil peduli. Jangan terlebih kongsi di media sosial.

“Kita juga lihat peratus penggunaan internet juga meningkat daripada tahun 80 peratus pada tahun 2016 kepada 89.3 peratus pada tahun ini,” kata Jailani.

Beliau menjawab soalan dari Teo Nie Ching (DAP-Kulai) tentang tindakan yang boleh diambil terhadap penyebaran maklumat peribadi sensitif orang lain oleh individu-individu tidak bertanggungjawab menerusi internet.



Source link

read more

Pengamal media sosial perlu adil – PM – Nasional


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Pengamal media sosial di negara ini diminta berlaku adil dan bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang ditulis dan dimuat naik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengamal media sosial juga tidak perlu terlalu mempercayai setiap status yang dimuat naik.

Katanya, hal ini kerana terdapat banyak berita palsu bersebaran di ruang maya tanpa fakta yang sah dan benar.

“Majalah Economist minggu ini turut mempersoalkan sama ada media sosial adalah ancaman kepada demokrasi negara, ” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Malaysia Social Media Week (MSMW) 2017 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah dan Presiden Dewan Media Sosial Malaysia, Shahul Hameed Dawood.

MSMW yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini disertai lebih 1,000 penuntut universiti awam dan swasta seluruh negara.  -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

7 perkongsian menarik Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan



KUALA LUMPUR: Konvensyen Media Sosial UMNO yang diadakan buat pertama kalinya menjadi platform penting dalam memberi penerangan tentang kepentingan, etika media sosial serta gerak kerja yang lebih berkesan untuk semua penggiat media sosial UMNO seluruh negara.

Ini sebagai persediaan penting dalam memperkuat jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijadual bakal diadakan dalam masa terdekat.

Menurut Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, kehadiran peserta konvensyen kali ini amat memberangsangkan selepas berjaya mencatatkan lebih 3,800 peserta.

Berikut ialah antara amanat penting yang dikongsikan sepanjang konvensyen berlangsung pada Ahad:

1. Sejak diambil alih oleh Datuk Ahmad Maslan, 149 bahagian UMNO diaktifkan semula Biro IT dan Media sosial.

2. Pimpinan utama UMNO seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui, kegagalan Barisan Nasional memenangi majoriti dua per tiga dalam dua pilihan raya umum lalu adalah diakibatkan oleh kegagalan memenangi ‘perang’ di alam maya.

3.”Sebarang isu harus dijawab dengan segera agar persepsi negatif rakyat dapat dihapuskan secepat mungkin. Kita kena jawab ketika isu itu timbul bukan ketika ia dibawa ke mahkamah. Tuduhan melalui berita palsu yang lambat dijawab menyebabkan persepsi masyarakat ke atas kita rosak sama sekali.” – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO ketika berucap merasmikan pembukaan Konvensyen.

4. ”Tuhan dah uji kita beberapa kali, kalau gagal kali ni, kita tinggal sejarah.” – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

5. Presiden UMNO mahu setiap penggiat media sosial UMNO untuk menyemarakkan semangat positif serta mengamalkan etika media sosial yang baik bagi menjawab sebarang fitnah mahupun isu yang timbul.

6. “Ingat! Musuh kita ialah pembangkang. Jangan ada ‘friendly fire‘ ke atas pihak kita biarpun kita menyampah dengan dia.” – pesan Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan penutupan Konvensyen

7. “Kandungan kita di media sosial kena tulen dan elakkan daripada menyerang peribadi individu.” – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons