Jalin hubungan sulit TPM Australia umum letak jawatan



CANBERRA: Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce akur untuk meletakkan jawatan selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan bekas setiausaha akhbarnya sehingga wanita itu mengandung.

Pengumuman peletakan jawatan itu telah dibuat di bandar Armidale yang diwakilinya pada Jumaat.

“Saya akan katakan di bilik parti pada pagi Isnin yang saya akan letak jawatan sebagai pemimpin National Party dan timbalan perdana menteri Australia,” katanya kepada pihak media.

Beliau turut memuat naik perkara sama di laman media sosial Twitter.

Dalam postingnya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepadanya, terutamanya rakyat New England.

Joyce turut menyatakan beliau akan tetap terus membela nasib rakyat walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Saya akan terus memperjuangkan nasib rakyat sekalipun dalam keadaan susah dan senang. Saya akan menggunakan pengalaman sepanjang saya berkhidmat di bandar ini untuk mencapai matlamat saya bagi memastikan rakyat hidup dengan lebih baik,” luahnya.

Sebelum ini, Joyce telah bertegang urat dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull disebabkan skandal seks tersebut telah melanggar peraturan sebagai seorang menteri.

BACA: Gara-gara skandal seks, PM dan TPM Australia ‘bergaduh’

Menurut undang-undang di negara itu, seorang menteri tidak dibenarkan menjalinkan hubungan sulit dengan pegawainya.



Source link

read more

Tembak alat sulit tanpanya mereka tidak berguna – Duterte



ADA persamaan ketara antara Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat Donald Trump. Kerap keluarkan kenyataan  kontroversi dan gemar menjadikan wanita bahan perlecehan.

Terbaharu pemimpin berusia 72 tahun itu dilaporkan mengarahkan tentera yang ditugaskan memerangi pemberontak agar menembak anggota pemberontak wanita di bahagian kemaluan.

Memetik laporan portal akhbar Metro UK, Duterte mengeluarkan kenyataan itu ketika berucap di hadapan bekas anggota komunis Rabu lalu.

“Beritahu askar. Ini arahan baharu daripada datuk bandar. Kami tidak akan bunuh kamu. Kami hanya akan tembak alat sulit kamu kerana tanpanya kamu tidak berguna,” kata Duterte disambut gelak tawa hadirin.

Dalam ucapannya Duterte turut mengkritik penglibatan wanita dalam kumpulan pemberontak Tentera Rakyat Baharu (NPA). Katanya kepada tentera jangan ambil peduli lelaki atau wanita, tembak sahaja mereka.

“Kita ada pil percuma. Kenapa kamu lahirkan sehingga enam ke tujuh orang anak sedangkan kamu anggota NPA? Kemudian kamu pergi berperang dan meninggalkan keluarga,” kecam Duterte.

Duterte sebelum ini beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina kaum hawa masuk membuat lawak berunsur lucah mengenai Miss Universe.

Paling kontroversi bekas Datuk Bandar Davao City itu juga pernah memberi kebenaran kepada tentera Filipina untuk memperkosa sehingga tiga orang wanita ketika di zon konflik tanpa dikenakan sebarang hukuman.



Source link

read more

Jangan ikut perasaan dedahkan maklumat sulit


SHAH ALAM 07 FEBRUARI 2018. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank termasuk milik National Feedlot Corporation (NFC) pada 2012. NSTP/ASYRAF HAMZAH

MO, 8/2/2018 – Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Seorang lagi yang menerima nasib sama ialah bekas kerani bank, Johari Mohamad, 47, kerana bersubahat dengan Naib Presiden PKR berkenaan.

Rafizi, 41, didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya.

Johari pula yang didakwa bersubahat dengan Mohd Rafizi dituduh mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 akta sama.

Kesalahan dilakukan mereka ialah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Susulan hukuman ke atas Ahli Parlimen Pandan itu, pelbagai tafsiran dibuat mengenai statusnya selaku Ahli Dewan Rakyat serta peluang pemimpin PKR berkenaan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu tidak layak menjadi calon pilihan raya sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Artikel sama juga menyebut, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.

Dalam reaksi segera, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dilaporkan berkata, kedudukan Rafizi termasuk sebagai calon pilihan raya, hanya akan muktamad selepas semua proses perundangan berkaitan, termasuk rayuan selesai sepenuhnya.

Pendapat sama juga dikongsi pengamal undang-undang, Datuk Hasnal Rezua Merican yang menegaskan, status Rafizi sebagai Ahli Parlimen kekal kerana beliau masih boleh mengemuka rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

“Rafizi masih boleh merayu untuk hukuman lebih rendah, namun jika tiada keputusan mengenai rayuan sehingga PRU-14 diadakan, beliau tidak layak bertanding, bertepatan dengan undang-undang negara,” katanya.

Selain persoalan mengenai status Rafizi selaku wakil rakyat, tidak kurang juga yang menerima sinis keputusan mahkamah, merumuskan kes berkenaan mempunyai kaitan dengan agenda politik.

Mereka enggan mentafsir peruntukan undang-undang yang melarang seorang pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen atau sesiapa yang memiliki akses kepada mana-mana rekod daripada memberi, mengeluarkan, memberitahu, mendedahkan atau mengumumkan kepada sesiapa, apa-apa maklumat atau dokumen berkaitan perkara atau akaun seorang pelanggan tanpa persetujuan pelanggan.

Mengapa pula dikaitkan kes itu dengan politik? Apakah terlalu istimewa seseorang itu apabila bergelar wakil rakyat sehingga kebal daripada undang-undang, sedangkan mangsa perbuatan mereka mengalami pelbagai tekanan.

Seksyen 97(1) BAFIA tidak seharusnya dipolitikkan kerana sesiapapun tidak akan terlepas daripada pendakwaan di mahkamah jika terbukti melanggar undang-undang berkenaan.

Tidak kiralah sama ada yang melakukan kesalahan itu ahli politik, kakitangan swasta atau kerajaan atau orang awam.

Hakikatnya, mendedahkan maklumat sulit kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta atau mana-mana organisasi salah jika ia dilindungi di bawah undang-undang tertentu.

Hukuman yang diterima Rafizi dan rakan subahatnya sepatutnya menjadi pengajaran untuk orang lain agar memahami peraturan dan tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat sulit yang dilindungi mengikut undang-undang.

Seperti nasihat seorang lagi pengamal undang-undang, Salim Bashir, keputusan mahkamah dalam kes Rafizi, bukan saja sebagai pengajaran kepada ahli politik, tetapi juga mereka yang gemar mendedahkan maklumat yang dilindungi menerusi media, sama ada media konvensional atau media sosial.



Source link

read more

Peminat lelaki pernah hantar gambar alat sulit kepada Dr. Say Shazril



PEGAWAI perubatan yang mula viral tahun lalu, Dr. Say Shazril mengakui pernah menerima kiriman foto alat sulit lelaki menerusi akaun media sosialnya.

Terkejut dengan tindakan melampau segelintir pengguna media sosial berkenaan, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin mengambil langkah untuk mengendahkan sahaja gangguan seksual virtual  itu.

“Menjadi viral ada baik dan buruknya. Apabila bercakap mengenai gangguan seksual alam maya ataupun buli siber saya dapati situasi itu lebih cenderung datang daripada pengguna lelaki.

“Misalnya sebelum ini kalau peminat wanita saya biasanya hanya menulis komen di Instagram dengan kata-kata pujian. Paling tidak pun ada yang kecewa kerana mereka mendapat tahu saya sudah berkahwin.

“Namun, yang saya pelik ada segelintir pengguna media sosial dalam kalangan lelaki yang berani menghantar gambar kemaluan mereka kepada saya.

“Apa yang boleh saya buat cuma abaikan sahaja mesej-mesej berbaur seksual seperti itu. Adatlah media sosial,” katanya eksklusif kepada Astro Gempak.

Dr. Say bagaimanapun tidak pernah berdepan situasi janggal atau serangan seksual apabila di khalayak ramai.

“Sehingga kini ramai yang mendekati saya dengan cara yang baik. Kalau di luar mereka datang kepada saya dan sekadar meminta izin untuk bergambar sahaja.

“Tidak pernah pula ada yang tiba-tiba datang melulu dan meraba bahagian-bahagian tertentu badan saya. Semuanya masih normal,” tambahnya.

Dr. Say merupakan antara pegawai perubatan yang bakal menjadi panel untuk rancangan terbaharu My Doctors di samping beberapa pakar perubatan terkenal lain antaranya Dr. Zainal Adwin, Dr. Rizal Rahman dan Dr. Beni Rusani.

Mewakili kepakarannya dalam bidang kecergasan dan pemakanan seimbang, Dr. Say bakal mengendalikan 13 episod My Doctors mengupas topik berkaitan masalah kesihatan dengan cara informatif dan menghiburkan.
 

My Doctors bakal bersiaran pada 19 Februari 2018 setiap hari Isnin pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.



Source link

read more

90 peratus mangsa kempen sulit dron AS adalah orang awam



KEMPEN sulit dron perang Amerika Syarikat didapati membunuh lebih ramai orang awam dari suspek pengganas yang disasarkan.

Pendedahan yang dibuat pengasas Wikileaks, Julian Assange, menunjukkan bahawa 90 peratus individu yang terbunuh dalam serangan dron AS adalah orang awam yang tiada kaitan dengan gerakan pengganas dan tiada di dalam senarai pengganas atau penjenayah yang dikehendaki negara Uncle Sam itu.

Kempen yang dimulakan di bawah pemerintahan bekas Presiden George W. Bush sebagai salah satu komponen ‘War on Terror’ itu juga didapati semakin meningkat selepas pemerintahan Presiden Donald Trump.

Sebanyak 57 serangan dron di Pakistan, Somalia dan Yaman sewaktu pemerintahan Bush menyebabkan kematian orang awam sekitar 384 hingga 807 orang, sementara Barack Obama telah mengembangkan kempen tersebut dan melancarkan 563 serangan udara di tiga negara berkenaan.

Di bawah pengawasan Trump, kadar serangan dron terhadap tiga negara tersebut meningkat dengan drastik.

Pada 2017, sebanyak 127 serangan dron telah dilancarkan ke atas Yaman berbanding 32 pada tahun sebelumnya. Di Pakistan dan Somalia, bilangan serangan turut meningkat di mana 34 serangan dron telah dilancarkan di Somalia pada 2017 berbanding jumlah yang sama sepanjang tahun 2001 hingga 2016.

Bilangan mangsa di kalangan orang awam yang terbunuh dilaporkan meningkat lapan kali ganda sejak pemerintahan Trump berbanding Obama, manakala bilangan kematian di bawah Obama merupakan 10 kali ganda jumlah korban di zaman Bush.

Ini menjadikan jumlah kematian di bawah pemerintahan Trump 80 kali ganda lebih daripada Bush.

Jumlah kematian orang awam di Iraq, Libya dan Syria dilaporkan berada di antara 3,923 dan 6,102 orang sejak Trump menjadi presiden.

Tindakan Trump mengejutkan ramai pihak kerana dia membawa slogan anti-peperangan sewaktu kempen presidennya.

Malah, dia dilaporkan menolak sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat melancarkan serangan di Libya dan Iraq yang menyebabkan lebih sejuta kematian.

Memetik laporan Russia Today, lebih 14,000 orang awam terbunuh sejak gabungan yang diketuai Arab Saudi, dan disertai Amerika Syarikat, melancarkan serangan terhadap Yaman.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), jumlah kematian orang awam akibat serangan kuasa asing adalah jauh lebih tinggi dari jumlah rasmi yang dicatatkan.

Selain itu lebih 17 juta lagi penduduk negara itu berdepan krisis makanan dan lebih 600,000 dilaporkan menghidap kolera, di mana lebih 2,000 daripadanya meninggal dunia.

Serangan Amerika Syarikat terhadap Yaman menyebabkan lebih 14,000 orang awam terbunuh



Source link

read more

Cubaan kelar leher isteri selepas kantoi ada hubungan sulit budak bawah umur



BEKAS guru sekolah menengah di Michigan mencium dahi isterinya sebelum bertindak mengelar leher wanita itu selepas hubungan sulitnya dengan salah seorang pelajar diketahui.

James Chelekis, 32 tahun awal bulan ini, mengaku melakukannya tanpa niat dalam serangan yang dilakukan di rumah mereka pada Jun lepas, lapor People.com.

Serangan berlaku ketika isterinya, Amanda Chelekis menemui bukti hubungan sulit James, tetapi tidak menyedari bahawa hubungan tersebut adalah dengan budak di bawah umur.

Mereka cuba berbincang pada mulanya dan telah bersetuju untuk berjumpa pakar kaunseling perkahwinan sebelum melakukan serangan.

“Dia mencium dahi saya sebelum mengelar saya menggunakan pisau. Trauma yang saya hadapi sangat mengerikan,” jelas Amanda di mahkamah.

Amanda Chelekis, yang merupakan jururawat, dapat menampung pendarahan selama hampir sejam sebelum bantuan tiba.

Dia memfailkan perceraian selepas serangan itu. Pasangan ini mempunyai dua orang anak perempuan.

James Chelekis adalah seorang guru matematik di Sekolah Menengah Crestwood.

Hasil siasatan mendapati, James mula menghubungi dan bertukar-tukar gambar dengan gadis 14 tahun itu sejak Jun 2016.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh pendakwa, ibu gadis itu menulis bahawa James Chelekis telah memanipulasi dan mengasingkan anak perempuannya bagi memulakan hubungan yang tidak sesuai dengan gadis itu.

“Dia merosakkan anak perempuan kami yang tidak bersalah,” katanya.

James Chelekis mengaku bersalah terhadap salah laku seksual jenayah dan dijatuhi hukuman 15 hingga 40 tahun penjara, ia dijalankan serentak dengan hukuman percubaan bunuh ke atas isterinya dan dijatuhkan hukuman penjara 30 hingga 60 tahun oleh Mahkamah Kent County Circuit.



Source link

read more

Semakin panas media AS terus bongkar dakwaan hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah



NEW YORK: Dua laporan media muncul minggu ini yang mendedahkan lebih banyak fakta berhubung dakwaan hubungan sulit Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump dan bintang filem lucah Stephanie Clifford, 38 tahun yang didakwa dibayar AS$130,000 (RM520,000) sejurus sebelum pilihan raya 2016.

Laporan pertama datangnya dari Touch Magazine, yang pada Rabu yang menyiarkan petikan wawancara bersama Stephanie pada 2011.

Wanita itu mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan Trump bermula pada 2006 dan berpisah sejak beberapa tahun yang lalu.

Dalam satu lagi  artikel oleh majalah Slate yang ditulis Ketua Editor Slate Group, Jacob Weisberg, dia memperjelaskan kenyataannya kepada The New York Times pada hari Jumaat dimana dia memperincikan perbualnanya dengan Stephanie dari Ogos sehinggalah Oktober 2016.

Ternyata, beliau menyatakan hal yang sama seperti yang tertulis di majalah In Touch, iaitu Stephanie pernah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Trump.

Stephanie dikatakan memberitahu Jacob, peguamnya Keith Davidson yang mewakili sebahagian bintang dan model filem lucah, telah merundingkan perjanjian berjumlah AS$130,000 dengan  Michael D. Cohen, iaitu peguam Trump.

Stephanie berkata bahawa dia berkongsi butiran ini kerana Trump masih belum membayarnya atau memuktamadkan perjanjian kerahsiaan hubungan mereka.

Manakala, Wall Street Journal pada Jumaat pula menerbitkan satu artikel mendakwa bahawa pembayaran terbabit telah dibuat.

Cohen bagaimanapun sekali lagi menafikan sebarang hubungan seksual di antara Trump dan Stephanie.

Dalam satu kenyataan yang di emel pada hari Rabu, Cohen berkata, “Ini bukan perkara baru. Ini cerita lama dan sama sekali tidak benar duhulu mahupun sekarang.

“Apa dilakukan adalah mengitar semula kisah lama dan membuat cerita palsu yang juga telah dinafikan Stephanie pada 2011, 2016 dan sekali lagi 2018,” katanya.

Dalam satu kiriman emel kepada The New York Times pada Jumaat, Cohen berkata Trump dan Stephanie telah “sekeras-kerasnya” menafikan hubungan tersebut.

Pada Jumaat, Cohen juga mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 10 Januari yang ditandatangani oleh Stephanie yang mana menyatakan hubungan beliau dengan Trump hanya terbatas dalam beberapa pertemuan secara umum, manakala isu Trump tidak membuat bayaran dan tuduhan hubungan seksual berikut adalah tidak benar sama sekali.”

Walau bagaimanapun, Stephanie tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjur, lapor The York Times lagi.



Source link

read more

Suami dibunuh isteri selepas kantoi ada hubungan sulit dengan adik ipar



SEORANG lelaki dibunuh isterinya selepas ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya di sebuah rumah di Jalan Sekata, Medan, Sumatera Utara, kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Hendra, 34 tahun itu maut akibat ditikam isterinya, Hajijah di bahagian kemaluan.

Menurut portal Pos Kota News, kejadian berlaku selepas Hajijah mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita itu yang juga janda.

Berlaku pertengkaran antara Hajijah dengan Hendra sebelum wanita itu melulu ke dapur mengambil pisau lalu menghunus ke bahagian kemaluan hingga mangsa mengalami pendarahan teruk

“Adik iparnya yang dikenali sebagai An itu dikatakan hidup membujang selepas kematian suami selain tinggal bersebelahan rumah Hajijah,” katanya seorang jiran yang dikenali sebagai Novi.

Ketika Hendra menjerit kesakitan, Hajijah turut mengambil tindakan sama dengan menjerit meminta tolong jiran tetangga.

Hendra dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis Sektor Medan Barat, Revi Nurvelani berkata masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu dengan mengambil keterangan saksi kejadian.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons