Kementerian Belia & Sukan Mula Menggunakan VCash Untuk Transaksi Nirtunai – Amanz


Kementerian Belia & Sukan hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Digi hari ini telah mengumumkan kerjasama – dimana sekaligus akan memperlihatkan Kementerian Belia & Sukan akan menggunakan aplikasi dompet digital VCash untuk tujuan transaksi nirtunai.

Melalui kerjasama ini, kini pengguna boleh menggunakan aplikasi VCash untuk pembayaran dalam Menara KBS, iaitu di Rimau Cafe, Kafe Teratai dan KBS Gym.

Kita mungkin melihat ia terus diperluaskan ke lokasi lain secara berperingkat – sekaligus merealisasikan salah satu aspirasi dibawah TN50 iaitu ke arah masyarakat nirtunai.

VCash merupakan salah satu dompet digital yang turut mula digunakan dipelbagai lokasi seluruh negara. Selain Digi melalui VCash, terdapat beberapa perkhidmatan dompet digital lain turut sedang hangat dalam mempromosikan penawaran mereka – termasuk Maybank dengan Maybank QR Pay, dan Boost daripada Axiata.



Source link

read more

Jeffrey tamatkan saingan di tempat ke-68 – Sukan


KUALA LUMPUR 18 Feb. – Sebagai pendatang baharu, peluncur ski negara Jeffrey Webb menamatkan saingan acara giant slalom alpine skiing dengan prestasi sederhana apabila menduduki tangga ke-68 daripada 110 pencabar di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan sebentar tadi.

Jejaka berusia 20 tahun berdarah kacukan Amerika-Melayu itu mencatat masa 1 minit 23.83 saat di pusingan pertama dan 1:23.84s (pusingan kedua) untuk keseluruhan 2:47.67s.

Jeffrey ketinggalan 29.63s di belakang pemenang pingat emas Marcel Hirscher dari Austria, yang merakam masa terpantas 2:18.04s, manakala perak kepunyaan Henrik Kristoffersen (Norway) 2:19.31s, dan Alexis Pinturault (Perancis) 2:19.35s mendapat gangsa.

Peluncur kelahiran Malaysia dan membesar di Amerika Syarikat itu akan turun ke Pusat Alpine Yongpyong sekali lagi bagi mengharungi acara seterusnya, slalom pada Khamis ini.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Perpaduan, gaya hidup sihat melalui sukan – Nasional


SIPITANG 17 Feb. – Penganjuran karnival sukan dilihat dapat membentuk semangat muhibah dan menyatupadukan semua kaum menerusi aktiviti yang diadakan khususnya di negeri ini.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad berkata, usaha tersebut secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan dan toleransi serta mengamalkan gaya hidup sihat.

“Penganjuran kali ini merupakan kesinambungan daripada karnival sukan yang pernah diadakan sebelum ini. Jadi kami akan teruskan dengan menganjurkan Karnival Sukan Terbuka Sipitang dalam masa terdekat.

“Dalam karnival itu, beberapa sukan popular akan disediakan kepada semua warga Sipitang termasuk sepak takraw, futsal, larian marathon, badminton dan tarik tali,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Pertandingan Bola Sepak Parlimen Sipitang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Sapawi berkata, sebanyak 41 pasukan mengambil bahagian dalam acara tersebut melibatkan kategori veteran dan belia sembilan sebelah.

“Melalui penganjuran ini, ramai golongan muda turut serta dan mengambil bahagian dalam acara sukan seperti ini.

“Kita berhasrat untuk meneruskan acara-acara seperti ini bagi memberi peluang kepada semua golongan seperti vateran, wanita dan belia terlibat secara langsung sekali gus menjadikan faktor kebersatuan semua pihak,” ujarnya.

Katanya, semua pihak perlu menyahut hasrat kerajaan dalam menjadikan aktiviti sukan sebagai gaya hidup sihat.

“Kita perlu sokong hasrat ini dan mengambil sebagai satu cabaran. Tambahan pula kawasan ini telah mendapat infrastruktur kompleks sukan dan akan dilengkapkan kemudahan lain dari semasa ke semasa,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Julian puas buat penampilan bersejarah – Sukan


KUALA LUMPUR 16 Feb. – Walaupun gagal menempatkan diri ke pusingan akhir, namun peluncur ski negara, Julian Yee puas akhirnya membuat penampilan bersejarah dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan hari ini.

Dalam saingan luncur ais individu yang berlangsung di Gangneung Ice Arena, hanya 24 daripada 30 peserta akan melangkah ke pusingan akhir esok dan Julian terlepas slot ke final dengan perbezaan 1.15 mata selepas berada di tangga ke-25.

Julian, 21, yang merupakan peluncur ais pertama dari negara tropika layak ke Olimpik Musim Sejuk bagaimanapun tidak menghampakan apabila berjaya membaiki catatan mata semusim terbaiknya iaitu 73.58 mata untuk berada di belakang atlet Jerman, Paul Fentz yang mengisi slot terakhir ke pusingan kelayakan dengan catatan 74.73 mata.

“Jelas sekali ini adalah pengalaman terbaik di Pyeongchang! Saya sudah memberikan yang terbaik dalam aksi saya di sini.

“Bagaimanapun, saya terlepas had kelayakan dengan hanya satu anak tangga tetapi saya tetap gembira dengan keputusan yang diraih di sini.

“Boleh saya katakan, Malaysia sudah mencipta sejarah dalam dunia sukan dan saya berharap lebih banyak kejutan akan berlaku pada masa akan datang. Malaysia Boleh!!,” katanya dalam Instagram.

Mula mengenali sukan itu seawal usia empat tahun, atlet kelahiran Petaling Jaya tersebut berdepan pelbagai rintangan untuk memajukan dirinya di dalam sukan bukan tradisi buat negara beriklim khatulistiwa termasuk mencari tempat latihan yang memiliki kelengkapan sempurna selain kekangan kewangan.

Berbanding seorang lagi atlet negara, Jeffrey Webb dalam sukan Alpine Skiing yang banyak menjalani latihan di kawasan bukit bersalji di Amerika Syarikat, Julian lebih banyak menghabiskan masanya di Sunway Pyramid untuk mencari asas sukan itu sebelum diteruskan di IOI Mall dan bermula 2016, dia berpeluang untuk menjalani latihan lanjutan di Kanada secara berkala.

Malaysia antara enam negara yang memahat sejarah membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Paya Gunung jadi pusat pelancongan sukan lasak


09paya.transformedMO, 8/2/2018, JERANTUT: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mahu menjadikan Kampung Paya Gunung, dekat sini, sebagai pusat sukan lasak yang pertama di Semenanjung Malaysia.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Pantai Timur, Zaliha Zainuddin, berkata aktiviti memanjat dinding batu dan via ferrata (pendakian gunung yang dilengkapi tangga besi dan kabel) yang ada di Paya Gunung mampu menjadi satu tarikan baharu aktiviti eko pelancongan sukan lasak di negara ini.

“Ini adalah satu-satunya tempat yang boleh dijalankan aktiviti sukan lasak di Semenanjung, selain Kota Kinabalu, Sabah.

“Kita akan mempromosikan tempat ini secara meluas kepada pelancong domestik dan antarabangsa mulai tahun ini sebagai satu destinasi Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan aktiviti memanjat dinding batu dan via ferrata kepada 30 pengamal media dan pengusaha agensi pelancongan, di sini hari ini.

Program itu mendapat sokongan daripada Pejabat Perhutanan Daerah dan Majlis Daerah Jerantut.

Zaliha berkata, usaha belia di kampung berkenaan yang meneroka dan memperkenalkan keunikan Paya Gunung pada peringkat awalnya kepada orang luar adalah tindakan yang perlu dicontohi belia kampung lain.

“Malah, aktiviti seperti ini mampu memupuk semangat kesukarelawan di samping menjana pendapatan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Pada masa sama, ia turut memberi kesedaran mengenai pentingnya menjaga alam sekitar kepada pengunjung dan penduduk setempat, katanya.

Beliau berkata, sebagai persediaan menghadapi pelancong asing, semua belia yang menjadi jurulatih di situ akan diberi kursus asas bahasa Inggeris.

Selain itu, Zaliha berkata, daerah Jerantut yang kaya dengan pusat pelancongan bertaraf dunia mampu menjadikan Paya Gunung sebagai satu lagi tarikan baharu kepada pelancong.

Sepanjang kempen Tahun Melawat Pahang tahun lalu, katanya, daerah Jerantut menerima seramai 122,000 pelancong meningkat berbanding hanya 99,000 orang pada tahun sebelumnya.

“Peningkatan 22.98 peratus ini menunjukkan daerah ini mempunyai potensi untuk menjadi destinasi pelancongan menarik bagi pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya.



Source link

read more

28 atlet Rusia terlibat doping dibenarkan sertai sukan Olimpik – IOC



PYEONGCHANG: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersidang selama dua hari di Pyeongchang, Korea Selatan bermula Sabtu.

Sidang luar biasa itu diadakan susulan penarikan semula larangan menyertai Olimpik oleh 28 atlet Rusia.

Mahkamah Timbang Tara untuk sukan pada Khamis mengembalikan semula kelayakan ke atas 28 atlet terbabit selepas didapati melepasi ujian doping.

Manakala 11 yang lain masih dalam perintah larangan.

Seramai 39 atlet Rusia telah dibatalkan kelayakan mereka pada Olimpik Sochi 2014 atas kesalahan doping.

Susulan kelulusan terbaharu itu 15 dari 28 atlet terbabit akan menyertai Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang yang bakal diadakan pada 9 Februari ini.



Source link

read more

Rebah dalam 11 saat, jaringan Eriksen bantu Spurs benamkan United – Sukan


LONDON 1 Feb. – Christian Eriksen menjaringkan gol terpantas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, hanya 11 saat selepas sepak mula yang menjadi pemangkin untuk Tottenham membenamkan Manchester United 2-0 pada perlawanan awal pagi ini.

Pasukan bimbingan Mauricio Pochettino itu turut selesa untuk mendahului 2-0 selepas separuh masa pertama melalui satu lagi gol hasil jaringan sendiri oleh pertahanan United, Phil Jones.

Keputusan itu kekal hingga ke masa penamat.

Walaupun hanya mengutip lima mata dalam perlawanan menentang pasukan hebat iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City dan United, keputusan perlawanan ini cukup untuk membuktikan Tottenham mampu bersaing dengan nama-nama besar lain walaupun persembahan mereka tidak konsisten.

Berada di tangga kelima liga, Tottenham hanya dua mata di belakang pasukan di tangga keempat iaitu Chelsea dalam saingan untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara. – AFP



Source link

read more

Ketua sektor awam Malaysia-Singapura hadir seminar, program sukan bersama – Nasional


MELAKA 27 Jan. – Sebanyak 74 pemimpin penjawat awam kanan dari Malaysia dan Singapura menghadiri Program Seminar Bersama ke-9 dan Sukan Perkhidmatan Awam kedua-dua negara yang berlangsung di Melaka selama tiga hari sehingga esok.

Majlis perasmian seminar serta kejohanan sukan itu diadakan di Hotel Hatten di sini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Leo Yip yang mengetuai delegasi masing-masing.


Delegasi Malaysia kali ini disertai seramai 41 orang merangkumi Ketua-Ketua Setiausaha, Ketua Agensi Pusat, Setiausaha Kerajaan negeri dan para pegawai kanan perkhidmatan awam.


Singapura pula diwakili 33 pegawai tertinggi perkhidmatan awam kerajaan republik itu termasuk Setiausaha Tetap, Ketua Lembaga Statutory dan ketua lain-lain sektor awam.


Program tersebut menyediakan platform kepada penjawat awam kanan daripada kedua-dua negara untuk bertukar-tukar pandangan mengenai topik yang mempunyai kepentingan bersama selain meningkatkan hubungan antara sektor awam Malaysia-Singapura. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Astro Awani, Berita Tajuk Utama Hari Ini, Berita Semasa, Berita Terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video, dan Siaran Langsung TV



KUALA LUMPUR : Penyanyi terkenal Yuna kini sedang rancak membuat persiapan untuk majlis perkahwinan bersama tunangnya, Adam Sinclair tidak lama lagi. 

Pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Januari ini dan kad undangan sudahpun diedarkan. 

Satu sidang media berkaitan majlis perkahwinan pasangan ini bakal diadakan Sabtu ini, 27 Januari pada jam 4 petang di Putrajaya oleh syarikat pengurusan miliknya, Yuna Room Records.

BACA: Yuna rancak buat persiapan kahwin, peminat dah tidak sabar!

Yuna, 31 tahun, telah mengikat tali pertunangan dengan Adam Sinclair pada 5 Ogos 2017 di kediaman lelaki itu di Shah Alam, Selangor selepas berkenalan sejak 2013.

BACA: Yuna – Adam Sinclair jalin pertunangan

Yuna telah dirisik keluarga Adam pada 27 Mac lalu.

Terdahulu, Yuna telah memuat naik status sudah membeli fabrik untuk busana perkahwinannya. Status tersebut mengundang reaksi teruja dan tidak sabar di kalangan peminat untuk menyaksikan bintang antarabangsa itu bersama pasangannya.

BACA: Parti bujang Yuna yang manis dan ringkas…

Yuna juga tidak ketinggalan untuk mengadakan parti bujang atau bachelorette party bersama teman-teman rapatnya.

Nota: Saksikan secara langsung ‘Sidang Media Khas Yuna dan Adam Sinclair’ menerusi platform Astro AWANI (www.astroawani/live-tv) dan di Saluran 501 (Astro AWANI) sebaik sahaja sidang media bermula. Tonton!



Source link

read more

Watford pecat pengurus – Sukan


LONDON 21 Jan. – Watford bertindak drastik memecat pengurus mereka, Marco Silva beberapa jam selepas tewas 0-2 kepada Leicester City, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi.

“Ini merupakan satu keputusan sukar yang terpaksa dibuat. Walaupun pada mulanya pelantikan Silva dianggap tepat namun selepas cuba dilamar kelab lain, ahli lembaga berpendapat fokus dan keputusan telah lari dari matlamat sekaligus meletakkan masa depan Watford FC berada dalam dilema,” kata kelab itu menerusi laman sesawangnya.

Media Britain sebelum ini pernah melaporkan Everton cuba memancing khidmat pengendali dari Portugal itu awal musim ini bagi menggantikan Ronald Koeman yang dipecat. Bagaimanapun berikutan kegagalan mendapat Silva, Everton mengalihkan sasaran dan berjaya mendapatkan Sam Allardyce pada November lalu. – Reuters



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons