Siapa cakap saya sudah meninggal dunia Saya masih hidup dan sihat – Sylvester Stallone



Pelakon terkenal Hollywood, Sylvester Stallone berang apabila ada pihak yang menyebarkan berita palsu tentang kematiannya di media sosial.

Menurut laporan Daily Mail, berita kematian Stallone adalah palsu selepas ada pihak yang menyebarkan gambar dirinya meninggal dunia akibat penyakit kanser prostat.

“Tolong jangan percaya dan abaikan berita palsu ini. Saya masih hidup dan sihat serta bahagia sekarang ini,” kata Stallone melalui Twitter.

Menurut Stallone, gambar yang ditularkan di media sosial itu dipercayai diambil daripada salah satu filem lakonannya.

Malah adik kepada  Stallone, Frank, turut menyelar tindakan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan fitnah tentang kematiaan abangnya.

“Saya tidak faham kenapa ada pihak yang menyebarkan berita palsu ini. Mungkin mereka ini sebenarnya mempunyai masalah mental,” katanya.

Namun ini bukan kali pertama berita tentang kematian Stallone itu tular malah sejak 2016 berita sedemikian telah dimuat naik dalam media sosial sehingga memaksa Stallone memuat naik gambar dia bersama-sama pe­ninju Rusia, Sergey Kovalev dalam Instagram.

Sumber: Daily Mail



Source link

read more

‘Saya sudah pulangkan cincin tunang’ – bapa Elfira Loy


PULANGcicncin_cropped.transformedMO, 19/2/2018, KUALA LUMPUR: Umpama penamat kepada kontroversi putus tunang antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, bapa aktres itu mengesahkan beliau sudah memulangkan cincin mengikut adat di kediaman keluarga penyanyi itu di Muar, Johor, petang semalam.

Bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin berkata, beliau yang ditemani lapan ahli keluarga dan sanak-saudara bertemu bapa dan bapa saudara Sufian di rumah keluarga Sufian, kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, Sufian tidak berada di rumah ketika majlis pemulangan cincin tunang itu berlangsung.

“Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian.

“Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain.

“Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu,” katanya.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu. Jika mengikut perancangan awal, mereka bakal disatukan, awal bulan depan.

Ahmad Sabri mengaku proses pemulangan cinta mengambil masa disebabkan urusan kedua-dua keluarga selain faktor kesesuaian masa.

“Saya pun sibuk dengan urusan kerja. Jika diikutkan, kita mahu serah cincin ini sebelum Elfira mengerjakan umrah pada awal bulan ini. Tapi ada saja halangan. Akhirnya, alhamdulillah segala urusan dipermudahkan semalam,” katanya.

Memperincikan pertemuan semalam, Ahmad Sabri berkata, semuanya dilakukan mengikut adat Melayu.

“Proses penyerahan cincin berlangsung dengan adat Melayu tanpa ada syarat tambahan seperti majlis tunang Oktober lalu.

“Baik keluarga saya dan keluarga Sufian menerima keputusan itu dengan terbuka. Kami masing-masing reda dengan apa yang sudah tertulis dan sepakat meneruskan hubungan baik tanpa perlu bermusuh,” katanya.

Ahmad Sabri juga mengaku selepas segala dirancang tidak menjadi, keluarga kedua-dua pihak terluka dan menanggung malu.

“Saya tak anggap hanya satu keluarga saja yang menanggung malu dan sedih. Sebaliknya, kedua-dua keluarga.

“Sebagai orang Islam dan Melayu kita menerima ketentuan qada dan qadar ini… Kita merancang, Tuhan tentukan.

“Malah, lebih baik dan afdal selepas ini kita tutup saja hal ini tanpa perlu ada lagi kenyataan daripada pihak Elfira dan Sufian termasuk sidang media yang boleh menyinggung perasaan,” katanya.

Tambah Ahmad Sabri, dia turut berkomunikasi dengan Elfira dan Sufian selepas apa terjadi.

“Saya ada menghantar mesej kepada Elfira sekembalinya dia dari New York, Amerika Syarikat (AS), malam tadi. Saya harap dia kuat dengan dugaan ini.

“Saya harus puji Sufian kerana mesej yang dihantarnya, semalam cukup bagus. Dia beritahu keluarganya sudah maklumkan hal penyerahan cincin. Dia juga minta maaf atas khilaf diri selain meminta halalkan makan dan minum,” katanya.



Source link

read more

Ayah sudah tahu hayatnya tidak lama – David Teo bersedih sambut Tahun Baru Cina



PRODUSER filem popular David Teo akui bersedih kerana bapanya Teo Tuan Ching, 89, meninggal dunia semalam sebelum mereka sekeluarga menyambut Tahun Baru Cina.

David berkata, mendiang seperti sudah tahu hayatnya tidak lama kerana minta pulang ke rumah sendiri.

“Sebelum ini bapa tinggal di rumah saya di sini tetapi dua minggu lalu, dia mahu balik ke kampung halaman di Kampung Buluh Kasap, Segamat,” katanya.

Bapanya meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Mendiang meninggalkan lapan orang anak termasuk David yang merupakan anak ketujuh.

David yang juga Mejar Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan pernah bekerjasama dengan beberapa pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Intan Ladyana

Sumber: Harian Metro



Source link

read more

Azmil Mustapha sudah tiada | Astro Awani



PELAKON era 80an yang popular menerusi filem Mekanik dan Ali Setan, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di Shah Alam kira-kira pukul 12.40 tengahari tadi.

Difahamkan Allahyarham  meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum dikebumikan.

Allahyarham yang nama sebenarnya Mohd Azmil Mustapha Kamil dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Mekanik yang mencatatkan kutipan box office pada 1983.

Selain Mekanik, Azmil juga turut membintangi filem Ali Setan1, Ali Setan2, Suara Kekasih, Kepala Angin dan beberapa filem lain.

Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin merupakan filem terakhir lakonan Azmil dimana Allahyarham memegang watak Imam Demak.

Allahyarham juga banyak terlibat dalam aktiviti dakwah dan pernah ke Syria untuk mempelajari agama Islam.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Source link

read more

Petisyen Mengembalikan Antaramuka Lama Snapchat Sudah Ditandatangani Lebih Setengah Juta Pengguna – Amanz


Aplikasi Snapchat popular di kalangan pengguna muda kerana ia lebih mudah digunakan berbanding Facebook. Snapchat turut memperkenalkan fungsi baru terlebih dahulu sebelum ditiru oleh Facebook. Baru-baru ini antaramuka aplikasi ini diberi nafas baru. Reaksi sebahagian besar pengguna setakat ini adalah negatif.

Oleh itu laman petisyen supaya antaramuka lama dikembalikan semula telah dibuka di laman Change.org. Ketika artikel ini ditulis, seramai 655,252 pengguna telah menurunkan tanda tangan mereka bagi menyokong petisyen ini. Antara komen yang diberikan ialah antaramuka baru sukar digunakan berbanding versi terdahulu. Fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pula dikatakan tidak berguna.

Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah anda bersetuju antaramuka baru Snapchat kurang mesra pengguna berbanding versi terdahulu?



Source link

read more

Firdaus sudah tampil Taj bila lagi



KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada dua artis yang dipanggil polis bagi membantu siasatan dakwaan kes penyalahgunaan dadah oleh Datuk Farid Kamil sudah tampil memberi keterangan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47 tahun, yang juga dikenali sebagai Os atau Firdaus tampil memberi keterangan di Balai Polis Sentral Johor Bahru pukul 5 pagi tadi, 

“Polis sudah memanggil dan mengambil rakaman percakapan ke atas lelaki berkenaan di Balai Polis Sentral pagi tadi.

“Ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan turut dijalankan, namun keputusannya belum diperoleh serta tiada penahanan dibuat,” dia dipetik berkata oleh Utusan Online. 

Pada 31 Januari lalu, Farid, 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, dengan dakwaan dianiaya tiga rakan artis yang dikatakan telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.

Susulan laporan itu, pelakon Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam, 8 Januari lalu selepas tampil memberi keterangan susulan laporan yang dibuat Farid.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan artis yang dikenal pasti sebagai Ahmad Tajuddin atau Taj masih belum tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu “Belaian Jiwa” pada tahun 1990-an.

Cubaan Astro AWANI untuk menghubungi Taj melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp gagal.

Sumber rapat memaklumkan Taj masih berada dalam negara dan sedang sibuk menjalani penggambaran sejak awal tahun.



Source link

read more

SPRM sudah terima senarai calon PRU-14


KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menerima senarai nama calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk tujuan saringan awal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, senarai calon BN itu hanya membabitkan beberapa individu tertentu sahaja dan bukannya senarai lengkap.

“Setakat ini, kita hanya menerima beberapa senarai nama yang dikemukakan oleh pihak kerajaan…ia tidaklah lengkap lagi.

“Kita akan buat proses penyaringan terhadap nama-nama yang telah dihantar,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke SPRM Kelantan yang turut dihadiri pengarahnya, Datuk Moh Samsudin Yusoff hari ini.

Beliau juga memberitahu pihaknya belum menerima senarai calon daripada parti-parti lain untuk saringan.

Mengulas lanjut, Azam berkata, mana-mana parti tidak perlu bimbang untuk menyerahkan senarai calon mereka untuk disaring SPRM kerana agensi itu tidak membocorkan maklumat kepada mana-mana pihak.

“SPRM tidak pernah membocorkan rahsia kepada mana-mana pihak kerana ia membabitkan etika dan amanah yang diberikan kepada kami.

“Kami dengan tangan terbuka sedia untuk membantu mana-mana parti politik (untuk melakukan saringan kepada calon mereka),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata, beliau telah mengarahkan SPRM Perak untuk memulakan siasatan berhubung projek pembinaan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang yang didakwa kurang memuaskan.

“Saya telah mengarahkan Pengarah SPRM Perak untuk segera memulakan siasatan hari ini dengan mendapatkan dokumen-dokumen lengkap daripada pihak tertentu yang terlibat dalam projek ini.

“Biasanya kes-kes begini melibatkan dokumen, jadi kita perlu meneliti dokumen-dokumen tertentu dahulu. Dalam masa yang sama, kita melihat kepada sudut rasuah ataupun salah guna kuasa dan keputusannya mungkin dapat dilihat dalam tempoh dua atau tiga minggu daripada sekarang,” katanya.-BERNAMA



Source link

read more

Semua mangsa banjir 2014 di Kuala Krai sudah dapat rumah


KUALA LUMPUR – Masih ingat kejadian banjir buruk di Kelantan tahun 2014?

Bencana itu, yang dinamakan oleh penduduk Kelantan sebagai tsunami, telah menyebabkan 1,157 rumah penduduk dihanyutkan dan ribuan lagi mengalami kerosakan teruk.

Apa kerajaan Pas Kelantan buat untuk membantu semua mangsa banjir itu?

“Tidak ada. Selama tiga tahun penduduk dalam kawasan Parlimen Kuala Krai menunggu bantuan dari kerajaan negeri, tidak ada apa-apa bantuan atau langkah diambil,” kata Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman.

Sebaliknya, kata beliau, Kerajaan Persekutuan yang ditadbir bawah Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperuntukan ratusan juta ringgit untuk membina rumah baharu dan membaikpulih kediaman mangsa banjir.

Katanya, Perdana Menteri sejak pada hari kejadian, selepas banjir sentiasa berulang alik ke Kuala Krai untuk bertanya khabar dan membantu penduduk di jajahan itu.

“Atas rasa simpati dan prihatinnya, setiap kali datang ke Kuala Krai, beliau membawa bantuan dan peruntukan dengan harapan mangsa banjir yang kehilangan rumah dan kediaman rosak dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

“Perdana Menteri juga bermurah hati meluluskan peruntukan pembinaan jambatan baharu di Kampung Biak dan Kampung Pemberian menggantikan yang rosak dan tenggelam akibat banjir. Dua jambatan itu sudah siap dan boleh digunakan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis ceramah Perdana Parlimen Kuala Krai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, malam tadi.

Menurut Ramzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Dabong, beliau menaruh harapan Barisan Nasional (BN) Kelantan menawan semula kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas serta PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Ujar beliau, tidak ada sebab rakyat Kuala Krai menolak BN kerana sepanjang 28 tahun Pas memerintah Kelantan, kerajaan negeri dan wakil rakyatnya tidak melakukan apa-apa untuk menjaga kebajikan, apatah lagi membawa masuk pembangunan untuk dinikmati penduduk.

“Yang lebih bersimpati pada kita yang dilanda banjir bukan kerajaan negeri, tetapi Perdana Menteri. Beliau meluluskan peruntukan untuk membina 890 unit rumah baharu berharga RM65,000 seunit.

“Bagi mangsa banjir yang ada geran tanah, Perdana Menteri sendiri membawa turun peruntukan untuk pembinaan sebanyak 500 rumah, manakala yang tidak ada geran, kita cari tanah Persekutuan untuk sediakan kediaman baharu kepada mereka,” katanya.

Ramzi menjelaskan, rumah yang dibina dilengkapi infrastruktur seperti jalan, longkang, elektrik dan bekalan air bersih.

Katanya, walaupun Najib selalu ditohmah dan difitnah dengan pelbagai tuduhan, beliau tetap mengutamakan saluran bantuan kepada rakyat Kelantan. – theRakyat



Source link

read more

50 KR1M 2.0 Sudah Dibuka Seluruh


2016-06-18MO, 27/1/2018, BATU KURAU – Sebanyak 50 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan dilancarkan secara rasminya pada 4 Februari depan di Temerloh, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pembukaan KR1M 2.0  ini membabitkan beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.

Menurutnya, semua 50 KR1M 2.0 itu telah beroperasi setakat ini, namun tidak secara rasmi.

“Semua lokasi berkenaan telah dikenalpasti antara yang menjadi tumpuan orang ramai dan akan mendapat sambutan baik.

“Pada hari perasmian nanti, papan tanda yang digunakan KR1M 2.0 juga akan ditukar kepada warna biru, ini bermakna semua KR1M 2.0 akan menggunakan logo sama secara seragam,” katanya.

KR1M 2.0 menyediakan lima barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung dan gas petroleum cecair (LPG).

Ahli Parlimen Larut itu turut mengulas berhubung penganjuran Jualan Sentuhan Rakyat Larut yang akan berlangsung hari ini di Dataran Selama.

Katanya, jualan kali ini dilakukan dengan kerjasama pasar raya besar bagi memastikan tidak adanya campur tangan orang tengah.

“Bila tidak ada orang tengah, barangan keperluan ini dapat dijual pada harga lebih rendah daripada biasa.

“Contohnya jika ayam sebelum ini dijual pada harga RM8 sekilogram, pada jualan ini mungkin rakyat boleh membeli pada harga RM7 sekilogram,” katanya.

Katanya, program tersebut melibatkan penyertaan beberapa agensi termasuk Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pasar raya.

“Program ini adalah  salah satu cara untuk tangani kenaikan harga oleh orang tengah. Sebab itu kita bawa Fama, LKIM dan pasar raya untuk mereka jual sendiri terus kepada pembeli.

“Jika sambutan diterima baik dalam kalangan penduduk setempat, kita akan jalankan program ini setiap minggu, paling kurang sebulan dua kali,” katanya.

 



Source link

read more

Pok Ya Cong Codei viral sudah ada fan page lagu rap



TELEFILEM dialek Kelantan arahan Sabri Yunus, Pok Ya Cong Codei tular di media sosial selepas ditayangkan pada 20 Januari lalu.

Pok Ya Cong Codei mengisahkan seorang samseng dari Kelantan yang ditugaskan mencari seorang ahli perniagaan wanita di Kuala Lumpur.

Watak Pok Ya yang dilakonkan sendiri oleh Sabri Yunus tidak semena-mena menjadi buah mulut dalam kalangan penggiat seni dan netizen.

Malah, demi mengiktiraf perjuangan Sabri Yunus mengangkat naskhah unik itu, fan page Facebook khas Pok Ya Cong Codei turut dicipta yang kini sudah mengumpul lebih 1,500 ahli.

“Saya tidak menyangka kewujudan group ini. Terima kasih atas sokongan,” tulis Sabri menerusi Instagramnya.
 

Cong Codei sebenarnya merujuk kepada nama sebuah hotel terkenal di ibu kota iaitu Concorde yang disebut mengikut ejaan bahasa Melayu dengan cara melucukan oleh Sabri Yunus.

Video pendek itu juga mengundang ketawa netizen dan tular di Facebook dan Twitter.

Selain itu, sebuah lagu rap khas dihasilkan oleh netizen menggunakan dialek negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Beberapa dialog yang diucapkan oleh Sabri sepanjang telefilem itu juga turut viral.
 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons