4 tokoh dilantik Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik empat tokoh sebagai Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dalam kenyataannya, SPRM berkata, Tun Zaki Mohamed Azmi, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Tan Sri Dr. Ramon V. Navaratnam dan Tan Sri Lee Lam Thye telah dilantik bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Februari ini.

“Penasihat ini berperanan memberi pandangan dan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung dengan tindakan operasi, pencegahan, pendidikan dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti SPRM atas permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.-MalaysiaGazette

 



Source link

read more

SPRM sudah terima senarai calon PRU-14


KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menerima senarai nama calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk tujuan saringan awal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, senarai calon BN itu hanya membabitkan beberapa individu tertentu sahaja dan bukannya senarai lengkap.

“Setakat ini, kita hanya menerima beberapa senarai nama yang dikemukakan oleh pihak kerajaan…ia tidaklah lengkap lagi.

“Kita akan buat proses penyaringan terhadap nama-nama yang telah dihantar,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke SPRM Kelantan yang turut dihadiri pengarahnya, Datuk Moh Samsudin Yusoff hari ini.

Beliau juga memberitahu pihaknya belum menerima senarai calon daripada parti-parti lain untuk saringan.

Mengulas lanjut, Azam berkata, mana-mana parti tidak perlu bimbang untuk menyerahkan senarai calon mereka untuk disaring SPRM kerana agensi itu tidak membocorkan maklumat kepada mana-mana pihak.

“SPRM tidak pernah membocorkan rahsia kepada mana-mana pihak kerana ia membabitkan etika dan amanah yang diberikan kepada kami.

“Kami dengan tangan terbuka sedia untuk membantu mana-mana parti politik (untuk melakukan saringan kepada calon mereka),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata, beliau telah mengarahkan SPRM Perak untuk memulakan siasatan berhubung projek pembinaan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang yang didakwa kurang memuaskan.

“Saya telah mengarahkan Pengarah SPRM Perak untuk segera memulakan siasatan hari ini dengan mendapatkan dokumen-dokumen lengkap daripada pihak tertentu yang terlibat dalam projek ini.

“Biasanya kes-kes begini melibatkan dokumen, jadi kita perlu meneliti dokumen-dokumen tertentu dahulu. Dalam masa yang sama, kita melihat kepada sudut rasuah ataupun salah guna kuasa dan keputusannya mungkin dapat dilihat dalam tempoh dua atau tiga minggu daripada sekarang,” katanya.-BERNAMA



Source link

read more

SPRM terima lebih 100 keahlian sahabat Gerah dari UMNO Bahagian Shah Alam – Nasional


SHAH ALAM 28 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berjaya mendaftarkan lebih 100 keahlian sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) menerusi kempen galakan masyarakat membanteras gelaja itu bersama UMNO Bahagian Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim berkata, sambutan positif kempen keahlian gerakan itu merupakan petunjuk positif sekaligus memperlihatkan peningkatan kesedaran orang ramai menolak gejala rasuah yang dianggap antara musuh utama negara.

Sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu sehingga kini katanya, kira-kira 10,000 keahlian Gerah berjaya didaftarkan oleh SPRM Selangor melalui kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah badan-badan bukan kerajan (NGO).

“Hari ini, kita bekerjasama dengan UMNO Bahagian Shah Alam melaksanakan pendaftaran keahlian sahabat Gerah. Sambutan kita lihat amat menggalakkan dan kita harap usaha seumpama ini dapat diperhebatkan pada masa depan membabitkan semua parti-parti politik di Selangor,” katanya.

Terdahulu, Alias menerima borang keahlian Gerah daripada Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari sempena Program Wanita Sihat dan Lawatan Komuniti Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Seksyen 16, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Timbalan Pengarah Jabatan Perisikan SPRM kecewa Selangor enggan tandatangan IBR


SHAH ALAM 24 JANUARI 2017. Mantan Pengarah SPRM Negeri Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah (kanan) menyerah nota serah tugas kepada Pengarah SPRM Negeri Selangor baru, Datuk Alias Salim (kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Kanan Jabatan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abdul Ghani (tengah) sempena Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selagor di Bangunan SPRM Negeri Selangor. STR/MUHAMMAD SULAIMAN

MO, 24/1/2018, SHAH ALAM: Timbalan Pengarah Jabatan Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengakui kecewa gagal memujuk Kerajaan PKR Selangor menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Beliau yang sebelum ini Pengarah SPRM Selangor sebelum ditukarkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya mulai 15 Januari lalu, berkata hanya Selangor satu-satunya negeri belum menandatangani ikrar berkenaan.

“Saya sendiri ada membuat kunjungan hormat bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membincangkan perkara ini. Saya berjumpa Menteri Besar Selangor kali kedua pada majlis hari raya tahun lalu dan bertanya perkara sama.

“Selepas itu tiada lagi pertemuan saya dengan Menteri Besar. SPRM Selangor juga beberapa kali berurusan dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” katanya.

Wan Ramli berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah terima Tugas Pengarah SPRM Selangor di antara beliau dan Datuk Alias Salim, di sini hari ini.

Majlis disaksikan Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani.

Ditanya alasan Kerajaan Selangor enggan menandatangani IBR, Wan Ramli berkata, hanya Mohamed Azmin boleh menjawab persoalan itu.

Tahun lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad beberapa kali meminta Kerajaan Selangor untuk menandatangani IBR kerana hanya negeri itu belum berbuat demikian.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga enggan menandatangani IBR, namun pada 28 Jun lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersetuju berbuat demikian berserta tambahan 10 langkah integriti kerajaan negeri.



Source link

read more

DIVA AA TANYA SPRM, KES RASUAH AZMIN MACAM MANA??? ~ SEMUT HITAM


Heran bin Ajaib sungguh Si Azmin Ali ni. Setiap kali ada sahaja isu berkaitan dengan kes rasuah yang melibatkan diri dia, pihak SPRM hanya mendiamkan diri mereka seperti batu.

Kalau sebelum ini, Si Rafizi tu ada buat laporan mengenai kewujudan kes penyelewengan kuasa dan rasuah betina didalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu.

Tapi pihak SPRM mendakwa, tiada sebarang salah guna kuasa dan juga kes rasuah betina yang berlaku. Soalnya, kenapa SPRM tak ambik tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh Rafizi?

Tidakkah laporan yang dibuat oleh Si Rafizi tu boleh dianggap sebagai satu laporan palsu dan ianya melanggar etika penguatkuasaan di Malaysia? Malah ianya menjejaskan reputasi SPRM sendiri.

Kali ini, perkara yang hampir sama juga berlaku apabila Azwan Ali juga turut membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung isu penyelewengan serta rasuah yang melibatkan Si Azmin Ali tu.

Dan buat sekian kalinya, pihak SPRM hanya mendiamkan diri dan menjadi seperti batu apabila kes tersebut mendapat perhatian dikalangan rakyat. Apa ceritanya? Kenapa diorang diam?

Selepas sebulan menyerahkan dokumen dan bukti berkaitan penyelewengan dan salah laku Si Azmin Ali kepada pihak SPRM, sehingga ke hari ini tiada sebarang khabar berita yang kita dengar.

Pengadu yang juga merupakan adik kepada Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa, dia masih tertanya – tanya dan tertunggu – tunggu perkembangan berhubung status kes berkenaan.

“Tiada apa-apa maklumat setakat ini. Saya ada menerima notifikasi mengenai perkara itu, tetapi ia secara umum sahaja. Saya dapat itu (notifikasi) pun seminggu selepas hantar ‘bukti’ berkenaan.

“Selepas itu, tidak ada apa-apa lagi. Saya dah selesaikan tanggungjawab saya, dah mencabar dia (Azmin), kalau tiada apa-apa tindakan daripada SPRM maknanya terpulanglah kepada rakyat untuk menilai perkara itu,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Pada yang 20 Disember lalu, Azwan tampil di Pejabat SPRM, Putrajaya bagi menyerahkan beberapa dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan isu ‘rasuah’ melibatkan Si Azmin Ali tu.

Pada hari berkenaan, Azwan hadir pada sekitar jam 10 pagi dengan membawa sepucuk sampul surat bersaiz A4. Dalam pada itu, Azwan menjelaskan, percaya akan tahap profesional SPRM dalam menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, Azwan juga mendakwa yang dia masih mempunyai bukti – bukti baharu berkait dengan kes rasuah yang melibatkan Si Azmin tu. Tetapi ianya masih belum dilaporkan.




Source link

read more

Siasatan pembelian tanah di Tongod selesai SPRM tunggu tindakan selanjutnya


KAJANG: Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di Tongod, Sabah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan kertas siasatan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah serahkan (kertas siasatan) pada minggu lepas untuk keputusan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Gerakan Revolusi Antirasuah (Gerah) bersama komuniti pemandu teksi dan kereta sewa, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Zulkifli Ahmad.

Pada 5 Jan lepas, Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony, 46, ditahan SPRM ketika hadir di pejabat agensi itu untuk memberi keterangan berhubung isu pembelian tanah berkenaan.

Peter bagaimanapun dibebaskan pada 12 Jan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dengan ikat jamin RM55,000 selepas  tempoh tahanan remannya tamat.

Sementara itu, mengenai siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membuat tangkapan terhadap beberapa lagi individu untuk membantu siasatan.

Katanya, setakat ini sekurang-kurangnya 20 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketika ditanya sama ada SPRM akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, beliau berkata tidak ada keperluan berbuat demikian buat masa ini.

“Kita masih siasat, masih terlalu awal saya nak kongsi dapatan kita dalam siasatan ini, kita akan lakukan secara terperinci,” katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

— BERNAMA



Source link

read more

Isu terowong dasar laut Pulau Pinang Lebih banyak serbuan akan dilakukan – SPRM


KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan beberapa serbuan lagi bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Seri Azam Baki perincian kes itu akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

Beliau memaklumkan siasatan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang masih berjalan dan pihaknya belum bersedia membuat sebarang pendedahan.

“Setakat ini, masih terlalu awal untuk saya kongsi hasil siasatan. Siasatan yang dijalankan adalah menyeluruh, dan semua dakwaan yang dibangkitkan akan disiasat dengan teliti,” katanya ketika ditemui di program Gerakan Revolusi Anti Rasuah atau GERAH, di sini, hari ini.

Projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer itu didakwa dilaksana dengan kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran yang membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Setakat ini pasukan penyiasat telah merekod keterangan 20 individu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai pejabat kewangan negeri, pejabat perancangan ekonomi negeri, pejabat JKR, pejabat PTG dan pengarah urusan sebuah syarikat.

Rabu lalu SPRM telah menahan reman pengerusi dan timbalan pengerusi syarikat pembangunan hartanah berpangkat Datuk selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.



Source link

read more

Terowong dasar laut: SPRM rakam percakapan 11 lagi saksi – Jenayah


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut yang dirancang kerajaan DAP Pulau Pinang.



Azam Baki

Azam Baki

Jumlah itu menjadikan sebanyak 31 saksi telah dipanggil setakat ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan secara adil. 



Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada pasukan siasatan telah menemui bukti-bukti baharu dalam proses siasatan.



“Biarlah kami jalankan siasatan secara terperinci dan mengenal pasti sama ada wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa seperti yang didakwa,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Isu terowong dasar laut Siasatan SPRM tumpu pada pembayaran RM305 juta


KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaksanaan kajian terowong dasar laut di Pulau Pinang kini menjurus kepada pembayaran RM305 juta kepada syarikat-syarikat yang dilantik untuk membuat kajian tersebut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menurut sumber, pasukan penyiasat kini sedang merakam percakapan saksi-saksi dalam syarikat-syarikat yang dilantik itu bagi mengenal pasti proses pembayaran untuk kajian kebolehlaksanaan tersebut.

Kata sumber itu lagi, menerusi penelitian dokumen-dokumen yang dirampas dalam proses siasatan, maka dipercayai dapat membantu untuk mengenal pasti sama ada bayaran tersebut (RM305 juta) adalah nilai sebenar atau yang telah dinaikkan.

Selain itu, SPRM juga sedang menyiasat sama ada syarikat-syarikat tersebut mempunyai pengiktirafan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut.

“Kita juga perlu lihat sama ada pakar-pakar yang dilantik untuk membuat kajian tersebut mempunyai kepakaran khusus dalam membuat kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut.”

“Tidak kira sama ada pakar-pakar yang dilantik itu adalah terdiri daripada kerajaan mahupun pihak swasta, apa yang penting mereka perlu mempunyai kepakaran untuk menjalan kajian terowong dasar laut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, kerajaan telah menetapkan piawaian kepakaran untuk menjalankan semua kajian kebolehlaksanaan termasuk kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi berkata pihaknya sedang membuat siasatan secara terperinci berhubung pembayaran penganugerahan pelaksanaan kajian terowong dasar laut tersebut.

BACA: Terowong dasar laut Pulau-Pinang: SPRM ambil keterangan 12 saksi

Menurut beliau, ini kerana ia melibatkan aspek-aspek teknikal yang perlu dilihat secara mendalam, justeru pasukan penyiasat memerlukan masa bagi menyiasat kes tersebut.

Azam meminta semua pihak memberikan ruang dan peluang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan pihaknya masih dalam proses merakam percakapan saksi-saksi penting yang dipercayai dapat membantu melengkapkan siasatan ini.

“Kita akan panggil beberapa individu penting dalam masa terdekat untuk merakam percakapan,” ujarnya lagi.

Pada hari ini, SPRM juga telah merakam percakapan lapan individu termasuk setiausaha syarikat, penasihat dan perunding-perunding syarikat serta menggeledah sembilan syarikat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan .



Source link

read more

Terowong dasar laut Pulau-Pinang SPRM ambil keterangan 12 saksi


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah merekodkan keterangan saksi berhubung siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya ( Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pasukan penyiasat telah merekod keterangan 12 individu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat JKR, Pejabat PTG dan pengarah urusan sebuah syarikat.

Rakaman percakapan mereka dibuat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini tidak ada tangkapan  lain dibuat dan pasukan penyiasat dalam proses merakam percakapan saksi-saksi untuk memperoleh lebih maklumat berhubung kejadian tersebut.

Dalam pada itu, ditanya sama ada, pihak SPRM akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anggota Exco negeri, Azam berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini .

Azam juga mengesahkan pasukan penyiasat telah ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang hari ini untuk mengambil dokumen tambahan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, pasukan penyiasat kini dalam proses mengkaji dokumen-dokumen berkaitan kontrak perjanjian pelaksanaan kajian terowong dasar laut berkenaan.

Dokumen itu perlu dikaji dengan teliti kerana perjanjian itu dilihat amat meragukan dan nilai kajian kebolehlaksanaan projek mega itu tidak mencecah jumlah RM305 juta seperti yang diumumkan kerajaan Pulau Pinang.

Dipercayai nilai kajian itu berkemungkinan tidak selari dengan nilai pertukaran Tanah yang dibuat antara kerajaan negeri dan syarikat yang dilantik untuk membayar kajian kebolehlaksanaan itu.

SPRM pada Rabu telah menahan reman Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Syarikat Pembangunan Hartanah berpangkat Datuk selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada Selasa, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang .

Serbuan dan tangkapan dibuat berdasarkan bukti baru berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM.

Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukakan bukti baharu kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons